I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Antara Pasrah Dan Redha

Assalamualaikum wrwb Ustaz Love,emm sye nk tnye ckit nie..ape beza antra pasrah n redha??klaw ustaz love bleh tlong jlaskan..tlong le sye yg kbur nie..huhuhu..

– asam pedas.

Ustaz Love ni sebenarnya bukan pakar bahasa.. Juga bukan pakar istilah.. Jadi, Ustaz Love cuma menjawab berdasarkan pengetahuan yang singkat dan belum tentunya tepat.

Kalau nak ditanyakan beza antara keduanya, yang paling pasti ia berbeza dari sudut bahasa.. satu bahasa Melayu dan satu lagi bahasa Arab yang dimelayukan. Cuma kaedah penggunaannya agak berbeza bergantung atas situasi orang yang menyebutnya.

Orang sastera selalu menggunakan perkataan pasrah.. begitu juga lirik2 lagu, selalu guna perkataan pasrah.. jarang lagu2 jiwang guna perkataan redha, melainkan lagu2 nasyid. Jika diselami maksudnya secara mendalam, Ustaz Love berpendapat ada perbezaan yang agak ketara.

Pasrah ini selalunya dikaitkan dengan sifat menyerah.. seolah2 seorang yang sudah putus asa lalu menyerahkan nasibnya kepada takdir. Kira kalau kita buatkan sebuah cerita, macam seorang yang dah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati (memang la kan.. mana ada org hidup kalau takde kepala..kihkih). Maka dia pasrah meletakkan lehernya tanpa ada usaha nak menggelupur ke, menjerit ke dsb untuk melepaskan diri.. cuma menyerah saja kepada takdir yang bakal berlaku.

Kalau dalam situasi percintaan pula, seorang kekasih yg pasrah akan menerima apa saja keputusan kekasihnya.. sama ada nak teruskan hubungan, atau nak putuskan hubungan.. maka, situasi kekasih itu adalah seorang yg pasrah.. lantak la nak jadi apa pun, dia akan terima je.

Berbeza dengan situasi orang yg redha.. segalanya akan dikembalikan kepada Allah.. redha ini tak semestinya pada perkara yg buruk saja, ia termasuk juga perkara yg baik. Redha dengan kehidupan sederhana, redha dengan anak2 yang berjasa, redha dengan ujian yang melanda dsb. Sama ada baik atau buruk natijah yang diterima, seorang yg redha itu akan mengembalikan segalanya kepada Allah s.w.t.

Seorang suami yang kematian isteri, redha dengan pemergian isterinya lalu meneruskan kehidupan seterusnya dengan penuh harapan. Beliau tidak menyerah dengan nasib semata2.. mungkin ketika isterinya itu meninggal, anak2 masih kecil.. kedudukan kewangan tak stabil.. tiada orang nak menjaga makan minum dsb.. namun, ia tak mematahkan semangatnya kerana beliau telah redha dengan ujian yang melanda.

Seorang ibu yang redha terhadap anaknya, boleh melupakan segala perbuatan jahat anaknya dan mendoakan yang terbaik buat anaknya..

Sikap dan pengucapan juga boleh mewakili sifat redha dan pasrah.. kebiasaannya seorang yang redha akan mengucapkan kata2 yg menggambarkan keredhaan (spt lafaz alhamdulillah, inna lillah dsb) dan sifat redha ini akan diaplikasikan melalui ibadah (seperti solat hajat, solat taubat, zikir, tilawah al-Quran dsb). Orang yg pasrah pula biasanya akan mengucapkan perkataan2 yg kadang2 berlawanan dengan syariat (spt lantak la nak jadi apa pun, aku malas nak fikir dah, hidup ke mati ke aku dah tak kisah dsb) dan ia akan digambarkan melalui sikap berputus asa, murung, putus harapan dsb.

Walaupun sifat redha dan pasrah ini nampak seperti berkaitan, namun Ustaz Love melihatnya berbeza mengikut sudut pandangan yg lain seperti di atas. Sekadar pandangan Ustaz Love. Tak semestinya betul, dan mungkin juga betul..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
    1. lately Ustaz Love susah nak recall istilah2 ni.. terima kasih mama kerana sudi memberikan penambahan..

      1. salam ustaz..saya ada persoalan ingin diutarakan tapi tak tahu bagaimana nak sampaikan..boleh mintak emel ustaz?syukran…

  1. Assalamualaikum Ustaz, boleh beri minta emai ustaz? saya ingin bertanya beberapa perkara kpd ustaz. T.kasih.

  2. now dah btol2 phm beza antare pasrah n redha:-) as a muslim kte kna pegang pd prinsip redha atas sst bkn pasrah ats sst..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme