I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berkahwin Dengan Bunian

Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

~Alissa Justice.

Persoalan bernikah dengan makhluk ghaib ini memang dah lama diperkatakan dalam masyarakat kita.. tak kira bangsa Melayu ke, bangsa Arab ke, bangsa India ke dsb.. bahkan dalam kisah perhubungan antara manusia dan jin ini, tak dapat tidak kita akan berjumpa dengan kisah jin asyik.. iaitu jin jiwang yg selalu jatuh cinta pada manusia.

Antara makhluk ghaib yang rapat dengan cerita2 bangsa Melayu ni adalah makhluk bunian ini. Sukar nak dibuktikan dengan fakta, tapi banyak dah cerita2 pengalaman orang yang berkaitan dengan bunian ni.

Ustaz Love sendiri tak pernah lagi berjumpa dengan orang bunian.. orang utan biasa la tengok.. Menurut cerita orang tua2, bunian ini adalah makhluk jin beragama Islam. Mereka hidup dalam dunia yang sama dengan manusia, cuma berbeza alam. Kita tak mampu nak melihat mereka dengan mata kasar, tetapi mereka mampu untuk melihat kita.

Kebiasaan cerita berkaitan dengan bunian ini adalah cerita disorok bunian. Sekian lama kita dimomokkan dengan cerita disorok bunian dalam novel2 seram, bahkan dalam tv juga ada diceritakan kisah disorok bunian. Untuk menentukan dengan jelas akan kebenaran dakwaan ini, Ustaz Love sendiri tak punya pengetahuan yang meluas. Jadi, Ustaz Love tak tahu betul atau tak.. lain la kalau Ustaz Love sendiri yg disorok bunian dan kembali selepas beberapa puluh tahun (walaupun cuma beberapa hari saja tersesat di hutan), baru la Ustaz Love boleh sahkan melalui pengalaman.

Percintaan antara makhluk manusia dan makhluk jin ini memang wujud. Bahkan ada jin yang terpikat dengan manusia, berusaha mendampingi manusia tersebut dan mengganggu sebarang perhubungan manusia lain dengan kekasihnya. Ada kes2 yg berlaku contohnya isteri atau suami yang tiba2 membenci pasangan tanpa ada sebab, suami melihat rupa isteri yg dulunya cantik bertukar menjadi buruk.. isteri terbau benda yg busuk (bukan kentut) daripada tubuh suami dsb.. pendek kata, benda2 yg mengganggu keharmonian rumahtangga.

Jadi, jika nak nafikan kenyataan adik perempuan saudari atau mengesahkannya, memang kita tak mampu untuk mendapatkan jawapan secara pasti. Kemungkinan beliau berbohong itu tetap ada.. begitu juga kemungkinan beliau berkata benar.

Ustaz Love tak berhajat nak melanjutkan entry ni dengan kisah2 mistik.. sebaliknya nak terus tuju kepada masalah yang sebenarnya.

Jika perangai peliknya itu melibatkan masalah jiwa (seperti bercakap seorang2, selalu menghilangkan diri dari rumah dsb), ada baiknya saudari membawa beliau untuk mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri. Mungkin dengan bantuan psikologi atau ubat2an, penyakit beliau dapat dipulihkan.

Disamping itu, bawalah beliau berubat dengan pengamal perubatan Islam. Jika benar beliau ada hubungan dengan jin, perhubungan itu sepatutnya diputuskan.. kerana manusia dan jin adalah jisim yang berlainan.. sama situasinya manusia tidak boleh berkahwin dengan haiwan, pokok, batu dsb. Kemungkinan untuk manusia mengandungkan anak jin, atau jin mengandungkan anak manusia itu tetap ada (dengan izin Allah), namun pernikahan antara manusia dan jin adalah pernikahan yang tidak sah.. kerana Allah menciptakan makhluk ini berpasangan dengan jenisnya yang sama. Manusia kahwin dengan manusia.. jin kahwin dengan jin.. haiwan kahwin dengan haiwan.. pokok kahwin dengan pokok dsb.

Kemungkinan lain yang boleh diambil kira adalah dia mungkin membuat helah dan alasan untuk tidak berkahwin buat masa ini. Jadi, dia menjadikan alasan dah berkahwin dengan jin semata2 nak mengelak daripada dipaksa bernikah. Tapi, macam pelik la pulak kalau beliau menggunakan helah ni.. baik beliau gunakan alasan dah ada pasangan lain ke (daripada jenis manusia).. atau nak kerja dulu ke dsb.

Apa pun, cubalah berikhtiar dulu.. dan banyakkan berdoa kepada Allah semoga diberikan petunjuk untuk keluar daripada masalah ini. Tanggungjawab kita adalah untuk berusaha dan berikhtiar.. kemudian bertawakkallah.. biar Allah yang buat keputusan.. Jangan terlalu memikirkan sangat persoalan mistik2 macam ni..

p/s: Jin adalah makhluk yang buruk.. jadi, jangan la berangan2 untuk membuat hubungan dengan jin hatta dengan puteri bunian sekalipun. Takde cantiknya makhluk tu.. Manusia adalah makhluk yg paling cantik dan paling sempurna yang diciptakan Allah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. bunian? mcm pelik je kedengarannye -,-
    tpi ustaz, ana nk tanya,,
    tau x ape yg menyebabkan jin bole suka kat kite atau sebaliknya??
    atau..apakah yang menyebabkan hubungan itu berlaku? ‘_’
    miinbiiey recently posted..badMy Profile

        1. tak sama.. manusia yg keluar dari jasadnya itu dinamakan roh, sedangkan jisim jin adalah daripada api..

  2. slm ustaz, nk tnya dlu msa kecik sy ada mimpi sy kwin dgn sorg bdk lki dlm kwsn perkmpungan smua wrna kuning.. rmai org yg smbut mcm kmi ni puteri raja. msa kecik sy slalu dgr org bersiul kat blkg rumah.. bila sy sertai kem atau pgi bermlm dlm hutan sy mesti akan ternampak chya lilin dan nak ikut cahaya tu.. pnh kena jln sorg2 dlm hutn cri jln blik. sy ikut jln lain, sbb mmg nmpak jln tu ada.. tp ada abg tu tarik sy ckp x dak jln,pdhal sy nmpak ada.

    kmudian 2 thun lpas, sy putus dgn kekasih sy, dan sy mngis sbb kmi hmpir brkhwin, siang mlm sy mngis. mlm tu sy rsa nak dmam,sebelum tdo sy mndi, spu losyen, letak bedak n bersolek kmudian tdo(mcm buang tabiat) sy x pnah buat mcm tu sblum tdo. kmudian sy mimpi ada seorg lelaki tggi n hensem, dia bgtahu nma dia. dan dia ckp dia tahu apa yg terjdi, sy tgh sdih.. dia gtau dia sentiasa tgk sy dr jauh. kmudian dlm mmpi tu sy bwa dia tgk2 sekitar kolej sy, dan mkn2 mcm real2.

    utk pgthuan ustaz saya slalu akan dpat penin kpla dan bdn skit2 bila blik dr rumah org mati, atau bila sya tgk jenzah.. sy jgk slalu tdo gigi sy berbunyi, bila sy tdo, sya akan dgr suara org mnyergah sy, kdg2 suara itu mcm mak,ayah atau adik sy.

    skrang sy dah bermur 20an. dan sy sring mngalami mslah vertigo.. sy pgi mndptkn rwtn berdasaarkan warna2 bunga dkat seorg doktor.. dia ckp sy slalu drma darah dan lps sy berbekam skali 3 thun lpas mnyebabkan darah sy terganggu.. urat2 sy dan tulang pun terganggu.. dia ckp sy ada gangguan dasar.. ia akibat dlu saka yg gngu keluarga sy dah dibuang tp dia tgglkn rcun dalm bdn sy.. akibat sy bekam rcun tu kluar.. sy x pnh amik saka nenek sy bg tp ada arwah nenek, 2 arwah nenek saudara suruh sy ambik saka dengan pgg tgn diorg.. sy mimpi muka diorg hncur meleleh dan kejar sy supaya ambik saka tu.. ustaz yg merwt kluarga kmi crita yg nenek sy dan nenek saudara dpat saka tu dri moyang sy, sbelum mti dia bg ayat utk diorg utk dibca sbg penyeri muka, bila org tgk je berkenan.. dan slps sy mkn ubt tu vertigo sy smkin hilang.. cuma msalh tgn sy msih terketar2..

    smsa sy kecik smpai umur sy darjh 6 stiap hri sy akan mimpi seekor naga besar dlm kwah berlubang… dan sy sekluarga akan lari dri naga tersbut di tmpt yg sma, nga tu hnya tgk.. stiap hari mimpi bnda yg sma.. lps tu msa drjah 6 sy mmpi kmi skluarga jtuh dlm lubang tu, dan naga tu kaut dgn tgn nya.. kmudian trsnyum.. esoknya smpai skarag sy dah x mmpi bnda tu.. tp lps tu sy mimpi sy berjmpa rasulullah.. mlm tu mlm jumaat.. sy mimpi ada di pdang pasir, rumah lama, sy nmpak kwn2 sy dan org ramai berkmpul di tpi jln. mcm nk smbut ssuatu, dri jauh sy tgk ada stu kumpulan org lelki pegang sepanduk tulis selawat atas nabi dlm bhsa arab. dan dlm mmpi tu smua mnynyikan lagu slwt nbi, mcm smbutan maulidur rasul.kumpulan org yg sdg brarak tu pkai serban dan bju mcm zmn dlu dpn tu ada 4 org.. blkg sy x psti.. dan lps diorg dah brjln lpas dri sy sy tnya kwn sapa yg berdri di tgh org2 tu, dia ckp itu rasulullah, dia marh sy sbb x knal rasulullah. lps tu sy mngis sbb x dpt tgk muka dia sbb sy x tau.. tba2 org yg dimksudkn kwn sy sbg rasulullah sekali dgn kumpulan org tu berpaling tgk sy lps trdtik dlm hti sy mnysal x dpt tgk.. wjah dia berchaya, org dia sedang2 x tingi dan x rendah. dia seakan-akan trsenyum pda sya dan merenung sy dgn lembut.. tba2 sy trjaga dan muka sy bsah sbb sy mngis btul2 msa tdo..
    dlm bbrapa tahun lpas tu sy ada bermimpi rasullullah dlm mmpi sy.. msa sy tgktn sy culas sembhyg, dia mrah sy sbb sy x smbhyg..

    mohon ustaz tlg huraikan persoalan sy..
    aifa recently posted..Soal Jawab : Main BomohMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme