I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Trauma Didera Di Sekolah Berasrama

Assalamualaikum. 

Ustaz anak saya mengalami trauma yg teruk di sekolah berasrama penuh awal tahun ni,dia tlh didera secara ‘mental touchere” oleh beberapa org senior. Anak saya menjadi takut utk kesekolah. Saya tlh menukarkan kesekolah yg lain tp hanya datang sehari sahaja, keesokannya dia tak mahu kesekolah. Puas saya memujuknya. Anak saya berumur 13 Thn. Harap ustaz boleh membantu. Sekian . Wassalam.

~nyza, taiping.

Apabila seorang kanak2 mengalami trauma, beliau perlu mendapatkan rawatan untuk trauma itu dulu. Trauma itu bukanlah sejenis penyakit seperti luka yang mungkin boleh kering dan sembuh sendiri. Jika tidak dirawat dengan betul, ia mungkin akan mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan semakin parah. Alangkan orang dewasa yang trauma dengan sesuatu kejadian juga perlukan rawatan dan perhatian pakar, apatah lagi kanak2 yang sangat mudah ‘cedera’ mentalnya.

Setakat pengetahuan Ustaz Love berkaitan sekolah berasrama (termasuk pernah menjadi warden asrama pelajar), budaya buli dan samseng ini sebenarnya dah lama berakar umbi dalam kehidupan. Tak payah tengok dekat asrama la, kadang2 kat rumah pun biasa kita lihat adik2 yang selalu kena buli dengan abang kakak yang lebih besar. Dekat pejabat pun biasa bagi pegawai yang lebih senior membuli pegawai yang lebih junior, pekerja lama membuli pekerja baru dsb. Ini merupakan sisi negatif bagi mereka yg ada sedikit ‘kelebihan’ untuk memandang rendah orang yang ada sedikit ‘kekurangan’.

Anak puan sebenarnya lebih bernasib baik jika nak dibandingkan dengan beberapa kenalan Ustaz Love yang bukan setakat didera secara mental, bahkan secara fizikal juga. Ada yang sampai pecah limpa dan muntah darah disebabkan dibelasah, ada yang tercabut mata diterajang (yg ni memang Ustaz Love nampak sendiri..tapi pelajar yg diterajang tu memang buta sebelah mata dan pakai mata batu), ada yang terpaksa menjadi orang suruhan kena basuh baju, tukang amik makanan kat dewan makan dsb.

Tapi yang Ustaz Love cerita ni berlaku belasan tahun dulu masa Ustaz Love masih sekolah. Sekarang ni Ustaz Love tak pasti sama ada ia situasi biasa atau jarang2 dah berlaku.

Berbalik pada isu anak puan ni.. pertama sekali puan kena siasat dulu adakah betul anak puan dibuli secara mental. Puan kena rujuk kepada pihak asrama (walaupun mungkin tak 100% boleh percaya disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang berusaha menyembunyikan sesuatu kes daripada pengetahuan umum). Dan puan kena bawa anak itu berjumpa dengan pakar (spt kaunselor atau pakar psikiatri kanak2) untuk melihat kebenaran dakwaan itu. Jika benar, mungkin boleh terus diberikan rawatan dan pemantauan oleh pakar.

Jika tidak benar, ada kemungkinan anak2 ini merekacipta alasan untuk tidak menetap di asrama. Sindrom ‘home-sick’ kerap mengganggu jiwa anak2 yang baru pertama kali atau jarang berenggang dengan keluarga. Ustaz Love dulu pun pernah gak mengalirkan air mata teringatkan mak ayah dan keluarga di rumah (apatah lagi masa zaman tu, rumah Ustaz Love takde telefon dan tiada siapa nak datang melawat di asrama). Ada juga pernah terfikir nak lari dari asrama dan memberikan alasan2 supaya tak duduk di asrama. Mujurlah home-sick itu hanya seketika. Lepas tu Ustaz Love dah ok dah..kikiki.

Memang agak sukar untuk menentukan kesahihan dakwaan terkena ‘mental torture’ ni sebab tiada bukti zahir dapat dikenalpasti. Kalau penderaan fizikal mudah nak cam berdasarkan kehadiran luka atau lebam pada tubuh badan. Seorang kanak2 yang kerinduan juga boleh mengalami kemurungan dan nampak seperti dalam tekanan (walaupun tiada siapa yang menekan).

Ataupun mungkin beliau dibuli, tapi tahap buli budak sekolah ni takde la best sangat.. habis2 pun kena suruh basuh baju senior, kena basuh tray makanan, takpun kena brain-wash tentang peraturan2 sekolah, atau peraturan2 yang dirasakan perlu disampaikan oleh senior (contohnya isu menghormati abang senior yang lebih tua.. sbb kadang2 ada budak2 yang tak reti nak hormat orang tua disebabkan mereka tak diajar tentang perkara itu sebelum ni) dsb.

Biasanya trauma ini takde la sampai tak nak ke sekolah langsung.. lain la kalau beliau masih lagi berada di sekolah yang sama.. Ustaz Love rasa beliau ada masalah lain ni, bukan sebab trauma dsb.

Kita biasanya menghantar anak ke asrama supaya mereka dapat belajar berdikari.. boleh kemas katil sendiri, basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri, boleh bersiap nak ke sekolah sendiri.. namun, ada juga ibu bapa yang terlalu memanjakan anak2 dan tak yakin dengan kebolehan kendiri mereka sehingga bertunggu-tangga di asrama, tiap2 hari nak jumpa anak nak bagi makanan, amik baju kotor nak tolong basuh kat rumah dsb. Akhirnya anak2 tak dapat belajar berdikari seperti sepatutnya dan masih mengharapkan ibu bapa mereka.

Ustaz Love tak pasti sejauh mana keinginan puan untuk melihat anak puan bersekolah dan menetap di asrama. Kalau melihat daripada apa yang puan ceritakan, Ustaz Love nampak kurangnya kesungguhan puan untuk melihat anak puan bersekolah dan tinggal di asrama.

Anak2 ini ada masanya kita kena berkeras, ada masanya kita kena berlembut. Dalam bab persekolahan, memang kita kena berkeras sebab itu melibatkan masa depan mereka. Bukan setakat kita memujuk dan mengalah bila mereka tidak mahu bersekolah.

Sekalipun beliau tak nak tinggal di asrama, puan kena usahakan juga beliau untuk bersekolah (sekalipun berulang-alik setiap hari). Jangan mengikut sangat kehendaknya. Dah tentu dia nak duduk di rumah sebab boleh layan tv 24 jam, main games dsb lalu menggunakan alasan takut dibuli itu bagi mengelakkan ibunya memaksa beliau bersekolah.

Anak2 zaman sekarang agak advance berbanding dulu. Kalau dulu, anak2 kena ikut cakap mak ayah, anak2 zaman sekarang ni, mak ayah plak nak kena ikut cakap mereka. Semuanya bergantung pada hasil didikan mak ayah itu sendiri. Jangan salahkan anak2 kalau anak2 tak taat dengan kehendak mereka, sebab mereka dulu dah jadi hamba kepada kehendak anak2.

Puan kena paksa anak itu bersekolah. Jangan buka ruang untuknya mencipta alasan. Jika beliau kata takut dibuli, puan kena bawak dia jumpa dengan kawan yang dikatakan membulinya itu. Biar dia tahu yang puan bersungguh2 dalam perkara ini. Kalau beliau menipu, puan lempang je dia depan2 tu jugak supaya beliau ingat perkara ni sampai bila2.

Jangan tukar2 sekolah dah.. kalau betul ada masalah dengan pelajar senior, puan kena dapatkan bantuan guru di sekolah itu. Jangan lari daripada masalah, sebab hampir semua sekolah ada masalah yang sama. Kecualilah puan ada bajet lebih untuk memasukkan anak ke sekolah private.

Ustaz Love baru 2 3 bulan lepas menangani kes seorang mak yang mengikut kehendak anaknya yang tak nak bersekolah.. anak itu dah jadi semakin kurang ajar dengan maknya dan terlibat dengan kes pecah rumah. Bila diselidiki, rupanya ayah beliau jarang ada di rumah sebab bekerja di negeri lain. Mak beliau pula terlalu berlembut dengan anaknya sehingga anaknya itu menjadi kasar dan pernah beberapa kali memukul ibunya sendiri. Umur beliau baru 14 tahun.

Ustaz Love harap sangat puan fikirkan tentang perkara ini. Jika betul beliau mengalami trauma akibat penderaan mental, puan kena cepat2 bawak beliau berubat dengan pakar. Jangan tunggu lama2 sehingga beliau merasakan tak perlu untuk pergi ke sekolah dan menerima pelajaran.

Dan puan sebagai seorang ibu, kena selalu berdoa semoga Allah melembutkan hati anak. Jagalah hubungan dengan Allah.. jangan tinggal solat tahajjud dan solat hajat setiap hari. Semoga dengan usaha zahir dan usaha rohani yang dilakukan, Allah akan mengubah sikap anak untuk bersedia menerima pelajaran di sekolah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme