I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Telekung Buah Dada

Salam ustaz love.

saya nak tanya skit. ada terjumpa satu jenis telekung ni. kain dia jenis licin. macam dlm gambar ni.

apa yang saya tgk telekung ni menampakkan bentuk dada sebab ciri2 kain ni macam follow bentuk badan. Boleh ke Orang kita pakai benda ni utk sembahyang? maaf saya cakap. Saya lelaki. Selama saya tgk perempuan pakai telekung takde pon rasanya fikiran tu melayah ke arah tu.(harap ustaz faham) Kalau boleh ustaz jawab dan saya akan share artikel ustaz. thx.

-anon-

Lamanya Ustaz Love tak menulis di blog ni.. muncul balik tiba2 keluar entry pasal tudung buah dada.. sungguh ironik sekali..kihkih.

Sebelum tu Ustaz Love ingin memohon kemaafan kepada pemilik gambar dan modelnya kerana terpaksa memaparkan di sini. Ustaz Love tak pasti ini jenama tudung apa.. kalau jenama terkenal spt tudung Ariani ke, tudung bawal ke, tudung serban Yuna ke, sebut je pun kita dah boleh agak macam mana bentuknya.

Berbalik kepada persoalan sang penyoal.. dalam situasi ini, ia berbalik kepada penjagaan aurat itu sendiri. Kita kerap kali terkeliru dalam memahami bab aurat bila kita terlalu melihat kepada material / bahan yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri. Suatu masa dulu, kita melihat kain tebal seperti cadar itu lebih menepati kaedah menutup aurat dan mempertikaikan mereka yang memakai tudung yang agak nipis (walaupun tak jarang).. kita juga terlalu melihat isu pemakaian stokin bagi menutup aurat kaki, tanpa melihat alternatif selain pemakaian stokin (spt memakai kain labuh menyapu lantai, pakai skirt panjang dan boot sampai lutut dsb). Itu antara contoh saja..

Persoalan aurat ini adalah sejauh mana kita dapat menjaga batasan tubuh yang ditetapkan dalam agama daripada ditayangkan kepada orang yang tak sepatutnya. Jika dengan menggunakan daun kita dapat menutup aurat, maka daunlah yang wajib digunakan.. kalau kena guna plastik untuk menutup aurat (dgn syarat plastik itu menepati kaedah menutup aurat), maka wajiblah tutup aurat dgn plastik.. Itu bab aurat sesama manusia.

Aurat dengan Allah pula hanya wajib ditutup semasa solat dan melakukan ibadah haji / umrah saja. Tak wajib tutup aurat semasa membayar zakat.. harus bertelanjang semasa berpuasa di bulan Ramadhan.. begitu juga harus bersyahadah walaupun hanya memakai spender.. nak baca al-Quran ke, zikir ke, doa ke, hanya sunat menutup aurat dgn sempurna.. bukan wajib.

Jadi, bila masuk bab solat, ia ada 2 perkara.. satu berkaitan aurat dengan Allah dan juga aurat dengan manusia.. kita asingkan dulu bab adab..

Seorang lelaki yang solat secara sendiri di dalam bilik, sah solatnya walaupun hanya memakai kain pelikat tanpa berbaju dan menampakkan bebulu ketiak semasa mengangkat takbir.. juga sah solatnya dengan memakai seluar bermuda yang menutupi aurat antara pusat dan lutut. Begitu juga jika lelaki itu solat di masjid, sah solatnya yg memakai kain atau seluar bermuda semata2.. tetapi ada isu lain yg perlu diperhatikan..

Walaupun sah solatnya, namun jika ia mendatangkan fitnah, maka haram berpakaian sebegitu. Contohnya lelaki ini solat di surau.. dia dah tahu dalam jemaah tu ada separuh daripadanya gay, maka haram baginya mendedahkan anggota tubuh seperti dada yang boleh merangsang makhluk bernafsu songsang seperti mereka. Juga haram solat tanpa berbaju jika di belakangnya ada jemaah muslimat kerana ia boleh menyebabkan jemaah wanita jadi tak tentu arah.. mungkin juga ada yg muntah (kalau tubuh lelaki di depannya berkurap berpanau)..

Begitu juga wanita2 yang bersolat.. sekalipun beliau memakai telekung putih yang tebal dan mengikut batasan yang ditetapkan syarak, bukan semua tempat beliau boleh bersolat sekalipun tempat itu suci bersih lagi murni. Contohnya solat di depan lelaki bukan mahram.. sekalipun beliau dah tutup aurat sebaiknya, tapi bila dok rukuk sujud, lelaki di belakang pun boleh ter’qiam’ tiba2.. kihkih..

Berkaitan tudung di atas, pada pandangan Ustaz Love, tiada salahnya dengan pakaian sebegitu digunakan untuk bersolat.. ia tak nipis, labuh dan cukup syarat menutup aurat. Cuma masalah tonjolan pada buah dada, itu sesuatu yang agak susah untuk dikawal. Alangkan Ustaz Love yang berbuah dada kecik ni pun boleh nampak dengan jelas, apatah lagi mereka2 yang berbuah dada besar.

Maka, masalahnya di sini bukanlah jika dipakai ketika solat (sbb wanita memang solat di bilik atau ruang muslimah). Ia cuma menjadi masalah jika dipakai sebagai pakaian harian sbb ia agak jelas menonjolkan bentuk buah dada. Tapi, bila difikir2kan balik, ada ke orang pakai telekung solat sebagai pakaian kerja atau berjalan2 di luar rumah? Sekalipun ada yg sanggup memakainya di luar, bukan menjadi kesalahan kepada material tudung tersebut.. ia bergantung kepada kebijaksanaan pemakainya untuk melindungi bentuk buah dadanya daripada jelas kelihatan.. sama ada dengan cara menutupnya menggunakan fail, jalan membongkokkan badan, menarik tudungnya ke depan, memeluk tubuh dari dalam tudung dsb.

Kalau tak alert pasal ni, jangan kata pakai tudung seperti di atas, pakai tudung tebal yg labuh pun boleh saja menampakkan bentuk buah dada.. terutamanya semasa tiupan angin yang agak kuat..

Bab lelaki terangsang tu, Ustaz Love rasa tak payah la Ustaz Love nak komen panjang2.. sebab lelaki ni kalau dah sampai tahapnya, lembu yang dipakaikan bikini pun bisa mendatangkan keghairahan terhadap dirinya. Nasihat Ustaz Love buat lelaki2 yang mudah terangsang ni, jagalah pandangan.. tak kira la lelaki bujang ke, lelaki bujang 3 ke, jagalah pandangan.. itu lebih menenangkan hati dan fikiran kita daripada sibuk2 mencari puncanya daripada pihak wanita.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
        1. Nampak bentuk tubuh tu pun di kira Aurat la ustat.. jadi kalau nampak bentuk buah dada belum menutup aurat dengan sempurna, banyak kaian yang longgar yang di pakai telekung biasa, kenapa nak pakai telekung macam tu.. BUKAN MASALAH TEMPAT SOLAT DIMANA, TAPI MASAALAH PAKAIAN..

          1. Belajar lagi bab aurat.. teliti dan dalami maksud aurat dalam solat tu macam mana..

    1. setakat ni cuma ada butang like utk facebook dan twitter je.. agak kurang masa nak update widget

  1. salam. boleh tau ustaz amik rujukan dari mana?
    just x nk ragu2.

    lg satu, saya belajar aurat tu pada tiga perkara
    anggota itu sendiri
    bentuk
    dan warna (wrna kulit le)

    jd, klau org nk g solat pkai telekung tu,
    otw g solat plak jalan kaki,
    spnjg jalan tu org laki y nmpk,
    x dosa ke kt prmpuan tu?

    mmg tudung labuh pun nmpk bntuk klau angin tiup
    tapi, yg angin tak tiup pun boleh nmpk?

    trima kasih ustaz 🙂

  2. Salam ustaz,

    dah alang2 ustaz sebut pasal kain labuh menyapu lantai ni sy nak tanya, macam mana hukum orang yg terus solat dengan kain labuh menyapu lantai ni sebab dah menutup aurat dah, cuma sebab kain tu menyapu lantai, jalan, turun tangga terpijak2 kain tu lagi, macam mana pula ustaz? kadangkala dikhuatiri kebersihan kain yang dipakai itu kerana kita ni jalan merata2 ustaz dalam sehari tu… mohon pencerahan dari ustaz…

    thanks in advance…

    inginKepastian

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme