I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isteri Queen Control

salam..

maaf, sy nk tnya pendapat ust.
ape nasihat y patut sy berikn pada kawan sya y mahu berpisah dengan isteri nye kerana tidak tahan dengan sikap isterinya y terlalu panas baran. hinggakn sgala keputusan, isteri y buat dan suami tiada hak untuk bersuara. hinggakn kadang kala hal kecil akn mjadi isu utk pgaduhn y besar. jika sblm ini si suami bleh bersabar kerana si isteri bjnji untuk berubah, tetapi hingga sekarang genap 2tahun usia perkahwinan mereka, keadaan still sama dan tiada perubahan.. si isteri masih bertindak sebagai “ketua keluarga”. dan boleh dikatakan dalam sminggu, 5 hari daripadanya hnya lah bergaduh, dan selebihnya hanya diam dan mbuat hal masing2. bagaimana sy mahu menasihati si suami, apa tindakan yg patut si suami lakukan terhadap rumahtangga mereka??

~mangga.

Ustaz Love tak berapa faham isunya di sini.. adakah isunya nak nasihat suami supaya membatalkan hasrat untuk bercerai ataupun nak nasihat suami supaya teruskan hasratnya untuk bercerai?

Bagi Ustaz Love, seorang sahabat itu lebih baik menjadi seorang pendengar setia berbanding menjadi seorang pencadang yang mencadangkan pelbagai perkara. Banyak sahabat yang tersilap dalam memberikan pandangan sehingga mempengaruhi keputusan sahabatnya dan mengakibatkan situasi menjadi semakin buruk.

Seorang suami yang dikongkong serta tidak dihormati oleh isterinya, biasanya menjadi seorang lelaki yang kurang keyakinan diri. Mungkin depan kawan2 mereka akan berlagak gah seolah2 menjadi bos besar dalam rumah, namun apa yg berlaku adalah sebaliknya. Jarang seorang lelaki ni nak menceritakan situasi rumahtangga yang tak berapa best kepada kawan2nya sebab tak nak dipandang rendah oleh kawan2. Jadi, bila seorang sahabat lelaki itu menceritakan masalah rumahtangganya kepada seorang sahabat lelaki, itu bermaksud beliau ingin meluahkan perasaan. Selagi beliau tak meminta bantuan atau buah fikiran, tak perlulah sahabatnya pandai2 nak nasihatkan beliau apa yang patut dan apa yang tak patut dibuat. Jika tersalah nasihat, mungkin suatu hari nanti beliau akan menyalahkan kita pula sebab memberikan nasihat yang tak sepatutnya.

Jika beliau meminta nasihat kita, maka kita kena kenalpasti dulu kemampuan kita.. adakah kita mampu memberikan nasihat yang tepat? Adakah kita tahu masalahnya dengan tepat dan ada jawapan yang tepat untuk masalahnya? Jika kita mampu, maka nasihatkanlah beliau. Kalau ragu2, sebaiknya tunjukkan beliau jalan lain (spt mendapatkan khidmat kaunseling keluarga, bertemu dengan pakar psikiatri dsb). Jangan terlalu mudah untuk berikan nasihat.. Minta beliau bertenang dan bersabar supaya kita sama2 dapat fikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Antara contoh kesilapan kita dalam memberikan nasihat adalah bila kita menjadikan kehidupan kita sebagai hujjah untuk beliau ikuti. Ayat2 seperti, “Kalau aku la, dah lama aku hentak kepala bini aku dengan lesung batu”, “Kalau aku kena macam kau kena, dah lama bini aku makan pakai straw” dsb. Nasihat2 seperti itu sangat tidak membantu beliau membuat keputusan yang betul, sebab kita tak menunjukkan pilihan kaedah yang boleh digunakan, sebaliknya kita menunjukkan natijah kepadanya.

Sebab itu, bagi seseorang yang hidupnya kusut dengan sesuatu masalah, kita kena selami dulu punca masalah tersebut. Daun yang berwarna kuning itu bukanlah disebabkan daun itu sendiri yg bermasalah, sebaliknya berpunca daripada akarnya yang tak sihat. Benang yg kusut itu juga memerlukan masa dan fokus untuk kita mencari puncanya. Jika tak jumpa jalan, atau kita malas nak buang masa, maka kaedah memotong benang yg kusut itu lebih mudah dilaksanakan.

Apa yang Ustaz Love nampak dalam kes di atas, ia bukanlah kes queen control (saja Ustaz Love nak highlight tajuk tu), sebaliknya kes masing2 berkeras dan punya ego yang tinggi. Kalau sampai 5 hari bertengkar dan 2 hari je masing2 senyap, maka itu bukan queen control. Kalau queen control ni, kita boleh fahami dengan situasi seorang suami yang seperti ‘lembu yang dicucuk hidung’. Tapi, jangan plak silap faham menuduh Ustaz Love mengatakan suami itu lembu plak.. masa kelas Bahasa Melayu, sila buka mata dan dengar betul2 bab2 peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan yang semakna dengannya.

Seorang lelaki yang kena queen control, biasanya takkan berani menjawab apa2 pun yang keluar daripada mulut si isteri. Isteri akan bebas mengarahkannya sesuka hati dan tidak dilawan langsung oleh suami. Suami akan mengiakan apa saja kehendak isteri. Situasi queen control ini bagi Ustaz Love, lebih hampir kepada sihir penunduk (guna kaedah menyihir suami spt nasi kangkang, memberi makan benda2 kotor kepada suami, menjampi, memuja dsb) sehingga menghilangkan kewarasan akal beliau untuk berfikir secara logik. Kalau dah boleh bertengkar berhari2, itu takde kaitan dengan queen control.

Apa jua keadaan, syariat itu kena letakkan di hadapan. Kena periksa tahap agama ketua keluarga itu sama ada solatnya cukup atau tak, ahli keluarganya tutup aurat atau tak, rumahnya hidup dengan amal ibadah spt membaca al-Quran atau tak, pekerjaannya terlibat dengan perkara haram atau tak, dan segala macam kemungkinan yang menyebabkan tahap agama dalam dirinya berada dalam bahaya.

Dalam banyak perkara, seorang suami wajar bertolak ansur terhadap isterinya yang dah banyak berkorban untuk dirinya. Kalau setakat isterinya membebel tak tentu hala, berleter, cemburu dsb, maka suami bersabar la. Dah memang perangai orang perempuan macam tu. Banyak tips2 yang diberikan oleh pakar hal ehwal rumahtangga untuk menangani isteri2 spt banyak beri hadiah, selalu memujinya, buat ‘surprise’, bawak gi shopping dsb.. pendek kata, apa yg dia suka, suami kena berusaha untuk memenuhinya.

Cuma kalau dalam bab2 yang melibatkan perlanggaran syariat, maka ketika itulah suami kena bertegas. Contohnya isteri tak tutup aurat, isteri malas solat, isteri tak puasa Ramadhan dsb, maka ketika itu suami kena bertegas dalam hikmah.

Kebanyakan daripada lelaki ini jarang bertegas dalam bab agama.. isteri tak tutup aurat pun dibiarkan, malas solat pun tak nak ditegur.. macam mana nak tegur, kalau suami tu sendiri pun selalu tak solat. Solat cuma seminggu sekali. Bila dah suami pun hampeh, macam mana nak tegur isteri.. nanti isteri plak yg sound balik suami.

Kalau dalam bab2 remeh-temeh, lelaki selalu nak jadi juara.. rumah bersepah sket habis dimakinya isteri (sedangkan isteri pun sama2 bekerja membantunya), baju tak bergosok pun kena maki, pinggan tak basuh pun kena perli.. mana la tak naik angin isteri tu.. nak tolong sama2 tak nak plak..

Sebab tu dalam hal ini, sewajarnya suami itu kena berubah dulu. Jangan suruh isteri berubah tanpa menunjukkan contoh yang baik. Sbb isteri itu adalah pengikut.. dia akan mengikut ke arah mana suami itu membawanya. Macam mana isteri nak ikut naik kereta, kalau dia tengok suaminya tu macam orang mabuk.. jadi, lagi baik la dia yg jadi driver dan suami jadi penumpang, supaya sama2 tak eksiden melanggar lembu yang banyak di tengah jalan.

Jika isteri itu berkeyakinan terhadap suami, maka beliau akan hormat dalam keadaan rela tanpa perlu dipaksa melalui perjanjian atau penggunaan kekerasan. Agak susah nak mendapatkan keyakinan daripada orang.. bahkan isteri yang mungkin telah dikahwini puluhan tahun pun belum tentu yakin dan hormatkan suami secara rela. Sebab itulah Nabi s.a.w. menyuruh mencari pasangan yang beragama, agar suami tak perlu nak bersusah payah membentuk akhlak si isteri, dan isteri tidak perlu makan hati dengan akhlak sang suami.

Saudara doakanlah sahabat itu setiap malam.. bangun tahajjud atau solat hajat, dan berdoalah bersungguh2 kepada Allah agar rumahtangga yang beliau bina akan menjadi aman dan bahagia. Jangan sekali2 saudara mencadangkan beliau untuk bercerai atau membuat tindakan yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Biarkan beliau membuat keputusan sendiri akan hala tuju perkahwinannya. InsyaAllah, berkat doa seorang sahabat terhadap sahabatnya dalam keadaan beliau tidak mengetahuinya, Allah akan memakbulkan doa tersebut dan memberikan kebaikan yang sama terhadap saudara yg mendoakannya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. Betul kata Ustaz tu, kadang2 saya pun ada tersalah bg nasihat kt rakan. Rasa bersalah sangat. Bila rakan luahkan perasaan, rasa mcm tanggungjawab plak nak bg pendapat, sedangkan kita ni tak layak pun.
    Leen recently posted..Yaya’s E-dayMy Profile

    1. persoalannya bukan pasal layak atau tak, cuma kita tak nak menjadi punca beliau membuat pilihan (yg mungkin salah) dan akhirnya nanti kita pulak yg disalahkan. Adalah lebih baik kita menjadi pendengar yg setia supaya beliau boleh meluahkan segalanya. Bila dah rasa tenang, beliau sendiri akan dapat berfikir pilihan mana yg terbaik untuk dirinya.

  2. Assalamualaikum Ustaz, semoga sihat hendaknya…
    Saya harap ustaz ad jalan penyelesaian untuk masalah saya. Begini…

    Saya baru bekerja (lebih kurang dalam 4 bulan), jadi saya rasa sudah sampai masa untuk saya mengawan berkahwin. Kisahnya saya sudah berkenan dgn seorang gadis ni, kawan baik saya juga yang mana saya sudah mengenali beliau selama 4 tahun. Ok buat masa skrang mmg x Nampak lg masalahnya…
    Masalahnya bermula apabila saya memikirkan saya ini tidak sepadan dgn beliau, kira tidak sekufu lah…Buat pengetahuan ustaz, saya hanya bekerja sbgai mechanic di sebuah kilang manakala si gadis tu bakal menjadi doctor…dah la bakal doctor, keluarga beliau mmg terkenal dengan family yg kaya, rumah besar kereta 2 3 bijik…So tiap kali memikirnya, saya jadi down…Buat pengetahuan ustaz, si gadis tu terima saya seadanya, Cuma yg merunsingkan saya emak beliau….emak beliau mempunyai gaya seorang yang selesa idup mewah, jadi saya risau bila dah kawen akan timbul isu…

    Jadi persoalan saya utk ustaz adalah :
    Patutkan saya meneruskan niat saya utk mmperisterikn beliau,
    Atau biar takdir yg menentukan segala,
    Atau adakah saya perlu berusaha berjumpa keluarganya dahulu…
    Saya harap ustaz dpt mmberi pendapat atas permasalahan ini..

    Jasa Ustaz mmg saya hargai…

    Klau nk repy kt email bleh gak
    wakjalak@yahoo.com

    1. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry. Rajin2 la tengok entry terbaru, sbb Ustaz Love sangat jarang buka e-mail.

  3. Assalamualaikum ustaz…

    Saya baru je ingin menanyakan ustaz tentang masalah yang hampir serupa dengan tajuk ‘queen control’ ni. Yang lainnya ialah saya merupakan ANAK dalam keluarga ‘perang dingin’ ini. Saya sebenarnnya dah tak tahan dengan situasi yang dah berlanjutan hampir 3 tahun ini. Tambahan pula, saya sekarang sedang menuntut di universiti. Sekarang saya sering merasakan tak mahu pulang ke rumah. Kalau boleh masa cuti semester, saya lebih sanggup tinggal sorang2 di kampus daripada terpaksa berhapadan dengan situasi ini.

    Ayah saya bukan tak garang, garang sebenarnya orangnya… macam askar2 gitu. Dengan kawan2 beliau, beliau bagaikan big boss. Tapi beliau tidak berani untuk marah atau tengking perempuan, apa lagi isteri. Setakat tegur kesilapan isteri tu pernah la. Saya pernah tegur ayah supaya bertindak keras sikit dengan orang macam ibu tapi beliau kata tidak mahu bertikam lidah dengan ibu. Tak pasal2 nanti banyak pinggan pecah dibaling ibu.

    Ibu pula tahap egonya amatlah tinggi. Semuanya berasal daripada pendidikan yang diterimanya jauh lebih tinggi dari ayah yang membuatkan dia merasakan semua keputusan ayah salah manakala semua keputusan dia betul. Hampir semua suruhan ayah atau teguran ayah ibu bantah dan dibalas dengan tengkingan. Pada awal perkahwinan memang ibu turuti semua kehendak ayah. Namun sekarang… Saya pernah tegur ibu supaya layan ayah dengan lebih lembut, namun setiap kali saya tegur, mesti akan ditengking…

    Ibu amat ‘busy’ dengan kerjanya hinggakan hujung minggu dan setelah pulang ke rumah pun ibu masih bekerja. Disebabkan kesibukan kerja, ibu jarang masak kat rumah untuk ayah. Sekali seminggu je biasanya saya nampak ayah makan kat rumah. Kadang2 malam2 ibu ada juga masak, tapi untuk kami adik-beradik, bukan untuk ayah. Rasa bersalah juga sebenarnya tapi ibu sedih kalau kami tak makan makanan yang dimasaknya hingga habis.

    Sebenarnya ustaz, ibu saya pernah melalui pengalaman buruk bersama ayah kandung saya. Ya, ayah yang saya ceritakan ini adalah ayah tiri saya. Ayah kandung saya pernah menipu dan memperdaya umi saya sehinggakan kami hampir papa kedana dulu. Mujur pada waktu itu, ayah tiri saya banyak membantu. Jadi,saya rasa mungkin kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ibu saya sudah tidak mempercayai lelaki. Saya rasalah…

    Dalam artikel di atas, dia sebagai seorang sahabat bertanyakan pendapat adakah wajar dia menasihati sahabatnya supaya tidak bercerai. Tapi soalan saya adalah sebaliknya. Patutkah saya menasihati kedua-dua ibu bapa saya supaya bercerai? Sesungguhnya saya tahu bahawa Allah SWT amat bencikan penceraian. Namun, saya tidak sanggup lihat ibu saya menjalani kehidupan hariannya seperti biasa tanpa disedari bahawa setiap gerak-gerinya diiringi dengan dosa kerana telah menderhakai suami. Dan saya tidak sanggup mendengar ayah saya mengutuk perangai ibu saya kepada orang lain walaupun itu apa yang orang panggil luahan perasaan. Atau adakah patut saya biarkan mereka berterusan berkelahi walaupun hal ini dah hampir mencecah 3 tahun?

    Saya amat berharap ustaz dapat memberi jalan penyelasaian kepada masalah saya.

    1. Pada pandangan saya, sebagai seorang anak, saudari tak patut mencampuri urusan mereka. Biar mereka urusakan hal mereka sendiri, sama ada nak bercerai atau nak terus kekal.

      Sebaliknya, apa yang boleh saudari lakukan adalah dengan meperbanyakkan doa semoga Allah merapatkan kembali hubungan ibu dan ayah dan melembutkan hati ibu untuk kembali taat kepada ayah. Selebihnya, serahkan saja pada Allah. Jangan berat2kan sangat kepala. ok?

  4. ustaz ni pun takut bini jugak,… aduhai. Semakin lama semakin menjadi jadilah kes isteri jadi suami, suami jadi isteri disebabkan ramainya ustaz ustaz begini…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme