Taksub Dengan Bola Tak Perlu Sampai Macam Ni!!

Kisah Ramadhan Yang Sungguh Menyayat Hati!!

Kenangan World Cup Yang Tak Mungkin Dilupakan!!

Soal Jawab : Masalah Ayah Kaki Judi

Assalamualaikum, ustaz

macam mana nak nasihatkan seorang ayah yang suka bermain judi dan suka sangat mencuri??? ayah sering mencuri duit kami sekeluarga.. mcam mana saya nak tegur?? kalau tegr nanti dia jadi ego.. lepas tu, dia selalu balik lewat malam.. 2 – 3 pagi baru nk balik. tolong bantu masalah saya..

-anon-

Nak tegur ayah ni bukan sesuatu yang mudah.. ayah itu punya kuasa yang besar dalam keluarga. Apatah lagi sang ayah yang kurang bertanggungjawab, lagi la nampak betapa besar kuasanya dalam keluarga. Silap sikit, penyepak makannya. Ibu pun tak sanggup nak buka mulut.. anak2 menjadi tikus bila ayah ada di rumah.. begitulah kebiasaannya yang berlaku.

Masalah judi ni bukan masalah biasa.. ia masalah ketagihan.. sama juga dengan masalah dadah, minum arak, tilik nasib dsb.. sbb tu ia diletakkan sebaris dalam ayat al-Quran yg mana punca (illah) adalah pada ketagihan. Sekali berjudi tak mendatangkan apa2 kesan pada kehidupan.. begitu juga sekali minum arak.. atau sekali sedut ganja.. tapi, dengan sekali itulah yg akan membuka pintu kepada berlakunya perkara tersebut berkali2. Bila dah berkali2, ia akan menjadi suatu ketagihan yang boleh merosakkan diri sendiri dan keluarga serta masyarakat.

Orang dulu2 tak panggil kaki judi, tapi panggil tahi judi.. sbb dah macam tahi dah jadinya orang yg suka berjudi ni. Makan minum dah tak fikir, hidup dengan nombor (mcm orang sakit jiwa dok kira2 nombor, amik nombor plat kereta eksiden dsb).. rambut kusut masai.. bulu hidung terkeluar2.. ketiak berbau kambing dsb.. itu kebiasaan yg berlaku pada kaki judi.

Ustaz Love punya pengalaman berhadapan dengan seorang kaki judi ni.. beliau merupakan kenalan orang tua Ustaz Love.. rajin ke surau.. selalu pimpin tahlil.. uruskan pengebumian orang mati dsb.. ditakdirkan entah macam mana beliau terlibat dengan judi. Beliau pernah menang duit dalam jumlah yang besar sampai mampu nak tukar kusyen, bayar downpayment kereta anak2, beli motor cash dsb sehingga mengenjutkan kejiranan setinggan yang Ustaz Love tinggal. Selalu juga abang Ustaz Love terserempak dengan beliau yang ‘menurun’ nombor ekor di kaki bukit.

Tapi, hasil pendapatan yg haram itu tidak berkat. Tak lama lepas tu, Ustaz Love nampak beliau dah macam orang gila.. pakai kain batik (walaupun beliau lelaki.. takde la haram pakai kain batik, tapi pelik la lelaki pakai.. takkan tertukar dgn isteri beliau..kihkih) berjalan merata2. Orang tegur pun tak berjawab.. mulut terkumat kamit menyebut2 angka. Member Ustaz Love pun pernah kena pau (pau tu maksudnya mintak, bukan PAU – paham2 je la.. kihkih) RM10 kat stesen minyak sebab dia dah takde duit nak makan.

Alhamdulillah, beliau dah bertaubat dan kembali menjadi ahli jemaah surau..

Berbalik pada isu ayah kaki judi ni.. Ustaz Love pun tak berapa nampak macam mana cara nak menasihatkan ayah ni.. ada kemungkinan lagi diberi nasihat (terutama oleh orang2 yg di bawahnya seperti isteri dan anak2), lagi beliau melawan. Mungkin akan terjadi perkara yg lebih buruk.

Jadi, mintalah bantuan daripada orang2 yang dihormati oleh ayah untuk menasihatinya.. contohnya atuk dan nenek ke (mak ayah kepada ayah), tok imam kampung ke, penggali kubur ke dsb.

Di samping itu, anak2 boleh berusaha dengan berbuat baik dan merapatkan hubungan dengan beliau. Soal beliau kaki judi dan tangan pencuri (mencuri biasanya guna tangan..kihkih) lupakan dulu. Tawan hatinya dengan akhlak yang baik. InsyaAllah, bila hubungan anak2 dan ayah menjadi erat, mudah untuk anak2 mengajak ayah buat kebaikan (spt solat berjemaah di masjid, dengar kuliah agama dsb).. insyaAllah, dengan kebaikan2 yg dilakukan, lama2 nanti beliau akan tinggalkan sikit demi sikit kejahatan beliau.

Semua ini memerlukan kesabaran.. tapi tindakan mesti dilakukan.. bukan semata2 sabar dan menjadi tunggul memerhatikan kelakuannya saja. Kita inginkan perubahan yang kekal dan bukannya bersifat sementara.. jadi, bertindaklah dengan penuh hikmah dan kesabaran.

Apa yang lebih penting daripada itu, ajaklah ahli keluarga yg lain untuk sama2 menjaga amal ibadah.. anak2 lelaki jaga solat 5 waktu secara berjemaah, ahli keluarga wanita menjaga solat dan menutup aurat dengan sempurna.. rumah dipenuhi dengan bacaan al-Quran dan zikir.. doa kepada Allah dengan penuh pengharapan seperti seorang pengemis yang meminta sekeping roti menghilangkan kelaparan..

InsyaAllah, dengan amal kebaikan yang kita lakukan, sikit2 kejahatan akan terhindar daripada rumahtangga kita.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz love..nk tnya, saya anak angkat, apakah hukum menyentuh bapa angkat saya? dan apakah batasan aurat apbila berada bersama bapa angkat dan adik beradik lelaki angkat? mohon penjelasan

  2. Assalamualaikum… Ustaz sy nak bertanya tentang hak penjagaan anak. Arwah kakak saya ada meninggalkan seorang anak lelaki yg berusia 2 tahun. Sejak ketiadaan arwah ibu saya lah yg menguruskan anak arwah krn abg ipar sy stay di rumah saya dan sepanjang itu juga besan mak saya tdk pernah bertanya khabar akan cucunya namun hari ini mereka tetiba datang tuntut hak penjagaan. Jadi sy mohon penjelasan ustaz siapa yg lebih berhak…
    zayani recently posted..lelaki… errmmMy Profile

  3. ustaz,suami saya seorang yang tahin judi.selalu tak balik rumah hingga mengabaikan saya dan anak2.saya dah tak tahan dengan sikap dia.kalau dulun saya mendiamkan diri tapi setelah 24 tahun bersama hidup dengan dia tp tidak ada perubahan pada diri dia,saya dah maki hamun dia bila dia balik ke rumah dan kadang2 terpacul mulut syn minta cerai.berdosakah saya berbuat begitu?

    1. memaki hamun suami memang berdosa. Jika nak bercerai, buat cara elok. Bincang baik2. Walau buruk macam mana sekalipun seorang suami tu, dia tetap lebih tinggi darjatnya melebihi ibu bapa puan sendiri. Puan kena hormati dia sebagai suami. Jika tak mampu nak teruskan hidup dengan dia, puan berbincanglah baik2 dgn beliau agar dilepaskan atau beri kata dua kepadanya sama ada dia berubah ataupun bercerai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site