Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Hukum Menjual Dan Menghisap Rokok Elektronik (E-Cigarette)

salam ustz..apa pendapat ustz tentang hukum penjualan & menghisap rokok elektronik

antara kebaikan rokok ni ialah

-tiada tar yg mana rokok biasa hasilkan (rosak paru2)
-menjimatkan wang ,biasanya sebulan rm 300 tapi turun kepd hanya rm30 je sebulan untuk liquid
– boleh pilih sama ada nicotin atau tak
-sedikit shj asap berupa wap air,wangi tak busuk,tak menganggu
– memperlahankan dan seterusnya menghentikan tabiat merokok

sy berminat nak jual benda ni sebab nampak byk kebaikan dari segi pasaran / beri saingan kpd produk rokok yahudi & ianya mmg terbukti lebih menjimatkan wang & dari segi kesihatan pulak boleh mengurangkan kesan2 buruk kpd perokok

masalahnya sekarang seperti semua sedia maklum
– asap makanan jin hahaha
– hiburan & lagho ?
– mempunyai unsur2 syubhah ?

harap ustz love dpt beri pendapat sikit heheh..

~Amominous.

Isu e-cigarette atau rokok elektronik akhir2 ini semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat terutama daripada kalangan perokok tegar. Tak dapat dinafikan, para perokok tegar ini bukanlah seorang yang terlalu degil untuk terus merosakkan diri sendiri dengan menyedut asap beracun setiap hari, sebaliknya mereka ini bolehlah diumpamakan sebagai golongan yang terperangkap dengan ketagihan tembakau dan nikotin yang ada dalam rokok.

Jika tak merokok sehari, badan boleh jadi menggigil.. kepala jadi serabut.. rasa macam tak tentu arah.. bila dapat menyedut sebatang rokok, mata akan kelihatan berair dan wajah menjadi segar.. terasa darah seperti berjalan dengan riang-ria melalui pembuluh darah.. tubuh yang kelihatan seperti menggigil tadi, menjadi kembali tegap dan mantap.. semuanya penangan bahan2 yg ada dalam sebatang rokok tersebut.

Bila dah terperangkap, bukan senang nak keluar.. sebab ia melibatkan isu ketagihan.. sekalipun tak nampak seperti teruknya macam ketagihan arak mahupun dadah, tapi ia tetap sukar untuk melepaskan diri.. kecuali mereka2 yang kuat azam dan tekadnya walaupun beberapa kali tersungkur dalam keazaman tersebut.

Pelbagai cara digunakan oleh perokok yang nak berhenti merokok seperti mengunyah sesuatu (chewing gum, tembakau, gula2, keropok, kertas dsb), meminum air jampi, air yasin dsb. Ada juga yang menggunakan teknik membakar duit kertas (teknik psikologi).. kalau terasa nak beli sekotak rokok je, terus keluarkan sekeping RM10 dan membakarnya. Sejauh mana keberkesanannya, Ustaz Love pun tak pasti.

Ustaz Love sendiri hidup di kalangan ahli keluarga yang merokok.. Abang Ustaz Love ada yang menjalani pembedahan pintasan jantung.. tak pasti sama ada kesan merokok atau gaya pemakanan. Bahkan arwah ayah Ustaz Love dulu juga merokok.. sehinggalah beliau diserang strok, maka beliau berhenti secara beransur2 selepas tu.

Ustaz Love dapat melihat dengan jelas kesan orang yang nak berhenti merokok ni.. kesan jangka pendek, macam yg disebutkan di atas.. kesan jangka panjang, kebiasaannya orang yg berhenti merokok ni akan naik berat badan secara mendadak. Mungkin disebabkan selera makan yang semakin menjadi2. Maklum la, penagih.. memang la kuat makan bila dah hilang kesan dadahnya..kihkih..

Panjang lebar Ustaz Love ceritakan kesan merokok dan kesan nak berhenti merokok ni, sebenarnya nak kaitkan dengan persoalan di atas.. Bolehkah menghisap rokok elektronik atau menjualnya disebabkan ingin mencuba alternatif lain yang lebih sihat dan secara beransur2 membantu perokok menghentikan tabiat merokok.

Fatwa rokok elektronik ni sebenarnya belum pernah dikeluarkan oleh majlis fatwa. Yang ada hanyalah fatwa berkaitan rokok biasa yang perlu dibakar untuk mengeluarkan asap. Oleh sebab ia merupakan perkara baru, mungkin kita akan dimaklumkan fatwa berkaitan dengannya pada masa akan datang. Buat masa ni, segala hukum hanyalah berdasarkan qias kepada hukum rokok yang sebelum ini.

Sebelum menulis entry ni, Ustaz Love sempat melihat2 beberapa isu berbangkit sebelum memberikan pendapat. Antara video yang Ustaz Love sempat tengok dan pernah disiarkan di TV9 adalah video ini :

 

Video di atas menunjukkan bahawa rokok elektronik itu lebih selamat berbanding rokok biasa. Ini disahkan sendiri oleh pakar perubatan serta pengalaman bekas perokok. Apa yang lebih penting, asap daripada rokok elektronik ini tidak membahayakan perokok pasif (orang sekeliling yang menyedut asap yang dihembuskan oleh perokok).

Cuma, menurut Menteri Kesihatan, ianya berbahaya. Namun tidak dijelaskan apa yang bahayanya. Lantas, otak negatif Ustaz Love terus terfikirkan idea ni :

ecig

kredit : Malaysian Gags

 

Bila Ustaz Love meneruskan pembacaan, Ustaz Love terjumpa dengan satu artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi.. Ia lebih membuka minda Ustaz Love untuk melihat lebih mendalam berkaitan perkara ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari blog Dr. Zubaidi..

Isu yang menarik perhatian adalah penggunaan nikotin dalam rokok elektronik itu sendiri. Campuran nikotin itu bukanlah dilakukan oleh pengilang, sebaliknya perokok itu sendiri yang akan menuangkan beberapa titik cecair nikotin. Sekalipun ia menghindari lebih 4000 racun lain yang wujud dalam rokok biasa, namun bahaya keracunan nikotin ini boleh meragut nyawa dalam sekelip mata akibat terlebih / tersilap dos yang dibenarkan.

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, ada beberapa isu yang mungkin timbul dalam penggunaan rokok elektronik ini sebelum masuk bab hukum.

1. Jika rokok itu tidak dititiskan nikotin (sekadar menghisap asap daripada wap dan perasa), maka tiada keraguan akan keharusannya. Mungkin hukumnya berbeza jika dilakukan di khalayak ramai (mungkin menggalakkan anak muda yg tidak merokok untuk mencuba, ataupun menjatuhkan maruah seorang wanita yg menghisapnya dsb), namun jika dilakukan sendirian di dalam rumah atau kereta, ia nyata tidak membahayakan kesihatan.

2. Punca bahaya pada rokok elektronik ini adalah pada penggunaan nikotin. Rokok yang tiada campuran nikotin, tidak akan memberikan kesan yang diperlukan oleh tubuh perokok. Mungkin akan membahayakan kesihatan perokok yang berhenti merokok serta merta (kemungkinan berlaku serangan mengejut terhadap kesihatan kerana tubuh badan tak boleh menerima perubahan yg mengejut, perlu berubah secara beransur2). Ini sekadar sangkaan Ustaz Love daripada pembacaan dan penerangan yang pernah diperolehi daripada pakar. Jadi, seandainya nikotin dalam jumlah tertentu ditentukan oleh pakar kesihatan sebagai tidak membahayakan kesihatan, maka harus diambil dalam dos yang dibenarkan.. dan haram diambil jika melebihi dos.. sama situasinya dengan makan panadol actifast 2 biji sekali telan, dengan makan panadol 12 biji sekali telan.

3. Larangan kerajaan.. Oleh kerana ia merupakan bahan larangan, maka hukumnya kembali kepada asal ketaatan kepada pemerintah.. iaitu taat pada perkara yg bukan maksiat. Oleh kerana larangan penjualan dan penghisapan rokok elektronik ini sesuatu yg harus, maka bila kerajaan melarang, wajiblah kita mentaati peraturan yang ditetapkan. Tak kira la larangan tu disebabkan tak dapat nak kutip cukai ke, atau nak berikan kepada kroni ke dsb, itu isu yang kita tak dapat nak buktikan melainkan teori semata.

4. Tahap ketagihan perokok itu sendiri… Oleh kerana majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa haram merokok, maka hukum itu lebih patut diutamakan berbanding hukum yang diputuskan oleh kerajaan.. kerajaan memberi kebenaran jualan dan menghisap rokok kepada rakyat, walaupun majlis fatwa dah keluarkan fatwa pengharamannya. Jadi, apabila bertembung 2 kemudaratan, dan tiada pilihan yang lain, maka pilihlah mudarat yang paling ringan. Dalam situasi ini, pada pandangan Ustaz Love, rokok elektronik itu lebih ringan mudaratnya berbanding rokok biasa.. Jika dapat menahan diri daripada terus merokok sama ada menggunakan rokok biasa atau elektronik, itu lebih baik. Jika tak mampu, maka merokoklah guna rokok elektronik disamping berazam untuk meninggalkan tabiat merokok secara beransur2.

5. Bagi yang belum pernah merokok, atau baru nak cuba2 merokok, atau bukanlah perokok tegar (sekali sekala je hisap rokok), maka hukum haram itu lebih tepat untuk dipegang disebabkan tiada keperluan bagi mereka untuk merokok menggunakan rokok elektronik. Ia lebih kepada membazirkan wang untuk perkara yang tak berfaedah.

6. Untuk penjual rokok, selain daripada isu larangan dari sudut undang2, perlu diperhatikan juga kepada siapa rokok elektronik itu dijualkan. Takut nanti disalahguna. Sebaiknya, tunggu dulu buat sementara waktu.. mungkin kerajaan baru nanti akan mengharamkan terus penjualan rokok biasa, dan membuat kajian yg teliti terhadap penggunaan rokok elektronik agar ia dapat digunakan sebagai salah satu cara untuk menghentikan tabiat merokok.

Persoalan jin makan asap tu sebenarnya takde kaitan dengan isu ni.. sebab perokok tak kenyang pun makan asap tu.. cuma sedut je asap. Begitu juga dengan isu hiburan yang lagha.. lain la kalau rokok tu ada sekali speaker untuk mp3 ke, baru la boleh kata ada unsur hiburan yg melalaikan. Bab syubah itu juga agak subjektif. Jika mampu, tinggalkanlah.. kalau tak mampu, kurangkanlah.. dan alternatif mengurangkan tabiat merokok ni mungkin berjaya dengan bantuan rokok elektronik ini.

Ustaz Love rasa, setakat itu sajalah pandangan yang Ustaz Love dapat berikan. Jika ada salah dan silap, harap dapat dibetulkan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. kata ustaz itu betul,haram kan rokok biasa dan guna kan rokok elelctronik sebab tidak bahaya dan tak perlu kjaan melaungkan TAK NAK MEROKOK dan ambil penganti nak untuk ambil cukai kpd e cigarettes

  2. rokok biasa nya terang2 menyatankan bahaya merokok boleh menyebab kanser paru2 dan pula mengandungi 4000 bahan kimia beracun.kalau pihak berkuasa tak menghentikan pekara ini,bermakna byk lebih lagi akan mati disebab asap rokok biasa dan yg tak hisap pun turut terkorban bersama bahan kimia.

    1. susah nak hentikan macam tu je.. sbb cukai rokok dan arak menyumbangkan peratusan yg besar dalam ekonomi negara.. sbb tu kerajaan buat kempen ala kadar je ;)

      1. Apa yang saya nampak Nikotin ada tertakluk dibawah akta racun 1952. Dalam kes ni, takde mekanisme pengawalan tentang kandungan Nikotin yang dijual samada ia berada dalam paras yang dibenarkan atau tidak.

        Kat Malaysia kalau tak salah saya ia cecair Nikotin cuma boleh dijual oleh farmasis yang berlesen.

        Mungkin lepas ni ada tax kot.. hehehehe.

        Artikel yang bawah mungkin menarik untuk dibaca terutama pada bahagian penyakit tembakau hijau.

        http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1995/kosmik12.html

        1. mungkin tiada kawalan pada jualan, tapi pada penggunaan nikotin itu sendiri masih memerlukan sukatan yg sesuai dengan tubuh.. Ustaz Love tak pandai sangat bab ni.. sekadar dapat info daripada bacaan..

  3. Adoiiii,. dah isap e-cigar ni tak reti nak kurang jugak rupanya, asyik menyedut je,. kalau rokok biasa tu, dah abis sebatang bleh plak rehat dulu…

  4. Maknanya, kalau perokok nak letak banyak mana titik nikotin pun dalam E-cig pun boleh ler kan? Penagih dadah pun boleh campurkan dadah dlm E-Cig jugak?
    Maybe sebab2 ini kerajaan larang penggunaan E-cig

Leave a Reply

Your email address will not be published.


9 − = zero

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site