I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Perkenalan Melalui Laman Mencari Jodoh

Apa khabar ustaz love? semoga sentiasa sihat dan ceria2 selalu..Saya merupakan ‘silent reader” untuk blog ustaz..Saya suka baca blog ustaz sebab banyak persoalan saya terjawab di dalam blog ustaz..Terima kasih ye ustaz dan terima kasih juga kerana ustaz sudi membaca emel saya.

ustaz love saya ada sedikit kemusyikilan

Ini berkaitan dengan pemilihan calon suami @ isteri.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.  (copy paste) ..

Untuk pengetahuan ustaz, saya berpegang kepada hadis ini dalam membuat pilihan untuk mencari calon suami..Kemusykilan saya di sini bukan berkaitan dengan hadis tersebut, tetapi saya ada berkenalan dengan  seorang sahabat lelaki yang saya kenal melalui laman mencari jodoh islamik, saya meminta beliau menerangkan serba sedikit tentang ciri-ciri beliau agar saya dapat mempertimbangkan keputusan untuk meneruskan sesi takruf atau tidak, begitu juga ciri-ciri yang beliau kehendaki pada pasangan tetapi beliau berpendapat “sy ttp mahu carik yg ikhlas.ciri2 tu x penting langsung..bila hati ikhlas semua jd.”

Soalan saya ustaz, apakah keikhlasan itu menjadi tanpa kita mengetahui ciri2 yang perlu ada setiap pasangan untuk mendapatkan jodoh yang baik? Bukankah sekiranya kita mengetahui ciri2 pasangan tersebut, kemungkinan hati kita boleh ikhlas menerima dia seadanya..?Mohon ustaz memberi jawapan dan mengulasnya serba sedikit..

Mohon maaf ustaz.. sekiranya cerita saya panjang lebar..=)..jika ustaz nak buat entry untuk soalan sy ni pun blh jgk..hihihi..

Terima kasih ye ustaz..

Wassalam..

-anon.

Soalan ni Ustaz Love dapat daripada e-mail (ustazlove[at]gmail[dot]com) dan Ustaz Love rasa nak berkongsi di blog (dengan kebenaran tuan punya soalan.. tuan ke, puan? kihkih) memandangkan ada isu yang agak menarik untuk diperdebatkan.. cewahh.. berkenaan situs (laman) pencarian jodoh online. Sebelum Ustaz Love masuk kepada isu sebenar, Ustaz Love nak ulas sket berkaitan isu kurang sebenar (isu sampingan).

Laman pencarian jodoh memang bersepah2 ada di internet. Bukan setakat laman yg khusus untuk mencari jodoh, bahkan di blog Ustaz Love ni pun ada juga yang menawarkan diri untuk berjodoh (bukan dengan Ustaz Love la).. tapi awal2 lagi Ustaz Love jelaskan, yang Ustaz Love bukanlah ejen pencari jodoh. Ustaz Love pernah jadi ejen jual prepaid, tapi tak terniat nak jadi ejen pencari jodoh.. bimbang terlibat menjadi ejen pemerdagangan orang..kihkih.

Setiap laman pencarian jodoh ada syarat2 yang tersendiri. Ada yang sangat terbuka, sehinggakan nak menjalin hubungan sulit dan perhubungan luar nikah pun diiklankan juga. Ada juga yang ala2 Islamik sket yang mengumpulkan data peribadi pemohon dan dipadankan dengan keinginan pencari jodoh itu. Ramai yang telah berjaya, tak kurang juga yang gagal.

Kaedah pencarian jodoh seperti ini telah lama berlaku.. sebelum wujud zaman internet lagi. Ustaz Love teringat masa sekolah rendah dulu (zaman2 romeo..kihkih), Ustaz Love pernah menghantar surat perkenalan kepada seorang aweks di Johor dan mendapat balasan. Ada la 2 3 pucuk surat dihantar, tapi lepas tu aweks tu mendiamkan diri bila Ustaz Love hantar gambar.. Sungguh kijam sekali aweks itu kepada seorang insan yang jujur seperti Ustaz Love ni..kihkih.. Mungkin juga beliau tak terlayan nak balas banyak2 surat.. sbb alamat beliau terpampang jelas dalam Majalah Didik (ke Kuntum.. tak ingat dah).. mungkin ramai lagi orang yang hantar surat kepada beliau.

Sekian dulu isu kurang sebenar.. berbalik kepada isu yang sebenar.

Nak mencari calon suami / isteri, takde masalah nak guna apa cara pun.. Nak letak iklan dalam surat khabar pun takde masalah.. Tajuknya boleh letak macam ni :

“Mencari calon suami beriman, yang tak tinggal solat, ada kerja tetap, berkereta sport dan berumah banglo..yang penting ikhlas”

Rasanya ada tak yang nak memohon? kihkih.. Ustaz Love gurau je..

Menggunakan laman2 pencarian jodoh ini ada pro dan kontranya. Sama juga macam kita suruh mak ayah carikan jodoh untuk kita, tetap ada pro dan kontranya. Itulah yang dinamakan pemilihan. Sama ada mak ayah pilih dan kita setuju atau tak, ataupun kita yang pilih sendiri dan mak ayah setuju atau tak, ia tetap berakhir dengan pilihan kita sendiri. Dan pilihan kita itu bakal menentukan kehidupan kita selepasnya, sama ada bahagia atau sengsara.

Bila kita nak berpasangan dengan seseorang, sudah tentu latar belakangnya kita perhatikan.. Ia akan bermula dengan perkenalan (taaruf).. jika rasa sesuai, barulah diteruskan ke proses seterusnya iaitu lamaran.. wanita nak melamar lelaki pun takde masalah.. apatah lagi pada zaman sekarang ni, lelaki lebih pemalu daripada wanita (ye ke?).. Kalau dah berkenan di hati, teruskanlah hubungan ke fasa seterusnya, iaitu fasa perkahwinan.

Dalam proses perkenalan inilah, sangat perlu untuk menyelidik siapa bakal pasangan kita itu. Jangan bergantung sangat dengan firasat sendiri.. sbb bila hati dah suka, bau tahi disangka haruman bunga.. Perlu merujuk kepada mereka2 yang mengenali calon pasangan itu.. sama ada melalui kawan2 rapatnya, atau adik beradiknya dsb. Waktu perkenalan ini ada 2 kategori manusia.. ada yang jujur sejujur2nya (sampaikan pakai spender kaler apa pun dia sanggup berkongsi cerita) dan ada yang suka berpura2.. letak gambar kat profile muka Tom Cruise, tapi wajah sebenar macam muka Tom & Jerry.. Ustaz Love teringat kisah member (tak pasti dah pernah cerita ke belum) yang berkenalan dan bercinta bagai nak rak melalui laman IRC (chatting.. zaman tu chatting ni cuma tulisan pada skrin gelap.. bkn mcm chat sekarang). Boleh kata tiap2 hari masuk CC nak berborak dengan aweks tu. Tiap2 hari dia cerita kat Ustaz Love pasal aweks tu muka macam artis la (nama artis dirahsiakan..kihkih), lemah lembut la, kentut bau kasturi la.. Bila dah semakin serius, beliau pun minta la gambar aweks tu.

Oleh kerana nak menunjukkan kejujuran, aweks tu pun bagi la gambar sebenar melalui pos.. Masa dapat surat tu, bukan main suka lagi beliau.. namun, sebaik beliau melihat gambar tersebut, serentak muka beliau menjadi layu.. dan terus membenamkan wajah ke bantal.. Ustaz Love pun tak tergamak nak tengok wajah aweks yang dikatakan ‘cun’ tu.. cuma selepas beberapa hari (setelah beliau berkurung dalam bilik), Ustaz Love dapat tau yg beliau dah clash. Tak pasti ni cerita sedih ke, cerita lawak. Nak gelak tak tergamak, nak menangis tak berbaloi.

Bagi Ustaz Love, kalau benarlah lelaki itu ‘ikhlas’ bagai dikata, tidak ada apa yang perlu dirahsiakan. Orang yang menggunakan ‘senjata’ ikhlas di mulut, sangat diragui keikhlasannya. Sebab ikhlas itu tempatnya di hati, dan bukannya di mulut. Jadi, persoalan hati yang ikhlas ini, tiada siapa pun yang dapat menekanya. Hatta orang yang dikenali pun kita belum pasti apa yang sebenarnya ada dalam hatinya, apatah lagi mereka2 yang tak dikenali.

Jadi, sewajarnyalah saudari berhati2 bertaaruf dengan lelaki yang menyembunyikan identiti ni (maksud Ustaz Love, yang nak mencari jodoh, tapi berahsia pasal identitinya). Sebab dalam internet, manusia boleh menjadi apa saja. Sekejap boleh jadi Ustaz, kejap lagi tukar nama lain jadi penggossip artis plak.. kejap lagi jadi motivator plak. So, jangan terpedaya dengan ayat2 cinta di internet.

Sekalipun perkenalan itu melalui internet (laman jodoh ke, forum ke dsb), ia tetap perlu disusuli dengan perkenalan di alam nyata.. sbb tiada orang yg berkahwin dalam internet (tiba2 status married, padahal baru seminit tadi statusnya single and available..kihkih).. Yang ada hanyalah mereka2 yang berkenalan di internet dan menjalin hubungan di alam nyata.

Pentingnya taaruf ini adalah sebagai langkah pertama untuk sesebuah perhubungan yang serius. Kalau bab taaruf pun dah fail, macam mana nak cerita pasal ikhlas mencari jodoh? Jangan sampai dah asyik bercinta di internet, akhirnya baru dapat tahu yang lelaki tu suami orang ke, orang tua kepala botak berperut buncit ke, orang yg nak mengambil kesempatan ke.. Ustaz Love jugak yang nak kena menjawabnya nanti..kihkih..

Lagi cantek, kalau beliau tu ‘ikhlas’ sangat, jemput datang rumah jumpa mak ayah. Itu baru betul2 tanda ikhlas.. bukan nak main2..

Ikhlas ni susah nak cerita.. sbb ia bukanlah setakat ikhlas pada penerimaan awal, tetapi ia berkaitan dengan dengan keikhlasan sepanjang perhubungan atau selepas habisnya perhubungan (disebabkan bercerai mati, bercerai hidup atau tak jadi kahwin). Ada pasangan yang kononnya ikhlas menerima seadanya, tapi bila bergaduh, habis segala jasa bakti dan budi diungkit2.. kini masa balas budi katanya.. Akhirnya, jadilah keikhlasan itu hancur lebur disebabkan berlakunya ungkit-mengungkit..

Bab kahwin ni kita tak boleh nak jangka.. sbb perkahwinan itu juga satu ujian.. ada yang berjaya, ada yang gagal.. ada yang gagal dulu, lepas tu berjaya dengan pasangan yang lain.. ada yang bahagia dengan pasangan pada awalnya, tapi berakhir dengan kegagalan. Salah satu faktor kebahagiaan dalam perkahwinan adalah dengan melakukan pemilihan yang tepat bagi menentukan calon suami / isteri. Sebab itulah, kita disarankan agar meminta pandangan ibu bapa dan melakukan istikharah bagi menentukan pilihan yang terbaik.. sebab kita nak menempuh satu alam yang mungkin dengannya akan membawa kebahagiaan sampai ke syurga, atau mengheret kita ke lembah neraka.

Nasihat Ustaz Love, berhati2lah bila bertaaruf dengan lelaki di alam maya mahupun di alam nyata..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. semua org nk tunjuk kebaikan.. kalu kita nak yg baik, kita kena cari dan bukan tunggu org tunjukkan 😉

  1. Assalamu’alaikum.
    Lucu dan kelakarlah ustaz ni..Tapi banyak info yang dapat diambil manfaatnya. Terima kasih ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme