I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berkahwin Untuk Mengelakkan Gangguan

Assalamualaikum ustaz Love,,,

Saya Cik T menghadapi beberapa masalah yg ingin dikongsikan dengan ustaz Love..Saya harap sngt ustaz Love boleh membantu saya,,,Situasinya adalah ada seorang pemuda yg minat dgn saya dan pada masa yg sama saya pun minat padanya,,tetapi saya cuba hilangkan perasaan suka saya pada dia disebabkan famly saya ingin saya berkahwin dgn keturunan famly saya jugak,,saya tidak boleh membantah kata2 owg tua saya dan saya akur dgn kata2 mereka untk menjadi anak yg solehah,,,,tetapi ustaz Love pemuda tuh masih menganggu saya,,dan berkeras tuk berkahwin dgn saya jugak,,saya TAK NAK dan berterus terang dgn dia tapi dia masih berdegil,,saya takut dan risau dia akan ganggu hidup saya disebabkan mesej2 dia ada unsur2 yg berbau lucah,,satu lagi,,dia adalah senior skolah saya,,,saya takut sangat dia menganggu saya di mana2 saja,,lebih2 lagi saya masih belajar di IPTA,,dan selalu pulang rumah sendirian,,,saya xnak bitau keadaan saya pada famly saya sebab saya xnak mereka risau,,satu lagi,saya takut mereka marah saya,,dan menganggap saya melayan dia,,tetapi hakikatnya saya tidak melayan dia malah mengelak diganggu,,,dia bnyk antar mesej kat saya dan saya reply mesej dia dgn mesej islamik spya dia sedar dan xganggu saya lagi tetapi makin menjadi2 dia ganggu saya,,,saya takut sngt2,,lebih2 lagi keadaan sekarang yg bnyk kes2 rogol berlaku,,jadi,,ustaz Love,,,saya penah berpikir adakh wajar dgn cara saya berkahwin dgn lelaki lain yg famly saya ok dpt menyelamatkan saya drpd dihantui gangguan pemuda tersebut??secara x langsung dia pun stop ganggu saya kalo saya dah berkahwin…dan saya tau perkahwinan bukan satu perkara yg mudah,,lebih2 lagi saya xhabis belajar lagi dan ilmu rumah tangga masih zero..,masalahnya,,saya berada dlm ketakutan YG AMAT SNGT serta risau..saya selalu berdoa pada ALLAH supaya dia x kacau saya tapi,dia masih kacau,,,mcm mana ustaz??saya ingin sangat memelihara maruah saya dan menjadi wanita yg solehah dcc ALLAH..Tolong saya ustaz Love berikan pandngn yg sewajarnya tuk saya atasi masalah ini secepat yg mungkin :’( tolong saya ustaz :’(

~ Cik T.

Soal wajar tak wajar berkahwin itu, pada pandangan Ustaz Love ia termasuk dalam perkara kedua yang boleh difikirkan kemudian. Sebab bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan berkahwin. Kita mungkin menganggap dengan berkahwin, kita dapat mengelakkan gangguan mereka2 yang psiko ini. Tapi dah namanya psiko, dia bukan kira kita suka ke, tak suka ke, dah kawen ke, belum kawen ke.. yang penting dia dapat puaskan hatinya.

Andaikata dah berkahwin sekalipun, suami itu bukanlah punya masa 24 jam untuk menjaga saudari. Beliau masih lagi perlu pergi kerja, menunaikan tanggungjawab lain dsb dan bukanlah semata2 menjadi bodyguard sang isteri.

Jadi, kita tuju terus kepada masalah dan cari penyelesaian masalah itu. Bukannya gunakan perkara lain yang kurang berkaitan. Ditakuti masalah yg sedia ada tak selesai, tambah pulak masalah yang baru.

Masalah sekarang ini, saudari diganggu. Pertama sekali Ustaz Love nak tanya.. kenapa saudari membiarkan diri diganggu?

Ustaz Love bukanlah nak buat tuduhan liar terhadap saudari.. tetapi mungkin saudari tak menyedari kesan tindakan saudari terus berhubungan melalui sms dengan beliau (sekalipun sekadar sms2 Islamik). Dengan cara itu, saudari secara tak langsung memberi harapan kepada beliau untuk terus mengganggu dan mungkin sampai ke tahap klimaks nanti, beliau akan melakukan gangguan fizikal pula (seperti rogol, cabul dsb).

Ustaz Love bagi contoh.. Saudari baru selesai goreng ikan.. dan saudari dah berpesan kepada kucing yg ada di dapur.. “Sila jangan makan ikan tersebut. Ikan itu akak goreng untuk makan nasik kejap lagi.. Akak lapar ni.. Berdosa tau kalau curi makan ikan yang akak goreng ni”.

Terkebil2 kucing itu mendengar nasihat.. entah dia faham ke tak.. sbb dalam fikirannya, ikan goreng memang sedap dimakan.. lebih sedap daripada makan ikan mentah. Lalu dengan sangka baik, saudari tinggalkan ikan itu bersama sang kucing.. kesudahan ceritanya kita semua pun dah dapat agak..

Saudari mungkin boleh menyalahkan kucing tersebut.. tapi at the first place, saudari kena menyedari kesilapan sendiri membiarkan ikan tanpa ditutup.. atau meletakkan kucing itu di luar rumah (dalam erti kata lain, membuang segala kemungkinan yang boleh menyebabkan ikan itu dimakan).

Begitulah juga dalam situasi sms ini.. seribu kali pun saudari kata tak nak kepada lelaki itu, tapi bila saudari masih membalas sms nya, itu dianggap memberikan harapan untuk terus mencuba. Jangan terkejut dengan keazaman seorang lelaki ni.. kalau dia dah kata nak, dia mungkin sanggup untuk buat apa saja dan terus mencuba lagi dan lagi sampai tiada lagi.

Apa yang Ustaz Love nampak, mungkin dah tiba masanya saudari menghentikan perhubungan dengan beliau walau dengan apa cara sekalipun (sama ada tukar no phone, buang henfon, bagi henfon kat peminta sedekah, block nombor dsb). Itu mungkin langkah pertama yang patut diambil.

Sekiranya beliau masih lagi melakukan gangguan (beliau mungkin guna macam2 cara.. contohnya dapatkan no phone baru saudari drp kawan ke dsb), maka saudari kena maklumkan kepada keluarga. Ketika ini, saudari dah tak punya alasan nak bersangka keluarga akan marah sebab saudari melayan, disebabkan memang saudari dah berusaha menghindari gangguannya.

Berkenaan dengan sms lucah itu, Ustaz Love nasihatkan saudari bagi satu last sms amaran kepadanya.. sekiranya dia masih lagi melakukan gangguan seksual, saudari akan membuat report polis. Biar dia tahu dan faham akan keazaman saudari dan tak menganggap saudari main2 je tak suka dengan dia, tapi sebenarnya suka.

Dan saudari jagalah diri.. jangan berjalan seorang diri.. zaman sekarang ni, manusia sakit jiwa ada di mana2. Even duduk dalam rumah pun belum tentu selamat, apatah lagi berkeliaran di luar seorang diri.

Jelaskan perkara ini sejelasnya kepada keluarga.. itu yang terbaik.. tak perlu nak sangka buruk dengan keluarga dulu.. sekurang2nya mereka alert akan masalah ini. InsyaAllah, bila saudari balik bercuti, saudari boleh minta tolong mereka untuk teman balik dan tidaklah saudari terpaksa balik seorang diri.

Bab kahwin tu, Ustaz Love tak cadangkan pun.. selesaikan dulu pelajaran saudari. InsyaAllah, bila dah berjaya nanti, saudari boleh mencari pasangan yang sesuai dengan saudari.. dan ketika itu, insyaAllah keluarga pun tak memilih sangat nak bermenantukan sesiapa pun yg dipilih oleh saudari.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
      1. Syukran jazilan,,ustaz Love.di atas cdngn dan nsihat ustz Love,,.saya akan jaga diri saya sebaiknya..insyaALLAH,, 🙂
        .

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme