I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hak Kerahsiaan Suami Isteri

Assalamualaikum Ustaz,

Mohon sedikit pandangan ustaz… Apakah hak seorg suami ke atas brg peribadi isteri eg surat2 (rasmi/tidak serta email), telefon termasuk mesej2 di dalamnya. Suami saya suka membuka dan membaca surat2, email2 serta mesej2 dlm handphone saya… Samada saya sedar atau tidak… Kadang2 mesej2 yg diterima agak peribadi (eg perihal peribadi sahabat etc) dan tidak sempat dipadamkan terlebih dahulu sebelum sampai ke tangan suami. Seingat saya, waktu belajar dulu pernah dengar ustaz sebut yg surat tu adalah amanah, dan siapa yg buka dan baca surat org lain dianggap pecah amanah… Bolehkah ustaz tlg jelaskan??? Jazakallah.

~Anon.

Islam memang menjaga hak peribadi setiap orang. Bahkan dalam hubungan seks antara suami isteri pun ada hak antara keduanya walaupun tubuh telah bergabung menjadi satu. Seorang suami tidak boleh melepaskan mani (inzal) di luar faraj isteri tanpa kebenaran isterinya. Ini bagi menjaga hak kepuasan seorang isteri. Begitu juga isteri tidak boleh memakai atau menggunakan apa2 yang menghalangnya daripada mendapatkan anak (spt memakan pil perancang, memakai implan dsb) tanpa kebenaran suami, kerana hak untuk mendapatkan anak itu adalah hak suami.

Tidaklah dengan menjadi suami isteri itu, ia menghalalkan semua perkara untuk dilakukan oleh suami terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya. Masih ada lagi perkara2 yang perlu dijaga dan tidak dibenarkan untuk dilakukan pada situasi2 tertentu. Contohnya melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat), seks semasa haid, kencing ke dalam mulut isteri, berak dalam mulut suami dsb.. kikiki..

Begitu juga dalam perkara2 yang dipersetujui untuk dianggap sebagai hak suami atau isteri. Pada asalnya, perbuatan mengintip atau menceroboh hak seseorang itu hukumnya adalah haram.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (al-Hujuraat : 12)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa perbuatan mengintip, menyelongkar dan apa2 juga perbuatan yang dilakukan dengan bukan haknya, adalah dilarang. Ini termasuk juga perbuatan seorang sahabat menyelongkar locker sahabatnya, atau perbuatan seorang membuka surat peribadi atau membaca mesej inbox kepunyaan orang lain tanpa izin mereka dsb. Perbuatan itu dikira suatu pencerobohan terhadap privasi seseorang. Ustaz Love percaya, orang yang suka melakukan perkara sebegini, tidak akan sanggup untuk menerima perbuatan yang sama yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya.

Begitu juga dalam hubungan suami isteri. Bukan semua barang isteri itu boleh digunakan oleh suami, dan bukan semua barang suami boleh digunakan oleh isteri. Walaupun kain pelikat itu pakaian suami, tetapi isteri boleh pakai dengan izin suami. Begitu juga suami boleh pakai kain batik isteri dengan keizinannya. Bab meminta izin ini jarang dipraktikkan dalam kehidupan berumahtangga kerana berfahaman hidup berumahtangga adalah perkongsian, semua benda boleh dikongsi dan digunakan tanpa perlu meminta kebenaran.

Walaupun anak itu lahir daripada rahim ibu dan datang daripada benih bapa, tetapi anak2 masih perlu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapanya. Anak lelaki perlu meminta izin untuk masuk ke bilik anak perempuan dan begitu juga sebaliknya. Ibu bapa juga perlu minta izin anak2 untuk masuk ke bilik mereka terutama anak2 yang dah baligh. Jika dapat menjaga perkara ini, insyaAllah budaya hormat menghormati akan wujud dalam sebuah rumahtangga. Masing2 menghormati hak peribadi masing2.

Namun begitu, semuanya itu boleh dibincangkan. Suami isteri boleh membuat perjanjian yang dipersetujui bersama, yang mana menjadi hak peribadi dan yang mana menjadi hak bersama. Contohnya suami isteri bersetuju bahawa tiada sesiapa boleh membaca mesej di telefon, atau membuka e-mail atau membuka surat peribadi tanpa izin. Persetujuan bersama ini lebih adil. Suami tak boleh baca mesej isteri, maka isteri juga tak boleh baca mesej suami. Tak adil la kalau suami tak boleh baca mesej isteri, tapi isteri sibuk dok periksa henfon suami. Persetujuan bersama ini walaupun sangat berisiko (pasangan boleh berlaku curang dengan bebasnya), namun ia boleh menyelesaikan masalah tak puas hati di antara suami dan isteri.

Walaupun begitu, jangan menipu pasangan walaupun sekali. Persetujuan bersama ini boleh dikira sebagai amanah yang masing2 perlu menjaganya. Namun, jika amanah yang diberikan itu dicabuli (contohnya pasangan bermain cinta dengan orang lain, atau melakukan sesuatu yang buruk tanpa pengetahuan pasangan), maka kesannya sangat besar terhadap perhubungan. Mungkin kepercayaan itu tidak dapat dikembalikan sekalipun kesalahan itu telah dimaafkan.

Jika persetujuan bersama tak dapat dicapai (mungkin disebabkan sebelum ni, suami isteri berkongsi semua perkara dan tiada rahsia antara mereka), maka menjadi tanggungjawab pasangan itu untuk memberitahu kepada sahabatnya bahawa segala mesej yang dihantar itu akan atau telah dibaca oleh pasangannya. Jadi, jika beliau tak kisah rahsianya itu diketahui oleh pasangan kita, maka takde masalah kita nak biarkan pasangan membacanya. Jika beliau kisah tentang perkara itu, maka beliau perlu gunakan jalan lain untuk berkongsi masalah dan rahsia dengan kita (contohnya berjumpa kat luar ke, datang kat rumah ke dsb).

Dalam sebuah perhubungan, kepercayaan itu sangat penting. Dan tak dapat dinafikan, berterus-terang dan tidak berahsia dengan pasangan itu adalah salah satu perkara utama yang menjadi bukti kepercayaan. Jika kita tak percaya kepada pasangan, kita pun tak rasa nak berkongsi cerita dengannya dan kita juga mungkin menganggap beliau berahsia. Namun, ia juga tidak boleh menjadi alasan untuk kita menceroboh hak peribadi pasangan tanpa kebenaran mereka. Jika kita melakukannya, ia boleh dianggap sebagai kurang menghormati.

Bersangka baiklah kepada pasangan.. insyaAllah, kehidupan berumahtangga akan menjadi aman dan tenteram. Isteri kurang cemburu, suami kurang mengongkong, anak2 menghormati ibu bapa, ibu bapa akan menyayangi serta yakin dengan anak2. Tidak semua keadaan kita kena berasa curious, seperti mana bukan setiap hari akan dibuat spot-check di asrama. Ada masanya kita kena periksa beg sekolah anak2 dan henfon mereka, tapi bukan setiap hari kita kena melakukannya. Dan kita kena buat perkara itu dengan pengetahuan mereka (cek beg sekolah atau henfon depan2 mereka) dan sebolehnya jangan melakukannya secara sembunyi2.

Begitu juga kepada pasangan suami isteri. Jika suami nak cek e-mail isteri, cek depan isteri. Jika isteri bagitahu ada e-mail yang tak wajar dibuka, maka tanyakan kepadanya alasan tak boleh dibuka dan terima penjelasannya. Begitu juga dengan isteri, jika nak cek henfon suami, kena cek depan beliau. Jangan curi2 tengok masa beliau tengah mandi, nanti kalau beliau dapat tahu, beliau akan bawak masuk henfon dalam jamban. Lagi sakit hati isteri masa tu nanti..kikiki.

Panjang2 Ustaz Love tulis ni, satu ayat je yang Ustaz Love nak relatekan dengan kes puan. Puan berterus-teranglah dengan suami tentang perkara ni. InsyaAllah, bila berterus-terang, banyak perkara dapat diselesaikan. Jangan simpan2, sbb suami itu adalah seorang lelaki. Lelaki ni adalah jenis manusia yang pandang lurus dan tak berapa mahir nak baca lenggok bahasa wanita yang berbelok2. Kalau tak suka, kena cakap terus-terang yang puan tak suka dengan perbuatannya. InsyaAllah, beliau akan terima atas dasar hormat dan menyayangi isterinya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. ustaz, suamiku sufi atau wali.. Tak pernah nk mengaku kesilapan nya, dia juga buat benda yg sama termasuk andaian2 dan fitnah nya.. Saya sanggup unfriend atau block dia sbb x nk tau apa aktivitinya, bg dia ruang sbb saya nk elak prasangka atau perselisihan faham.. Dan saya yakin dia tahu batasan dan hak seorang suami yg sering dituntut.. Tp hak isteri bagaimana?, nk bersama pun tunggu mood.. Apa kah hak isteri yg blh saya tuntut…?

    1. puan boleh menuntut hak2 nafkah zahir dan batin daripada beliau. jika puan tak mampu nak terus bersabar, puan boleh adukan ke pejabat agama supaya puan suami isteri boleh diberikan kaunseling.

      WA

  2. Salam ustaz, terima kasih atas ulasan yg panjang lebar… Unfortunately saya dah cuba terangkan pd suami dan cakap yg saya x suka akan perbuatannya, tp x berhasil… Ni dah bukan tahap spot check tp mcm obsesi… Tiap kali saya tegur, tiap kali itu jugaklah saya kecewa… Dia seolah-olah tak memahami apa yg saya cuba ckp (nak kena ckp bhs lain kot??)… 🙁

    1. kalau macam tu, puan sendiri kena bagitahu kepada mereka2 yg menghantar e-mail atau mesej yang mesej2 mereka itu dibaca oleh suami. Jika mereka tak nak diketahui oleh suami, maka mereka kena gunakan saluran lain (spt berjumpa face to face dsb). Untuk surat2 rasmi yg puan rasa terlalu privasi untuk diketahui oleh suami, alamatkan saja kepada alamat yg puan yakin tiada siapa akan membuka dan membacanya (spt alamat pejabat, alamat rumah ibu bapa dsb).

      WA

  3. Assalamualaikum ustaz..saye dah lama pendamkan perkata ni, tak berani nak luahkn, saye berbelah bagi antara mnjaga perasaan ibu dan ayah saye dan menjaga prasaan suami saye.macam ni, ibu saye selalu masuk bilik kmi tanpa kebenaran, tujuannya nak ambik brg kotor, ambik sampah dan buka tabir.memang itu yang dilakukan tetapi suami tidak selesa dgn semua tu, dia tak suka.saye faham prasaan suami dan

  4. Saye juga tak selesa ibu yg cucikn dab lipay pakaian kmi.untuk pengetahuan ustaz saye hamil 7 bulan masani.pada masa yg sama saye juga faham knapa ibu buat mcm tu sebab die risau saye tgh hamil dan niat die baik nak tolong.saye dh cube bgtau tak pyh buat semua tu tapi ibu trasa hati dan marah.suami saye tak suke bilik kmi dimasuki siapa2 termasuk ibu dan ayah saye.ini yg suami marah dan saye slalu diam je bila dia marah pasal ni sebab saye tak tahu nak buat ape tuk selesaikn masalah ni.Jadi saye mohon pandangan ustaz bagaimana nak supaya ibu dan ayah saye faham yg skrg ni saye dh jadi isteri org, mnjadi tanggungjwp

  5. Saye untuk cuci dan lipat semua pakaian kmi suami isteri.ibu saye selalu trasa hati bila saye cuba nak bgtau tak pyh buat semua tu.jadi bagaimana nak kasitau dgn cara yg tidak menyebabkn trasa hati dan marah ustaz? Skrg ni saye trpaksa kunci bolik kmi tapi ibu mengadu trasa hati dgn perbuatan saye.saye binggung dan ini yg buat saye stress.

    1. Puan kena berterus-terang dengan ibu.. jangan kata “tak payah buat” tanpa memberikan penjelasan munasabah, memang ibu itu akan kecik hati.. bagitahu terus-terang yang suami tak suka orang lain tolong kemaskan bilik, sebab ada banyak benda peribadi dalam tu.. insyaAllah, ibu akan faham.. WA

      1. assalammualikum ustaz…sy ingin sangat tau…apa hukum nya seseorang memisahkan ibu kandung yang baru saje melahir kan anaknya?????

  6. as salam ustaz. boleh ke suami memaksa isteri utk check hp isteri sedangkn suami tk bg isteri check hp nye? sedangkan hp isteri dibeli hasil titik peluh isteri bkn duit suami?

  7. assalamualaikum… ustaz… sy ingin bertanya.. apakah hukum jika saya bertanya isteri saya tentang kiah silam dia.. dan apakah hukumnya jika dia menipu tentang kisah silamnya sedangkan sy hanya sekadar ingin tahu… sy jadi tidak tenang jika dia menyorokkan tentang kisah silamnya.. saya menerima dia seadanya.. pertanyaan sy kepadanya hanya sekadar pengetahuan…. mohjon pencerahan…

  8. kerana terlampau percaya dan beri kebebasan suami akhirnya makan luar jugak..last2 salahkan isteri sebab xpeduli padahal si suami yg minta mcm tu..bila rasa nak seks je,baru la buat baik dengan isteri..bila dah dapat abaikan isteri macam xwujud je..lebihkan minat dan kawan shj..last2 buat maksiat dengan isteri orang lepas dah byk kali makan luar..

  9. Apakah yg ustas kata kan itu btul…tetapi x berguna jgk klu pasangan kite mmberikan hp yg dh kosong untuk kite periksa…sedang di waktu tidak bersama curang dgn org lain…apabila bersama buat mcm xdpe pape…tpi ustas kne ingat semua pasangan blh jujur…kadang kala lelaki mahupun wanita perlu melihat hp pasangan masing2 dlm diam2…ingat rumah yg dh dibina,xmgkn kite nk roboh kan dgn begitu sja…paham2 lah ye

  10. ustaz..salahkah jika saya pendam perasaan pada org lain. Saya dah berkahwin 10tahun dan mempunyai 3 org anak. tapi baru2 ini hati saya suka sangat pada seorang lelaki ni yg 7 tahun lebih muda dari saya. saya anggap dia sebagai adik dan kami selalu berbalas whatsapp. saya suka sebab perwatakannya baik dan ingtkn saya pasal agama. sy kerap tinggal solat..tapi bila ada dia saya lagi excited nak sujud pada Allah. adakah hati saya jadi begini sebab permainan syaitan. saya tau ia berdosa kerana ada unsur curang ke atas suami. tapi saya x boleh menahan diri dari suka kepadanya. tolonglah saya ustaz..

  11. Assalamualaikum ustaz… sy nk tnya pendapat ustad. Sy ceritakan dulu masalah sy. Sblm sy kawen dgn suami sy, sy ada duit pinjaman pelajaran sy kena bayar. Lps kawen pn sy masih bekerja utk byr duit pinjaman. Tp contract sy dgn syarikat dh hbs.. suami kta xyah kerja lah, tolong dia dlm hal pejabat, memandangkan dia ada pejabat sendiri. Sy pn mula bekerja dgn dia, 2thn ustad sy kerja dgn suami sy, tp dia xpernah byr gaji sy, malah dia xpernah bg sy duit bulanan pn ustad. Ms sy mgandung anak pertama sy pn, sy msh tolong dia bt kerja pejabat tp apa² pn sy xdpt. Malah dia tinggal sy,pergi bcuti dgn kawan² & family dia.. smpai lani dh 6taun sy kawen dgn dia. Dia jarang² & kadang² bg sy duit bulanan. Sy pernah bgtau dia, abg tengah ssh, bg lah sy kerja, senang sikit. Sy xperlu mintak duit dr abg, sy blh byr duit pinjaman dan tolong abg.. dia kta xperlu, ddk rmh tolong dia ja.. tp duit dia xbg.. sy dh bincangkan hal nie dgn family dia tp semua org support dia, mereka kta, semua dia dk bt bg, bt apa perlu bg duit bulanan. Xperlu pn.. ya mmg semua dia bt bg ustad, brg dapur, brg anak² semua.. tp mcm mna dgn nafkah? Pakaian sy on setahun sekali jer dia belikan, itu pn ms hari raya ja ustad. Msa sy bincangkan hal ni dgn family dia, dia kta dekat sy, “u nak bebaskan, u pi duduk rmh mak u, u bebas” u duduk sna pi kerja, jga mak bapa u semua.. lani sy nk tau apa status sy, adakah jatuh talak, sbb sekarang sy ddk rmh mak sy, sbb dia dh halau sy.. dan boleh kah sy bt tuntutan nafkah tertunggak? Mintak ustad jelaskan.. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme