I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Antara Keinginan Suami Dan Arahan Ayah

salam ustaz.

sy seorg isteri dan telah berhenti kerja setelah melahirkan anak pertama setelah berbincg n mendpt persetujuan suami.niat asal sy ingn menyambung masters supaya dpt bertukar kerjaya yg sgt sibuk ketika itu kepada pekerjaan pensyarah setelah smbung blajar.namun setelah berhenti kerja,suami lebih suka sy menjadi surirumah dan tidak mengizinkan sy berkerja mahupun sambung belajar.alhamdulillah keperluan mencukupi walaupon tidak semewah mana dan suami juga lebih tenang pergi bekerja kerana sy sndiri yg mnjaga anak kami.

masalah sy ialah ayah sy sndiri tidak suka sy berhenti kerja.ayah sy menelefon sy dan berkata macam2 yg kdg2 menguris hati sy seperti menyatakan sy seorg yg hidup daif sbb tidak bekerja,sy plg miskin di antara adik beradik sbb tidak bekerja dan lain2.tidak cukup itu,ayah juga turut membnding2kan sy dgn adik bradik lain yg semuanya berkerja dan menakut2kan sy sekiranya suami meninggal atau bercerai apa yg akan jd pd sy yg tidak berkerja ini.ayah sy juga menyatakan rezeki anak itu dtg dr bekerja.kalau suami je yg kerja tp isteri tidak berkerja,tertutupla rezeki anak dan mcm2 lg.

tiap kali ayah berkata begitu,sy tidak membalas sbb sy masih perlu hormatinya sbg seorg ayah. suami sy sememangnya tidak membenarkan sy bekerja kerana ingin sy mendidik n membesarkan sndri anak kami.apatah lagi skrg terlalu banyak kes melibatkan penderaan bayi n kanak2. sy juga redha dgn keputusan suami n berusaha utk mnjadi surirumah terbaik buat keluarga.tp saya rasa amat tertekan dgn ayah yg saban hari memaksa sy bekerja.ayah mmg seorg yg mementingkan wang dan pangkat.

sy harap ustazlove dpt kupas isu ni dgn pnjg lebar kerana sy percaya ramai isteri yg mengalami dilema yg sama.pd zaman serba moden ini,surirumah tidak lg dianggap kerjaya mulia tetapi kerjaya yg membuahkan wang bulanan itu la yg sentiasa diagung2kn. bantula saya ustaz love…bagaimana sy nak puaskan hati ayah sy pd masa yg sama taat pd suami.

-isteri dilema-

Dalam apa juga perkara, jika kita terlalu berusaha untuk memuaskan hati orang lain, akhirnya kita akan menjadi hamba kepada orang tersebut. Takut tersilap cakap, kita banyak diam.. takut tersilap tegur, kita mengiakan walaupun salah.. takut hubungan berantakan (cewahh.. dah maju rupanya penulisan Ustaz Love dalam penggunaan bahasa bombastik..kiki), kita banyak mengalah.. akhirnya, apa yang tinggal pada diri sendiri? Makan hati, memendam rasa, tertekan jiwa raga, perasaan rendah diri dsb yang selayaknya dimiliki oleh seorang hamba abdi.

Jika kita meletakkan kepuasan itu dalam mentaati perintah Allah dan RasulNya, maka sekalipun kita menjadi hamba, namun perasaan kita tidak akan sama seperti menjadi hamba manusia.. kerana kita menjadi hamba kepada yang Maha Esa, dan bukannya sesama manusia yang darah pun sama merahnya, dan kentut pun sama busuknya.

Begitulah juga dalam menentukan sesuatu pilihan, kita kena jelas yang mana satu patut diutamakan dan yang mana satu patut dikemudiankan.

Dalam kes puan ini, Ustaz Love tak nampak di mana silapnya jika puan mengikuti permintaan suami. Cuma yang menjadi masalahnya, kehendak sang ayah yang tak dapat tidak, kena diperhati juga. Banyak jasa dan pengorbanan beliau terhadap anak2. Jadi, tak semudah itu untuk menolak keinginan mereka tanpa apa2 justifikasi.

Kebanyakan ibu bapa (terutama dari golongan berpendapatan rendah) amat mengharapkan bantuan anak2 yang telah besar untuk bekerja dan membantu adik2 yang masih kecil. Ini kerana mereka memikirkan telah banyak masa dan tenaga serta wang dihabiskan untuk membesarkan anak2. Jadi, bila anak2 dah bekerja, tibalah pula masa mereka untuk membalas budi.. janji dicapati.. Sedangkan mereka terlupa bahawa tanggungjawab untuk membesarkan anak2 itu memang dah menjadi tanggungjawab mereka (ibu bapa). Kalau rasa tak nak bertanggungjawab, adalah lebih baik mereka tak payah beranak atau tak payah kawen.. hidup je membujang sampai ke mati.. tak perlu susah payah nak menuntut jasa daripada anak2.

Walaupun begitu, di pihak anak2, mereka masih lagi perlu berbakti kepada ibu bapa. Banyak kaedah untuk berbakti.. antaranya memudahkan urusan mereka (dengan memberikan wang belanja.. sbb mereka pun dah tua, tak larat nak bekerja), mendoakan kebaikan buat mereka, menghiburkan hati mereka (dan tak serabutkan mereka dengan masalah rumahtangga anak2) dsb. Jika ibu bapa tiada sumber pendapatan, menjadi kewajipan untuk anak2 membantu mereka sekadar termampu. Itu masuk bab tanggungjawab anak2 terhadap ibu bapa. Tak perlu sang anak itu nak mengungkit2 dengan alasan seperti ibu bapa mereka tak pernah berjasa membesarkan mereka dsb.. sbb menunaikan tanggungjawab ini tak tertakluk kepada timbal-balik.. sekalipun ibu bapa tak pernah pelihara anak2 daripada kecil, anak2 masih lagi bertanggungjawab untuk menjaga mereka semasa hari tua.

Bila seorang anak itu telah berkahwin, anak lelaki masih lagi punya tanggungjawab untuk taat kepada ibu bapanya.. sedangkan bagi anak perempuan, suami itu diletakkan pada tempat pertama dalam bab ketaatan selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya.

Oleh kerana umumnya kita mengetahui, betapa susahnya nak memujuk hati orang tua ini, maka Ustaz Love mencadangkan agar puan berbincang elok2 dengan suami tentang perkara ini. Sekalipun permintaan suami untuk puan menjadi surirumah itu tiada salah dan silapnya, namun suami kena bertindak adil dalam hal ini. Ustaz Love tak mengatakan yang membenarkan isteri bekerja itu suatu sikap yang terpuji atau terkeji, tetapi Ustaz Love cuma nak fokus pada perjanjian asal sang suami terhadap sang isteri.

Dalam pekerjaan ini, ada 2 tujuan yang biasanya menjadi alasan bagi para wanita untuk bekerja. Yang pertama adalah untuk menambahkan pendapatan keluarga. Yang kedua adalah untuk kepuasan diri.

Jika pendapatan suami sudah lebih daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan nafkah keluarga, maka secara logiknya, tidak ada sebab seseorang isteri itu untuk keluar bekerja bagi menambahkan pendapatan. Namun, kadang2 hati seorang wanita itu meronta2 juga bila kepuasan dirinya tidak dapat dipenuhi. Beliau belajar setinggi2nya dengan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang tidak terkira banyaknya, sedikit sebanyak ia meremukkan juga hati seorang wanita yang terpaksa menjadi seorang surirumah.

Menjadi seorang wanita berkerjaya tidaklah dipandang sebagai suatu kehinaan.. perlu dilihat pada konteks kerjaya yang dipilihnya. Kalau beliau memilih kerjaya sebagai seorang guru, pensyarah, atau ustazah, bukankah ia boleh menjadi suatu amalan yang berterusan walaupun selepas matinya nanti (ilmu yang bermanfaat)? Jika seorang wanita bekerja dan ada pendapatan lalu memberikan sedekah kepada yang memerlukan, bukankah ia juga akan menjadi amalan yg manfaatnya berterusan (sedekah jariah)? Hina atau tidak wanita yg bekerja itu bukanlah pada statusnya sebagai wanita berkerjaya, sebaliknya terletak pada pemilihan kerjaya yg beliau lakukan.

Menjadi seorang surirumah juga suatu pekerjaan yang mulia kerana tanggungjawab mendidik anak2 itu terletak di tangan kedua ibu bapa. Jika bapa dah pergi bekerja, maka menjadi tanggungjawab ibu untuk mendidik mereka di rumah. Kalau dah dua2 bekerja, siapa yang nak jaga mereka.. takkan nak lepaskan tanggungjawab kat bibik semata2?

Dalam hal ini, ia memerlukan seorang wanita itu untuk memilih pekerjaan yang tidak mengganggu rutin rumahtangganya (jika beliau memilih untuk bekerja). Jawatan pensyarah itu bagi Ustaz Love, lebih fleksibel masanya dan tidak mengganggu rutin rumahtangga. Lain la kalau kerja jadi mak guard ke (yg kena bertugas waktu malam), atau kerja kilang yang kena syif 12 jam (akan kurang masa dengan keluarga) dsb.

Berbalik pada perjanjian asal tersebut.. asalnya sang suami setuju untuk puan berhenti kerja dan bersetuju untuk puan sambung belajar serta bersetuju untuk puan kembali bekerja (dengan jawatan pensyarah). Walaupun ia perjanjian mulut, namun ia masih diiktiraf dalam syarak. Seorang suami, jika berjanji dengan isterinya, wajib menunaikan janji tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak. Namun, jika selepas perjanjian pertama (isteri berhenti kerja) dilaksanakan, perjanjian kedua dinafikan, pada pandangan Ustaz Love, ia tak lebih sekadar umpan untuk sang isteri berhenti kerja (mungkin sebelum ni tak sanggup nak cakap direct dan mengecilkan hati sang isteri). Sebab itu puan kena tanya terus-terang akan kehendak suami itu pada asalnya. Ustaz Love bukan nak suruh puan bertengkar dengan suami, cuma sekadar meminta penjelasan atas tindakannya. Sebab ia adalah asas kepada masalah yang berangkai ini.

Jika suami memang daripada awal berniat supaya puan berhenti kerja dan menjadi surirumah, maka puan kena taat dengan keputusan suami. Soal janjinya pada puan, biarlah dia tanggung sendiri.. yang penting, puan tidak mengurangkan ketaatan dan rasa hormat terhadap suami.

Kadang2, kita kena berfikir selangkah ke depan. Zaman sekarang ni, segala2nya memerlukan duit. Nak kencing dalam toilet RnR pun kena melalui tol yg akan mengambil sebahagian duit kita.. kiki.. apatah lagi nak sambung belajar, nak hantar anak ke nurseri dsb.. Jika dalam keadaan ini (puan menjadi surirumah) pun, belanja sekadar cukup2 makan, bayangkan kalau puan sambung belajar dan anak dihantar ke nurseri.. dah tentu beban suami itu akan bertambah. Orang lelaki ni mementingkan stabiliti. Kalau hidup sekarang ni dah stabil, mungkin suami tu merasakan tiada sebab beliau nak bersusah payah lagi (menambahkan perbelanjaan).

Dan pandangan sang ayah itu juga ada benarnya.. memang kebanyakan ibu tunggal yang tidak bekerja (sama ada ditinggalkan suami akibat kematian atau perceraian) akan melalui fasa hidup yang agak susah. Permulaannya, mereka akan menyusahkan ibu bapa mereka (menumpang rumah ibu bapa, tinggalkan anak untuk dijaga oleh mereka, mereka terpaksa keluarkan belanja untuk anak dan cucu2 dsb) sebelum dapat mencari pekerjaan dan menstabilkan kehidupan. Ini memang lumrah kehidupan.. dan kes2 seperti ini biasa kita baca dan dengar daripada pelbagai sumber. Sama ada sang ayah itu tak sanggup nak membantu (jika ditakdirkan ia berlaku) atau sekadar memberikan peringatan, kedua2 alasan ini mempunyai justifikasi tersendiri.

Kita tak boleh nak menyangka atau mengganggap ayah itu mata duitan, mementingkan pangkat dsb (sekalipun kita yakin dan pasti 100%), sebab kita tak mampu nak membaca apa yang ada dalam hatinya. Mungkin juga beliau punya pengalaman menempuh hidup yang susah dalam keadaan terhina dan dihina, ataupun ada kawan2nya yang mengalami nasib seperti itu, maka beliau tidak sanggup melihat anak kesayangannya menerima nasib yang sama. Apatah lagi selepas beliau berusaha dan berkorban memberikan pendidikan yang terbaik buat anak2nya. Cuma bab suami bekerja, isteri tak bekerja, anak tertutup rezeki, itu tak betul. Rezeki bukan ditentukan oleh ibu, ayah ataupun kerajaan.. rezeki itu Allah yang tentukan.

Apa yang penting, carilah jalan penyelesaian.. jangan mencari alasan.. sebab kebiasaannya kita akan menggunakan orang lain sebagai alasan atas masalah kita, sedangkan kita selalunya tak sedar yang masalah itu berpunca daripada diri kita sendiri.

Puan berbincanglah dengan suami.. selepas itu buatlah perbincangan keluarga dengan kehadiran ayah dan mereka2 yang sepatutnya terlibat. Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan.. yang penting, kita kena bertindak dan bukan sekadar menunggu ilham penyelesaian turun dari langit.

Kawal tekanan dengan mendekatkan diri dengan Allah. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Bangun malam untuk solat tahajjud dan solat hajat. Buat solat istikharah memohon petunjuk jalan mana yang patut dipilih. Berdoalah bersungguh2 kepada Allah semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik dan tidak memberi mudarat kepada mana2 pihak.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum

    Setuju dengan ustaz. Ni pendapat saya. Wanita hari ini kena ada back up dari segi kewangan. Saya lihat kakak saya, suaminya meninggal ketika tiga orang anaknya masih kecil. Alhamdulillah asbab dia memang seorang guru dan sudah lama bekerja jadi kehilangan suami tidak menjadi bebanan padanya dari segi kewangan dan material cuma bebanan emosi tu lain cerita la

  2. Saya suka jalan penyelesaian yang Ustaz Love kemukakan. Ia tidak berat sebelah dan adil bagi kedua-dua belah pihak.

    Tetapi seorang isteri perlu ingat bahawa isteri hanya dapat masuk syurga jika ia mendapat keredhaan suaminya dan syurga seorang anak sebelum kahwin hendaklah mendapt keredhaan dari kedua orang tuanya.

    1. Saya suka jalan penyelesaian yang Ustaz Love kemukakan. Ia tidak berat sebelah dan adil bagi kedua-dua belah pihak.

      Tetapi seorang isteri perlu ingat bahawa isteri hanya dapat masuk syurga jika ia mendapat keredhaan suaminya dan syurga seorang anak sebelum kahwin hendaklah mendapat keredhaan dari kedua orang tuanya.
      Nur recently posted..JOM KULIAH-TAAT KEPADA IBU BAPAMy Profile

  3. ASSALAMUALAIKUM, USTAZ. SAYA INGIN MENANYA USTAZ SATU PERKARA. SAYA TELAH BEKERJA DI SEBUAH KILANG YANG MAJORITI PEKERJANYA ORANG CINA. SAYA BEKERJA SEBAGAI ‘ LINE LEADER ‘ DI KILANG TERSEBUT SELAMA 6 TAHUN. SAYA TELAH BUAT TUGAS YANG BAIK DALAM PEKERJAAN SAYA TETAPI PEKERJA BAWAHAN SAYA YANG KEBANYAKKANYA PENDATANG ASING MELAKUKAN KERJA TIDAK ADA SIKAP TANGGUNGJAWAB. KERANA MEREKA SAYA YANG MENANGGUNG KESALAHAN ITU. PIHAK ATASAN KILANG YANG KEBANYAKKAN ORANG CINA TIDAK MENERIMA SEBARANG NOTIS, TETAPI SAYA YANG MENERIMA NOTIS AMARAN ITU. SAYA TELAH DITURUNKAN PANGKAT KEPADA OPERATOR. APA PATUT SAYA LAKUKAN?
    Sofea Jane recently posted..Soal Jawab : Main BomohMy Profile

  4. asssalammualaikum….

    saya ingin bertanya pada ustazah tentang masalah saya. saya harap ustazah dapat menjawab persoalan saya ini. saya confuse dengan permintaan ayah dan suami saya. ayah saya menginginkan kereta baru dan ingin saya menjadi penjamin sedangkan suami saya tidak benarkan. suami saya hanya benarkan beri duit belanja bulanan. so apa pendapat ustazah tentang masalah saya ini?? suami saya tak nak masalah akan datang kerana ayah saya menpunyai keluarga ke2. dan dia xnak nnt keluarga saya akan bergaduh dengan keluarga belah ke2. sedang umur ayah sekarang sudah 68 tahun. tapi saya takut terjadi apa2 dalam hubungan kami suami isteri apatah lagi bila ayah saya sanggup kata pada kakak yang die menyesal kahwinkan saya dan suami saya. saya harap ustazah dapat beri feedback kepada saya. saya sayangkan ayah saya dan suami saya.

    1. Dalam hal ini, puan lebih wajar mengikuti kehendak suami, sebab suami itu lebih utama daripada ayah. Tambahan lagi, ia mungkin memberi mudarat yang lebih besar sekiranya puan mengikuti kehendak ayah puan tersebut.

      WA

  5. Salam, ustaz love.
    Masalah saya lebih kurang macam dalam artikel ni, tapi yang menentang adalah ibu saya. Salah satu asbab saya rasa pengalaman hidup ibu yang perit selama bersama ayah (sekarang dah bercerai). Ibu besarkan kami adik beradik seorang diri, ditambah dengan caci maki orang sekeliling.

    Macamni, saya belajar tinggi dan pernah bekerja sebagai pensyarah di kolej swasta (jarak jauh dengan suami). Selepas melahirkan anak, saya ambil keputusan berhenti kerja. Kebaikannya saya tak perlu lagi berjauhan dengan suami & dapat jaga anak sendiri. Pekerjaan sebagai pensyarah ni memang fleksibel tapi tak menentu. Jika student cuti ok la, ada masa nak keluar jenguk anak. Tapi hari-hari biasa kerja memang menimbun. Balik rumah pun buat kerja, cuti pun buat kerja. Belum kira stress lagi. Dapat gaji bayar kos macam-macam balance takdelah banyak mana. Bagi saya tak berbaloi. Tapi orang lain tengok memang rasa kagum ‘wah kerja lecturer‘.

    Lepas berhenti kerja saya memang tak berniat nak cari kerj lain yang dekat dengan suami, sebab kami merancang untuk mulakan perniagaan bermula secara kecil-kecilan. Saya baru je start berniaga secara online lebih kurang 2 bulan. Untung tak banyak tapi saya yakin dengan jalan yang saya pilih dan saya tahu saya boleh berjaya cuma sekarang kenalah bersusah dahulu.

    Suami saya sangat menyokong apa yang saya lakukan. Tapi ibu saya tak setuju. Dia nak saya makan gaji supaya ada income tetap. Saya faham dia risaukan masa depan saya. Yelah, anak yang ditatang sejak kecil, top student pula, takkan dah kahwin jadi surirumah je. Yang ini saya boleh tahan. Tapi ibu suka memikirkan yang buruk tentang suami saya (tak izin isteri bekerja, tak cukup ilmu agama, tak pandai jaga isteri, dll). Sedih saya sebab suami tak tahu mertua dia seolah tak sukakan dia. Seolah-olah saya salah pilih suami. Sedangkan suami jaga saya dengan baik, sokong apa yang saya buat, bekerja keras untuk kami sekeluarga. Memang dia belajar agama tak tinggi, tapi dia tak pernah burukkan keluarga sebelah saya. Suami tak tahu apa yang ibu cakap tentang dia. Kalau tahu mesti dia kecil hati.

    Saya rasa bersalah dengan ibu sebab buat masa sekarang saya baru mula berniaga, jadi income tak menentu untuk bagi banyak wang setiap bulan untuk ibu. Kadang-kadang saya rasa ibu malu anak dia yang dulu top student tak bekerja sedangkan anak orang lain biasa-biasa pun kerja hebat. Tapi saya yakin 90% rezeki dalam perniagaan. Susah sekarang senang di kemudian hari. Makan gaji hidup saya takkan berubah, malah tunggang langgang sebab saya penat bila balik kerja layan anak pun ala kadar je. Belum lagi kalau terpaksa kejar deadline, memang anak main sendiri jawabnya.

    Saya berbelah bagi juga sebab suami adalah ketaatan saya lepas kahwin. Tengok dia yang berusaha bahagiakan saya dan anak buat hati saya sayu. Mertua tak suka pun dia tak tahu. Saya tak sampai hati nak cakap, lagipun takut boleh merosakkan hubungan.

    Sekarang saya ambil approach diam dan teruskan saja apa yang saya sedang buat (online business). Dah nampak hasil nanti baru saya tunjuk pada ibu. Saya kurangkan balik kampung walaupun dekat, supaya ibu tak rasa kurang senang dengan suami. Ustaz tolong saya, tak tahu apa yang saya buat ni sebenarnya betul atau tidak. Dilema antara ibu dan suami. Adakah saya tak bau syurga sebab hati ibu tak senang? :‘(

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme