I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Bapa Curang Antara Satu Sama Lain

assalamualaikum ustaz love, ini kali pertama sy membuka blog ustaz.

sy berusia 18tahun,tetapi sudah banyak dugaan dan ujian sy lalui.sy tahu,sy masih muda tuk faham semua tentang isu rumah tangga.tapi,sy da lame bersabar dengan sikap mak dengan ayh sy.pada awal nya ayah sy curang dan kini mak sy pula curang. walau apa pun,ayh sy telah berkhwin dengan pmpn tu tetapi bukan atas dasar percintaan tetapi terkena ubat guna2. sejak dr itu mak sy banyak bersabar dengan sikap ayh sy,sehingga sampai satu tahap sampai skrg da 10 tahun mak sy xdapat nafkah batin dr ayh sy.tidur pun berlainan bilik.sbg seorg anak,sy da cuba sedaya upaya nak pulih kan keadaan..tetapi..segalanya bagai angin. kini,sudah 2tahun mak sy curang dgn ayh sy,dr seorg ibu yg solehah,xtinggal solat,mnjaga adab..skrg,semua nya berubah.bagai dunia sudah terbalik.sikap mak sy sangat berbeza.walau apa pun,ayh sy xpernah tinggal solat dan ayh sy xnak bercerai dgn mak sy kerana sygkan ank2nya.ayh sy seorg ayh yg sgt baik dan penyayang.tetapi ayh sy slalu gune care yg salah.yg paling buat sy terkilan,mak sy berubah dalam sekelip mate kerana seorang lelaki,dan hampir setiap hari melakukan dosa2 besar.sy xtahu nak buat ape.sy hanye boleh berdoa dan terus berdoa. kalau boleh,sy nak tahu.masih ade ke jalan keluar tuk masalah keluarga sy..?

~nurul farhanah.

Sebenarnya, umur 18 tahun itu dah cukup matang dah untuk memahami masalah orang dewasa. Apatah lagi seorang wanita yang akil balighnya lebih awal daripada lelaki, dan pemikirannya lebih cepat matang (berbanding lelaki yang masih membaca komik walaupun anak dah 2). Disebabkan saudari memahami situasi, maka saudari boleh describe (menerangkan) masalah ini dengan jelas serta memahami sebab dan akibat (cause and effect) tindakan ibu dan ayah.

Kebanyakan remaja yang berfikiran matang, terhasil daripada remaja yang hidupnya dikelilingi dengan masalah. Masalah itu sebenarnya boleh menjadi penggilap potensi remaja. Sama situasinya dengan penghasilan berlian yg mahal, disebabkan tekanan kuat dalam bumi. Juga emas yang bernilai, dicair dan dibentuk melalui proses yang menyakitkan. Sebaliknya, remaja yang kurang diuji dengan masalah, akan menjadi remaja yang manja dan tidak tahu nak buat apa bila diuji dengan sedikit masalah.

Saudari perlu berbangga dengan diri saudari sendiri yang masih boleh bersabar dalam mengharungi masalah yang amat besar ini. Jika kesalahan itu dilakukan oleh saudari sendiri, lebih mudah nak berubah kerana ia cuma memerlukan diri sendiri untuk melaksanakannya, berbanding nak ubah sikap dan perangai orang lain, apatah lagi orang itu merupakan seseorang yang kita hormati dan darjatnya lebih tinggi. Tersilap langkah, mungkin akan memburukkan lagi keadaan yang dah sedia buruk.

Apa yang Ustaz Love nampak, puncanya itu bermula daripada perbuatan sang ayah. Namun, ia tidak semudah itu untuk kita menjatuhkan hukuman bersalah terhadap sang ayah. Mungkin beliau ada masalah yang tersendiri sehingga sampai ke tahap memadukan ibu saudari. Persoalan sama ada beliau berkahwin kerana cinta atau disihir, itu diluar batas kemampuan kita untuk menilainya. Orang bercinta ni dia punya angau kadang2 mengalahkan orang yang terkena sihir.. apatah lagi perasaan cinta itu bertempat di hati yang mana tiada orang yang mampu mentafsirkan perasaan itu kecuali pemilik hati itu sendiri. Mungkin juga ibu itu yang terkena sihir sang lelaki yang menjadi skandalnya.. semua itu hanya kemungkinan..

Begitu juga dengan masalah nafkah batin. Ia merupakan rahsia suami isteri, dan bukan menjadi tanggungjawab anak2 untuk menyiasat perkara ini. Sama ada mereka tido satu bilik atau berlainan bilik, ia tidak boleh dijadikan hujjah yang mereka tidak melakukan hubungan suami isteri. Perkara seks adalah perkara rahsia, jadi menjadi hak mereka berdua untuk merahsiakannya. Berapa ramai pasangan yang tido sekatil dan berkongsi bantal, tapi tak melakukan hubungan suami isteri disebabkan masalah tersendiri.

Lainlah jika diberitahu sendiri oleh sang ibu tentang perkara itu.. itu pun masih belum boleh percaya bulat2.. sbb ada di kalangan isteri ni suka membuat fitnah terhadap suami dan memburuk-burukkan mereka di hadapan anak2 (maksud Ustaz Love, ada banyak kes seperti ini.. dan bukan nak kata ibu saudari itu menipu). Tidak wajar bagi seorang ibu menceritakan keburukan sang bapa sehingga menimbulkan kebencian anak2 terhadap bapa. Kena pertimbangkan juga kemungkinan berita yang kita dengar daripada sebelah pihak itu, belum muktamad selagi kita belum mendapatkan penjelasan daripada pihak yg satu lagi.

Walau apa pun masalah dan alasannya, perbuatan ibu yang berlaku curang disebabkan tidak mendapat layanan yang sepatutnya daripada sang bapa itu adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Sekurang2nya, buruk2 perbuatan bapa itu, dia bernikah secara sah dengan isteri muda, sedangkan sang ibu itu tidak ada apa2 ikatan pun dengan skandalnya, apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri orang.

Hidayah itu merupakan rahsia Allah. Allah berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menarik balik daripada sesiapa yang dikehendakiNya. Walaupun suatu masa dulu, ibu saudari merupakan seorang isteri yang solehah dan ibu yang mithali, ia bukanlah suatu jaminan beliau akan berterusan dalam kebaikan yang dilakukan. Setiap orang punya ujian yang tersendiri. Pada waktu ini, ibu saudari sedang diuji dengan nafsu dan perlakuannya, bapa saudari diuji dengan isteri yang derhaka, saudari pula diuji dengan masalah ibu bapa.. Ujian mereka, biarkanlah mereka menghadapinya. Ujian saudari, bersabarlah dan bertenanglah menghadapinya.

Namun begitu, saudari juga tak boleh melihat begitu saja perlakuan maksiat yang berlaku depan mata. Saudari perlu menegur. Paling kurang dapat menyelamatkan diri saudari daripada dikira bersubahat atas perkara dosa. Cuma cara nak menegur itu perlu diperhalusi agar tidak mewujudkan masalah lain yang lebih besar.

Ustaz Love cadangkan agar saudari mendapatkan bantuan atuk dan nenek atau mereka2 yg dihormati oleh ibu bapa di kalangan keluarga (pakcik makcik ke). Minta mereka nasihatkan ibu bapa saudari. Pandai2 la nanti mereka cari jalan untuk selesaikan masalah ini. Jika ibu saudari dapat meninggalkan maksiat itu dan bertaubat, insyaAllah keadaan akan menjadi lebih mudah. Namun, jika ibu saudari berdegil dan tak nak bertaubat, maka ketika itu ayah saudari pula yg perlu memainkan peranan agar tidak termasuk dalam kategori lelaki dayus. Jika betul ada kaitan dengan sihir, maka usahakanlah untuk berubat. Kadang2, sihir ini juga mengganggu kewarasan seseorang untuk berfikir secara logik.

Alasan sayangkan anak2 tidak boleh digunakan untuk terus mengikat hubungan suami isteri yang sudah tidak nampak jalan penyelesaian. Jika betul sayangkan anak2, ibu bapa kena selesaikan masalah mereka supaya tak memberi kesan terhadap emosi anak2. Jika tak jumpa dah jalan penyelesaian, maka bercerai itu merupakan salah satu jalan penyelesaian.

Hubungan anak2 tetap tidak akan terputus sekalipun ibu bapa telah bercerai. Bahkan anak2 akan hidup lebih tenang sebab ibu dan bapa mereka telah menyelesaikan masalah mereka. Ibu selesai masalahnya lepas habis edah (boleh berkahwin dengan lelaki lain yang lebih berkemampuan).. dan ayah selesai masalah (tak serabut kepala memikirkan masalah isteri curang, menjadi dayus dsb).

Jika benar bapa itu seorang yang baik, beliau tidak akan menyeksa batin isterinya dengan menggunakan alasan sayangkan anak2. Lepas bercerai pun, beliau masih lagi boleh mencurahkan kasih sayang kepada anak2, kerana hubungan mereka takkan terputus dengan terputusnya ikatan perkahwinan.

Bab berdoa tu, memang saudari kena teruskan berdoa.. sebab yang memegang hati manusia ni adalah Allah. Bila2 masa Allah boleh ubah hati manusia untuk bertaubat daripada dosa2 mereka. Jadi, jangan putus harap dengan rahmat Allah. Tambahkan lagi doa.. kuatkan lagi amalan.. banyakkan lagi sedekah.. insyaAllah, suatu hari nanti, Allah akan beri keputusan atas masalah keluarga saudari ni.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberi jalan keluar terhadap masalah saudari sekeluarga. Banyakkan bersabar dan teruskan berdoa.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. sy berumur 11 tahun,sy dapat tahu secara sulit yang ibu sy curang tampa pengatahuan bapa sy mahu memberitahu bapa sy tetapi sy takut kerana kalau ayah sy menceraikan ibu sy

    1. Kalau tak pasti, adik jangan buat apa2.. kalau nampak dengan pasti, adik kena bagitau ayah.. biar ayah selesaikan dengan ibu adik.. tak semestinya mereka akan bercerai, tapi sekurang2nya ibu adik itu akan menghentikan perbuatan curangnya kalau ayah adik dah tahu..

  2. Saya berumur 24 tahun,saya mengalami masalah yg sama cuma bezanya mak saya yang curang di belakang ayah saya.. saya tahu pun dari adik perempuan saya yg mengesyaki kelainan perangai mak saya,makan pun dalam bilik ,masak pun selalu kejap-kejap tengok phone.. bukan tu shaja, pernah tu ayah saya mintak phone mak saya macam tak nak bagi.. bukan dengan ayah je,adik saya nak tengok phone pun tak diberinya.. sekarang ni sibuk nak berpassword henfonnya.. saya suruh adik mengawasi tingkah laku mak dan menyuruhnya cek phone panggilan masuk keluar/mesej ternyata memang benar mak saya curang. saya yg tak ada di rumah(kerja jauh) tetapi setiap bulan akan balik, rungsing bila memikirkannya.. walaupun saya tahu hubungan terlarang mak,tapi saya masih menghormatinya dan melayan seperti biasa.. hanya saya dan adik perempuan saja yang tahu kecurangan mak… Dan saya baru shaja mesej lelaki itu tanpa pengetahuan mak saya secara baik2 tetapi bernada tegas utk tidak lagi msj@call mak saya.. tapi belum dibalas… saya kalau boleh taknak memalukan mak saya,sebab itu kami hanya berdiam diri shaja..adakah tindakan saya ini betul? Bantulah saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme