I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kadar Nafkah Yang Sesuai Untuk Anak

Assalamualaikum ustaz,

saya ingin mengajukan satu soalan. Harap ustaz dapat membantu. Saya bekerja dan suami saya bekerja sendiri. Pendapatannya buat masa sekarang adalah RM700.00 sebulan. Beliau mempunyai 3 orang anak bersama dengan bekas isterinya. Tiap-tiap bulan, suami saya akan membayar nafkah anak-anaknya dengan memasukkan ke dalam akaun isterinya sebanyak RM400.00 sebulan. Sekarang sudah masuk tahun ke 4. Semakin lama, saya semakin makan hati, kerana tiap-tiap bulan suami saya akan kelam kabut bank-in duit nafkah anak-anaknya kerana tidak mahu bekas isterinya menganggunya. Tapi, bagaimana dengan saya? Saya terpaksa beralah demi untuk memberi kesenangan kepada bekas isterinya yang selalu memberikan alasan dan menggunakan anak-anak mereka sebagai modal. Pada cadangan ustaz atau sesiapa sahaja, dengan RM700.00 tersebut, berapa banyakkah yang harus diberikan oleh suami saya sebagai nafkah anak-anaknya. Terima kasih di atas apa-apa sahaja pertolongan dan cadangan yang diberikan…

~Rin.

Dalam bab nafkah, ia memang menjadi tanggungjawab lelaki.. tak kira la lelaki itu berstatus suami, atau berstatus bapa mahupun berstatus anak sekalipun. Isteri tak bertanggungjawab dalam bab nafkah. Ibu juga tak bertanggungjawab nak memberi nafkah kepada anak. Begitu juga anak perempuan tak bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada ibu bapa.

Namun, di sebalik isu nafkah, ada satu perkara yg lebih penting untuk difikirkan bersama.. iaitu memberi bantuan dan pertolongan. Dalam hal ini, seorang isteri takde masalah untuk membantu kewangan suami, seorang ibu takde masalah nak membantu memberikan belanja anak2 bahkan anak2 perempuan juga dikira bersikap mulia apabila sanggup membantu ibu bapa.

Persoalan berapa banyak yang patut diberikan itu agak subjektif.. Jika kita fikirkan sejujurnya, dengan RM400 untuk 3 orang anak, berapa sangat yang boleh dibelanjakan? Jom kita buat kira2..

Katakanlah 3 orang anak itu bersekolah.. belanja sekolah paling sikit pun RM1 seorang (nasik lemak 50 sen + air sirap). Sekolah 22 hari sebulan X RM3 = RM66. Itu belum masuk tambang van sekolah (katakanlah seorang RM50 X 3 = RM150). Beras untuk sebulan 3 orang makan dalam RM50 (contohnya). Belum masuk bab lauk, pakaian, belanja perubatan (katakanlah dalam RM100) dsb.. Itu pun kira dah habis jimat dah tu.

Dalam hal ini, sebenarnya yang bertanggungjawab untuk mencukupkan keperluan keluarga adalah suami itu sendiri. Jika beliau sedar pendapatannya tak berapa cukup untuk menampung 2 keluarga (maksud Ustaz Love, anak2 dengan bekas isteri dan juga keluarga yg beliau ada sekarang), maka bukanlah perbelanjaan untuk anak2 itu yg patut dipotong, sebaliknya pendapatan beliau itulah yang sepatutnya ditambah. Buat kerja tambahan, overtime atau apa saja yang boleh menambahkan pendapatan daripada yang sedia ada.

Beliau punya kemampuan untuk menguatkan lagi usaha dan kerja.. lain la kalau beliau itu OKU yang cuma mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan atau Pusat Zakat, maka tiada apa yang dapat dilakukan.

Namun, ada juga situasi mereka yang dah kuat bekerja dan puas berusaha, tapi rezekinya banyak itu je.. semua itu daripada Allah. Kena redha dan teruskan usaha. Cuma, dalam situasi sebegini, seorang lelaki sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada isteri.

Seorang isteri yang sedia berkongsi suka duka, pahit manis kehidupan berumahtangga, takkan berkira dengan suaminya sendiri. Kalau diikutkan hukum, memang isteri tak payah bagi apa2 kat suami, bahkan duit isteri pun suami tak boleh usik.. namun, perlu difahami, hukum agama juga tak menghalang seorang isteri itu untuk membantu suaminya. Bahkan seorang isteri yang sanggup membantu suami sangat besar jasa dan pengorbanannya, dan pastinya Allah akan balas segala pengorbanan isteri itu.

Mungkin juga harta isteri akan jadi kurang.. tapi Allah balas dengan kehidupan yang bahagia, tubuh badan yang sihat, makan pakai yang cukup dan segala kebahagiaan serta kegembiraan yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Pada pandangan Ustaz Love, puan boleh mulakan dengan membuang perasaan tidak puas hati terhadap suami.. kerana suami tidak melakukan apa2 yang salah bila beliau memberikan sebahagian gajinya untuk nafkah anak2 dengan bekas isteri.. cuma mungkin salahnya adalah beliau terpaksa kurangkan pemberian nafkah kepada puan.. jika difikirkan balik, puan sendiri bekerja dan punya pendapatan sendiri (Ustaz Love tidaklah nak menafikan kewajipan memberi nafkah oleh suami itu).. katakanlah suami tak benarkan puan bekerja, mungkin boleh diterima jika puan merungut berkaitan kewangan sebab suami itu menjadi ‘bread and butter’ dalam rumahtangga. Kebenaran untuk bekerja itu pun sebenarnya salah satu rahmat dalam kehidupan.

Mungkin ada yang kata lagi suka hidup sebagai surirumah.. duduk rumah lepak2.. boleh tengok tv.. tak payah terkejar2 nak gi pejabat dsb.. tapi bila dah tau susahnya hidup jadi surirumah (yg kerja tak henti2 dari pagi sampai malam), baru terasa betapa bertuahnya dapat bekerja di luar. Suami pun takde bising2 kenapa tak masak.. kenapa rumah bersepah2 dsb.. sebab saling memahami akibat kesibukan bekerja.

Kemudian puan kena anggap yang anak2 suami dengan bekas isteri itu sebagai anak puan sendiri (dah nama pun mak tiri). Jadi, puan takkan rasa cemburu atau tak puas hati bila suami memberikan duit kepada ‘anak sendiri’. Bahkan mungkin ketika itu, puan pula yang akan buka mulut kepada suami untuk menambah nafkah anak tu kalau2 ada kekurangan (terutama masa musim2 nak raya ke, nak masuk sekolah ke).

Jangan serabutkan kepala suami dengan perkara remeh-temeh ni.. bila suami gembira bekerja, insyaAllah, dia akan semakin kuat berusaha dan taraf kehidupan keluarga akan dapat ditingkatkan. Kalau dok main gaduh pasal nafkah ni, memang kepala suami pun jadi serabut.. akhirnya nanti suami kawen satu lagi.. haa baru tahu.. kihkih 😀

Ustaz Love pun tak pasti adakah kadar nafkah yg diberikan merupakan perintah mahkamah, ataupun persetujuan bersama dengan bekas isteri.. sebab sepengetahuan Ustaz Love, jumlah RM400 belanja nafkah untuk 3 orang anak itu adalah terlalu sikit.

Apa pun, puan berbincanglah dengan suami baik2.. tanyakan masalahnya.. dan puan bantulah sekadar termampu. Jangan terlalu menuntut daripada suami, sebaliknya banyakkan memberi. Orang yang pemurah ni, Allah akan balas berlipat kali ganda daripada apa yang diberikannya.

Sekadar itu saja yang mampu Ustaz Love komen. Semoga Allah memberikan jalan keluar buat puan daripada masalah ini dan memberikan ketenangan serta kebahagiaan dalam kehidupan puan sekeluarga.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. tak dpt nak komen apa2…saya paham dgn situasi puan yg bertanya kerana rasanya ramai jer suami yg gaji rendah and isteri yg sebenarnya ‘the breadwinner’…
    mz recently posted..Mas Cotek anyoneMy Profile

    1. yg penting, suami rajin berusaha.. sementara nak stabilkan hidup, kena banyak redha dan sabar serta bersyukur.. insyaAllah, Allah akan tambahkan lagi nikmat dalam kehidupan..

  2. assalamualaikum..nak tanye..sy ni baru nk blajar solat..ade mmber syor kan sy solat smbil letak buku blajar solat kat sebelah..spye boleh refer step by step..ape hukum nye? sah ke solat sy?terime ksih..

  3. Salam ustaz, saya ingin bertanya berkenaan humum mencium anak ketika anak sedang tidur..ramai yang mengatakan anak akan menjadi degil dan mereka menggunakan nasihat dari Ustaz Ismail Kamus sebagai rujukan..di dalam video itu beliau hanya menyatakan nanti anak akan menjadi degil tanpa memberi nas atau dalil yang sah..video itu ada terdapat dalam youtube..soalan saya adakah ada dalil atau nas atau hadis yang menjatuhkan hukum sebegitu..kerana saya pernah diberitahu bahawa mencium anak adalah ibadah..mohon pendapat ustaz..terima kasih ustaz

  4. Assalamualaikum ustaz , saye ingin bertanyakan pada ustaz , adakah menjadi salah sekiranya bapa terlalu berkire untuk memberikan nafkah kepada anak yang tinggal berlainan rumah dengannye walaupun anak itu masih dibawah tanggungjawabnye .

    1. memang salah.. tak kira la anak tu duduk serumah dengannya atau duduk dengan bekas isteri, seorang bapa wajib menyediakan keperluan asasi untuk nafkah anak.

  5. salam ustaz love,

    Saya ibu tunggal kpd seorang anak. Pada mulanya saya merasa sangat x adil untuk saya menanggung segala kesusahan dlm process membesarkan anak. Tp saya akur tuk tidak meminta nafkah anak wlaupun pada dasarnya mahkamah telah jatuhkan arahan tuntutan mahkamah rm200 setiap bulan.Tapi bekas suami mmg x pernah menunaikan kewajiban.
    saya tahu dia mampu dan sengaja tidak mahu memberikan nafkah dgn alasan ingin membalas dendam atas tuntutan fasakh yang saya minta.
    Saya xpasti adakah tindakan saya untuk diamkan diri adalah jln terbaik atau sebaliknya.
    Bekas suami pun jarang melihat anak. Dalam setahun cuma 1 atau 2 kali sahaja.

    Perkara yang saya ingin tekankan disini..Sekiranya saya memohon untuk menuntut hak penjagaan anak untuk kemudahan akan dtg,adakah mahkamah akan memberi peluang untuknya bermalam bersama anak? atau ada hari2 yang akan diluluskan untuk bekas bersama anak.

    1. Antara kesilapan kebanyakan orang Melayu ni adalah sikap mengambil mudah sesuatu perkara pada peringkat awal.. bila dah jadi besar, baru kelam kabut.. sepatutnya puan daripada awal lagi kena tuntut hak tersebut sbb itu hak anak puan.. puan kena berjuang untuk beliau memandangkan anak itu sendiri tak mampu nak tuntut haknya lagi. Sama juga situasi orang mati yg tak tinggalkan apa2 wasiat.. para waris tak ambil peduli pasal harta si mati sbb tak nak dilihat sebagai mata duitan.. bila sampai masa perlukan duit, habis bergaduh adik beradik..

      Puan kena adukan perkara ini ke mahkamah agar bekas suami dapat menunaikan tanggungjawabnya dan anak puan mendapat haknya yang telah diputuskan.

      Biasanya dalam soal tuntutan hak penjagaan anak, sama ada hak itu diberikan kepada ibu atau bapa, kedua2nya juga diberikan hak untuk bersama termasuk hak bermalam dengan anak2. Yang berpisah di sini adalah antara suami dan isteri, takde kaitan dengan anak2.. mereka masih lagi menjadi hak dan tanggungjawab kedua ibu bapa mereka..

  6. Salam Ustaz,

    Bagaimana pulak Ustaz,kalu nafkah anak sudah diputuskan oleh hakim tetapi suami enggan membayar. Tambah teruk plak bile suami berpindah dan saya tidak tahu alamat tempat tinggal beliau. Kerana kalu saya ingin adu kan pd pejabat agama, bagaimana nk nk buat penyerahan saman tuntutan pd beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme