I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kifarah Dosa Berzina

Ustaz sy terdapat beberapa kemusykilan untuk bertanya ustaz tentang pembayaran kifarah..kebiasaannya sy baca di blog2 kifarah dibayar samada melalui sedekah kpd org miskin atau berpuasa..bagaimana pula dgn pembayaran kifarah dosa zina?? Sy ade berjumpa dgn seorang ustzah,die menyuruh sy membayar kifarah dgn sekian2 bayaran..krn kifarah itu akn disedekahkan kpd pelajar2 tahfiz..dan dia ada mengatakan kpd sy sekiranya sy mengulangi perbuatan dan dosa silam sy,maka kifarah itu perlu dibayar semula..adakah cara itu benar mengikut hukum??untuk pengetahuan ustaz sy di dalam proses untuk menyucikan diri utk bertaubat dan ingin perbetulkan diri kembali ke jln Allah…sy harap ustaz dapat membantu sy..

~Anon.

Secara jujurnya, ini la kali pertama Ustaz Love berjumpa dengan persoalan kifarah zina ni. Sekalipun jika diterjemahkan dalam konteks tertentu, kifarah itu boleh juga dimaksudkan dengan denda, namun istilah kifarah itu tidak sesuai digunakan untuk hukuman terhadap perbuatan zina. Kerana perbuatan zina itu hukumannya adalah hudud (sebatan 100 rotan atau rejam sampai mati).

Jika nak dikaitkan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (yang tidak mengaplikasikan hukuman hudud dan qisas), kesalahan bagi perbuatan zina ini adalah denda tidak melebihi RM5000, atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua2nya sekali (bagi negeri Kedah). Dan denda ini dibayar kepada mahkamah dan bukannya kepada anak yatim atau wakilnya.

Nyatalah Ustazah tersebut sedang melakukan pendustaan atas nama agama. Tergamaknya beliau mereka2 sesuatu yang tiada asasnya dalam agama semata2 untuk mendapatkan sedikit daripada keuntungan dunia. Apatah lagi perbuatan itu dilakukan  terhadap seorang yang bersungguh2 untuk bertaubat.

Perbuatan zina itu adalah dosa besar dan termasuk dalam hak2 Allah. Hukumannya kena ikut hukum yang diturunkan oleh Allah (hudud) dan pengampunan hanya layak diberikan oleh Allah. Jika hukuman bagi kes bunuh, masih lagi tertakluk dengan hak Allah dan juga hak manusia.. maksudnya, jika waris mangsa bunuh itu sanggup untuk mengampunkan si pembunuh, maka ketika itu gugurlah hukuman Allah (qisas) tetapi diwajibkan membayar diyat (gantirugi) tertentu kepada waris mangsa. Dalam kes zina, tiada istilah kifarah dengan wang atau senilai dengannya..dan waris juga tiada kuasa untuk memaafkan atau mengubahnya kepada hukuman yg lain selain daripada hudud yang telah ditetapkan Allah.

Sepengetahuan Ustaz Love, penebusan dosa melalui wang ni bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ada dalam ajaran Kristian. Jika ia wujud dalam agama Islam (seperti dakwaan Ustazah itu), nyatalah ia merupakan ajaran sesat yang wajar dijauhi. Mereka biasa menggunakan alasan nak diberikan pada anak yatim, budak tahfiz, budak pondok dsb untuk menarik hati orang untuk mengeluarkan duit, padahal kifarah zina itu sendiri tak wujud dalam agama.

Seperti yang Ustaz Love jelaskan dalam entry2 sebelum ni, untuk bertaubat daripada dosa2 zina ini adalah dengan bertaubat nasuha. Tinggalkan terus amalan tersebut dan menyesal serta berjanji tidak akan melakukannya lagi.. berdoa sungguh2 kepada Allah agar diampunkan dosa dan perbanyakkan amalan kebaikan seperti solat sunat, membaca al-Quran, zikir, doa dsb. Tak perlu keluarkan duit untuk kifarah zina..

Pentingnya kita merujuk kepada ramai Ustaz dan Ustazah agar kita tak terjebak dalam amalan2 karut sebegini.. sebab kita cuma mampu menilai secara zahir (menilai janggut, kopiah, serban, jubah, tudung labuh dsb), sedangkan itu tidak melambangkan kesahihan ilmu yang ada pada mereka. Umat Islam tidak akan bersatu atas kesesatan.. pasti akan ada yang menentang kesesatan tersebut.

Beramallah dengan ilmu yang sahih.. belajar ilmu secara zahir (menghadiri kuliah, talaqqi dsb) dan tidak belajar ilmu agama yang diajarkan secara pelik dan tersembunyi. Dan rujuklah ramai alim ulamak agar kita tak tersalah dalam mengambil pendapat.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. Salam ustaz

    saya pn terperanjat… Leh lak ada idea bangang mcm ni. Setuju sgt kata ustaz yg mana rasanya agama kristian je yg ada penebusan mcm ni..

    setahu saya yg belajar sekolah agama johor sampai darjah 4 (repeat lagi sbb malas belajar)…bila bab dosa besar, hanya satu je cara… kita hendaklah bertaubat nasuha dn berniat tidak mengulangi perbuatan salah kita tu.

    wallahualam

    1. amalan bid’ah sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat.. sbb mereka suka nak beramal ikut nafsu dan logik sendiri..

    1. kadang2 kita pun rasa pelik.. cuma bila ia diucapkan oleh seseorang yg kita kenali sebagai Ustaz atau Ustazah, kita jadi was2 untuk percaya apa yg kita tahu atau mungkin ia suatu kebenaran yg kita tak tahu..

  2. salam ustaz, boleh saya dapatkan alamat email ustaz? saya ingin tanyakan soalan peribadi tentang konflik perkahwinan. tolong balas ke email saya. terima kasih.

  3. 1st tme gak dgr psal kifarah zina…mcm2 dunia skang ni..kalau la ade dlm ajaran Islam mcm ni,mmg haru la jwbnye..zina then byr..

  4. assalamualikum Ustaz,saya ada sedikit kemusykilan: saya bernazar untuk buat kenduri sekiranya saya dapat sesuatu pekerjaan yang lumayan gajinya.dipendekkan cerita,tahun lepas (Julai/2013) dah dapat kerja tu,gaji pun boleh lah tahan.sehingga disember projek pun habis,masih tak tertunai nak buat kenduri tu,nak buat kifarah buat puasa 3 hari berturut-turut,begitu kah?(disebabkan sehingga kini masih belum tertunai nazar tu,bukan tiada budget tapi masa yang kurang.) t kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme