I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Tiri Mendera Mental

salam..

ustaz, dah cuba utk syg ibu tiri sndri, tp syg sya dan rasa hormat sya dbalas dgn cacian dan hinaan. siap guna lama sosial lg nak kutuk kami 4 bradik, abg saya sampai berkecil hati dan keluar dr rumah. fkir juga mahu begitu, tp kerana ayah yg terlalu saya sayang, saya x mahu kecewakan dia jd trus bersabar hgga kini.. macam mana? dia semakin galak membuka mulut dan sgala bahagian kami beradik menjadi milik dia dan anaknya ‘(dr suami dahulu).. demi Allah saya dah cuba untuk menyayanginya tp kerana sifatnya yg sombong dan bongkak. saya dah tawar hati dan sehingga ke mati x akan sya anggap dia isteri ayah saya lg.. pernah juga dia meminta maaf, tp setelah sya memaafkan.,, dia ulang semula sikapnya itu..

~ika.

Udang sama udang, takkan sama anak tenggiri.. orang sama orang, takkan sama anak sendiri… cewahh..

Begitulah hakikat kehidupan kita ini. Orang punya, walau macam mana kita sayang sekalipun, takkan sama macam kita sayang barang kita sendiri. Kita cuma mampu membuat memek muka sedih bila kawan kita memberitahu akan kehilangan kucing yang disayangi, namun kita akan mengalirkan air mata tanpa henti bila kita sendiri kehilangan kucing yang kita sayangi. Hakikat itu tak mampu kita nak ubah walaupun sebanyak mana mulut kita menafikannya.

Kasih sayang seorang ibu kandung, takkan dapat diganti dengan kasih sayang ibu tiri atau ibu angkat mahupun ibu tumpang apatah lagi ibu susuan. Walaupun sejauh mana seorang ibu tiri itu mencuba untuk menyayangi anak tirinya, ia takkan menyamai kasih sayang seorang ibu kandung.

Namun, kita bukanlah nak membandingkan tentang kasih sayang mereka, siapa yang lebih atau siapa yang kurang. Sebaliknya kita mahu mereka menerima diri kita sebagai sebahagian daripada keluarga, sekalipun kita bukanlah dilahirkan melalui rahim mereka. Penerimaan itu sendiri merupakan suatu rahmat bagi diri kita. Bukan senang orang nak menerima diri kita dalam keadaan sedia ada, berbanding darah daging mereka yang dididik dan dijaga semasa masih merah lagi.

Kadang2 kita terlalu fokus pada kesilapan orang lain, sebab kita malas nak muhasabah diri sendiri. Memang mudah menyalahkan berbanding disalahkan. Bila menyalahkan orang, kita rasa puas hati. Bila kita disalahkan, kita rasa sakit hati.

Jika kita tengok dalam drama2 di tv, memang banyak kisah2 sebegini. Kita perasan atau tak, banyak2 orang baik dalam drama tu, ada sorang dua je watak penjahat (antagonis)? Cukup sorang dua penjahat ni, mengkucar-kacirkan perhubungan ramai watak2 yang baik. Rasanya kenapa boleh jadi macam tu ye?

Pernah dengar tak kenyataan, “Suatu kejahatan / kebatilan yang teratur akan dapat mengalahkan kebaikan / kebenaran yang tidak teratur”? Itulah antara masalah terbesar umat ini. Para penjahat dan penzalim melakukan perancangan yang teliti dan bersatu padu demi mengalahkan sebuah kebenaran, sedangkan mereka yang baik2 ini berpecah-belah dan tak merancang dengan teliti dalam menyebarkan kebenaran dan mengalahkan kebatilan.

Tidaklah musuh itu sebenarnya lebih kuat daripada kita, melainkan kita sendiri yang terlalu lemah untuk menentang mereka. Bayangkan saudari ada 4 orang adik beradik, tapi terpaksa mengalah dengan kelicikan ibu tiri dengan anaknya. Adakah ini memberi maksud Ustaz Love nak ajarkan strategi peperangan? Bukan.. bukan.. Ustaz Love tak suruh berperang dengan keluarga sendiri. Apa yang Ustaz Love maksudkan adalah, bagaimana nak fikirkan cara agar saudari 4 beradik itu boleh menjadi kuat dan tidak berasa lemah apabila berhadapan dengan permainan ibu tiri tersebut.

Perbuatan ibu tiri terhadap saudari adik beradik itu bolehlah diumpamakan seperti seorang senior yang membuli beberapa orang junior di asrama. Perbuatan buli biasanya berlaku disebabkan sang pembuli menganggap mangsa yang dibulinya itu sebagai orang yang lemah dan tak mampu melawan. Jarang seorang pembuli akan cuba membuli mangsa yang dirasakan sama kuat atau lebih kuat daripadanya. Biasanya yang sama2 kuat / lebih kuat ni akan menjadi kawan supaya kelemahannya tak diambil kesempatan orang pihak yang lebih kuat.

Bila abang saudari membuat keputusan untuk keluar daripada rumah, maka yang tinggal hanyalah saudari yang agak lemah untuk melawan konspirasi ciptaan ibu tiri tersebut. Ia merupakan satu titik permulaan kemenangan pihak ibu tiri, bila dapat menyingkirkan saingan yang lebih kuat (abang saudari). Jika perkara ini berterusan, tidak mustahil saudari adik beradik akan merempat di rumah sendiri, atau mungkin terpaksa meninggalkan rumah disebabkan tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Dalam Islam, mempertahankan hak itu hukumnya wajib. Jika mati dalam mempertahankan hak, maka dikira mati syahid. Jika seseorang datang nak merampas harta, dan kita pertahankan lalu terbunuh, maka kita dikira mati syahid. Jika begitu penting sekali mempertahankan harta benda, maka mempertahankan maruah itu sudah tentu lebih2 lagi dituntut. Cuma, kita kena pastikan cara yang kita gunakan itu tidak menyalahi batasan yang telah ditetapkan syarak.

Apa yang boleh saudari lakukan, saudari berbincanglah dengan keluarga tentang perkara ini. Jangan sesekali berasa takut untuk berdepan dengan masalah, kerana dengan melarikan diri daripada masalah, tidak akan menyelesaikan apa2 masalah. Sebaliknya bakal mewujudkan rantaian masalah yang baru yang akan terus membelenggu kehidupan saudari sampai bila2.

Saudari kena kuatkan hati dan semangat. Pertahankan apa yang saudari rasa benar dan jangan takut dengan kejian dan hinaan. Bila saudari kuat semangat, orang lain akan fikir 2 3 kali sebelum meneruskan hasrat nak berbuat onar terhadap saudari. Bukanlah mereka takut disebabkan saudari jenis suka menjerit2 kemarahan, atau bergaduh bertarik2 rambut dengan mereka, sebaliknya mereka akan gentar dengan ketegasan dan kebijaksanaan saudari.

Kebanyakan masalah jadi tak selesai bila kita tak tahu cara nak selesaikan, atau tidak kembali kepada punca masalah itu. Kita juga biasanya takut untuk mengambil langkah pertama bagi melakukan sesuatu tindakan, disebabkan takut memikirkan tentang hasilnya. Akibatnya, kita kerap menuju ke tempat yang salah untuk menyelesaikan masalah. Kita ceritakan masalah kepada kawan2 yang hanya mampu mendengar dan menyuruh kita bersabar.. atau kita ceritakan masalah kepada kucing yang tak mampu nak berkata apa2.. Sedangkan yang sepatutnya kita buat adalah berbincang dengan orang yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Untuk itu, saudari memerlukan strategi dan perancangan yang teliti. Saudari kena mula mengumpulkan segala bukti tentang kejahatan yang dilakukan oleh ibu tiri. Bila tiba masanya, saudari kena berterus-terang dengan ayah saudari. Jika tiada bukti, mungkin saudari akan dituduh mereka2 cerita. Bila ada bukti, insyaAllah, ayah saudari akan bertindak dan melakukan apa yang sepatutnya.

Saudari kena tunaikan hak saudari. Pertahankan hak saudari. Jangan biar sesiapa pun merampasnya. Hak ayah, biar beliau sendiri yang fikirkan dan pertahankan. Jika saudari betul2 menyayangi ayah, saudari perlu mencari jalan menyelesaikan perkara ini. Jika tidak, saudari akan menyiksa sang ayah dalam diam. Ayah tidak tahu apa punca anak2 menjauhi diri daripadanya, sedangkan anak2nya fikirkan pasal kebahagiaannya. Seorang ayah yang bertanggungjawab, tidak akan sanggup membiarkan anaknya diperlakukan sebegitu rupa, apatah lagi oleh isteri baru yang bukan ibu kandung kepada anaknya. Hubungan suami isteri ni walau sekuat mana sekalipun, takkan dapat mengatasi kekuatan hubungan ibu bapa dan anak. Satu lafaz talak saja akan memutuskan perhubungan suami isteri yang mungkin dah berpuluh tahun dipertahankan, sedangkan hubungan ibu bapa dan anak takkan putus sampai bila2.

Carilah jalan agar abang saudari dapat kembali ke rumah. Itu sebenarnya sudah cukup untuk menggentarkan hati ibu tiri tersebut.  Mengalah itu bukanlah bererti kalah, sebaliknya satu strategi untuk mengumpulkan kembali kekuatan sebelum mencapai kemenangan. Jangan berundur walau selangkah. Tetapkan tapak dengan penuh gagah. Asalkan saudari tidak menganiaya ibu tiri (dgn menyebarkan fitnah dsb), maka teruskanlah usah memperbaiki hubungan keluarga, walaupun terpaksa membongkarkan kejahatan ibu tiri tersebut.

Apa pun, itu cuma usaha fizikal.. takkan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah. Walaupun selicik mana pun sesuatu perancangan manusia, takkan dapat mengatasi perancangan Allah s.w.t.. Jadi, saudari kena kuatkan juga usaha rohani. Buat solat hajat dan solat tahajjud setiap hari.. banyakkan bersedekah.. banyakkan membaca al-Quran.. dan yang paling penting, banyakkan berdoa pada setiap masa dan keadaan.. minta pada Allah agar masalah saudari ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik, ibu tiri diberikan petunjuk dan hidayah untuk berubah, adik beradik yang bersatu hati, bapa yang bertanggungjawab dengan sebaiknya dsb. InsyaAllah, doa saudari akan diperkenankan oleh Allah.

Semoga Allah memberikan jalan terbaik buat saudari untuk menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. Ustaz mmg suka melalut eh? Bercakap sia2 kan Allah tak suka, just straight to the point. Tak payah nk melalut sgt, org tgh sedih nk jln penyelesaian bukan nk baca “ustaz love” melalut, sekian. Just teguran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme