I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Suami Anak Emak

Salam, ustaz.

suami sy mmg anak mak. kalo boleh tiap2 minggu nak balik kg jupe mak dia.nak balik kg sy hrp time raya je la.nak2 pulak sejak kedua2 org tua sy meninggal, lg liat la nak blik jengah adik2 sy kat sana.
dah dekat 2 thn dia tak keja lps kena penyakit kulit. alasannya x leh kena panas matahari. nnti jd balik. tiap kali blik kg sy yg tanggung duit minyak n tol.bkn nak berkira tp gaji sy bkn besar mana pun. anak 2 org dh sekolah.
kalo asyik blik kg confirm la duit gj sy abis so dia mintak duit dgn mak bapak dia.mak bapak dia pun tak kisah dia tak keja.pening saya dgn perangai diaorg ni.
cuma yg menghairankan sy seblm ni dia tak mcm tu.rajin keja.hujung minggu rajin wat part time.balik kg pun time ada cuti pjg tp msk pertengahan thn 2010 dia mula menunjukkan perubahan.dr seorg yg penyabar n penyayng jd seorg yg pemarah.sejak dia terkena penyakit kulit perangai dia semakin berubah.
sy dah jupe mcm2 ustaz dan amalkan zikir tp sekejap je elok.lps 2 dia buat balik perangai dia.
hrp ustaz dpt bg nasihat.

~Anis.

Ramai lelaki rapat dengan mak.. wanita juga ramai yg rapat dengan ayah.. itu lumrah bagi anak2 yang dah dewasa.. Kebiasaannya waktu kecik je kita nampak anak pempuan tu rapat dengan mak, anak lelaki rapat dengan ayah.. Bila dah dewasa, ada yang berkrisis disebabkan ibu tak dapat memahami jiwa anak perempuan dan ayah tidak mampu menyelami hati anak lelaki.

Tiada yang negatif dalam perkara ini.. yg mungkin akan bertukar menjadi negatif bila ia telah melampaui batas. Tiada kebaikan pada perbuatan yg melampaui batas, tak kira la perbuatan itu baik untuk dilakukan, apatah lagi bagi perbuatan yg buruk.

Tiada masalah jika tiap2 hari suami nak balik kampung menjenguk ibunya. Ibu beliau, ibu mertua puan juga. Apatah lagi dalam keadaan puan yang telah kehilangan kedua ibu bapa, maka sewajarnyalah kasih sayang itu ditumpahkan kepada mertua. Jangan bersaing dengan mertua dalam merebut kasih sayang suami, sebab suami itu adalah anaknya. Tiada siapa pun atas dunia ini yang mampu memutuskan perhubungan mereka sbb mereka diikat dengan darah dan nasab. Berbeza dengan ikatan nikah, sekali lafaz talak saja dah boleh memutuskannya. Tak kira la berapa lama pun kita hidup bersama, tido sekatil, makan sepinggan, berak sejamban dsb..

Walaupun itu bukan fokus utama dalam entry ni, tapi Ustaz Love rasa bertanggungjawab untuk memperjelaskan kedudukan seorang isteri di sisi suami, dan kedudukan seorang ibu terhadap anak lelakinya. Jadi, tak perlu bersaing pada perkara yg tidak sama tahapnya.. kalau kita faham tiada gunanya seorang yang cacat anggota berlumba lari dengan seorang yang sempurna anggota, tentunya kita boleh faham taraf yg tak sama antara isteri dan ibu mertua. Tak perlu susah payah nak fikirkan bagaimana nak menyaingi mertua, sebaliknya kena fikirkan bagaimana untuk menyayangi mereka.

Masuk bab masalah puan ni.. Masalah sebenarnya bukan pada mertua, juga bukan masalah pada suami itu ‘anak emak’, sebaliknya masalah utama di sini adalah masalah kewangan. Kalau suami tu tak kerja, tapi beliau anak orang kaya, Ustaz Love rasa puan pun tak kisah beliau nak ulang-alik balik ke kampungnya. Ini, dah la tak kerja, siap menyusahkan puan lagi untuk memberi belanja dan duit kepadanya untuk pulang ke kampung. Kalau dah bajet balik kampung pun isteri yang tanggung, macam mana agaknya dengan nafkah hari2? Kita pun dah boleh agak..

Pada pandangan Ustaz Love, adalah lebih baik puan fokuskan pada masalah suami itu sendiri. Jangan kaut habis mertua nak disalahkan semata2 sebab sikap suami yang pada pandangan puan agak berat sebelah sebab selalu balik ke kampungnya, tapi jarang2 balik ke kampung puan. Selagi masalah suami itu tak diselesaikan, selagi itulah masalah lain akan turut terkait.

Usahakanlah suami itu berubat dengan pakar kulit. Mungkin ada preskripsi tertentu yang boleh diberikan untuk menyembuhkan atau mengurangkan kesan penyakit kulitnya. Di samping itu, cuba ikhtiarkan juga kaedah perubatan Islam.. dikhuatiri ada kaitan dengan gangguan jin. Sebab setakat apa yang Ustaz Love tau, masalah kulit dan diikuti dengan perubahan sikap merupakan antara tanda2 gangguan jin (sama ada berbentuk sihir, saka dsb). InsyaAllah, bila suami dah pulih nanti, beliau akan kembali rajin seperti sediakala dan masalah puan ini bakal berakhir.

Orang yang sakit memang hidup dalam tekanan.. apatah lagi bila tidak dapat bekerja menyara keluarga, bukan setakat tekanan bahkan perasaan rendah diri itu sendiri akan mengubah sikap seorang lelaki. Jika kurang kesabaran, memang akan terlahir sikap panas baran sekalipun sebelum itu beliau merupakan seorang yang paling berlemah lembut. Dalam keadaan ini, memang sangat memerlukan sokongan daripada puan sebagai isteri untuk membantu proses pemulihannya. Masa inilah ujian terhadap kesetiaan dan janji2 pasangan semasa bahagia dulu.. lautan berapi sanggup direnangi, menggapai bintang menyulam awan dsb..

Jadi, puan kena banyak bersabar.. bila kita bersabar, insyaAllah, kita akan diberikan ilham untuk mencari jalan penyelesaian. Jika tak sabar dan mengikutkan hati yang marah, kita takkan nampak apa2 jalan pun untuk menyelesaikan masalah.

Masalah ini juga merupakan ujian dalam kehidupan kita. Mungkin Allah berikan ujian ini untuk menilai sejauh mana ketabahan kita, atau untuk menghapuskan dosa2 kita yang lalu. Jadi, semasa diuji ini, banyak2 la beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah. Dekatkan diri denganNya melalui amal ibadah khusus seperti menjaga solat fardhu, memperbanyakkan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Juga banyakkanlah bersedekah semoga dengan sedekah itu, Allah menjauhkan bala dan bencana dalam kehidupan kita.

Bila suami dah sembuh dan emosinya dah stabil, barulah puan usulkan cadangan kepadanya tentang kekerapan pulang ke kampungnya dan ke kampung puan. InsyaAllah, bila emosi dah stabil, beliau akan dapat memikirkan apa yang terbaik untuk keluarganya dan juga ibu bapanya. Tiada gunanya menekan orang yang sedia hidup dalam tekanan, kelak kita tak mampu nak menjangka apa tindakan yang akan dilakukannya pada masa akan datang. Berilah masa kepada dirinya dan juga diri puan sendiri untuk berfikir dan melakukan sesuatu yang boleh mengubah situasi sekarang.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar buat puan sekeluarga daripada masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz love.sy ada email persoalan pd ustaz love.sgtla bsr hrpn sy utk mndpt respon dr ustaz love sewajarnya. hari2 cek email n blog ustaz love sbb nk tau jwpn.huhu.thanks ustaz love..

  2. hi ustaz, sy nk tnya pendpt ustaz, suami sy bukan la anak emak tapi boleh kata tiap2 minggu nak blik kg..sy xpenah halang..tapi sy slalu kecil hati dgn nya kerana, terlalu pentingkan ibunya sehingga sy slalu kcl hati..bukan menolak hukum, sy tau anak lelaki perlu pentingkan ibu dari isteri, tapi jgn la smpai tau isteri ada hal penting yang dah book pon smpai nak kena tangguh..bukan sekali, tapi 3 4 kali..dah book, tapi sbb dia nk balik, tpaksa cancel..bkn hal ni sj ustaz, b4 ni mcm2 jugak..penah balik keja dgn pnt tak hlg, diajaknye siap2 nak balik mlm tu juga..padahal last week baru je balik..penat, stress jgn ckp la.ada ms sy rs cemburu dgn kwn2 yg ada juga balik tgk mertua, tapi still ada ms utk suami isteri berjalan2, bsukan sama2.klu untuk family sy yg balik 3 4bulan skali mmg susah,ada ms smpai bgaduh klu nk ajak balik..sy plak bkn jenis yg nk ajak balik kg sy sesuka hati, bila family buat kenduri baru ajak..knduri sepupu2 jgn ckp la, byk yang xpergi.. tp utk family dia yg balik tiap2 mggu semuanya boleh..ada ms sy tringin juga nk dihargai, sudah la suami mcm tu, ada ms balik rumah mertua, mertua buat tarik muka..tuhan saje yg tau..mcm mana ustaz..sy bkn la nk putuskan hubungn suami dan ibu metua, tapi skurang2 nya hargai la sy..sy juga tanggungjwb nya..

    1. Puan kena berbincang dengan suami elok2. Kalau puan tak berterus-terang, macam mana suami puan nak tahu apa yg ada dalam hati puan? Cari masa yang sesuai untuk berbincang dan jangan sindir-menyindir atau menyakiti hati suami dengan kata2 sehingga menyebabkan pergaduhan. Perbincangan mungkin takkan mendapat keputusan dalam masa yang terdekat, namun insyaAllah, jika selalu dibuat perbincangan, lama2 nanti hati suami akan terbuka juga untuk mendengar isi hati puan. Yang penting, puan kena banyak berdoa dan jangan rasa cemburu dengan kehidupan orang lain. Kita tengok orang lain bahagia, tapi kita mungkin tak tahu apa masalah yg ada dalam rumahtangga mereka. Dan puan juga jangan jadikan ibu mertua sebagai musuh. Beliau juga bertaraf ibu kepada puan, jadi puan kena menghormatinya dan berusaha mengambil hatinya. Jangan terasa hati dengan sikapnya, sebab orang tua memang itu perangainya. Mungkin nanti bila kita dah tua, perangai kita lagi teruk daripada ibu mertua.

      1. Situation yg sama, tp sy sampai stress dgn sikap suami yg sgt berat sebelah, hinggakan raya dan puasa dilebihkan keluarga dia, sy yg nk mintak raya dgn keluarga pn xdpt, selama ni sy yg byk bertolak ansur, tp skrg sy da xblh nk tolak ansur bila dia buat sy mcm xada ibu bapa. Suami susah berbincang, semua keputusan hanya dia yg buat, sy kne turut sebb dia pegang “isteri ikut suami” dia gunakan kuasa veto utk semua bnda, sampaikn sy rasa mungkin satu hari nanti sy akn dpt pnyakit murung

  3. Saya juga mengalami masalah yang sama.dalam seminggu sampai 2 3 kali mesti kena balik rumah mertua kalau tak kena perli dengan kakak ipar.sedangkan kedua ibu bapa saya masih hidup tapi suami tak pernah ajak balik rumah ibu bapa saya.suami banyak tanggungan sampai kakak ipar dan suami tak bekerja pun suami tanggung.keluarga mertua tak boleh tengok apa yang suami belikan untuk saya mesti nak juga.bagaimana cara nak mengatasi.saya takut suami panas baran.saya pernah di pukul bila menegur tentang kakak ipar.

  4. Assalamualaikum ustaz..suami sy mmg ank emak..X blh berenggang lgsung dgn mak dy..sbb rmh kmi dkt dgn umh mentua,dy jrg blik umh..suami buat umh mcm umh psinggahan je..time sy mgndung pon dy x pdulikn sy..dlm 1 hri msti dy nk jmpe mak dy..mse bpntg sy dok umh mentua,bile sy nk blik umh mak sy dorg x bg..mak dy siap ckp bini kne ikot suami ..mmg la bini kne ikot suami tp suami pon x blh nk dgr ckp mak sgt..ni smua dy nk cter kt mak dy..bile mak dy x bg,dy dgr je..sy jd stress cmni..dorg asyk nk kwl sy..ap sy buat smua x kne..bile bli brg ppe msti mak sy nk tgk ciap tnye hrge..pstu dy kata mbazir la ape laa..bile sy nk kje,mule2 suami sy bg..pstu mak dy ckp ape ntah kt suami sy smpai suami sy x bg..mak dy ckp sy nk kje tp x bncg dgn mak dy dlu..mslhnye bile sy x kje,mak dy pndai sy hina sbb sy mengharapkn duit ank dy je

  5. suami patotnye adil..isteri masih lg mampu mengalah.tp kalo suami x adil x menjadi jugak,keluarga sendiri yang baru dibina pun masih perlukan kasih sayang..isteri perlukan suami, anak perlukan seorang ayah..ni kalo dh tiap2 minggu asik dgn mak die je mcm mane pulak ngan isteri ngan anak?..bukan lah kate perkhawinan ni memutuskan hubungan mak dgn anak,tp suami kene jugak bg muka kat isteri ngan anak2..berlaku adil lah..dh kalo minggu lepas, jln2 ngan mak, minggu ni dgn isteri ngan anak2 lah..ni kalo dh tiap minggu asik dgn mak mcm isteri dh mati payah laah!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme