I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Wanita Panas Baran

salam ustaz love, saya ingin meminta pandangan ustaz

saya mempunyai masalah panas baran dengan orang2 yg rapat dgn saya dan sepatutnya saya hormati iaitu tunang dan kedua ibu bapa. yg pling ketara adalah dgn tunang saya, setiap kali bersembang saya kerap meninggikan suara dan memaki beliau. pada saya apa yg dicakapkan beliau sering merimaskan dan menguji kesabaran saya sdg kn bgi org lain ia hanyalah perkara kecil. saya sendiri hairan dgn sikap saya. ini kerana di kalangan org lain, saya seorang yg ceria dan tidak boleh marah.malahan sebagai seorang guru, saya tidak boleh hendak memarahi pelajar saya yg nakal. tetapi keadaan itu terbalik bila saya bersama dgn tunang. saya menjadi seorang yg pemarah. utk pengetahuan ustaz, kami sudah berkawan selama 7 thun dan baru saja sebulan mengikat tali pertunangan. saya sedar saya sepatutnya bersyukur dikurniakan tunang yg sabar dgn kerenah saya malah cacian saya kdg2 dibalas dgn gelak tawa shja. mungkin sudah biasa agk nya. saya harap keadaan ini tidak berterusan, tetapi saya sudah tidak tahu lagi cara bercakap dgn nya yg selayaknya. seringkali ibu bapa dan rakan2 yg mendengar perbualan kami di telefon menegur cara syaa bercakap dgn nya yg kasar. kdg2, tunang saya ada mengeluarkan ayat seperti kalau saya cuba berperangai demikian dgn lelaki lain, mesti sudah makan penampar. namun alhamdulillah, selama 7thun berkawan kami tidak pernah bergaduh besar. walaupon saya panas baran dan cpt melenting, tetapi amarah saya hanya bertahan beberapa minit sahaja. sering terjadi ketika perbualan saya memaki2 dan meninggi suara kpd beliau dan tiba2 kami ketawa bersama2.

saya ingin berubah dan mempersiapkan diri untuk menjadi isteri nya yg solehah. saya syg kan dia dan sya tidak mahu dosa saya bertambah2 bila berkahwin kelak dek kerana tingkah laku saya. tlg lah ustaz cdg kn cara2 nya. saya tidak mahu nnti keluarganya dan rakan2 memandang saya sebagai seorang isteri yg menderhaka kerana tidak hormatkan suami. cuma saya tidak tahu mcm mna. saya sudah tidak boleh bezakan cara bercakap dan nada yg sepatutnya saya guna selayaknya untuk dia. mungkin sudah terbiasa selama 7thun ini. saya sgt syg kn dia cuma saya tidak dpt mengawal mulut saya ni..ohhh tlg lah ustaz

ustaz dgr lah lagu 150 juta di youtube. boleh kta sbijik2 penceritaan yg sama dgn kisah kami

~tasneem.

Agak mengejutkan bagi seorang yang berpelajaran serta mengajar pelajaran kepada orang lain seperti saudari ini boleh berkelakuan dengan kelakuan yang tidak sepatutnya. Jika kita nilai bab ‘sepatutnya’, memang banyak benda yang tidak patut yang telah saudari lakukan.

Ustaz Love terus masuk kepada masalah saudari memandangkan masa terlalu mencemburui kita (cewahh.. dah macam berpidato plak gayanya..kihkih). Masalah saudari adalah saudari seorang yang pemarah, dalam masa yang sama saudari juga bukan seorang yang pemarah. So, yang mana satu saudari sebenarnya?

Ustaz Love tak nak bercakap bab psikologi, sebab Ustaz Love bukannya ahli psikologi.. ahli zoologi pun bukan.. namun, tak dapat tidak, Ustaz Love terpaksa mengaitkan situasi saudari ini dengan masalah psikologi.

Kebiasaan orang yang normal, beliau tidak akan mudah marah pada perkara yang remeh-temeh dan juga tidak mudah marah kepada orang yang disayangi. Sebab rasa sayang itu akan mengatasi perasaan marah dan tak puas hati. Seorang ibu yang sayangkan anaknya, tidak akan marah sampai memaki hamun jika anaknya itu terberak dalam seluar (habis2 pun membebel sorang2), sebaliknya dengan perasaan kasih sayang itu, beliau akan membersihkan tahi anaknya dan memandikannya lalu meletak bedak. Lepas tu dicium2nya anak yang tadi bergelumang dengan tahi.

Rasa sayang juga akan menjadikan seseorang itu menjadi begitu sabar sehingga kita sendiri tak faham, adakah beliau itu seorang yang lurus bendul atau terkena nasi kangkang (ini biasanya telahan pertama org2 yg suka bersangka buruk). Dah kena maki berbakul2, boleh lagi tersenyum dan tidak membalas apa2. Memang betul apa yang tunang saudari katakan, kalau dengan orang lain, mungkin dah makan penampar.. Ustaz Love plak tambah, mungkin makan siku dan lutut sekali (macam cerita Ong Bak).

Saudari kena berjumpa dengan pakar (sama ada jumpa kaunselor ke, atau jumpa pakar psikiatri) untuk mengenalpasti apa masalah saudari. Saudari tak boleh duduk termenung dan menarik2 rambut memikirkan penyelesaian seorang diri. Sudah berbelas tahun saudari menghadapi masalah ini, tak mudah untuk menyelesaikannya dalam masa satu hari.

Sepengetahuan Ustaz Love, orang panas baran ni ada kaitan dengan genetik (keturunan).. atau ada juga yang mempunyai penyakit yang menyebabkannya selalu naik angin seperti tekanan darah tinggi, stress dsb. Marah itu normal.. manusia biasa memang ada sifat marah ni.. yang takde sifat marah ni keldai je.. cuma cara macam mana nak salurkan kemarahan, itulah yang akan menjadikan kita berbeza antara satu sama lain..

Ada juga yang menjadi pemarah disebabkan gangguan jin.. yang ni memang tak dapat dinafikan. Tambah2 bila dah bertunang atau bernikah, ada sejenis jin yg dipanggil jin asyik yg mencintai kita atau pasangan kita tanpa disedari.. lalu membisikkan perkara2 yg buruk sehingga akhirnya kita berperangai seperti beruk. Bab2 jin ni Ustaz Love tak nak ulas panjang2. Cukup setakat ini.

Berbalik kepada masalah saudari.. Saudari tak boleh nak ambil mudah dengan pasangan saudari yang dikatakan cukup bersabar dengan perangai saudari. Orang lelaki ni, belum dapat memang lembut gigi dari lidah. Bila dah dapat esok, boleh jadi bertabur gigi tinggal gusi dan lidah (amacam.. ada gaya joyah mengomel tak.. kihkih).

Lama mana sangat seseorang itu boleh bertahan.. sekarang ni memang la bertahan, sbb status masih lagi tunangan.. kalau dah jadi suami isteri nanti, sanggup ke seorang suami itu menahan telinga dimaki2 oleh isterinya? Saudari sendiri boleh memikirkan dengan akal yg waras. Apakah yang bakal menanti seandainya perangai buruk saudari ini berterusan sampai bila2.

Ustaz Love tak kata yang saudari kena putuskan perhubungan ke.. atau berhenti kerja gi duduk dalam gua ke.. Ustaz Love cuma cadangkan agar saudari bertemu dengan pakar. Mungkin dengan bantuan ubat2an, saudari dapat meredakan sikit sifat nak marah tak tentu hala tu.

Tak kira la saudari ni jenis cepat sejuk ke, cepat beku ke, cepat marah itu sendiri adalah suatu sikap yang tidak normal. Ia ada kaitan dengan sikap sabar. Mungkin saudari boleh rujuk modul2 di sekolah (terutama modul2 yg biasa digunakan dalam kem motivasi), bagaimana untuk memupuk sifat sabar.

Nak buang sesuatu sikap yg buruk tu memang akan ambil masa.. tapi untuk menambah atau mengukuhkan sikap yang baik itu lebih mudah. Walaupun saudari cepat naik angin, tetapi dengan kesabaran yang dipupuk, ia akan dapat menahan angin itu daripada keluar menjadi perkataan yg berbisa.. dan mungkin akan keluar menjadi kentut yang bercahaya (apa yang Ustaz Love mengarut ni pun tak tahu la.. layankan je la..kihkih)

Permulaan sabar itu adalah dengan banyak melakukan muhasabah diri.. bila terasa diri banyak berdosa, maka kita akan selalu beristighfar dan bertaubat.. istighfar dan taubat adalah ubat yang paling mujarab untuk melembutkan hati. Bila hati dah jadi lembut, ia seumpama air yang mengalir.. dicelup bara api pun ia tak menggelegak, sebaliknya bara api itu yang akan terpadam. Dan juga perbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w. serta ahli keluarga Baginda..

Kekallah dalam keadaan berwuduk. Bila rasa nak marah, gi la amik wuduk. Kerana kemarahan itu berpunca daripada syaitan dan syaitan itu asalnya daripada api.

Berusahalah secara zahir dan batin, rohani dan jasmani.. selebihnya, banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Minta sungguh2 pada Allah agar dilembutkan hati ke arah kebaikan, dipelihara lisan daripada menyakiti insan dan dipelihara kelakuan daripada pengabaian perintah Tuhan.

Semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik buat saudari.

p/s : Tu lagu Ainan Tasneem kan? Ustaz Love tak berapa minat lagu2 beliau.. 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
  1. Panas baran ni macam mana sebenarnya? Kalau saya tengah marah,Biasanya saya diamkan diri,tak bercakap,tak senyum..ye la. Tengah marah kan..mana nak senyum cakap semua..nanti terlepas cakap susah pula..ni dikatakan panas baran ke..sebab kawan saya kata saya ni panas baran..salah ke bila saya diamkan diri bila tengah marah..saya tak faham..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme