I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tuntutan Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Assalamualaikum… Ustaz sy nak bertanya tentang hak penjagaan anak. Arwah kakak saya ada meninggalkan seorang anak lelaki yg berusia 2 tahun. Sejak ketiadaan arwah ibu saya lah yg menguruskan anak arwah krn abg ipar sy stay di rumah saya dan sepanjang itu juga besan mak saya tdk pernah bertanya khabar akan cucunya namun hari ini mereka tetiba datang tuntut hak penjagaan. Jadi sy mohon penjelasan ustaz siapa yg lebih berhak…

~zayani.

Rasanya dah banyak entry pasal tuntutan nafkah yg Ustaz Love cuba bahaskan (cewahh..).. kali ni punya isu adalah tuntutan hak penjagaan anak.. tapi bukan oleh ibu atau bapa kepada anak, sebaliknya penjaga kepada kanak2 tersebut.

Seperti kita sedia maklum, soal hak penjagaan anak bagi orang Islam di Malaysia, tertakluk pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Maka, yang berhak ke atas anak sama ada untuk menjaga dirinya atau hartanya (wakil) adalah ibu atau bapa atau kedua2nya. Tak kira la ibu bapa tu haprak sekalipun, tidak semudah itu hak penjagaan boleh berpindah kepada Jabatan Kebajikan atau pihak yang lain. Tak macam kat negara luar, bila2 masa je (yg difikirkan munasabah oleh wakil kerajaan – pekerja khidmat sosial) seorang anak itu boleh diambil alih hak jagaannya oleh Jabatan Kebajikan dan seterusnya diberikan kepada keluarga angkat yang lebih berkeupayaan untuk menjaga. Akibat terlalu nak menjaga hal rumahtangga orang, akhirnya anak2 angkat itu hidup dalam keadaan tertekan dan banyak menyumbang kepada kadar jenayah yang tinggi.. Ini cerita luar negara la.

Berbalik pada kes saudara ni..

Ustaz Love kurang jelas sket adakah ibu saudara juga dah meninggal atau masih hidup? Jika masih hidup, maka hak menjaga anak itu adalah milik ibu saudara, iaitu nenek kepada kanak2 itu. Sebab ibu saudara (nenek) itu dikira ranking kedua dari sudut keutamaan mendapatkan hak penjagaan selepas ibu kandungnya sendiri.

Jika ibu saudara telah meninggal dunia, maka hak penjagaan itu menjadi milik nenek saudara (moyang kepada budak itu) atau yang di atasnya (toknyang ke apa ke istilahnya.. Ustaz Love pun tak pasti). Jika semua2 tu tak sanggup nak jaga, maka hak penjagaan beralih kepada bapa kandung budak itu (iaitu abang ipar saudara). Jadi, dia yg berhak untuk menentukan sama ada anak itu akan tinggal dengannya (bersama saudara.. sbb dia pun stay di rumah saudara) atau melepaskan hak itu kepada ibunya (besan mak saudara).

Sebaiknya saudara / ibu saudara (jika masih ada) failkan permohonan tuntutan hak penjagaan terhadap anak tersebut di mahkamah syariah. InsyaAllah, mahkamah akan meneliti banyak perkara termasuklah bab keselesaan anak tersebut yang selama ini elok2 duduk dengan saudara bersama bapanya. Bila mahkamah dah keluarkan keputusan, insyaAllah tiada lagi tuntutan2 yg tak munasabah di pihak sebelah sana.

Ustaz Love yakin, bapa kandungnya (abg ipar saudara) pun lebih suka anaknya tinggal bersama saudara. Kalau tak, dah lama dia angkut bawak balik ke rumah ibu bapanya.

Apa pun keputusannya selepas ini, harapnya janganlah dipisahkan kasih sayang anak itu dengan neneknya yang sebelah sana. Walaupun ibu (kepada kanak2 itu) dah meninggal, namun anak itu masih lagi tidak putus persaudaraan dengan keluarga ipar saudara. Tak kira la mereka dah lama tak jenguk ke, berperangai haprak ke, mereka masih lagi punya ikatan.

Jika abang ipar saudara boleh main peranan (sama ada memujuk ibunya atau membuat perbincangan yang meraikan kedua2 belah pihak), insyaAllah, masalah ni akan lebih mudah diselesaikan di luar mahkamah, berbanding mengambil masa, tenaga dan wang ringgit berhujjah di dalam mahkamah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. saya memfailkan kembali taat atau nusyuz ( dlm ikatan perkahwinan lgi } dan sekiranya isteri saya di sabitkan nusyuz adakah hak jagaan anak akan saya perolehi ( sekiranya terjadi perpisahan ) kerana saya mempunyai bukti yg kukuh dan ada laporan polis terhadap perlakuan curangnya kpda saya..utk pengetahuan ustaz saya pernah menangkap isteri saya di rumah kakak ipar saya..isteri saya dan anak2 yg ketika itu masih kecil tidur didalam 1 bilik bersama seorang lelaki yg di katakan adik angkatnya dan pintu bilik tersebut bertutup ( tapi saya tau itu bkn adik angkatnya )..adakah hak jagaan anak akan berpihak kpada saya kerana saya akan kemukakan isteri curang dan bukan contoh ibu yg baik kerana melakukan perkara mungkar di hadapan anak2..trma ksih

  2. Assalammualaikum ustaz,sy nk tnya,sy sah bcerai pd 30 july 2015,di mahkamah syariah ampang,selepas bcerai,bekas suami langsung tidak bg nafkah selepas iddah mahupun nafkah untuk anak2.sy ada 2 org anak hasil perkahwinan dgn bekas suami,anak pertama berumur 2tahun,yg kedua umur 10 bulan,semasa tempoh bercerai bekas suami langsung tidak bekerja,setahu saya,nafkah iddah dan nafkah ank2 wajib dia bagi,dia sihat walafiat dan waras,tapi tidak bekerja.sy pernah buat tuntutan nafkah di mahkamah syariah ampang,tp bekas suami pujuk kata suruh tarik balik saman yg sy buat ke atasnya supaya bayar nafkah yang tertunggak,dia kata ‘nanti sy dah kerja sy bg lah duit’,jd sy batalkan saman tersebut.sekarang,hampir telah berlalu,beliau masih belum bkerja dan tidak pernah bg duit satu sen,mahupun kelengkapan ank2.soalan sy:

    1)sy masih boleh buat tuntutan nafkah selepas iddah dan juga tuntutan nafkah ank2 (hadhanah) ,masih boleh atau tidak ye..klu ikut skg ni,dah 5 bulan kami bercerai.

    yang ke dua sy nk tnye ustaz juga,

    bekas suami banyak kali msg sy,(apa bukti hak penjagaan anak2 tu pd kau,kita lawan di mahkamah)
    mmg selepas bercerai,sy tidak pergi ke mahkamah tinggi shah alam untuk buat tuntutak hak penjagaan ank2 sebab sy bnyk membaca tentang hak jagaan ank2 slps bcerai,peruntukan Akta Undang-undang Keluarga Islam bagi setiap negeri (mungkin berbeza pada seksyen tetapi mempunyai maksud dan prinsip yang sama) menyatakan bahawa seorang ibu mempunyai hak ke atas penjagaan anak-anaknya yang berusia di bawah umur iaitu sembilan tahun (bagi lelaki) dan 11 tahun (bagi perempuan) selepas berlaku perceraian.
    jadi di sini,mmg hak jagaan ank2 adlh sy sbg ibu kandung pd ank2.

    soalan sy,adakah sy perlu pergi ke mahkamah tinggi shah alam untuk dapatkan apa2 surat hitam putih yang menyatakan ank2 di bawah penjagaan sy ataupun tak perlu?

    detail sy : sy bekerja,ank2 sy hantar rumah pengasuh,selepas bercerai segala keperluan ank2 smua di atas tanggungan sy,sy yang bayar segalanya,susu,pampers,pengasuh,insurans,klinik sbb ank pertama slalu sakit asthma.semuanya sy yg bayar sbb bekas suami langsung xde bg duit,sy masih simpan segala resit perbelanjaan ank2.

    3)apa hak sbg bapa pd ank2 untuk tempoh lawatan pd ank2?ada limit atau limit utk luangkan masa dgn anak2 ditentukan oleh sy?
    ini kerana,sy bg dia ank2 2 minggu sekali iaitu jumaat sabtu ahad..kira dlm sebulan 6 hari dia boleh luangkan masa dgn ank2,dgn mmbawa ank2 balik ke rumahnya.tp dia bantah,dia kata sy suka2 nk tetapkan.dia kata dia bapa kepada ank2,sy pnya suka la nk hantar ank bila ke,nak ambil ank lama2 ke..sy jd risau takut dia tak pulangkan ank dan ugut sy tiada hitam putih mnyatakan ank2 tu bwh hak jagaan sy.

    hrp ustaz tlglah jawab soalan sy.sy musykil sgt.dan buntu sbb tiada ahli kluarga terdekat yg bercerai.

    1. Puan masih boleh buat tuntutan nafkah iddah dan tuntutan nafkah anak. Sebaiknya tuntutan tu disekalikan dengan tuntutan hak penjagaan anak juga. Tempoh lawatan bergantung atas persetujuan bersama puan dan bekas suami. Kalau tiada persetujuan, mahkamah akan menentukan tempoh lawatan anak untuk bekas suami (jika hak penjagaan diberikan sepenuhnya kepada puan).

  3. As salam ustaz,

    Bolehkah saya ingin tahu mengenai hak penjagaan anak.Seorang membuat wasiat awal yang meminta anaknya dijaga oleh adiknya. Adakah wasiat tersebut diterima pakai sedangkan bapa kanak kanak tersebut masih hidup dan ibu bapanya tidak bercerai sebelum ini.

    1. Wasiat itu tidak terpakai, sbb anak bukanlah barang yang boleh diwasiatkan.. apatah lagi jika penjaganya yang sah masih lagi ada.

  4. Assalam ustaz.

    Mohon diberi nasihat serta pencerahan.

    Saya seorang muallaf yang telah dikurniakan 2 orang cahaya mata berumur 12(Perempuan) dan 15 (Lelaki) tahun. Hak penjagaan telah diserahkan pada saya sejak tahun 2007 akan tetapi saya tidak pernah melarang anak bersama ibu mereka kerana saya berpendapat kasih ibu amat penting. Di atas permintaan ayah tiri(AT) dan ibu kandung(IK) saya untuk menemani mereka telah dipersetujui adalah kesilapan terbesar dalam hidup saya. Perbuatan AT menukar sekolah anak perempuan ke swasta tanpa pengetahuan saya berniat untuk menjauhkan/menghindari anak perempuan dari saya hanya menguji kesabaran saya. Anak tersebut telah dipindahkan semula bersama saya setelah 4 tahun bersama IK & AT. Setelah 6 bulan anak-anak tersebut dipindahkan, AT telah menggunakan bekas isteri melarikan anak perempuan sahaja malah mendapat injunksi dari Pihak Mahkamah dengan pelbagai fitnah terhadap saya. Prosiding Mahkamah sehingga kini bersamaan hari ke-682 saya dipisahkan dengan anak perempuan tersebut namun yang tidak dijangka adalah permohonan pertukaran Hak Penjagaan dibuat ibu mereka adalah untuk anak perempuan tersebut sahaja.

    1. Saya tak pasti kenapa lama sangat prosiding ni berjalan, dan juga tak pasti sama ada tuan ada melantik peguam syarie untuk mewakili tuan dalam perbicaraan ini. Apa pun, tuan banyakkan bersabar kerana ini adalah ujian untuk tuan. Dekatkan diri pada Allah dengan menjaga solat fardhu secara berjemaah di masjid, solat tahajjud, bacaan al-Quran, berdoa dan bersedekah. Semoga Allah mudahkan urusan tuan dan memberikan yang terbaik buat tuan dan anak2.

  5. Assalamualaikum…sy ada soalan berkenaan siapa yang lebih berhak menjadi pemegang amanah dan hak penjagaan bg waris yg kematian ibu bapa serentak(kemalangan).

    Bapa(simati) masih mempunyai ibu kandung dan saudara lelaki.

    Ibu(simati)kedua ibu bapanya sudah meninggal.hanya mempunyai kakak tiri seibu sahaja.

    *meninggalkan 4oramg anak bawaj 18tahun.

    Siapakah yg lebih berhak antara keluarga sebelah bapa atau ibu menjadi pemegang amanaah dan menjadi penjaga kepada anak simati yang berusia bawah 18tahun.

    Mohon penjelasan.

  6. Assalamualaikum.

    Ustaz, saya nak dapatkan sedikit pencerahan.

    Begini, abang saya telah kematian isteri dan anak perempuannya telah dijaga oleh atok dan nenek sebelah arwah isteri. walaubagaimanapun, nafkah dan tanggungjawab kepada anak tersebut abang saya jalankan setiap bulan.
    tapi kini atoknya sedang sakit dan abang saya meminta untuk mengambil anak tersebut memandangkan nenek terpaksa menjaga atok yang sakit. tetapi nenek tidak mahu memberikan anak tersebut kepada abang saya.
    dalam kes ini, layakkan abang saya mendapat hak penjagaan anak tersebut memandangkan nenek sedang menjaga atok yang sakit.

  7. Assalamualaikum..mohon dapat bantu saya yg sedang buntu..sy telah brcerai dgn talak 3 hmpir 6thn.dikurniakn sorg ank lelaki yg kini brumur 7thn.pd prmulaan ank sy yg jga.slepas 6bln brcerai ex asben kmbli utk rjuk.dia ada pguam yg yakinkn kpd kami utk bubarkan talak.awalnya sy ntah mcm mna blh turutkn..tp mujur Allah selamatkan sy.dia tiba2 kmbli mcm dlu mngamuk marah sepak terajang sy.kmudian dia bwak lari ank sy.sy wktu tu xblh nk rebut krna tgn kiri dia pegang parang..demi kselamatn ank yg wktu tu de dlm tgn dia.sy lpaskn dia.kmudian dia dtg smula cri sy.dia nk sy stju utk rjuk smula sperti yg dia n pguam dia rancang.tp sy ttp tegas utk xtrlibat rjuk smula..dan dia ckp klu itu kptusn sy jgn ambik tau psl ank.klu nk ank dia soh sy g mhkmah.stelah tu sy failkn kes hadanah di mhkamah.lntik lawyer gov..hmpir 2thn kes msih tiada jwpn.dia selalu xhdir..jika dia hdir pun msih juga tgguh.sy yg msa tu tiada transport hnya mnx tlg org..kdg kla pun xdpt hdir..hgga lah sy letih..slma itu juga ex asben lgsung xbagi sy jumpa atau brhbung dgn ank.mlainkn klu dia ada kpentingnnya..ibu bapa dia pun sama brsubahat pisahkn sy dgn ank.akhirnya sy pasrah n iklaskn..sy ttup kes..sy akui msa ank dlm jgaan sy mmg sy jahil wktu tu.tp tiap yg jahil sy buat sy xmelibatkn ank sy.prnh sbulan demi kselamatn n kbaikkn ank sy tgglkn ank sy brsma mak sy krna sy ikut lelaki..tp hnya wktu tu..dan Allah bukakn pntu hati sy utk hijrahkn dri yg jahil..pnjg lg kisahnya nk diceritakn.slpas sy ttup kes pd awal thn lpas.tba2 adik ex asben sy msej sy di fb..minta sy ambil ank sy smula krna kesian ank sy ditgglkn ex asben lps exaasben brcerai kli kdua.ank ditinggalkn brsma org tua dia brbulan2 lmanya tnpa kbar n nafkah..jika xde spe yg ambil ank sy nk dimasukkn ke asrama..persekolahan ank pun x teratur.. slepas sy ambil ank sy,adik dia call sy dan ceritakn sglanya spnjg ank sy dlm jgaan dia..ex asben sy prnh dtgkap istri kdua dia brsma pmpuan lain dlm blik tnpa shelai benang di tbuh.lbih mngejutka sy.anak juga ada bersama brdiri ketakutan melihat gelagat berahi mereka.hati sy jd smkin geram.skrg da 1thn lbih sy jga ank sy.sesen nafkah pun dia xbg..hnya awl thn aritu dia beli bju skola,kasut n beg skola..lepas tu diam.itu pun dia smbunyi2..mntk org tuaa dia yg ambil ank sy.n xnk sy tau yg dia nk jumpa ank sy..dia juga selalu burukkn sy pd ank utk buat ank benci pd sy.sy smakin rsa xsedap ati dgn cra dia macam ni.bila2 masa bila dia sakit ati dengan sy mungkin dia akn bawa ank sy smula.dan dgn cra dia macam ini jelas menunjukkn dia masih belum berubah.layak ke sy utk dptkn hak pnjgaan ank wlupun pd awlnya dlu sy ada melakukan kesilapn atas kjahilan sy?atau itu blh mnggurkn hak sy?dan jika sy buka kes semula adakah sy akn didenda krna rekod tidk hdir kmhkmah pd kes yg lpas?

  8. Assamualaikaum..saya nak bertanya sikit mengenai hak jagaan anak keatas suami..jika si isteri telah berkahwin dengan lelaki lain selain daripada bapa si anak, adakah bekas suami dapat menuntut hak jagaan anak di makhamah syariah? mohon penjelasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme