I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Pemakaian Perhiasan Emas, Suasa, Perak Dsb

err.. ustaz..

sy ada kemusykilan tentang pemakaian perhiasan spt cincin emas, suasa, perak dan yg adik-beradik dengannya.
boleh ustaz tolong jelaskan serba sedikit mengenai pemakaian perhiasan tersebut, beserta hukumnya, samada di kalangan lelaki mahupun wanita.
terima kasih ustaz.

~aYaz.

Secara umumnya, perhiasan yg berbentuk aksesori yang dipakai pada badan kebanyakannya adalah perhiasan untuk wanita. Lelaki ni jarang nak pakai aksesori. Nak pakai jam tangan pun kadang2 malas (ada alasan nak tanya jam pukul berapa kat aweks dalam bas..kiki). Cuma ada juga spesies2 yang tak sedar dirinya itu lelaki, lalu memakai aksesori wanita seperti gelang dan rantai.. kiki..

Sebelum kita masuk bab kandungan logam sesuatu perhiasan (sama ada ia sejenis emas, perak, gangsa, besi, kayu dsb), kita cerita sikit bab jenis perhiasan.

Perhiasan jenis rantai yang dipakai di leher, adalah dianggap sebagai perhiasan wanita. Begitu juga dengan gelang sama ada ia dipakai di tangan atau di kaki. Begitu juga dengan subang (anting2) tak kira ia dipakai di telinga mahupun di hidung. Kesemua ini dianggap sebagai perhiasan wanita kerana kebiasaannya perhiasan jenis ini dipakai oleh wanita semata2, tanpa ada pengecualian yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Jadi, tak kira la perhiasan itu diperbuat daripada apa jenis logam sekalipun, perhiasan yang memang khusus untuk wanita, adalah haram dipakai oleh lelaki. Maka, haram hukumnya lelaki memakai rantai perak, atau memakai gelang tasbih, atau memakai subang daripada platinum.

Kemudian masuk pula bab logam perhiasan yang digunakan. Sebarang perhiasan emas atau campuran emas (seperti emas putih, suasa, emas ros dsb), ia hanya harus dipakai oleh wanita dan tidak bagi lelaki. Jadi, oleh kerana haram hukumnya bagi lelaki memakai emas, haram juga hukumnya memakaikan anak2 lelaki atau bayi2 lelaki dengan perhiasan emas (pakaikan rantai, gelang, cincin emas dsb) dan dosa itu akan ditanggung oleh ibu bapa kerana mereka yang bertanggungjawab memakaikan perhiasan tersebut. Sedikit isu sampingan, larangan itu termasuk juga memakaikan anak2 lelaki dengan pakaian sutera, juga dilarang memakaikan anak2 dengan pakaian yg berlainan dengan jantinanya (anak lelaki dipakaikan tudung, atau anak perempuan dipakaikan serban).

Namun, ada pengecualian dalam bab2 tertentu. Sebagai contoh, cincin itu harus dipakai (sekalipun ia juga perhiasan wanita) kerana ia dipakai oleh Nabi s.a.w.. Bermakna, ada pengecualian di situ. Yang tak boleh adalah memakai cincin yang diperbuat daripada emas atau campuran emas seperti cincin suasa dan cincin emas putih. Cincin platinum atau apa2 jenis cincin yang logamnya tiada campuran emas, harus dipakai oleh lelaki.

Begitu juga dengan jenis perhiasan yang khusus untuk wanita seperti gelang dan rantai, ada pengecualian jika ia mempunyai fungsi lain yang bukan berfungsi sebagai perhiasan untuk kecantikan semata2.. contohnya seperti rantai untuk kad akses (biasa dipakai oleh pekerja pejabat dan juga untuk menggantung kad matrik pelajar) dan juga jam tangan yang berfungsi untuk tujuan memudahkan penentuan waktu. Syaratnya ia tidak diperbuat daripada logam emas atau campuran emas.

Bagi logam jenis emas, ia juga diberikan pengecualian untuk dipakai oleh lelaki bagi tujuan lain yang bukan bertindak sebagai perhiasan seperti memakai gigi emas atau memasang hidung emas.. fungsi kedua2nya bukan lagi untuk tujuan perhiasan, sebaliknya untuk tujuan lain.

Bagi pemakaian gelang dan rantai yang dikatakan mempunyai manfaat kesihatan, ia perlulah disahkan dulu oleh pakar yang bertauliah akan kebenaran dakwaan tersebut. Setakat ini, maklumat yg Ustaz Love jumpa, kebanyakan produk2 seperti rantai atau gelang magnet yg dikatakan untuk tujuan kesihatan, adalah penipuan semata2. Tiada kajian yang sahih yang membuktikan keberkesanan produk2 tersebut melainkan sekadar memancing kepercayaan para pembeli. Jadi, sebaiknya dielakkan pemakaian tersebut. Kalau nak pakai juga, letak fungsi lain pada alat tersebut (contohnya gamkan dengan jam tangan).

Untuk perhiasan yang dipakai bukan pada tempatnya, maka ia termasuk dalam perkara2 yg zalim dan melibatkan pembaziran. Selain itu, ia juga merupakan penyerupaan dengan golongan2 yang tidak beriman. Antara contohnya adalah pemakaian subang yang ditindik di kening, lidah, puting buah dada, pusat, kemaluan, dagu, ketiak dsb.. Pemakaian subang yang penuh satu cuping telinga juga termasuk dalam perkara yg membazir, kerana ia sudah lari daripada tujuan perhiasan itu sendiri, iaitu untuk nampak cantik, dan bukan nampak pelik.

Sekalipun perhiasan2 itu harus dipakai bagi wanita dan ada sebahagiannya harus dipakai oleh lelaki, namun perlu difahami bahawa matlamat dan cara itu kena berjalan seiringan. Sekalipun lelaki memakai cincin perak bertatahkan delima sakti mangkukbumi, namun jika beliau meyakini cincin itu memberikan kuasa tertentu (spt mendatangkan rezeki, atau menundukkan manusia dsb), maka ia juga termasuk dalam perkara2 yang haram dan merosakkan akidah. Begitu juga dengan wanita2 yang menayang2kan perhiasan yang sepatutnya disembunyikan (spt membunyikan gelang kaki berloceng, mengeluarkan subang dari tudung, menyelakkan tudung supaya nampak rantai besarnya dsb), maka ia juga termasuk dalam perbuatan yang haram dan mendatangkan fitnah dan dosa.

Apa juga perlakuan kita, janganlah melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Terlalu banyak perkara harus yang bertukar menjadi haram, disebabkan kita melampau2 dalam penggunaannya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment
  1. penjelasan yg sgt terang lagi jelas. syukran

    dulu2 i ingatkan lelaki boleh pakai cincin suasa (sbb beli cincin suasa utk my husband as wedding ring masa kawin -thn 2004)..now dh tahu rupanya tak boleh..
    mz recently posted..Sneak peek | MZ @Phd convoMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme