I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Suami Pemalas

Salam ustaz,sy tensen sgt2 dgn suami sy.pemalas!smp mak sy pon komplen..malu saya dan tertekan sbb sume bnd sy kene buat wpon sy mengndung ke,bersalin ke n anak pon dah msk dua..yg plg sy segan sbb suami sy ni alim orgnya,suka brckp dan tegur org psl agama,tp dri sndiri x cermin.saya dah xreti nk defend suami sy bile mak sy komplen2..dah bnyk kali tegur tp mmg xjalan..mcmmn.

~Ema

Kalau dibuat statistik tahap kerajinan suami membantu isterinya, Ustaz Love yakin peratusannya sangat rendah. Ustaz Love takde statistik tu, tapi Ustaz Love bercakap berdasarkan pemerhatian sendiri (Ustaz Love memang suka memerhati orang..kihkih). Tapi kalau bab lain, mungkin seorang suami tu lebih rajin berbanding isterinya.. contohnya macam member mintak tolong tayar motor pancit ke.. tak sempat pakai seluar pun dah boleh sampai ke tempat member tu.. kalau isteri2 mintak suami tolong belikan barang kat kedai, mungkin sampai berjanggut sang isteri tu baru dia nak pergi beli.. apatah lagi sewaktu beliau tgh tekun mengadap komputer, tv, surat khabar dsb.

Oleh kerana para suami Melayu ini memulakan kehidupan berumahtangga sebagai raja (raja sehari), maka hari2 seterusnya dalam perkahwinan juga beliau mahu dilayan seperti raja. Mana ada raja yang pergi kedai beli kelapa parut.. mana ada raja yang gi pasar pilih ikan.. mana ada raja yang sidai baju kat belakang rumah.. semua tu bukan kerja raja.. kihkih..

Bila beliau menganggap diri sebagai raja, tak pulak beliau menganggap isterinya itu sebagai permaisuri (sedangkan masa bernikah dulu, isterinya memakai crown permaisuri). Kalau ada orang gaji pun, tetap nak isterinya memasak makanannya.. kalau nak cari spender, tetap ditanya kepada isterinya juga.. kalau demam, isterinya juga yang tak tido malam nak tolong picit2 dan tadah muntahnya.. Jadi, kalau isteri boleh melayan suami seperti raja, kenapa suami tak mampu nak melayan isteri seperti permaisuri raja?

Ini semua berkaitan dengan sikap. Sikap ini bukanlah sesuatu yang boleh diubah sekelip mata.. semalam pemalas, tiba2 hari ni jadi rajin.. semalam jahat, hari ni tiba2 jadi baik (Pak Ali kata, “Baik ada makna tu” – filem Madu Tiga). Ia memerlukan masa untuk berubah sebab ia telah mengambil masa yg lama untuk membentuk sikap suami menjadi seperti itu.

Suami yang pemalas ada kaitan dengan sikapnya yang memang dah pemalas sejak azali (maksud Ustaz Love, sejak belum kawen lagi..kikiki). Sikap malas ni takde kaitan dengan status Ustaz ke, Ustazah ke, cikgu ke, menteri ke.. kalau dah malas, memang tak kira siapa pun dia. Ustaz Love bukan nak kondem orang alim ni, tapi agak ramai juga mereka2 yang dikatakan alim ni sebenarnya pemalas. Itu mungkin salah satu daripada sisi negatif mereka (walaupun sebenarnya banyak lagi sisi positif yg kita boleh lihat).

Malas bersenam sampai nampak kurang sihat, perut buncit, badan lemah.. malas nak jaga penampilan sampai jubah comot, kopiah berdaki, mulut busuk, janggut serabai.. bila ada aktiviti kecergasan jarang hadir.. kalau ada aktiviti makan2, laju je datangnya..kikiki..

Itu antara pemerhatian Ustaz Love je la.. ada juga yang rajin dan cergas macam Ustaz Azhar Idrus.. perut dia pun slim je..

Punca kemalasan ni (selain daripada ia memang sikap asalnya sebelum berkahwin) mungkin juga ada kaitan dengan tahap kesihatan. Seorang yang mengalami masalah obesiti, memang akan kurang bergerak. Jadi, kalau suami tu gemuk, memang la susah nak suruh dia buat macam2, sebab cepat penat. Tapi tak semua la macam tu.. ramai juga suami yang berbadan besar, tapi rajin membantu isterinya.

Suami yang manja juga biasanya suka bermalas2.. jangan silap faham, manja di sini bukan bermaksud romantik. Pernah tengok tak budak kecik yang manja, malas berjalan asyik nak suruh orang dukung je? Itu la gambarannya.. tak pasti plak mana satu yg lebih tepat.. manja ke, mengada2? Bila suami terlalu dimanjakan, suami jadi seorang yang kurang berdikari.. nak gosok baju sendiri pun tak pandai.. nak masak nasik pun tak reti.. nak basuh berak anak pun rasa geli.. mungkin juga beliau ini dimanjakan oleh isteri atau ibunya.. kiranya kalau takde isteri (isteri balik kampung beranak ke), dia akan jemput mak dia untuk uruskan hidupnya hari2.. ataupun beliau akan kembali kepada kehidupan bujang (baju bersepah, pinggan tak basuh, sampah tak buang dsb).

Jadi, langkah pertama sekali dalam mencari jalan penyelesaian ini adalah menerima kenyataan bahawa suami puan memang seorang yang pemalas. Tak perlu nak defend2 dia pun, sebab memang itu kenyataannya. Tak perlu nafikan dan mencipta alasan untuk back up suami, dan tak perlu juga menambah perisa atau mengiakan kata2 ibu puan itu. Diam itu lebih baik daripada berkata2 yang tidak sepatutnya.

Bila dah terima situasi itu, puan kena fikirkan cara terbaik untuk mengubahnya. Puan kena lihat puncanya kenapa beliau begitu pemalas. Adakah beliau sakit? Perut buncit?

Ada kalanya, suami ini punya sikap tak ambil peduli tentang sekeliling dan cuma ambil peduli apa yang beliau nak ambil peduli je. Contohnya kalau bab kerja (kebanyakan lelaki memang mementingkan kerja).. hari bekerja, beliau boleh bangun awal.. ambil tahu pasal pakaiannya bersih ke tak, bergosok ke tak, kasut kilat ke tak.. Bila dengan keluarga, beliau jarang ambil peduli dengan anggapan isteri sudah memainkan peranan itu.. jadi beliau tak kisah pun nak tolong.. cuma mungkin kalau rajin sket, beliau akan tolong membebel (pasal rumah bersepah, anak tak mandi, sampah tak buang, makan tak sedap dsb) atau tolong menyindir.

Jadi, puan kena banyak memberikan arahan (memberi arahan ni bukan bermaksud queen control, tapi meminta tolong).. contohnya puan minta tolong beliau basuhkan pakaian, minta tolong basuhkan berak anak, minta tolong bancuhkan susu dsb. Memang ada spesies lelaki yang tak alert dan tak tahu nak buat apa melainkan diberikan senarai arahan yang perlu dibuat. Berikan arahan dengan cara meminta tolong (bukan membebel2 atau marah2) dan memujuk rayu, insyaAllah hati suami akan cair.

Kalau dah mintak tolong pun dia buat tak tau je, puan mengadulah dengan Allah. Minta tolong daripada Allah untuk mengubah hati dan sikap suami itu. Kita tak tahu macam mana bentuk tarbiahnya untuk mengubah sikap seseorang, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui caranya.

Dekatkanlah diri dengan Allah dan banyakkan bersedekah.. sebab biasanya, masalah dalam perhubungan ini berlaku disebabkan masalah hubungan kita dengan Allah. Bila hubungan dengan Allah tak jaga, hubungan sesama manusia juga susah nak kata.

Setakat itu saja yg mampu Ustaz Love bantu.. selebihnya, puan kena berusaha mengubahnya dan tidak sekadar menunggu dan bersabar. Sesuatu masalah itu jika dibiarkan, akan menjadi semakin bermasalah. Jadi, berusahalah untuk selesaikannya semasa masih lagi ada peluang..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. Salam ustaz, saya ingin bertanya sesuatu berkaitan zina namun tidak mempunyai email ustaz dan terpaksa bertanya di ruangan ini, ustaz boleh jawab melalui email kpd saya, terima kasih.

    Saya merupakan seorang lelaki yang masih belum berkahwin. Saya ingin mendapatkan pandangan ustaz berhubung kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini.
    Saya pernah terlanjur dengan seorang rakan yang baru dikenali. Pertemuan pertama kami membawa kepada hubungan seks. Namun begitu, hubungan seks/setubuh yang saya lakukan masukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan tersebut hanya berlaku terlalu sekejap (kira-kira 30 saat) dan saya hentikan perbuatan tersebut serta merta setelah tersedar bahawa ianya kesilapan dan dosa. Lantas saya menginsafi perbuatan terkutuk itu dan menyesal serta bertaubat nasuha dan memohon keampunan Allah S.W.T.
    Sejak kejadian itu, saya tidak pernah lagi mengulangi perbuatan terkutuk itu. Persoalan saya ialah :
    1. Adakah Allah menerima taubat orang seperti saya yang telah melakukan zina?
    2. Adakah selepas bertaubat saya terlepas dari azab zina di dunia dan akhirat?
    3. Adakah doa-doa dan ibadat saya selepas kejadian tersebut akan diterima Allah?
    4. Saya pernah terdengar bahawa penzina akan dijodohkan dengan penzina (lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan sebaliknya), adakah saya akan bertemu jodoh dengan perempuan yang juga pernah melakukan zina?
    5. Apakah yang perlu saya lakukan lagi untuk menebus kesalahan saya itu selain daripada taubat nasuha yang telah saya lakukan?

  2. kalau semua perkara isteri boleh buat sendiri, dan suami lepas tanggungjawab, jangan pelik satu hari nanti isteri akan tinggalkan kamu, sebab semua benda dia boleh buat. apalah gunanya lagi hidup bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme