I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Siapakah Guru Yang Mursyid

assalamualaikum.

dinyatakan dalam artikel kita perlu berguru dalam menuntut ilmu. cuma, yang menjadi kemusykilan saya adalah apakah kriteria yang ditetapkan dalam Islam dalam memilih guru? sebab terlalu ramai yang mendakwa mereka menyampaikan ajaran Islam yang sebenar tapi malangnya ramai juga yang tersasar. dan apakah yang dimaksudkan dengan guru yang mursyid? mohon penjelasan.

~haris.

Sebut pasal guru mursyid ni, Ustaz Love teringat kisah masa jaman belajar dulu.. Ustaz Love keluar tabligh dengan satu jemaah. Dalam jemaah ni ada sorang mamat ni penagih dadah (Ustaz Love katakan penagih sbb Ustaz Love selalu dok nampak beliau sedut serbuk putih ikut hidung.. bila tanya, dia kata tu ubat). Biasalah, dalam proses nak baiki diri, masih banyak lagi benda tak betul yang belum mampu untuk ditinggalkan.

Suatu hari tu, mamat ni ditugaskan untuk memberikan bayan maghrib (macam ceramah maghrib.. biasanya seorang daripada jemaah tabligh akan berdiri bercakap dan yang lain akan mendengar penuh khusyuk (sampai berdengkur2..kihkih). Antara point yg paling Ustaz Love ingat beliau sebut : “Kita hendaklah mengikuti guru yang MUSYRIK”.. Tergamam seketika bila dengar beliau sebut. Rupanya beliau nak sebut “mursyid” tapi terkeliru dengan istilah.. akhirnya disebut musyrik.. kihkih.

Istilah mursyid ni biasanya digunakan secara meluas dalam kumpulan tarekat kesufian.. ia lebih kepada pembimbing rohani yang menunjuk arah kepada orang yang dibimbing. Jika dalam istilah “irsyad”, kita memahaminya sebagai nasihat, petunjuk dan yang semakna dengannya, maka mursyid adalah orang yang memberi nasihat, memberi bimbingan, memberi petunjuk dan yang semakna dengannya.

Kalau dalam tarekat, banyak istilah2 yang kita sebagai orang yg jarang terlibat dengan aktiviti mereka, kurang memahaminya. Antaranya adalah istilah zouk (bukan zouk kelab malam tu) dan fana’. Zouk ni adalah suatu perasaan seronok dan rasa lazat semasa berzikir mengingati Allah.. manakala fana’ pula adalah suatu perasaan seolah2 diri jadi hancur seperti debu2 berterbangan dan tenggelam dalam nikmat mencintai Allah s.w.t.

Ada satu istilah yg kerap kita dengar menjadi sebutan dalam masyarakat kita, iaitu “gila isim”. Gila isim ni bukan gila nama (walaupun isim tu maksudnya nama).. tetapi suatu bentuk tingkahlaku yang nampak seperti tak waras akibat tenggelam dalam zikir (fana’). Zikir sampai boleh bercakap dengan semut, bercakap dengan pokok.. Jadi, untuk mengelakkan situasi inilah sangat memerlukan murshid untuk membimbing dan mengeluarkan orang yang berzikir itu daripada situasi fana’ tadi.

Itu setakat pengetahuan Ustaz Love.. banyak lagi yg Ustaz Love tak tahu.. kalau ada salah silap harap dibetulkan..

Islam itu menetapkan kriteria yang seorang guru itu mestilah berakidah dan beribadah mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. melalui al-Quran dan al-Hadis dan tidak menyalahi keduanya. Jadi, seorang guru yang menolak hadis (anti-hadis) tidaklah layak untuk diikuti ajarannya kerana telah mengenepikan antara sumber utama dalam agama Islam.

Tapi, kalau kita tak pernah belajar, macam mana nak tahu guru tu betul2 mengikut ajaran Islam yang sebenar? Tengok serban dah tebal dah.. jubah pun labuh kemain.. janggut sampai ke dada.. takkan la tak betul lagi guru yang sebegitu rupa zahirnya?

Walaupun ada pakaian yang menjadi simbol agama (seperti serban, jubah, kopiah dsb), tetapi penilaiannya bukan pada zahir pemakaian itu. Berapa ramai yang memakai serban tebal berjubah berjanggut, tapi dok sembah kubur, berfahaman Syiah, Qadiani dsb.. Berapa ramai yg memakai tali leher, blazer, songkok tinggi (kihkih) dan berseluar yankey, tapi mengajarkan akidah dan syariah yang sebenar kepada masyarakat.

Sebab itulah, sebaiknya kita jangan menjadikan pemakaian itu sebagai 1st impression dalam membuat penilaian terhadap agama seseorang. Belum tentu yang memakai jubah serban itu seorang yg alim lagi warak, dan belum tentu yang memakai jeans dan t-shirt itu wak rock.. Kalau tak caya, cuba gi tengok kat masjid.. ramai pakcik2 yg berjubah berserban, tapi bab wuduk pun fail lagi.. bila kita tegur, kita plak yang dimakinya.. kihkih..

Antara kaedah yang selamat dalam menuntut ilmu adalah dengan berguru secara zahir.. iaitu berguru dalam majlis ilmu yang zahir, dan bukan majlis ilmu yang tersembunyi. Kalaulah dikatakan ada satu kumpulan mengajar ilmu, tetapi nak sampai ke sana kena tutup mata dulu, masuk dalam kereta, bila dah sampai baru boleh buka mata.. maka baiklah batalkan niat itu.. kerana ilmu itu tidak diajarkan secara rahsia. Ilmu agama yang diajarkan secara rahsia adalah menyalahi sunnah dan sifat Nabi s.a.w. iaitu tabligh (menyampaikan).

Begitu juga mana2 guru yang mengajarkan ritual2 yang ganjil seperti berzikir bercampur lelaki perempuan, mengajar meninggalkan yang fardhu (contohnya solat pakai niat semata), mengutuk isteri Nabi dan para sahabat Baginda dsb, maka kita boleh fikir secara logik akal untuk menolaknya secara total. Sebab seorang guru yang sebenar tidak akan menyalahi apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

Pendek kata, jika sesuatu ajaran itu disampaikan secara songsang, pasti akan ada orang yang akan menentangnya.. sebab umat Islam tidak akan bersatu atas kezaliman dan kesesatan. Sebab itu kebanyakan ajaran sesat melakukan aktiviti secara sembunyi2 dan dalam kelompok mereka saja, agar terlindung daripada kecaman orang2 yang berada di landasan yang benar.

Di samping itu, bergurulah dengan ramai guru.. jangan bergantung dengan guru KAFA di sekolah semata2.. lepas tu dah tak nak belajar dah.. jadi, ilmu tak berkembang.. ambillah semangat para alim ulamak dulu yang sanggup merantau dan mengembara semata2 untuk mempelajari ilmu agama. Bukan dengan satu dua tok guru, bahkan ada yang sampai beratus2 bahkan beribu gurunya. Kita yang baru berguru dengan seorang dua tok guru ni pun dah rasa macam terlalu hebat sangat sampaikan boleh kondem alim ulamak yang lain.

Dan jangan taksub kepada seorang guru saja.. sbb sifat taksub ini menyempitkan pintu ilmu dan meluaskan pintu kejahilan. Dok rasa tok guru dia je yang betul tanpa mengambil peluang untuk meneliti hujah dan dalil tok guru yang lain. Golongan taksub ini hanya akan menghasilkan sifat taqlid buta sehingga sampai ke tahap mendewakan alim ulamak melebihi had yang sepatutnya.

Akhir sekali (yg Ustaz Love teringat), carilah alim ulamak yang ‘amilin (yang beramal dengan ilmunya).. agar kita dapat belajar teori dan praktikal sekali. Kerana tujuan ilmu itu sendiri adalah untuk diamalkan, dan bukan semata2 dikumpul2 jadi banyak, tapi tak diamalkan.

Setakat itu saja la yang mampu Ustaz Love ulaskan.. Ustaz Love pun masih lagi belajar dan perlu belajar banyak lagi.. status sebagai seorang pelajar ini takkan tamat sampai bila2 selagi hayat dikandung badan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz..

    sy sbenarnya ingin menanyakan soalan kpd ustaz..
    so tkpelah kan sy tnya kat sini, sy nak email ustaz, sy tk tau apa email ustaz.

    sy baru je search tentang samak rambut sekiranya pernah meggunakan produk yg tidak halal, tak kiralah produk untuk rambut ke, muka ke..apa2 saje produk. contohnya produk tersebut mempunyai lemak babi..

    Adakah wajib sy samak rambut sy?? dan bagaimana pula dgn pengikat rambut, tempat sy tidur, pakaian sy, muka sy yg terkena rambut…adakah wajib untuk sy samak semuanya??

    bantu sy ustaz. sy jadi was2.. sy jadi terganggu.

    sy search kat google, tapi sy mcm dpt jawapan yg tk sure lah. ada jwpn yg mcm tu, ada pula yg mcm ni…

    so sy harap sgt ustaz dapat bantu sy. terima kasih.

      1. ye? oh.. kiranya semuanya rambut, and semua tak perlu samak lah? terima kasih ustaz.. tapi, boleh tak sy tahu knp tak perlu disamak?

        1. sbb kandungan babi dlm produk kecantikan itu telah berubah sifat.. menggunakan produk yg mengandungi babi itu hukumnya haram, tetapi tak perlu menyamaknya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme