I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Suami Pergi Kerja, Isteri Bermain Cinta

ustz, sy nk tnya apa hukumnya isteri ada hubungan cinta dengan seorang usatz yg baru balik dari mesir? sy pergi krja tp isteri pergi keluar dengan ustaz tu…sy pun pelik, ustaz tu dahlh tak hensem, buruk, naik motor je dan tak berharta..tp mcmana isteri sy blhjatuh hati dengan dia…sy takut ustaz tu ada main sihir sbb isteri sy kata ustaz tu prnah calitkan minyak wangi dan minta gambar serta barang pakai isteri sy..tlg ustaz respon isu ni…sy pening kpala pikir..

~zikri.

Kalau nak tanya tentang hukum, dah tentu perbuatan bercinta dengan isteri orang itu adalah haram. Dan isteri itu boleh masuk dalam kategori nusyuz (derhaka) kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh suami.

Namun, Ustaz Love percaya, kes ini bukan semata2 berkaitan hukum. Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya yang memerlukan penelitian yang mendalam sebelum kita menjatuhkan hukum atau memberi hukuman kepada isteri tersebut.

Persoalan di sini, bagaimana isteri itu boleh membuka rahsia yang Ustaz itu pernah mencalitkan minyak wangi kepadanya? Adakah perbuatannya telah terbongkar ataupun beliau dengan rela hati menceritakan perkara itu?

Tak berapa penting untuk mengetahui jawapannya.. cuma ia lebih memberi gambaran tentang keadaan isteri tersebut. Adakah benar beliau disihir atau beliau menggunakan alasan itu untuk menutup kesalahannya yang mungkin telah terkantoi?

Sebagai seorang suami, perkara yang paling mencabar maruahnya adalah apabila isteri atau anak perempuannya digoda atau dinoda oleh orang lain. Kalau kat Arab, biasa kita dengar isteri kena bunuh.. kekasih isteri kena bunuh.. itu cuma disebabkan cemburu, sedangkan belum terbukti mereka bersalah. Apatah lagi jika terang2 melakukan kesalahan.

Saudara tak perlu nak rasa serabut2 sangat.. Gi je jumpa dengan Ustaz yang tak hensem dan tak berharta tu dan tanyakan terus-terang apa perhubungannya dengan isteri saudara. Uruskan man to man talk dulu. Kita tak boleh nak bertindak melulu dengan menyalahkan orang lain, ditakuti bukan salah beliau. Hati wanita ni memang kita tak dapat nak mendalaminya.. mungkin sebelum ni ada orang yg lebih hensem daripada saudara, tapi beliau pilih jugak saudara yg kurang hensem.. Ustaz Love bagi contoh je.. jangan kecik ati plak.. kihkih..

Kemudian minta pula penjelasan isteri. Dengar penjelasan kedua2 belah pihak. Kalau dapat temukan mereka dalam satu majlis (mesyuarat bersama) lagi elok supaya masing2 tak dapat nak konar cerita.

Selepas itu, saudara nilaikanlah sendiri jawapan mereka.. sama ada mereka kelihatan jujur, atau masing2 saling menyembunyikan kesalahan atau masing2 menyalahkan antara satu sama lain.

Jika saudara merasakan isteri itu terkena sihir sang Ustaz tak hensem tu, saudara bawaklah isteri tu pergi berubat dengan mana2 perawat Islam (bukan bomoh). Seorang Ustaz tu pun manusia biasa juga, tak dapat lari daripada kesilapan.. terutama yg melibatkan bab2 nafsu ni.

Jika keadaan masih lagi tak berubah, saudara tak perlu berat2kan kepala.. Jangan sampai saudara termasuk dalam kalangan suami yg dayus sebab membiarkan isteri keluar bermesra dengan lelaki lain sedangkan saudara mengetahuinya. Daripada buang masa memikirkan masalah yg tidak berkesudahan, lebih baik saudara putuskan saja masalah itu dan mencari kebahagiaan yang lain. Hidup ni tak lama pun untuk dihabiskan masa memikirkan seorang wanita, sehingga terganggu kehidupan dunia yang nak dibawa ke akhirat nanti.

Itu kalau masih tak berubah la.. Kalau beliau berubah selepas itu, tak salah seandainya saudara memberi peluang kedua kepada isteri. Hidup ini memang sentiasa memerlukan peluang. Allah sendiri dah beri banyak peluang kepada kita untuk bertaubat daripada dosa.. peluang beribadah.. peluang menambahkan amal dsb.. Kita sesama hamba ni tak perlulah nak berkira sangat. Cuma, disamping memberi peluang kepada isteri, berikan peluang itu dengan bersyarat supaya beliau tak mengulangi lagi perbuatan yang sama. Jangan berikan peluang untuk dia memikirkan bahawa kesalahannya itu kecik dan boleh diulangi berkali2 dan boleh minta maaf berkali2 disebabkan kelembutan hati sang suami.

Dan jangan lupa bagi amaran kepada Ustaz tak hensem tu.. jangan bagi ancaman dah la, nanti dia buat report polis, saudara plak yang masuk ke dalam. Itu pun perlu juga supaya Ustaz tak hensem tu sedar diri, yang beliau sedang bermain dengan api. Jangan sesuka hati nak ganggu rumahtangga orang lain.

Dan yang paling penting, saudara ubahlah suasana dalam rumah.. Kalau sebelum ni tak rajin solat berjemaah, ajak la isteri solat berjemaah sekali. Hidupkan rumah dengan bacaan al-Quran.. jangan bagi suasana rumah jadi macam kawasan perkuburan.. sunyi sepi. Dan bangunlah untuk solat tahajjud. Banyakkan solat hajat memohon kepada Allah agar dipelihara rumahtangga yang dibina dan diberi kekuatan hati untuk menerima segala kemungkinan yang sedang dan bakal berlaku.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberkati kehidupan saudara sekeluarga dan memberi jalan keluar daripada masalah ini.

WA

p/s : Ustaz Love ni termasuk kategori hensem.. harap maklong.. kihkih 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz,

    susah juga masalah mcm ni, kadang2 terasa malu juga dengan kaum wanita ni..tapi suka penjelasan ustaz, apa lagi dengan ayat “ustaz yg tak hensem tu ” heeee..yg pasti ustaz love hensem, nama pun dah hensem hhiii
    ky recently posted..Amboiii, Berlagaknya DiaMy Profile

    1. kalau rasa tak boleh nak hidup bersama suami, failkan permohonan cerai di mahkamah.. jangan jadi isteri yg nusyuz..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme