I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Awak Nak Saya Pandai Masak, Awak Kena Pandai Jadi Imam

Salam…

Lain macam je tajuk kali ni.. maklum la, dah lama tak menulis buah fikiran sendiri. Ustaz Love kena berehat daripada menjawab soalan2 yang sangat mencabar minda. Dah lain macam je cara Ustaz Love jawab soalan akhir2 ni.. kiki..

Tajuk ni Ustaz Love reka sendiri. Takde kaitan dengan apa juga pengalaman hidup Ustaz Love. Cuma Ustaz Love ada terbaca dalam sebuah  poster, ada ayat seorang Muslimah yang menyatakan kepada bakal suaminya, jika nak saya pandai memasak, awak kena pandai jadi imam. Ustaz Love rasa tergaru2 plak hati nak mengulas pasal ni.

Apakah setara perbandingan antara kepandaian memasak dengan kebolehan untuk menjadi imam? Bagi Ustaz Love, bila kita dijadikan Allah sebagai khalifah, maka kita semua dijadikan sebagai pemimpin. Tak kira la lelaki ke, perempuan ke. Cuma dalam situasi yang disyariatkan seperti dalam solat berjemaah, ia mesti dipimpin oleh seorang lelaki. Dalam kebanyakan situasi, kita semua adalah pemimpin. Paling kurang, kita akan menjadi pemimpin kepada diri kita sendiri atau adik2 kita atau anak buah kita.

Hanya mereka yang ada sifat kepimpinan dalam diri mereka saja yang akan memahami erti ketaatan kepada pemimpin. Seorang yang tak faham tentang kepimpinan, akan menjadi pengikut dan rakyat yang bermasalah.

Jika seorang wanita itu sekadar mengharapkan seorang bakal suami menjadi imam solat, itu sangat mudah. Hafal saja al-Fatihah dan beberapa surah lazim, layak la menjadi imam. Atau kalau tak berapa mahir bab tajwid, boleh bawak isteri gi masjid solat berjemaah bagi solat jahr (Maghrib, Isyak dan Subuh).

Yang susahnya bagi sesebuah perkahwinan, adalah untuk mencari imam yang memimpin keluarga, bukan setakat yang memimpin solat berjemaah. Sebab nak pimpin sesebuah keluarga itu adalah lebih susah daripada memimpin jemaah solat. Kalau isteri setakat pandai memasak, tapi tak mahir bab agama, maka akan menjadi masalah kepada suami untuk mengajarkan si isteri.. sedangkan sepatutnya pada ketika itu, suami hanya memantau atau menyelia amalan isteri, dan bukannya sibuk2 nak mengajar isteri tentang asas2 agama seperti bab taharah (bersuci, mandi wajib), rukun solat, membaca iqra’ dsb. Bab2 asas agama ni sepatutnya diselesaikan lebih awal sebelum berkahwin.

Ustaz Love teringat cerita seseorang yang rapat dengan Ustaz Love.. masa mula2 kawen, beliau tak pandai memasak. Nak goreng telur pun beliau letak kunyit, sebab ingatkan telur dadar warna kuning sbb letak kunyit. Sekarang ni, beliau menjadi seorang yang sangat mahir memasak.

Nak belajar memasak bukannya susah. Tengok buku resepi pun dah boleh pandai memasak. Yang penting, ada minat dan kerajinan. Kalau dah pemalas, pandai memasak pun takde gunanya.. asyik2 makan kat kedai je.

Jadi, tidaklah wajar membuat perbandingan kelayakan menjadi isteri itu dengan kepandaian memasak, dan kelayakan menjadi suami itu adalah semata2 pada kemampuan menjadi imam solat. Seorang suami juga perlu pandai memasak, dan seorang wanita juga perlu mahir selok-belok tentang solat, supaya suatu hari nanti, suami boleh memasak untuk isteri dan anaknya (terutama semasa isteri sakit, berpantang dsb) dan seorang isteri juga mampu menjadi imam kepada anak2 perempuannya di rumah.

Jadi, sementara masih ada masa ni, tuntutlah ilmu agama sedalamnya. Mudahkan tugas bakal suami nanti supaya tidak diberatkan dengan perkara2 asas dalam agama. Biarlah perkahwinan itu nanti menjadi suatu wadah menikmati kemanisan amal, dan bukannya bertungkus-lumus bermujahadah mempelajari ilmu yang sepatutnya dah lama khatam.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
    1. qawwam itu tidak semestinya diterjemah sebagai ketua.. sbb lelaki itu ada kelebihan2 yg tertentu dari sudut kekuatan fizikal dan mental yg mengatasi wanita. Jika lelaki tidak mampu, maka tanggungjawab itu akan diambil alih oleh orang lain sekalipun ia seorang perempuan.

      seorang wanita yg mengahwini seorang lelaki muallaf yg kekurangan pengetahuan tentang agama, akan menjadi ketua buat sementara waktu dalam bab2 berkaitan ibadah dan syariah sehinggalah suami itu mampu untuk mengendalikannya.

      Kepimpinan itu dibentuk dan dilatih, bukan fitrah kelahiran atau sifat semulajadi. WA

  1. salam ustaz, apa yang boleh saya buat kalau suami marah2 saya balik bila saya suruh dia solat? kadang2 berdentam-dentum marahnya sampai terkeluar “sembahyang susah, x sembahyang susah”. istighfar saya.. kadang-kadang saya sampai berniat x ada anak lagi bagus, sebab suami x dpt jd imam yg baik dlm kluarga. (dah kawen >4 thun, tp blm dkurnikan zuriat). buntu memikirkan bagaimana nk lembutkan hati suami yg sgt keras tu.

  2. Assalamualaikum ustaz… Sya ingin meminta pandangan dan nasihat ustaz terhadap masalah yang saya hadapi. Saya telah berkawan dengan seorang sejak 5 thun yg lalu. Dalam jangka masa tersebut, dia ada meluahkan perasan bahawa dia ingin mengenali saya dengan lebih rapat lg. Tetapi saya tidak bersedia lagi untuk bercinta dengan sesiapa pada masa itu sebab saya ingin memberi lebih tumpuan pada pelajaran dan kerjaya. Sejak itu saya mula menjauhkan diri daripada dia namun masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. Selepas beberapa bulan, hati saya mula terdetik untuk mengenali dia dengan lebih rapat sebab saya merasa bahawa ada sesuatu yang membuat hati saya tertarik pada dia dan pada tahun lalu saya mengambil keputusan untuk memberitahu dia. Namun, saya terlambat dan tidak kesampaian untuk meluahkan isi hati saya kerana dia telah pn berkahwin. Saya merasa sangat sedih dan kecewa kerana saya mempunyai rs syg yg amat sgt terhadap dia dlm diam. Saya tidak sangka benda mcm ini akan terjadi. Namun Allah maha merancang dan saya kuatkan hati dan saya gembira kerana dia telah berkahwin dgn seorang yg baik. Selepas itu, Ntah kenapa saya tidak boleh mnyembunyikan perasaan syg pada dirinya dan saya bertindak untuk meluahkan perasaan kepadanya. Sejak itu, kami mula rapat balik. Dia menyesal kerana terburu2 dlm membuat keputusan utk berkahwin kerana dia rasa wanita tersebut tidak seiring denganya. Tapi sebagai seorang suami dia tetap menjalankan tanggungjwb dan tidak mengabaikan isterinya sama sekali. Pada masa yg sama, dia sgt menyayangi saya. Ntah dimana kesilapan kami, kami lalai dengan godaan syaitan sehingga terlanjur. Saya sedar saya telah melakukan kesalahan dgn mnjalinkan hubungan dgn suami org dan dia juga mnyesal dengan perbuatan ini. Kami tidak tahu apa yang patut kami lakukan. Demi Allah, saya terlalu menyayanginya dan dia pn mempunyai perasaan yg sama. Saya tidak sanggup untuk meninggalkannya dan Saya ingin menjadi yg halal untuknya dan dia juga inginkan perkara yg sama tetapi dia tidak berani untuk memberitahu hal ini kepada isterinya kerana takut dia akan meminta cerai. Dan dia juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku. Dia inginkan saya tetapi dia buntu dan tidak tahu cara untuk memberitahu isterinya mengenai hal ini. Saya sangat terdesak dan bimbang mengenai perkara ini kerana ia membabitkan hidup saya. Masing2 inginkan perkara yg baik berlaku namun tidak tahu cara untuk memberitahu isteri dan keluarganya mengenai hal ini. Saya tidak pernah berhasrat untuk merosakkan rumah tangganya dan saya hanya mahu untuk menjadi sebahagian daripada hidupnya. Saya risau dan ingin meminta pandangan dan nasihat ustaz bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme