I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Gangguan Saka Silat

assalamualaikum saudara..

saya nak tanya sikit..saya selalu alami gangguan2 aneh since saya di bangku sekolah lagi(that time saya x belajar silat lagi)..

tapi time waktu saya study diploma 3 tahun lepas..makin kuat pula gangguan nya..pastu dalam tahun 2010..saya join seni silat xxx (saya ase actually xxx ni adalah ilmu asal nasrul haq cuma namanya diubah)..pas blaja silat ni..ase macam ada satu ”kuasa”yg meresap kt dalam badan ni..antara skop2 abjad, saya gak diajar utk melihat jin dan syaitan,merawat histeria,sihir and santau, dan pas blaja silat ni..ilham slalu dtg dlm mimpi..dan makin kerap pulak gangguan nya..so ustaz ase cmne? saya ase sakit badan dan macam nk meletup badan ni cbb tanggung beban2 dari silat ni..

~Aril.

Agak susah sebenarnya bagi Ustaz Love untuk mengulas tentang perguruan silat dan mistik yang berkaitan. Ustaz Love risau jika tersilap memberi penerangan, bakal menimbulkan salah faham yang lebih besar.. apatah lagi ia melibatkan salah satu budaya orang Melayu yang sangat dipertahankan oleh sesetengah golongan seolah2 ia merupakan sebahagian daripada syariat agama. Seolah2 bila disebut sesuatu yang negatif terhadap perguruan silat ni, memang silap besar la.

Namun, benda salah adalah salah. Tak boleh nak dikatakan benar sekalipun ia budaya yang diperturunkan sejak nenek moyang dahulu. Maksud Ustaz Love dengan ‘salah’ ini bukanlah salah untuk mempelajari silat, atau salah untuk bersilat, sebaliknya ada beberapa unsur yang wujud dalam sesetengah perguruan silat itu yang memang salah dan wajar ditinggalkan.

Tanpa menyebutkan mana2 perguruan, Ustaz Love akan cuba menjelaskan dalam entry ini secara umum saja.

Kebiasaannya, sesetengah benda yang berbahaya itu tidak menjadi bahaya jika tidak bertembung dengan bahaya yang lain. Contohnya macam tahi yang berada di dalam usus. Ia tidak merbahaya selagi elok berada di dalam usus. Sebaliknya, jika usus bocor (mungkin akibat tikaman benda tajam), ia akan meracuni tubuh badan dan boleh membawa kematian jika lambat dirawat.

Dalam masyarakat Melayu, hampir kebanyakan kes yang Ustaz Love jumpa, seseorang itu kebiasaannya ada mewarisi ‘sesuatu’ daripada leluhurnya (orang tua, nenek moyang dan ke atas). Sekalipun beliau tak pernah belajar apa2 ilmu perbomohan atau ilmu perawatan, ada di antara mereka yang mampu untuk merawat mangsa yang dirasuk, contohnya. Ada juga yang tak pernah berguru dengan mana2 tok guru silat, tetapi bila diserang, mereka mampu bersilat seolah2 setiap hari berlatih silat.. dan bermacam2 lagi keistimewaan tanpa melalui jalan yang sepatutnya.

Ada yang mengatakan bahawa keistimewaan itu merupakan anugerah Allah (spt maunah, karamah). Namun bila diteliti gaya hidup mereka, tak seperti orang soleh.. solat pun tak, makan minum siang hari waktu bulan Ramadhan, suka mencarut dan segala macam bentuk kejahatan dilakukan.. sedangkan keistimewaan anugerah Allah itu hanya diberikan kepada orang2 yang terpilih di kalangan hambaNya yang soleh saja.

Untuk menyatakan dengan jelas dan pasti bahawa ini merupakan hasil campur tangan jin dan syaitan, ia memang di luar kemampuan kita sebagai manusia biasa. Sebab kita ini hanya mampu menilai yang zahir saja, sedangkan banyak lagi perkara ghaib dan tersembunyi yang tak mampu kita jelaskan disebabkan kurangnya pengetahuan kita dalam bab itu. Jadi, apa juga tafsiran, ia lebih kepada teori dan hasil dapatan berdasarkan pengalaman saja.

Ada satu kes seorang kawan Ustaz Love, beliau banyak mengalami kejadian aneh sejak kecil. Melihat makhluk2 halus dsb sehingga disangkakan suka mereka2 cerita dan menakutkan orang lain. Walaupun begitu kehidupannya agak normal sehinggalah beliau mengamalkan suatu zikir yang mengandungi pemujaan syaitan (sedangkan beliau tidak menyedarinya). Semenjak itu, gangguannya menjadi semakin teruk. Menurut kata seorang perawat, kes beliau ini seumpama batang mancis dan penggeseknya (belah tepi kotak mancis). Selagi tak tergesel, selagi itulah batang mancis itu takkan mengeluarkan api dan membakar batangnya. Apabila dah tergesel, maka ketika itulah kita boleh melihat apinya. Begitulah juga dalam kes member ni.. asbab zikir yang memuja syaitan itu, maka ia mencetuskan gangguan yang hebat dengan ‘saka’ yang ada dalam dirinya. Yang sakit adalah tubuh badannya sendiri sehingga muntah darah dan lebam2 tubuh badan.

Persoalan silat yang saudara sebutkan itu (Ustaz Love terpaksa rahsiakan namanya disebabkan maklumat yg Ustaz Love ada sekadar melalui pengalaman dan tidak dibuktikan melalui kajian tertentu), Ustaz Love juga pernah mengendalikan satu kes yang berkaitan. Seorang sahabat yang mendakwa diganggu saka telah berubat dengan seorang ustaz dalam perguruan ini. Beliau telah diberikan amalan zikir sekian2 sebanyak sekian2 kali. Hasilnya, ‘benda’ dalam tubuh beliau telah berlawan dengan ‘benda’ yang hadir melalui zikir tersebut sehingga menjadikan beliau bersilat dalam tidur. Habis ditempeleng isterinya waktu tengah tidur. Apabila ditanya oleh isterinya, ternyata beliau tidak menyedari perkara itu. Beliau juga kerap naik angin dan menjadi panas baran sehingga pernah menolak isterinya sampai bersembur darah keluar dari mulut.

Ada juga beberapa petua yang diberikan oleh ustaz tersebut seperti berendam dalam air selama beberapa jam, berbaiah (mengikat janji setia) dengan mahaguru perguruan tersebut dsb. Bahkan ustaz itu juga didakwa mampu mengubati beliau daripada jarak jauh.

Apabila Ustaz Love membuat sedikit kajian tentang perguruan ini, ternyata banyak amalannya yang bertentangan dengan syariat. Antaranya seperti mengamalkan zikir tertentu dan didakwa kononnya boleh menjatuhkan musuh daripada jarak jauh dengan pukulan angin dsb. Perguruan ini (menurut pandangan Ustaz Love) lebih mirip kepada ajaran kebatinan dan sesat.

Nasihat Ustaz Love, saudara kena cepat2 berubat dengan pengamal perubatan Islam (bukan yang mendakwa perubatan Islam, tapi sebenarnya perubatan bomoh) yang dikenali seperti Darul Syifa’ atau apa2 pun pengamal perubatan Islam yang menjalankan perubatan secara umum (bukan sorok2) dan tak terlibat dengan ritual2 sesat. Ustaz Love tak berani nak mengatakan secara jelas akan kemungkinan saudara sudah terkena kesan amalan perguruan silat tersebut. Sebaiknya saudara berubat dulu dan meninggalkan segala amalan yang saudara pernah amalkan hasil ajaran perguruan silat tersebut.

Saudara perlukan bantuan perawat yang punya kemahiran untuk mengeluarkan ‘benda’ yang terhasil daripada amalan tersebut. Sebab kebanyakan amalan sesat yang wujud dalam sesetengah perguruan silat adalah bersifat pemujaan terhadap jin. Benda yang dipuja ini memang susah nak buang (walaupun tak mustahil), sebab kita sendiri yang menjemput kehadirannya melalui amalan2 tertentu yang kita tak sedar akan kesannya.

Yang paling penting, saudara kena kuatkan azam dan tekad untuk memutuskan hubungan dengan benda ni. Mulakan dengan menjaga solat fardhu 5 waktu dan lakukan solat tahajjud serta solat hajat setiap hari. Berdoalah sungguh2 agar Allah membuka jalan buat saudara untuk keluar daripada masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. ustaz,

    dekat dgn taman perumahan saya, telah ada sebuah surau.lebih kurang 100 meter dari rumah..yg ni penuh lah dgn jiran2 saya

    300 meter dari surau tu ada lak masjid.

    saya lebih suka pegi ke masjid..sebab kadang2 ada kuliah..

    kalau dlm keaadaan mcm ni, yg mana perlu diutamakan, surau yg betul2 dekat dgn rumah atau masjid?pasal dua2 tu dekat je

    hati saya lebih suka duduk masjid, tapi bila tak pegi surau jiran2 dok tanya lama tak nampak.

  2. ada 1 lg ilmu yg paling bahaya ustaz….ilmu tipu rakyat, sekali dia cakap, ramai percaya,hurmmmmm…xsemua org boleh mengamal ilmu tu, huhu…maaf ustaz, lawak jeeeee

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme