I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Persoalan Sekufu

Assalamualaikum Ustaz, semoga sihat hendaknya…

Saya harap ustaz ad jalan penyelesaian untuk masalah saya. Begini…

Saya baru bekerja (lebih kurang dalam 4 bulan), jadi saya rasa sudah sampai masa untuk saya mengawan berkahwin. Kisahnya saya sudah berkenan dgn seorang gadis ni, kawan baik saya juga yang mana saya sudah mengenali beliau selama 4 tahun. Ok buat masa skrang mmg x Nampak lg masalahnya…

Masalahnya bermula apabila saya memikirkan saya ini tidak sepadan dgn beliau, kira tidak sekufu lah…Buat pengetahuan ustaz, saya hanya bekerja sbgai mechanic di sebuah kilang manakala si gadis tu bakal menjadi doctor…dah la bakal doctor, keluarga beliau mmg terkenal dengan family yg kaya, rumah besar kereta 2 3 bijik…So tiap kali memikirnya, saya jadi down…Buat pengetahuan ustaz, si gadis tu terima saya seadanya, Cuma yg merunsingkan saya emak beliau….emak beliau mempunyai gaya seorang yang selesa idup mewah, jadi saya risau bila dah kawen akan timbul isu…

Jadi persoalan saya utk ustaz adalah :

Patutkan saya meneruskan niat saya utk mmperisterikn beliau,
Atau biar takdir yg menentukan segala,
Atau adakah saya perlu berusaha berjumpa keluarganya dahulu…
Saya harap ustaz dpt mmberi pendapat atas permasalahan ini..

Jasa Ustaz mmg saya hargai…

~Jalak.

Nak tersembur air liur Ustaz Love membaca ayat “sampai masa untuk mengawan” tu… kiki.. Biasanya bulan 11 dan bulan 12 digelar sebagai “musim orang mengawan” sebab masa tu cuti sekolah.. ramai orang kawen.. kiki..

Kebiasaan orang kita menilai isu sekufu (sepadan) ini berdasarkan kepada penilaian pangkat dan harta. Ada juga yang menilai beradasarkan keturunan. Ada juga yang menilai berdasarkan kecomelan. Semua ini disebutkan dalam hadis Nabi s.a.w.

Dikahwini  wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung“. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Maka, yang sebenarnya dimaksudkan dengan sekufu itu adalah pada sepadan dengan tahap agama.

Ia bukanlah suatu perintah yang wajib untuk mencari calon yang berakhlak, berilmu agama, ustazah pilihan mahupun imam muda, sebaliknya ia suatu targhib dan galakan agar memilih yang beragama, supaya kehidupan berumahtangga akan aman sentosa membawa ke syurga. Namun, siapakah yang dapat memberi jaminan bahawa seorang yang beragama itu tidak akan diuji dalam perkahwinannya? Siapakah yang dapat menjamin bahawa seorang yang beragama itu tidak akan gagal dalam ujian atau tersilap dalam perlakuan? Tiada siapa dapat menjaminnya.. kerana perkara yang akan datang itu merupakan rahsia Allah. Bukan kita yang menentukan natijahnya, sebaliknya kita hanya mampu berusaha untuk menurut panduan yang telah diberikan oleh Allah melalui RasulNya.

Ringkasnya, dalam bab sekufu, sekufu pada agama itu yang sepatutnya diutamakan. Secara asasnya, sekufu agama ini dimaksudkan dengan sesama Islam. Tidak halal bagi seorang Muslim menikahi seorang non-Muslim. Hanya Muslim saja yg boleh bernikah dengan Muslim.. tak kira la Muslim tu dah bersunat ke belum.. sbb bersunat (khatan) tu bukan syarat sah nikah. Oleh itu, saudara dan gadis tersebut adalah pasangan yang sekufu dari sudut agama.

Cuma bab sekufu mengikut penilaian manusia itulah yang susah nak dipenuhi. Ada golongan Syed Sharifah yang tidak mahu bermenantukan orang yang bukan dari golongan Syed dan Sharifah.. Ada golongan Habib dan Syeikh yang hanya nak berpasangan dengan keturunan Habib dan Syeikh juga.. alasannya untuk menjaga keturunan. Sedangkan dalam agama, keturunan yg baik itu bukanlah dinisbahkan dengan keturunan yg ada gelaran (Habib, Syeikh, Syed, Sharifah, Tengku dsb), sebaliknya keturunan yang menjaga syariat agamanya.. sebab secara umumnya, seorang anak yang baik itu biasanya dididik oleh ibu dan bapa yang baik juga (tanpa menafikan wujudnya anak2 yg berakhlak mulia walaupun ibu bapanya buruk perangai).

Bagi yang mementingkan paras rupa, maka mereka lebih cenderung untuk memilih menantu yang hensem atau cantik.. atas alasan supaya sepadan dengan anaknya yang kacak dan comel. Mungkin mereka ini terlupa yang penilaian orang terhadap kecantikan itu adalah subjektif. Ramai orang yang mengatakan Ustaz Love ni kacak, walaupun Ustaz Love sendiri takde pun rasa macam tu.. kikiki.. Hakikatnya, kecantikan itu akan luntur dengan berlalunya masa dan meningkatnya usia.

Bagi sesetengah ibu bapa juga, ada yang mementingkan harta dengan alasan hidup ini segalanya memerlukan duit. Cinta saja tak boleh membeli kebahagiaan. Dan statistik Jabatan Agama menunjukkan bahawa kebanyakan punca perceraian di kalangan pasangan yang berkahwin adalah disebabkan masalah kewangan.

Bagi Ustaz Love, ada logiknya penilaian manusia pada 3 perkara tersebut. Ia berkaitan dengan soal nafsu dan keinginan dalam perkahwinan. Kalau kawen dengan orang yang mukanya menakutkan, tenteram tak perkahwinan? Kalau berkahwin dengan lelaki yang papa kedana, sanggup ke nak makan maggie tiap2 hari? Begitu juga dengan perkahwinan dengan seseorang yang ahli keluarganya semua kaki mencarut, tahan tak telinga mendengar carutan mereka setiap hari?

Sebab itulah, dalam kita mengutamakan mencari pasangan yg beragama, kita tak boleh pandang ringan 3 faktor sampingan tersebut. Kalau dapat yang beragama, hensem atau cantik, keturunan yg baik dan berharta, sudah tentu ia menjadi bonus buat kita. Jika tak mampu nak capai semua, capailah yg punya agama..

Sebab kecantikan itu boleh diusahakan.. boleh pakai mekap, makan produk2 tertentu untuk mencantikkan tubuh dan wajah.. bersenam untuk kelihatan segar.. jaga pemakanan untuk kelihatan aweks awet muda dan pelbagai lagi usaha yang boleh dilakukan dengan syarat tidak melanggar batasan syarak seperti melakukan pembedahan plastik, memakai benda2 palsu (spt rambut palsu, janggut palsu, bulu ketiak palsu dsb). Ataupun kalau dah tak boleh nak ejas sangat, pakaikan je isteri tu dengan purdah.. malam2 masa nak masuk tido, tutup mata.. bila lampu dah tutup, baru masuk bilik.. kiki..

Sebab keturunan yang baik itu juga boleh dicipta.. sekalipun mak ayah mertua itu berperangai buruk, kita masih boleh mewujudkan legasi keturunan yang baru dengan memperbaiki akhlak kita suami isteri.. seterusnya mendidik anak2 dengan akhlak yang mulia yang mana mereka juga akan berkahwin dengan pasangan yg berakhlak mulia dan melahirkan cucu2 dan cicit2 yang baik serta mulia akhlaknya. Kalau setakat nak keturunan yang ada pangkat Syed Sharifah dsb, tapi akhlak macam hampagas, maka tidak akan tercapai matlamat perkahwinan yang nak dibawa sampai ke syurga itu.

Sebab harta itu juga boleh dicari.. syaratnya kena rajin berusaha. Manusia lahir ke dunia sebagai seorang yang miskin, matinya juga nanti sebagai seorang yang miskin.. tiada bayi yang lahir sambil membawa ketulan emas di tangannya.. ataupun orang yang meninggal yang akan membawa bersamanya cincin berharga RM24 juta. Jadi, kaya atau miskin atas dunia, akan ditentukan atas dunia.. kaya atau miskin di akhirat juga akan ditentukan di atas dunia.. pilihlah kekayaan mana yang kita inginkan.

Dalam bab perkahwinan ni, ia banyak melibatkan permainan nafsu. Seorang yang bernafsu tinggi dan mementingkan kebendaan, akan melihat bahawa harta itu akan memudahkan urusannya dan memberikannya kesenangan. Sedangkan hakikatnya, manusia yang paling kaya atas dunia ni pun tidaklah mampu untuk makan kambing sehari seekor, atau makan roti canai 18 keping sekali hadap, atau makan kek 5 biji sekali telan.. Dan tidaklah orang kaya itu juga memakai gelang emas dari pergelangan tangan sampai ke ketiak, memakai rantai sampai terpaksa menunduk (sebab berat sangat pakai banyak2), pakai cincin sampai penuh 20 jari tangan dan kaki.. penambahan harta ini adalah semata2 bagi memenuhi keinginan dan nafsu manusia yang tak pernah puas.

Dah ada apartment, nak rasa duduk rumah atas tanah.. dah ada rumah teres, rasa nak duduk rumah semi-D.. dah ada rumah banglo, rasa nak duduk dalam istana.. sedangkan keperluan mereka bukanlah sampai sebegitu banyak. Cuba perhati pemilik2 banglo, berapa ramai yg duduk dalam rumah tu.. mungkin 3 orang (suami, isteri dan seorang anak).. tapi, ada juga yg kata, kalau anak ramai, mungkin tak sempat / mampu nak beli banglo.. sbb terpaksa fokus pada perbelanjaan keluarga yang besar.

Kalau kita perhati kat rumah flat / setinggan, berapa ramai ahli yang duduk dalam rumah tu? Mungkin juga 10 orang (student yg menyewa, atau pekerja2 asing yang ditempatkan oleh majikan). Walaupun keperluan mereka sebenarnya tak sepadan dengan apa yang mereka dapat, namun mereka menyedari fokus dalam kehidupan.. mereka tidak selamanya akan menyewa di flat yang sempit, sebaliknya mereka berkorban sedikit mengumpul duit supaya suatu hari nanti mereka dapat membeli rumah sendiri.

Melalut2 Ustaz Love bersyarah ni, sekadar nak memberitahu.. jika kita melakukan sesuatu demi untuk memenuhi kepuasan manusia, maka kita dah boleh berhenti untuk melakukannya.. sbb manusia ini tak pernah puas.

Berbalik kepada persoalan saudara Jalak.. kiki (maaf terpaksa menunggu lama).

Saudara jangan takut kepada perkara yg belum berlaku.. kerana ketakutan sebegitu adalah seumpama mati sebelum mati. Belum masuk medan peperangan, tapi dah terkencing-terberak sebab dengar bunyi letupan dan peluru.. takutnya kena tembak sampai tangan jadi lemah tak mampu nak angkat senjata.

Jangan mudah menyerah kalah. Apatah lagi berdasarkan cerita2 khabar angin yang kemungkinan betul salah itu masih boleh dipertikaikan. Hakikatnya, memang benar status keluarga gadis itu adalah tinggi pada pandangan masyarakat. Memang benar mereka kaya. Memang benar mereka ada 2 3 biji kereta. Memang benar rumah mereka besar.

Tapi, adakah saudara yakin bahawa ada 2 3 biji kereta itu dipakai oleh seorang ahli keluarga saja? Zaman sekarang, orang duduk rumah flat pun ada 3 4 biji kereta.. satu kereta ayah nak guna pergi kerja, satu kereta mak nak guna pergi pasar, satu kereta abang nak guna pergi berniaga, satu kereta adik nak guna pergi kuliah.. jadi, ada 2 3 biji kereta tak membuktikan apa2.

Rumah beliau besar.. adakah saudara yakin rumah tu dibeli secara tunai? Orang kaya sekalipun biasanya takkan beli secara tunai sbb nanti kena kejar dengan Lembaga Hasil.. kiki.. Kalau beli secara hutang, adakah ia telah habis dibayar? Ataupun adakah kemungkinan rumah besar itu telah dicagar (yg memberi makna rumah itu menjadi hak milik bank sehinggalah bayaran hutang habis dibayar).

Gadis itu bakal doktor.. tahukah saudara berapa ramai bakal doktor yang tak berjaya menjadi doktor sebab gagal dalam pengajian? Tahukah saudara starting gaji doktor tu bukan banyak mana jika nak dibandingkan dengan pendapatan seorang penjual burger (macam Abg Burn Burger Bakar yang untung sehari pun melebihi gaji sebulan seorang doktor)? Bangla yang buka carwash tepi jalan pun boleh dapat RM30k sebulan.

Ustaz Love bukan nak memperlekehkan gadis itu serta keluarganya.. sebaliknya Ustaz Love nak ajak saudara berfikir di luar kotak pemikiran biasa. Kita bukan hidup di zaman P. Ramlee (seperti yang digambarkan dalam filem Penarek Becha dan Antara Dua Darjat), sebaliknya kita hidup di zaman yang semua orang boleh berjaya.. asalkan rajin dan kuat berusaha.

Mitos hanya pelajar yang dapat 9A1 dalam SPM saja boleh berjaya, atau hanya graduan universiti saja boleh berjaya, telah menjadi lapuk. Hari ini ramai graduan yang hidup miskin, terpaksa ikat perut, kerja di stesen minyak dan restoran, disebabkan kurangnya peluang pekerjaan sedangkan hutang PTPTN perlu dijelaskan.

Walaupun saudara cuma seorang mekanik, namun itu bukan alasan untuk saudara memandang rendah kepada diri sendiri. Sekurang2nya, saudara bekerja secara halal. Bukannya saudara ambil upah RM20 untuk buat demo membaling telur, menulis cerita2 fitnah di blog dsb. Apa yang lebih penting daripada itu, kesungguhan saudara untuk mengubah nasib.

Adakah saudara selesa dengan keadaan sekarang? Ataupun saudara rasa perlu untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi dengan berusaha lebih gigih untuk menambahkan pendapatan? Memandangkan gadis itu masih lagi dalam proses pengajian (tambahan pula beliau mengambil jurusan yang mengambil masa yang panjang untuk dihabiskan, sebelum menjadi doktor pelatih dsb), maka saudara punya masa yang panjang untuk mengubah nasib saudara. Setahun daripada sekarang, kalau saudara masih lagi bersedih dan bermuram durja mengenangkan nasib diri, takkan ada apa yang berubah. Saudara akan hidup tertekan dan rambut akan jadi beruban.. akhirnya menjadi tua tanpa pasangan..

Nasihat Ustaz Love, saudara kuatkan lagi usaha untuk menambahkan pendapatan.. mungkin bila tiba masanya nanti saudara rasa dah bersedia untuk berjumpa dengan keluarganya, saudara boleh datang dengan lebih keyakinan dan lebih bergaya.

Ustaz Love tak pasti sama ada emak gadis itu mementingkan kemewahan dan mahukan menantu yang kaya juga.. sebab beliau sebagai isteri orang kaya, dah tentu la takde masalah beliau nak bermewah ke, nak berbelanja besar ke dsb. Jadi, anggapan awal saudara tu bagi Ustaz Love agak janggal, memandangkan saudara sendiri belum berkenalan rapat dengan keluarganya. Namun, tidaklah Ustaz Love nak mencadangkan sesuatu yang mungkin menjerut leher saudara sendiri. Mungkin juga beliau mementingkan kemewahan, tetapi bukanlah saudara yang nak kena bertanggungjawab menyediakan segala keperluannya. Biarkan suami beliau yang memikirkan hal itu.

Cuma, jika benar beliau berfikiran begitu, saudara mungkin akan menjejaskan satu2nya peluang untuk mengambil hatinya jika berjumpa dalam keadaan sekarang. Beliau mungkin akan menggunakan alasan anaknya masih belajar sebagai alasan untuk menggagalkan hubungan saudara dengan anaknya. Itu adalah antara situasi2 yang mungkin berlaku. Tak semestinya berlaku macam tu..

Jadi, sementara gadis itu menghabiskan pengajiannya dan seterusnya bekerja, saudara usahakanlah untuk meningkatkan lagi taraf hidup. Di samping itu juga, saudara perlu mempertingkatkan ilmu dan amal agama supaya jika ditakdirkan suatu hari nanti saudara berkahwin, saudara telah bersedia dari sudut rohani dan jasmani, mental dan fizikal, material dan spiritual untuk menempuh perjalanan hidup berkeluarga yang mungkin akan lebih lama tempohnya berbanding masa bujang.

Persediaan yang saudara lakukan itu, sebenarnya akan memberikan kebaikan buat diri saudara sendiri. Sama ada jodoh saudara dengan gadis itu ataupun orang lain, sekurang2nya diri saudara sendiri telah bersedia untuk memikul sebuah tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami.

Dalam situasi sesebuah pelayaran, bukan setakat ombak di lautan saja yang menjadi ancaman, sebaliknya faktor ketahanan diri itu sendiri yang lebih utama untuk diteliti. Begitu juga dengan persiapan dalam menuju pelayaran. Jika lautan tenang, tetapi saudara sebagai pemandu kapal asyik muntah disebabkan mabuk laut, ia bakal mengganggu kelancaran pelayaran. Jika kapal pula bocor di sana sini, mungkin pelayaran saudara akan terhenti di tengah jalan akibat tenggelam.

Jangan ingat jika ibu gadis tersebut dapat menerima saudara, maka hidup saudara selepas itu akan bahagia.. banyak lagi cabaran yang menunggu. Jadi, peruntukkanlah masa untuk menimba ilmu, sebelum tiba masanya berhadapan dengan pengalaman. Belajar daripada pengalaman orang lain itu lebih baik daripada merasai pengalaman pahit sendiri.

Apa pun, saudara mintalah petunjuk daripada Allah melalui jalan istikharah. Mungkin Allah dah sediakan sesuatu perancangan yang lebih baik daripada yang saudara fikirkan dan yang Ustaz Love cadangkan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. Gadis itu bakal doktor.. tahukah saudara berapa ramai bakal doktor yang tak berjaya menjadi doktor sebab gagal dalam pengajian? Tahukah saudara starting gaji doktor tu bukan banyak mana jika nak dibandingkan dengan pendapatan seorang penjual burger (macam Abg Burn Burger Bakar yang untung sehari pun melebihi gaji sebulan seorang doktor)? Bangla yang buka carwash tepi jalan pun boleh dapat RM30k sebulan.

    Adakah ini satu penghinaan kepada bakal doktor di luar sana?? Atau satu realiti yang perlu dibincangkan??

    1. Ini bukan penghinaan.. ini adalah hakikat.. oleh kerana yg bertanyakan soalan itu membawakan situasi doktor, maka situasi doktor jugalah yg dibawakan di sini. Hakikatnya, orang yang makan gaji (tak kira la doktor ke, cikgu ke, pegawai agama ke, ketua jabatan ke dsb) memang tak tinggi mana gajinya jika dibandingkan dengan pendapatan mereka yg berniaga. Hatta peniaga besi buruk pun boleh dapat dalam RM300++ sehari (walaupun cuma bekerja 2 3 jam mencari tin dan besi buruk dan hanya bermodalkan tenaga serta minyak utk kenderaan).

      Sebab itu, dalam bekerja ini, kita kena tengok apa matlamat kita.. kalau nak jadi kaya dengan bekerja makan gaji, maka berhentilah kerja, sebelum kita terlibat dengan rasuah dan penyelewengan lain.

      Suatu kisah yg Ustaz Love rasa nak kongsikan.. dalam belasan tahun lepas, Ustaz Love pernah keluar tabligh bersama dengan seorang bakal doktor. Beliau menyatakan bahawa dalam ramai2 kawan yang sama2 mengikuti kursus perubatan sejak semester pertama, akhirnya tinggal beliau dan beberapa orang saja lelaki yang berjaya menamatkan pengajian. Apatah lagi dengan yuran kursus yang tinggi, tempoh masa yang panjang dan subjek2 yang susah nak dicover, ketahanan mental dan fizikal sangat teruji.

      Member Ustaz Love ada sorang yang bekerja sebagai doktor di UK.. sanggup membayar kembali pampasan kepada kerajaan Malaysia ratusan ribu RM sebab tak nak kerja dengan kerajaan.. sbb gaji doktor di Malaysia ni adalah rendah berbanding bidang tugas dan tanggungjawab besar yg terpaksa dipikul.

  2. Masya Allah…terima kasih ustaz…InsyaAllah, buat masa skrang saya akan cuba menambah ilmu agama disamping menaik taraf hidup saya…Terima kasih sekali lagi ustaz atas pencerahan ‘panjang’ yg ustaz berikan ini…semoga Allah memberkati hidup ustaz.. =)

  3. yg pntg usahe..btol jugak ckp ustaz,kalau dok runsing sgt pon x dpt ape..kne bermula dr sekarang:-)

  4. Assalamualaikum ustaz..sy ingin btanya sm kes dgn ini.cumanya sy jg msh dlm proses perkenalan..ibu sy jg sdh bjmpa dgn dia.dia serius ingin mnikahi sy..n sy ingin mjaga khormtn sy dgn pnikahn..cm sy ingin tahu..apakh dbolehkn utk mrahsiakn aib..sy ingn mula hdp bru..n sy jg inginkn keluarga yg sakinah mawadah warohmah..mhn jasa baik ustaz..syukron

  5. Sebelum kahwin saya tak nampak masalah sekufu ni. Suami saya hanya berkelulusan SPM dan kerja kilang jadi operator dan saya pulak senior eksekutif berijazah. Lepas kahwin, suami pulak asyik sakit2, dan suka hati dia je nak pergi kerja ke tak. Asyik MC padahal tengah MC leh pulak buat kerja rumah. Dah tu, tentulah tak dapat gaji sebab gaji hari. Yang susahnya saya, nak kena bayar segala hutang, belanja dapur, duit minyak dan lain2. Dia pulak bayar duit sewa dan duit pengasuh. Tu pun, saya yang kena tambahkan jugak sebab memang takkan cukup. Bila saya persoalkan, dia kata saya tak faham keadaan dia yang sakit tapi kalau dah tau sakit, ubat segala makan bukan tau nak jaga. Lebih menyedihkan lagi, bila dia mula pukul sepak terajang saya bersaksikan bayi kami. Walaupun saya tau dia akan bagi nafkah bila dia ada duit, tapi apa gunanya kalau nafkah tu ibarat tak payah bagi. Saya balik yang kene bagi kat dia. Akibat dari masalah ni, saya jadi hilang hormat padanya. Saya juga mengeluarkan kata-kata kesat padanya dan sepak terajang dia juga. Sesungguhnya, saya benci kehidupan macam ni dan merasakan perkahwinan saya satu kesilapan besar yang pernah saya buat. Saya rasa tenang dan dekat dengan Allah bila dia tak ada kat rumah. Saya kesiankan bayi kami jika masalah ini berlarutan. Apakah yang perlu saya lakukan?

    1. Puan kena banyak bersabar. Ini ujian perkahwinan puan. Sekufu ini hanya satu saranan, bukannya ia suatu hukum yang wajib diikuti. Ramai je pasangan yang tak sekufu dari segi pekerjaan dan kelulusan, hidup bahagia dengan cara mereka. Yang penting, kena tolak ansur. Tak perlu terlalu berkira, kerana puan pergi bekerja itu pun atas keizinan suami. Kalau suami tak izinkan puan bekerja dan duduk rumah saja, mungkin puan terpaksa terima saja apa pemberian suami. Kalau suami bagi nafkah megi, maka megi jugalah yg puan kena makan. Sedangkan puan dah setuju untuk menerima beliau dulu (walaupun mungkin buta penilaian akibat cinta).

      InsyaAllah, jika puan bersabar dan bersopan santun dengan suami, ada hikmah yang bakal diterima.

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme