I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Belajar Agama Menggunakan Buku

assalamualaikum..nak tanye..sy ni baru nk blajar solat..ade mmber syor kan sy solat smbil letak buku blajar solat kat sebelah..spye boleh refer step by step..ape hukum nye? sah ke solat sy?terime ksih..

~nora.

Walaupun soalan yang ditanya adalah berkaitan solat, namun Ustaz Love nak ambil peluang ni untuk meluaskannya kepada semua sudut ilmu, bukan setakat ilmu berkaitan solat saja.

Dalam mempelajari agama ini, tak dapat tidak memang kena berguru. Bila kita kata berguru, maknanya kena la belajar dengan tok guru (manusia) dan bukannya berguru dengan buku, atau berguru dengan internet mahupun berguru dengan pengalaman.

Ada orang yang berguru dengan pengalaman, sehingga melahirkan banyak bid’ah (rekaan) dalam agama dengan anggapan pengalamannya itu boleh dijadikan dalil untuk mewujudkan amalan agama.. contohnya bila dia baca al-Fatihah setiap pagi sebelum keluar rumah, perniagaannya hari itu menghasilkan keuntungan yang banyak.. bila terlupa baca al-Fatihah pagi tu, perniagaan dia jadi rugi pada hari itu.. Jadi, beliau telah beriman dengan pengalamannya lalu menurunkan amalan membaca al-Fatihah setiap pagi kepada anak dan cucunya. Mereka diwajibkan untuk membacanya dan dianggap ia sebahagian daripada ibadah khusus, tanpa melihat sama ada perbuatan mewajibkan perkara yg sunat bukan daripada ajaran agama. Oleh sebab itu, mereka selalu ditipu oleh syaitan melalui pengalaman sendiri.

Agama ini adalah berasaskan dalil dan bukannya pengalaman.. sekalipun pengalaman kita itu benar2 berlaku, namun ia tidak dapat menafikan pergantungan kepada dalil dalam menegakkan hujjah.. iaitu dalil al-Quran dan Hadis, ijmak serta qias ulamak.. sebab itulah perlunya berguru dalam mempelajari agama, agar kita dapat memahami dalil dan kaedah untuk beramal.

Membaca buku atau artikel ilmiah tidak dikatakan sebagai berguru, kerana artikel mahupun buku itu masih perlukan penjelasan terutama bila berkaitan memahami maksud sesuatu ayat. Ayat buku, walaupun menggunakan tanda2 bacaan seperti tanda seruan (!), tanda soal (?) dsb, masih tidak dapat memberikan intonasi yg tepat dalam memberikan kefahaman terhadap sesuatu ayat.

Kalaulah dengan membaca saja boleh memberikan ilmu untuk diamalkan, dah tentu tak perlukan seorang guru untuk mengajarkan ABC dan mengeja, atau memerlukan seorang ustazah KAFA yang cun bertudung labuh untuk mengajarkan Iqra’.

Kalau tak boleh berguru dengan internet, buat apa Ustaz Love menulis bab2 hukum dalam blog ni? Buat apa Ustaz2 lain buat blog dan menulis tentang agama.. dan apa faedahnya forum2 dan facebook group yang menyebarkan info2 agama? Apa pula bagusnya kalau kita membeli dan membaca kitab jika tiada manfaat dari sudut pengajian ilmu?

Bukan tak ada manfaat info2 agama di internet mahupun yang ditulis dalam buku2.. bahkan dengan pembacaan bahan2 ilmiah itu sebenarnya akan menambahkan lagi tahap pengetahuan kita terhadap sesuatu ilmu. Namun, ia masih perlu disahkan melalui cara berguru. Tak semestinya perlu berguru menadah kitab kulit ke kulit (khatamkan pengajian sesuatu kitab dengan guru tertentu), sebaliknya yg lebih perlu adalah berguru perkara asas agar dapat membantu kita memahami bukan setakat satu kitab, bahkan pelbagai kitab atau makalah (jurnal) yg kita baca selepas itu.

Ia seumpama kita belajar berjalan.. jika kita tak berjalan dengan bantuan guru (spt ibu bapa, abang atau kakak yg lebih besar dsb), ada kemungkinan kita akan jatuh tersembam, atau jatuh terlentang.. kalau kurang bernasib baik, mungkin memberikan impak yg besar kepada hidup pada masa akan datang.

Mungkin juga kepala terhentak di jalan akibat tiada orang sambut.. bergegar otak.. boleh jadi koma atau mengalami pendarahan otak yang menyebabkan kecacatan buat seumur hidup.. ataupun sementara nak boleh berjalan, tubuh dah penuh dengan parut2 luka akibat belajar berjalan sendiri tanpa bantuan orang tua.

Jika kita belajar agama tanpa memahami asasnya, kita terdedah dengan bahaya salah faham dalam agama.. sbb kita cuma berpandukan kepada rasa hati dan fikiran kita.. kita rasa macam betul, maka kita pun terima.. kita rasa macam tak betul atau tak best, kita tolak.. akibat daripada tersalah pilih jalan yg betul, mungkin akan menyebabkan kita tersesat buat selamanya.

Sebab itu, dalam belajar agama ini, kita perlu berguru.. terutama pada perkara2 asas agama.. bila asas dah kukuh, datang seribu persoalan pun kita boleh selesaikan.. kalau asas agama pun tak kukuh, datang angin sepoi2 bahasa pun dah boleh buat kita goyang..

Berbalik pada persoalan saudari ni.. Ustaz Love tak cadangkan saudari belajar solat menggunakan buku.. Ustaz Love lebih cadangkan agar saudari belajar solat dengan cara menunaikannya secara berjemaah (sama ada bersama kawan2 di hostel atau di surau). Itu untuk mengetahui dan mengenali pergerakan solat.

Disamping itu saudari belajarlah solat dengan ustaz atau ustazah.. ataupun kawan2 yang mampu untuk mengajarkan rukun solat dan perkara2 yg berkaitan dengan solat seperti bacaan2 dalam solat dsb. Dan bacalah juga kitab2 berkaitan solat. Bila dah ada info, baru kita tahu apa nak tanya. Kalau kita tak tahu apa2, kita pun tak tahu nak tanya apa.

Belajar ilmu dengan bertanya ini lebih mudah nak faham berbanding kita baca saja. Kombinasi belajar dengan bertanya dan membaca, akan menghasilkan kefahaman yang lebih terhadap sesuatu perkara.

Jika kita bersolat dengan meletakkan buku panduan di tepi, takde masalah. Asalkan kita dapat menjaga syarat sah solat, insyaAllah sah la solat kita. Cuma kaedahnya agak kurang tepat, kerana dengan belajar solat melalui buku, banyak perkara yg kita tak dapat ikuti dengan jelas.

Apa pun, jika dah takde sangat orang nak bantu untuk menunjukkan cara2 bersolat, gunalah apa pun alat yg boleh membantu.. bak kata pepatah, takde rotan akar pun berguna. Itu lebih baik daripada tak bersolat langsung. Dan selepas itu, tingkatkanlah kualiti solat dengan menambahkan ilmu berkaitan solat.. insyaAllah, lama2 nanti kita akan mahir dan dapat mencapai hakikat khusyuk dalam solat.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum.

    dinyatakan dalam artikel kita perlu berguru dalam menuntut ilmu. cuma, yang menjadi kemusykilan saya adalah apakah kriteria yang ditetapkan dalam Islam dalam memilih guru? sebab terlalu ramai yang mendakwa mereka menyampaikan ajaran Islam yang sebenar tapi malangnya ramai juga yang tersasar. dan apakah yang dimaksudkan dengan guru yang mursyid? mohon penjelasan.

  2. saya ingin bertanya tentang solat qasar dan jamak.

    saya dalam musafir seorang diri, singgah di masjid di satu kawasan.

    kebetulan azan asar berkumandang.

    jadi saya nak tanya mana yang terbaik, sama ada saya join jemaah solat tamam atau solat jamak dan qasar berseorang di belakang?

    atau boleh ke saya solat asar tamam secara berjemaah dgn kariah dan kemudian ke belakang utk solat jamak dan qasar zohor?

    1. dua2 boleh.. sebaiknya buat solat asar tamam secara berjemaah (dan niatkan semasa solat itu untuk melakukan jamak solat zohor) dan bila dah bagi salam, terus bangun dan solat qasar zohor.

  3. assalam ustaz..soalan saya, seandainya kita baru menyedari yang suci dari haid kita itu tidak betul(sedangkan selama ini kita yakin dgn apa yg dilakukan), apakah sah solat dan puasa kita selama ini? dan apakah yang patut dilakukan..trima kasih ustaz

    1. tak perlu lakukan apa2.. sbb tak dikira sesuatu yg kita lakukan dalam keadaan kita tak mengetahui.. bila kita dah sedar, maka kena buat cara yg betul..

      WA

  4. cara bersuci. Apa yang saya tahu apabila tiada warna darah maka seseorang wanita itu sudah boleh mandi wajib. Saya tidak tahu yang warna kuning itu juga warna darah haid sebab warna kuning itu juga ada terjadi pada hari-hari biasa. Perlukah saya menggantikan puasa dan solat saya selama ini? t.ksk ustaz

    1. suci itu bila betul2 dah bersih.. bersihnya wanita itu bila tiada lagi cecair berwarna keluar drp farajnya dalam tempoh minimum sehari semalam atau maksimum 15 hari.. jika pada hari ke 16 masih lagi keluar darah atau cecair yg berwarna, maka itu dikira istihadhah (darah penyakit).. ketika itu wajib untuk melakukan solat dan puasa walaupun darah masih keluar.

      Untuk hari2 yg berlalu akibat tersilap faham cara bersuci itu, tak perlu qadha..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme