I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tunang Panas Baran

assalamualaikum ustaz love…saya baru 2 bulan memegang status tunangan orang…saya mempunyai tunang yang mempunyai sifat cemburu dan panas baran…pantang ada masalah sikit mula la dia nk mencari gaduh dan pasal dengan saya.sedangkan masalah tu timbul dari pihak dia sendiri.tapi dia akn naik marah dan kami banyak berkomunikasi melalui sms….apabila dia marah bila timbulnya masalah dalam hubungan dia akn menghantar sms memaki saya dan akan ckp lebih berpisah atau putus tunang..apa yang harus saya buat sedangkan saya masih saya pada dia….dari sebelum tunang sehingga lah bertunang terlalu banyak saya makan hati dan bersabar dengan perangai dia….sebelum bertunang kami berkawan selama 3 tahun…saya minta pandangan dari ustaz untuk bagi pendapat pada saya samada saya patut teruskan pertunangan ni atau saya putuskan saja?

-gee

Tak dapat dinafikan alam pertunangan ni memang penuh dengan cabaran. Ia lebih mencabar berbanding alam percintaan (tanpa ikatan tunang) mahupun alam perkahwinan sendiri.. sebabnya ia berada di tengah2 antara alam percintaan tanpa ikatan dan alam pernikahan yang telah diikat dengan akad. Satu alam yang banyak perkara haram dan dosa, satu alam yang banyak perkara halal dan pahala.. satu alam yang tak boleh buat apa2, satu alam yang boleh buat segalanya.. Jadi, segala tekanan dan cabaran alam pertunangan itu biasanya terhimpit dengan dua alam ni. Ada masa terasa nak bermesra, tapi tak boleh sebab masih belum akad nikah. Ada masanya terasa macam nak bebas bergaul dan berhubungan dengan orang lain, tapi tak boleh sebab dah mengikat janji pertunangan. Macam nak telan kahak yang dah keluar ke mulut.. nak telan rasa macam geli.. nak meludah, ada bakal mak mertua kat depan.. kemam je la walaupun sangat menyusahkan diri.

Sebab itulah orang2 dulu bertunang sekejap je.. Siang bertunang, malam akad nikah.. tak sempat nak bergaduh dalam tempoh pertunangan. Juga diperkenalkan istilah ‘darah manis’ bagi pasangan yang tak lama lagi akan menikah (jika percaya kaitannya dengan persoalan nasib, takdir dan perkara2 ghaib, maka hukumnya syirik) agar pasangan dapat menjaga diri daripada bahaya. Waktu ini memang gangguan syaitan terhadap pasangan akan semakin galak dan aktif. Perasaan ragu2 akan sentiasa ditiupkan, dan perlakuan buruk pasangan akan sentiasa dipertontonkan agar keinginan untuk bernikah itu dibatalkan. Waktu inilah pasangan yang tak pernah meninggikan suara seumur hidupnya, akan menjadi pakar meninggikan suara dalam tempoh yang singkat. Mereka yang tak pernah angkat tangan hatta kepada anak ayam sekalipun, akan mahir bab2 angkat tangan dan pukul pasangan. Kerapkali pasangan bertunang terjumpa dengan punca untuk bergaduh.

Ada bezanya bergaduh semasa bercinta, bergaduh semasa bertunang dan bergaduh semasa berkahwin. Kalau bergaduh masa bercinta (maksud Ustaz Love, bercinta tanpa bertunang), habis2 masing2 membekukan diri. Agak2 dalam 2 3 hari, biasanya lelaki akan mula memujuk (ini memang kepakaran lelaki bujang..kihkih). Hubungan akan kembali mekar dan harum mewangi bak kemboja di tepi kuburan. Kalau dah tak dapat nak tahan, maka perhubungan akan diputuskan dengan mudah. Cakap je “nak berpisah” ke, “nak clash” ke, “saya dah bosan” ke, “saya dah jumpa pasangan lain yg lebih baik” ke, maka akan termeterailah perpisahan. Masing2 akan bawak haluan masing2 tanpa terikat dengan apa2 komitmen (kecuali bagi mereka2 yg ‘buruk siku’, biasanya akan menuntut balik jumlah kredit yg dilaburkan untuk menelefon pasangan masa hangat bercinta dulu.. ada yang mintak balik barang2 yg dibelikan seperti cincin tanda cinta, walaupun cincin tu dapat free masa beli jajan..kihkih).

Bergaduh masa dah kahwin, memang tidak semudah bergaduh semasa bercinta.. tapi, dalam tahap ini, agak sukar bagi sesebuah perhubungan itu untuk diputuskan (walaupun semudah melafazkan talak). Sebab perkahwinan itu datang sekali dengan pakej tanggungjawab.. bergaduh la sampai baling peti ais sekalipun, tetap tersemat dalam fikiran akan akibat kalau terlepas perkataan talak (kebanyakan negeri mengenakan denda bagi mereka yg melafazkan talak di luar mahkamah). Bila dah habis bergaduh, masing2 masuk bilik.. kira selesai la tu.. keluar bilik, dah boleh senyum2 manja balik.

Berbeza sangat dengan pergaduhan atau perselisihan semasa bertunang.. nak kata dah memiliki, sebenarnya masih belum memiliki. Nak kata tak memiliki, tapi dah buat tempahan.. seolah2 dah macam memiliki. Maka kecelaruan minda akan muncul.. ada ketika pasangan bertunang itu bertindak macam pasangan dah berkahwin.. Nak keluar sana-sini nak kena mintak izin la, nak kena cium tangan la dsb.. kira spesies tak sabar nak menunggu masanya la ni. Juga ada kalanya rasa macam orang yang tiada apa2 ikatan dan komitmen, sebab belum bergelar suami / isteri orang.. Jadi, pertentangan situasi ini, jika tidak ditangani dengan bijak, akan menyebabkan alam pertunangan yang sepatutnya menjadi tempat untuk mengenali kebaikan pasangan, bertukar menjadi tempat membongkar keaiban dan keburukan pasangan. Bila dah nampak banyak sangat buruk daripada baiknya, memang susah la hati nak menerimanya sebagai pasangan yang akan menjadi peneman hidup.

Sifat cemburu itu adalah fitrah manusia. Dengan sifat cemburu itulah, sang suami akan berusaha mempertahankan maruah ahli keluarganya (jaga bab aurat daripada dilihat oleh bukan mahram, tidak membiarkan mereka bergaul bebas dsb), sang isteri akan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam rumahtangga (supaya suami tak cari alasan untuk bernikah lain) dsb. Namun, apa2 juga benda yang bermanfaat, jika ia berlebihan dan melampaui batas, maka ia akan mendatangkan kemudaratan.

Sifat cemburu yang melampau akan menyebabkan kita melakukan perkara2 yang luarbiasa. Jadi panas baran, suka mengongkong, bersangka buruk, meninggi suara, selongkar barang, cek henfon dsb.

Panas baran ni sangat common dengan orang Melayu.. kalau tengok drama pun, watak2 menengking, suka marah2, memang banyak. Kalau watak2 yang baik, ia akan jadi macam watak lembu yg mengikut je tanpa bantah.. mak yang terlalu baik digambarkan macam hamba kepada anak.. isteri yang taat digambarkan sebagai wanita yang memendam perasaan dan tak kisah kena sepak terajang.. suami mithali pula digambarkan sebagai seorang yang dayus yang tak mampu nak menegur kecurangan sang isteri.. begitulah antara gambaran2 yg silap yang selalu dilakonkan. Kenapa watak bengis, ganas, pemarah, cemburu dan yang negatif2 itu begitu ‘hidup’ dan menjadi, sedangkan watak2 baik itu macam berpura2 dilakonkan? Tak lain disebabkan meluaskan sikap negatif itu dalam masyarakat kita.

Manusia secara fitrahnya diciptakan dengan penuh kelembutan dan kebaikan.. tengok cerita bollywood pun boleh mengalir air mata walaupun bertindik puting dan pusat.. sifat marah memang ada pada semua manusia, tapi sifat panas baran itu adalah situasi yang melampaui batasan kemarahan sehingga ia menjadi habit (tabiat). Asal ada benda tak kena, terus rasa nak marah.. marah plak bukan tahap sikit2.. terus mencanak2 memaki hamun, naik kaki tangan dsb walaupun puncanya kecik sangat.. tak berbaloi nak marah sampai macam tu sekali.. tapi itulah hakikatnya sifat panas baran.

Ia bukanlah sifat semulajadi manusia.. ia merupakan sifat mendatang yang mungkin berpunca daripada pelbagai faktor. Kebanyakan orang yang panas baran ni mengalami penyakit tekanan darah tinggi.. berpunca daripada tekanan hidup, masalah jiwa dsb.. sebab tu, sangatlah dicadangkan agar mereka2 yang mengalami masalah ini untuk berjumpa dengan doktor dan mengambil ubatan yang boleh mengurangkan stress. Kalau tak dikawal, ia boleh menyebabkan stroke dan serangan jantung.

Ada juga yang berpunca daripada masalah saka.. yang ni kena rujuk doktor dulu.. kalau doktor kata takde apa2 masalah kesihatan, barulah berjumpa dengan pengamal perubatan Islam untuk mengesahkannya. Kebanyakan yang jenis panas baran (disebabkan saka) ini adalah daripada mereka2 yang mengamalkan silat. Ada member Ustaz Love mengamalkan sejenis silat (dirahsiakan namanya).. seminggu selepas beliau belajar, beliau diserang penyakit panas baran.. beliau pernah menumbuk monitor komputer (yg mcm tv jenis lama tu, bukan yg flat screen) sampai pecah. Puncanya remeh-temeh je. Begitu juga seorang sahabat yg lain, pernah mengkarate meja dan menengking2 pembantu rumahnya disebabkan air minuman beliau dimasuki semut.

Cukuplah rasanya Ustaz Love cerita pasal panas baran ni.. berbalik kepada masalah saudari..

Jika benar saudari sayangkan tunang itu, masih belum terlambat untuk saudari berusaha memperbaiki situasi. Saudari berbincanglah baik2 dengan beliau.. Ustaz Love sendiri tak pasti apa jenis panas baran yg beliau ada (sama ada disebabkan masalah kesihatan ataupun gangguan saka).. sebab kebiasaannya mereka yang ada masalah saka ini tidak menyedari tindakan mereka itu. Mereka rasa macam tak buat apa2, tapi sedar2 dah lebam biji mata orang ditinjunya. Bila berbincang dalam suasana harmoni yg penuh sedar, insyaAllah, saudari akan dapat mengenalpasti punca masalahnya.. Mungkin juga beliau menghadapi tekanan peribadi yang tak mampu nak dikongsikan sehingga memberi kesan terhadap sikap dan perlakuannya.

Bila dah tahu punca beliau jadi cemburu buta dan panas baran itu, barulah mudah nak bantu berbanding teraba2 dan bersangka2 pada perkara yg tak pasti. Panas baran itu sendiri bukanlah suatu sifat yang disukai, tetapi yang lebih penting daripada itu adalah mengubati penyakit panas baran itu dengan mengetahui puncanya beliau menjadi begitu. Memang mudah nak putuskan hubungan ni (hatta putuskan pertunangan pun).. tetapi yakinkah saudari yang saudari akan berjumpa dengan lelaki yang saudari cintai seperti itu?

Jadi, nasihat Ustaz Love, jangan putus asa dulu. Saudari baru 2 bulan menjadi tunangan orang.. banyak lagi masa untuk mengenali dan memperbaiki perhubungan saudari dengan beliau. Saudari berdoalah sungguh2 kepada Allah semoga dilembutkan hatinya dan dibuangkan sifat panas barannya. Dan berusahalah mengubati penyakit beliau itu. Ustaz Love nampak pada ketika ini, tunang saudari itu sangat memerlukan sokongan saudari untuk beliau berubah. Saudari tak boleh pendam2kan perasaan. Waktu inilah saudari kena berkeras dan bertegas tetapi penuh dengan hikmah. Usahakan agar beliau mendapatkan rawatan di hospital dan berjumpa dengan pengamal perubatan Islam. Dapatkan juga pandangan ibu bapa beliau tentang sikap anaknya itu.. mungkin mereka lebih faham dan jelas dengan sikapnya, sama ada itu memang sikapnya daripada kecik atau sebaliknya.

Kemudian… bila dah puas berusaha dan berikhtiar, barulah saudari memikirkan keputusan sama ada nak meneruskan atau memutuskan pertunangan saudari. Yang penting, berusaha dulu.. barulah saudari tak terkilan sangat dengan tindakan sekiranya ditakdirkan saudari memutuskan pertunangan itu. Dan beristikharahlah memohon kepada Allah supaya ditunjukkan pilihan yang terbaik untuk saudari ambil.

Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan segala urusan saudari..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
    1. nak buat pilihan, memang kena pikir masak2.. sbb selepas dah buat keputusan, kita cuma mampu menerima hasil daripada keputusan yg kita pilih, sebelum kita merancang untuk memilih keputusan yg lain..

    1. jangan takut.. diorg ni nampak je mcm ganas, tapi hati macam tikus.. berani cuma pada orang yg dianggap lemah..

    1. wal iyazu billah.. semoga kita semua dipelihara daripada sifat panas baran.. takut ada yg mati terbakar kang.. kihkih

  1. assalamualaikum ustaz love…saya memegang status tunangan orang… kami mengenali antara satu sma laen hamper 7 thun. saya mempunyai tunang yang sangat baik pd pandangan mata kasar. selama kmi berkawan dia xpernah berkasar sehinggalh satu hari sy mmbaca msg dlm hnsd dia dgn alasn nak maen2 ja. sy sja nk test dia smada dia marh ke tidak tp trnyata dia melenting n muka dia agak cuak msa tu dlm hati sy brkta ada apa2 yg xbtul ka dia smbunyikan. sjak itu sy mmg trasa sngt2 krna hansd dia snggup marh sy n lpas pristiwa tu sy xprnah lgsung usik hnsd dia lg. Dlm kes sama tp sblm kjadian tu sy pnah tnya dia ada fb x tp dia ckp xdak tp tetiba ja dlm satu msg dia ckp dh ada fb msa tu mmg hati trasa sdih sngt2 knapa dia snggup buat mcm tu… msa tu dlm fikiran sy btul ka dia syg sy atau sj nak maen2kn perasaan sy ja….mngenai family dia jg agak merisaukn sy skrng btul2 ka mreka menerima sy sikhlas hati atau trpksa sy pon xpsti.. knapa n mngapa sy ckp mcmtu sb bapanya sering memberi harapan yg besar shngga klu dgar tu bleh buat org rasa teruja. bpanya prnah berjnji akn msuk minang dlm scpt yg mgkin tp sumenya xmnjd hmpir 2 thun sy mnunggu n hati sy pon dh xksh smpi la raya sthun lpas dia mnjnjikn bnda yg sma tp msa tu adik sy ada, blik tu adik sy ckp bakal bpa mentua sy ckp beria ja tp sume kta2 dia xdak isi… rncngn prtunangn sy trtangguh bgitu lma shinggalh sy mdpt tahu pncanya knapa n mngapa dlambatkn atas alasan untk kawenkn kakaknya dhulu. bg sy knapa la xbgtau dri dlu lg sblom jnji apa2… dsbbkn itu hati sy makin tawar shngga dhari prtunangn dlm hati sy hanya fikir brtunang untk jga nma family bkn untk diri sndiri. sb knapa, sy tidak mahu org kata fmily sy xpndai mndidik anak. sy ikhlaskn hati untk terima sume ini n puaskn hati sume org wlaupon hati sy dh xnak truskn sbnrnya. Lgpon fmily xmngetahui apa perasaan sy sbnrnya so sb tu sy truskn jgk.. Dlm tmpoh brtunang sy kembalikn smngt untk trima dia smula dlm hdup sy tp tiba2 sy dpt tahu dia wat hal lg dgn memiliki dua fb 1 yg actv n 1 lg xactv. Apa tjuannya sya pon xpsti tp apa yg sy tau dia kta blom msanya untk dia dedahkn siapa sy sbnrnya…. 1 hal lg yg terbaru sblom raya thun ni sy dpt tahu kakak angkt dia seorg janda sdgkn sblom ni dia ckp kakak tu bersuami. Spnjang sy mngenali dia apa yg sy tau dia sorg yg pemalu n kurang brgaul tp skrng slps brtunang sangkaan sy silap dia bkn sprti org yg sy fikirkn sbnrnya…. knapa sy ckp bgitu krn kakak yg dktakn kak angkt dia tu seorg yg lincah n gaya org koprat sdgkn dia bkn bgitu abila dtanya bgaimana dia knal kakak tu dia bgtau mlalui fb tp pd sy dia msih smbnyikn sesuatu dri sy. Pd sy kak angkt dia baik la tp yg sbetulnya mereka dua ja yg tau…. lgpn sblom ni bkn dia yg cite pasl kak angkt dia ni, tp bpa dia yg ckp pd sy pasl kak angkt dia… Apa yg sy critakn ni hnya untuk mmberi gambaran kpd ustaz kisah hidup sy sblom n slps brtunang. Dgn itu sy harap agar ustaz dpt mmberi pendapat pada saya apa yg ptut sy buat samada saya patut teruskan pertunangan ni atau sebaliknya.

  2. apa yang say tahu ustaz tunang saya ni memang ada sifat baran dr kecik lagi.ini kerana saya pernah bertanya pada ibunya dan ibunya mengiyakan dan suruh saya bersabar dengan perangainya itu….

    1. sifat baran itu bukanlah sejenis sifat yg fitrah (spt sifat pemurah, baik hati dsb) sebaliknya ia sejenis penyakit.. perlu diubati dan takkan selesai dengan sabar semata2.. kalau satu pihak mengikutkan panas barannya dan satu pihak lagi dok bersabar, maka pihak yg bersabar itu akan menjadi mangsa.. mungkin boleh sampai ke tahap meragut nyawa..

      Ustaz Love cadangkan saudari dan makcik tu bawak tunang pergi berubat (berubat di hospital dan selepas itu ke pusat rawatan Islam).. Jika beliau enggan, bermakna beliau memang tak nak berubah.. Ataupun jika dah berubat sekalipun, perangai barannya masih tak berubah, Ustaz Love rasa dalam kedua2 situasi ini, saudari dah boleh nampak dah apa tindakan yg patut saudari ambil.. 😉

      1. terima kasih atas pandangan ustaz tu……tapi saya rasa putus kot coz dia pun minta macam tu…..ari ni adalah ari saya putus tunang….

        1. inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. semoga Allah memberikan kebaikan dalam keputusan saudari..

  3. salam,,,tlg sy ustaz. mntk sgt pendapat dr ustaz tntg mslh cinta sy y membuat sy hdop xkeruan. sy bkwn hampir sthun. ttbe si dia mahu mmutuskan hubgn kami. dia kata telah tawar ht dgn sy akibat sy telah melakukan 1 perkara yang tidak disukai nya. sy mengaku slh sy, dn telah bkali2 meminta maaf. tetapi si dia tidak dpt memaafkan sy. dia kata telah tawar hti terhadap sy. tp mslh nya sy terlalu cintakan dia dan masih berharap agar dia kembali kepada sy. tlg bantu sy ustaz. apakah y harus sy lakukan.

    1. saudari teruskan saja hidup.. jangan sampai nampak terhegeh2 nak kepada lelaki tu.. lelaki ni kalau ada orang dok kejar dan terhegeh2 pada dia, dia akan jadi rimas (walaupun dalam hati rasa bangga sbb ada gak org gilakan dia). Jadi, buat tak tahu je.. dan sibukkan diri dengan aktiviti sosial spt bersenam, angkat besi, berenang dan berlari. Bila badan penat, tak sempat otak nak fikir tentang lelaki tu..

      insyaAllah, jika ada jodoh, lelaki tu sendiri yg akan merayu kepada saudari.. sebaliknya, kalau takde jodoh, yakinlah yang Allah akan berikan yang lebih baik untuk saudari.

  4. salam ustaz love, saya ingin meminta pandangan ustaz

    saya mempunyai masalah panas baran dengan orang2 yg rapat dgn saya dan sepatutnya saya hormati iaitu tunang dan kedua ibu bapa. yg pling ketara adalah dgn tunang saya, setiap kali bersembang saya kerap meninggikan suara dan memaki beliau. pada saya apa yg dicakapkan beliau sering merimaskan dan menguji kesabaran saya sdg kn bgi org lain ia hanyalah perkara kecil. saya sendiri hairan dgn sikap saya. ini kerana di kalangan org lain, saya seorang yg ceria dan tidak boleh marah.malahan sebagai seorang guru, saya tidak boleh hendak memarahi pelajar saya yg nakal. tetapi keadaan itu terbalik bila saya bersama dgn tunang. saya menjadi seorang yg pemarah. utk pengetahuan ustaz, kami sudah berkawan selama 7 thun dan baru saja sebulan mengikat tali pertunangan. saya sedar saya sepatutnya bersyukur dikurniakan tunang yg sabar dgn kerenah saya malah cacian saya kdg2 dibalas dgn gelak tawa shja. mungkin sudah biasa agk nya. saya harap keadaan ini tidak berterusan, tetapi saya sudah tidak tahu lagi cara bercakap dgn nya yg selayaknya. seringkali ibu bapa dan rakan2 yg mendengar perbualan kami di telefon menegur cara syaa bercakap dgn nya yg kasar. kdg2, tunang saya ada mengeluarkan ayat seperti kalau saya cuba berperangai demikian dgn lelaki lain, mesti sudah makan penampar. namun alhamdulillah, selama 7thun berkawan kami tidak pernah bergaduh besar. walaupon saya panas baran dan cpt melenting, tetapi amarah saya hanya bertahan beberapa minit sahaja. sering terjadi ketika perbualan saya memaki2 dan meninggi suara kpd beliau dan tiba2 kami ketawa bersama2.
    tasneem recently posted..Soal Jawab : Masalah Ayah Kaki JudiMy Profile

    1. saya ingin berubah dan mempersiapkan diri untuk menjadi isteri nya yg solehah. saya syg kan dia dan sya tidak mahu dosa saya bertambah2 bila berkahwin kelak dek kerana tingkah laku saya. tlg lah ustaz cdg kn cara2 nya. saya tidak mahu nnti keluarganya dan rakan2 memandang saya sebagai seorang isteri yg menderhaka kerana tidak hormatkan suami. cuma saya tidak tahu mcm mna. saya sudah tidak boleh bezakan cara bercakap dan nada yg sepatutnya saya guna selayaknya untuk dia. mungkin sudah terbiasa selama 7thun ini. saya sgt syg kn dia cuma saya tidak dpt mengawal mulut saya ni..ohhh tlg lah ustaz
      tasneem recently posted..Soal Jawab : Masalah Ayah Kaki JudiMy Profile

  5. Orang yang mudah panas baran ni ada juga yang cepat ‘cool down’. Jadi bila anda rasa tanda-tanda awal pasangan nak marah-marah, ambil selangkah kebelakang dan berikan dia masa untuk redakan kemarahan. Mungkin dia akan menjerit atau hempas pintu dengan kuat ke tapi orang jenis ni akan dating balik pada anda dengan senyuman dan meminta maaf.
    idebenone recently posted..No last blog posts to return.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme