I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berhenti Makan Pil Perancang Tanpa Izin

salam ustaz,

saya sudah hampir 3 thn menikah, dan selama 3 thn ini saya selalu makan pil perancang untuk mencegah kehamilan (ini kemahuan suami, kalau saya terasa ingin sangat jadi ibu…tapi suami berkeras agar saya tidak hamil) tidak ada masalah kesihatan, tidak ada masalah kewangan, ustaz berdosakah saya sekiranya saya sengaja untuk tidak lagi memakan pil tersebut tanpa kebenaran suami saya, yang mungkin saja boleh menyebabkan kehamilan ??? wassalam ustaz… mohon jawapannya… (dari seorang wanita yang teringin jadi isteri dan ibu).

~jannah.

Memang kes seperti ini jarang2 berlaku. Biasanya orang berkahwin sebab nak dapatkan zuriat. Kalau ada masalah pada isteri, biasanya laju je suami nak berpoligami dan menggunakan alasan nakkan anak. Dan menjadi mimpi ngeri bagi pasangan yang berkahwin, tetapi masih belum punya zuriat, bila ibu bapa sibuk dok tanya bila nak dapat anak. Tekanan2 ini kadang2 menyebabkan rumahtangga jadi porak-peranda.

Ada juga yang tak sanggup nak menunggu lama2 sehingga membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.. ada yang menumpang kasih dengan anak saudara, anak jiran dsb. Namun, dalam kes di atas, memang agak ganjil bila seorang lelaki itu tidak menginginkan anak sekalipun tiada alasan yang menghalang (spt tahap kesihatan, kewangan dsb).

Kalau di kalangan lelaki yang dah berkahwin, anak2 ini boleh melambangkan tahap kelelakian seseorang. Kalau takde anak, seorang lelaki kadang2 akan diejek oleh rakan2 sebagai seorang yang lemah kelelakian atau mati pucuk. Ini bakal menjadi tekanan buat lelaki. Sebab tu la lelaki yang takde anak, lebih cenderung untuk berkahwin lain berbanding memelihara anak angkat.. padahal belum tentu masalah itu berpunca daripada isterinya.

Berbalik kepada masalah puan ni..

Puan kena kembali kepada punca masalah.. kenapa suami itu tak mahukan anak? Jawapan ini puan kena tanyakan sendiri dengan suami. Berbincang elok2 dengan beliau. Kadang2, kita tak tahu apa yang bermain dalam fikirannya. Pada kita, mungkin takde masalah. Mungkin baginya ada masalah.

Mungkin juga beliau belum puas enjoy hidup berdua dengan puan, jadi beliau amik sikit masa sebelum nak menimang cahaya mata. Ataupun mungkin juga beliau takut puan akan melebihkan kasih sayang terhadap anak dan akan mengabaikan beliau.. atau mungkin juga takut isterinya dah hilang potongan badan yang menjadi idaman dan pujaannya. Itu sekadar kemungkinan.. jawapan tepatnya hanya boleh diperolehi daripada beliau sendiri.

Persoalan memakan pil cegah kehamilan, pada pandangan Ustaz Love, puan kena dapatkan keizinan suami. Hak untuk mendapatkan anak itu adalah hak suami dan puan tiada kuasa untuk menghalangnya. Jika nak pakai alat pencegahan kehamilan, perlu dapatkan kebenaran suami. Begitu juga bila nakkan kehamilan, kena beritahu suami agar tak timbul perkara yang tak diingini kemudian hari.

Untuk menerima kehadiran cahaya mata, memerlukan kesediaan si ibu dan si bapa. Jika salah seorang dah bersedia, seorang lagi belum bersedia, ia bakal merencatkan perancangan pendidikan dan kasih sayang terhadap anak tersebut. Ujian mengandung ini sebenarnya berat.. sangat memerlukan sokongan daripada suami itu sendiri.

Permulaan kehamilan, akan berlakunya proses muntah2 dan loya2.. berlakunya demam pagi (morning-sickness).. pertambahan berat badan.. pemakanan yang sihat.. penjagaan kandungan dsb yang sangat memerlukan perhatian dan bantuan seorang suami. Itu belum masuk bab nak makan benda2 (mengidam), perubahan sikap isteri akibat perubahan hormon badan (mungkin isteri jadi pemarah dsb.. org tua2 panggil tu pembawaan budak). Jika suami memang tak sedia, maka suami tidak akan cuba untuk memahami keperluan seorang isteri yang mengandung.

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, ada baiknya puan berbincang elok2 dengan suami. Minta tarikh daripada beliau bila waktunya beliau dah sedia untuk menjadi bapa (lagi 2 tahun ke, 3 tahun ke). Mungkin dengan cara ini, puan akan dapat tempoh yang lebih tepat untuk bersabar dan bersabar sebelum tiba masanya menjadi ibu.

Semua pasangan yang berkahwin menginginkan zuriat.. bukan terhenti setakat tu saja, kita nakkan zuriat itu mendapat kebahagiaan dan penjagaan yang sempurna daripada ibu bapanya. Kita tak nak sedikit saja kesilapan, menyebabkan konflik yang akhirnya menjadikan anak sebagai mangsa.

Puan banyakkan bersedekah dan membaca al-Quran serta berdoa.. doakan semoga Allah lembutkan hati suami untuk mengizinkan puan berhenti mengambil pil pencegah kehamilan dan bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam hidup berumahtangga. Pujuklah beliau menggunakan skill isteri yang tersendiri agar beliau faham akan keinginan sang isteri. InsyaAllah, Ustaz Love yakin, tak lama nanti beliau akan lembut hati. Yang penting, jangan sesekali melakukan sesuatu yang di luar pengetahuannya.. sbb kepercayaan itu sangat penting dalam hidup berumahtangga.. sekali suami tak percaya, seumur hidup isteri akan menanggung kesannya.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan urusan puan sekeluarga. Bersyukurlah dengan apa yang ada, insyaAllah, Allah akan menambahkan apa yang tiada.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz..saya plajar matrikulasi.saya mula mgalami gguan2 lbih sbulan yang lpas.wktu tu pkul 4 pg dan wktu sya nak tdo,tba2 tbuh sya mggeletar dan rsa tkut yng tramat.sya x bleh tdo dan wktu smbah yang sbuh pun,prasaan tu ttp mganggu.sya rsa mcm kaki x brpjak pda bumi dan rsa lain bla brnfas.sya prnah mimpi ular msa skolah mngah dlu,prnah mimpi pegi ke kubur dan diberi janin dan mimpi brmain dgan 2 rubah.tapi mimpi tu sgat jarang brlaku satu sma lain.saya slalu rsa ada skit skjap2 di tubuh dan terasa ada bnda brgrak bwah kulit trutama d bhgian kaki.saya ok je bla baca alquran atau dgar azan cma hya skali skala kpala rsa sprti dtkan.sya mdah rsa tkut bla tba wktu malam.sya slalu brdbar dan mggeletar..prasaan tu sprti nak mati je.smgu dua ni kpala sya sring rsa brdenyut dan sakit bla mla msuk ptang smpai malam.sya prnah rsa dah give up dan srabut untuk hidup.kbyakan simptom yg ustaz tulis tu ada pda saya.sya prnah dirawat tapi hya pda awal rwatan tu sjha sya mggeletar dan mngis tapi ok je lpas tu wlpun cikgu tu da bca mcm2.sya jga da mnum air yg dibaca ayat al quran tapi prasaan tu ttp ada cma x steruk dlu.tolonglah saya ustaz…wassalam

    1. saudari kena pergi berubat cepat2.. dan dekatkan diri dengan Allah melalui ibadah.. jangan lupa baca al-Quran setiap hari..

  2. pelik jugak ada suami mcm ni..

    dah 3 tahun, masih taknak lagi sedangkan anak2 tu la penyeri keluarga, penghibur hati..

    bak kata ustazlove, kena bincang molek, dari hati ke hati ape masalah suami tu…

    semoga suami puan akan bersedia nak jadi bapa selepas ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme