Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Kekasih Ingin Kembali Jika Ditinggalkan Kekasih Baru

aku lg best , kekasih aku bt dgn org lain , bg ksucian kt org lain . Xtau la nak ckp ape dah . Ape jenis mnusia la ad kt dunia skrg ni . Lepas 2 dye ckp still syg aku n kwn dye plk blh back up dye n ckp kt aku klu si laki yg bt dgn bekas kekasih aku 2 dh xnk kt dye pmpn 2 akn cri aku jugak sbb dye syg kt aku sgt2 . Npk sgt suh aku bhrp , xtau ke hati aku ni ngah hancur :’) . Klu dh syg kt aku xkn la sggp bt dgn org lain n dye ckp bnde 2 tbe2 trjadi cm2 je . Mudahnye bkate2.. Cube bg cdgn ape yg ptt sy bt tntg kes ni . Serius sikit eh bg cdgn 2 ^^

~a man :’)

Ni bukan sayang ni.. ini namanya tamak.. Yang tu nak, yang ni pun nak.. Apa dia ingat pempuan tu boleh kawen dengan 2 lelaki sekaligus ke? (amacam.. serius tak? :D)

Mudah cerita, pempuan macam tu bukanlah daripada jenis pempuan yang baik. Kalau belum ada apa2 ikatan pun, semudah itu je dia serahkan tubuh pada lelaki, apatah lagi bila dah kawen nanti. Kalau dia tak bertaubat sungguh2 dan meninggalkan perbuatan zina itu, percayalah, dia akan mengulanginya sekalipun dah berkahwin.

Banyak kes yang berlaku dalam masyarakat.. tak kira suami mahupun isteri orang, asal ada kesempatan je dia main sebat ikut suka. Alasan paling mudah, sebab tak puas dengan suami sendiri. Sebenarnya bukan tak puas dengan suami, tapi tak puas berzina. Yang halal ada, yang haram jugak nak dicuba.

Cadangan Ustaz Love.. saudara sendiri perkuatkanlah iman dan amal.. dan carilah wanita yang beragama.. tak semestinya kena cari Ustazah (sbb Ustazah ni hot stuff.. beratur orang isi borang nak masuk line).. tapi carilah yang menjaga agama. Jangan fokus sangat pasal kecantikan, sebab kalau dia mekap dalam rumah, lebih cantik daripada Siti Nurhalijah pun dia boleh buat.

Lagipun hidup kita ni bukannya lama mana pun.. nak serabut kepala buat apa memikir pasal beliau.

Pernah tak saudara terfikir yg situasi saudara ni seolah2 macam spare-tyre atau lebih mudah lagi macam lelaki simpanan.. Dia simpan saudara dengan cara memberi harapan palsu (kononnya kalau lelaki yg berzina dengannya itu tinggalkannya, maka dia akan kembali pada saudara). Tak rasa terhina ke dibuat macam tu?

Bayangkan, kata la suatu hari nanti lelaki tu tinggalkannya, dan dia balik kepada saudara.. saudara tak terfikir ke kemungkinan yg lelaki itu dengan terangkat2 kening senyum sumbing kepada saudara sambil mengatakan “ko amik bekas aku je.. jangan nak berlagak sangat”. Tak rasa tercabar ke?

Jadi, nasihat Ustaz Love.. lupakanlah wanita tu.. mula2 memang terasa sakit dan pedihnya membuat keputusan untuk melepaskan orang yg kita cinta.. namun, kita jangan fikirkan diri sendiri je.. kena fikir juga pasal zuriat yang bakal saudara hasilkan nanti.. seandainya wanita tu masih mengulangi tabiat lama, tak kesian ke tengok anak2 nanti?

Jangan percaya dengan kata2 selagi ia tidak dibuktikan dengan perbuatan.. sekalipun ada back-up daripada kawan dia, tapi itu tak boleh dijadikan bukti yang beliau betul2 sayangkan saudara. Ada ke boleh cakap “kalau lelaki tu tinggalkan dia, dia akan kembali kepada saudara”? Sepatutnya kalau dia sayangkan saudara, dia yg kena tinggalkan lelaki tu.. bukan tunggu lelaki tu tinggalkan dia.

Ustaz Love rasa dah cukup serius dah cadangan yg Ustaz Love cuba berikan ni. Selebihnya terpulang kepada saudara untuk digest dan fikirkan mana yg baik dan mana yg buruk.

Banyakkan ibadah sunat dan jagalah ibadah fardhu.. insyaAllah, bila kita dekat dengan Allah, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita sebagai selayaknya diterima oleh seorang kekasih daripada kekasih.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. hehe , thanks a lot la ustaz , mang brguna sgt2 kata2 ustaz 2 . Puas hati !! ;) . Skg ni aku doakn dorg supaya bkahwin trus wlaupn mcm xbkhwin je dorg nnti mmndangkn pnykit ‘bdk zmn skrg’ ^^ . Nseb baik la sy ni ‘berakal’ , xtrtipu dgn kata2 mnusia n sentiasa igt kt Allah , klau x dah ‘hncur’ bkecai sy ni . Haha ^^ .

  2. Salam ustaz,
    Saya rasa tertarik dengan post ini. Mungkin ada sedikit sebanyak persamaan, iaitu berkaitan dengan maksiat zina, tetapi yang terlibat bukan lah diri saya tapi pasangan saya.

    Saya merupakan seorang lelaki yang biasa, tidaklah terlalu alim atau warak. Tetapi saya berlatar belakangkan keluarga yang mementingkan agama, dan Alhamdulillah, saya tidak pernah terjebak dalam penzinaan dan semoga tidak akan pernah terlibat dalam perkara yang dikeji itu.

    Saya mempunyai teman wanita yang saya nekad untuk jadikan isteri seawal mungkin, dan saya bukan seorang lelaki yang bertukar tukar teman wanita atau mengambil wanita untuk bersuka ria melempias nafsu, apabila saya sayangkan seorang wanita, niat di hati saya ialah untuk mengambilnya sebagai isteri. Untuk pengetahuan ustaz, ini lah kali pertama saya bercinta, dan niat saya dari awal lagi memang untuk berkahwin.

    Pada suatu hari, tergerak hati saya menanyakan hal bekas teman lelakinya dulu, dan tiba tiba dia menceritakan pada saya yang dia sudah terlanjur dengan bekas teman lelakinya dulu, bukan sekali tetapi banyak kali, boleh dikatakan hubungan itu berlanjutan hampir TIGA TAHUN dengan lelaki yang sama. Walaupun mungkin silap saya yang bertanya, tapi dia menyatakan dia memang berhajat untuk memberitahu saya, cuma belum bersedia.

    Ya Allah betapa perit, pedih dan sakit hati saya mendengarnya. Dia wanita yang sopan, bertudung litup dan memang perkara begitu tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

    Mungkin ini ujian Allah pada saya, dia cinta pertama saya, saya ikhlas menyayanginya dan ingin mengambilnya sebagai isteri saya. Dia menyatakan dia sudah insaf, menyesal atas perbuatannya, dia mengaku dia rasa sangat jijik sepanjang perhubungan itu, dengan solat yang tidak dijaga, ditambah dengan maksiat, dia sangat menyesal dan kini telah bertaubat, dia juga nekad tidak akan melakukannya lagi. Alhamdulillah sekarang solatnya sudah terjaga. Maksiat juga telah ditinggalkannya. Al Quran juga dibacanya setiap hari.

    Saya lakukan solat sunat istikharah. Hati saya masih ingin menerimanya walaupun keperitan dan kesedihan yang melanda diri. Tetapi, setiap kali apabila teringat kisah silamnya, dan apabila terbayang penzinaannya, saya terasa sangat sakit hati. Astargfirullah. Saya takut apabila telah berkahwin nanti pun saya masih teringat dan terbayang akan penzinannya dahulu.

    Saya akan teruskan istikharah, semoga beroleh petunjuk. Sejujurnya kasih sayang saya pada dia belum hilang. Mohon pandangan ustaz.

    Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


six × = 48

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site