I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Nikah Khitbah Untuk Mengawal Nafsu

Salam…

Ustaz Love menerima komen daripada seseorang yang menamakan dirinya sebagai Shidi dalam entry berkaitan nikah khitbah. Pada mulanya, Ustaz Love berhasrat nak jawab di komen juga, tapi bila memandangkan ada isu2 berbangkit berkaitan nikah khitbah ini, maka Ustaz Love berhasrat nak menulisnya sebagai entry. Oleh kerana komennya agak panjang, Ustaz Love cuba untuk mengulasnya satu persatu.

“assalamualaikum saudari dan ustaz love..

itu mungkin zaman dulu2 waktu ustazah awk ckp gitu..sbb org dulu2 lebih sopan dr org zaman sekarang..bahan2 lucah pun susah nk dpat xmcm zaman sekarang ni. sbb tula lebih baik nikah biasa je xyah nikah gantung pun xpe sbb org dulu2 tahu hormatkan pasangan masing2 krana kebanyakan mereka dinikahkan atas dasar pilihan keluarga..

tapi, zaman sekarang ni dah xmcm zaman dulu2..mana2 je boleh dapatkn bahan lucah dan mana2 je kita dah bole nampak penyakit sosial anak2 remaja zaman kini yg terlalu menggila..smpai lahir anak luar nikah/pembuangan bayi xberdosa.. lebih baik mereka bernikah gantung demi menyelamatkn maruah agama Islam dan bangsa Melayu kita..”


Zaman dulu atau zaman sekarang, isu nafsu masih lagi tetap sama. Zaman dulu dengan zamannya, zaman sekarang juga dengan zamannya. Saudara menyatakan sebegitu seolah2 macam saudara sendiri hidup pada zaman dulu. Bukankah zaman dulu juga terkenal dengan jenayah nafsu seperti rogol, zina, sumbang mahram dsb? Jika tidak, tidaklah diturunkan hukum hudud bagi penzina yang telah / pernah berkahwin (rejam sampai mati).. tidaklah P. Ramlee membuat filem Semerah Padi.. Jadi, jangan nilaikan zaman.. Sekalipun zaman dulu susah nak dapatkan bahan2 lucah, namun masyarakat masih lagi terdedah dengan kelucahan ini.. borak2 lucah di kedai kopi, usikan lucah terhadap wanita, skodeng orang mandi, skodeng orang berak dsb telah lama wujud sejak zaman dulu.. Bezanya, dahulu masyarakat Melayu pernah melalui zaman Islam dipegang kuat dalam hidup (spt ketika zaman Sultan Alauddin Riayat Shah), pernah juga melalui zaman kekurangan pegangan agama (hasil drp penjajahan British.. tahun 60 – 70an, Ustazah2 masih lagi pakai selendang menampakkan jambul.. itu belum masuk bab yg bukan Ustazah).

Zaman sekarang, seiring dengan berleluasanya maksiat dan dosa, jangan buat tak nampak akan kebangkitan kesedaran Islam di kalangan masyarakat. Suatu masa dulu, ceramah / forum agama terpaksa diselang-seli dengan persembahan nasyid atau nyanyian kerohanian drp artis terkenal untuk menarik pengunjung.. Sekarang ni, cukup Ustaz Azhar Idrus sorang je yg ceramah, berpuluh ribu orang sedia nak dengar walaupun dalam keadaan sesak dan tak selesa (kadang2 duduk dalam hujan).

Video lucah berlegar di internet.. begitu juga video ceramah dan bacaan al-Quran..

Sekarang, suatu pertanyaan khusus untuk saudara.. Kenapa memilih untuk melihat video lucah, sedangkan terlalu banyak pilihan untuk menonton video ceramah? Adakah nak salahkan video lucah, atau salahkan diri sendiri yang tak pandai nak mengawal nafsu?

Jangan melihat pernikahan itu dari satu sudut saja (selesaikan masalah nafsu). Pernikahan ni kita nak bawak sampai akhirat, bukan setakat nak lepaskan sedas dua air, kemudian bila diuji dengan masalah, terus nak cerai. Sebab nak elakkan daripada zina dan anak luar nikah, maka dilakukan pernikahan yg terburu2. Bila dah bernikah, baru kenal buruk baik pasangan.. akhirnya bercerai berai.. Isteri dan anak2 terabai. Bagi Ustaz Love, lebih baik fikir masak2 sebelum bernikah, berbanding terburu2 untuk bernikah gantung. Takut terjerat leher je nanti..

“jawapan Ustaz Love kpd pasangan di entry di atas tu memang tak membantu. ustaz telah menambahkn lagi perasaan buntu mereka. tak semua orang alim dan kuat iman mcm ustaz/ustazah atau sesiapa muslimin muslimat sejati yg memang terdidik dgn didikan agama yg cukup dan punyai iman yg utuh.

kira sudah bagus sangat mereka berfikir utk berkahwin daripada teruskn berzina dan akhirnya melahirkan anak luar nikah seterusnya membuang bayi tersebut yg masih tidak tahu apa2..”

Ustaz Love tak pasti sama ada jawapan itu membantu pasangan tersebut atau tak. Bagi Ustaz Love, Ustaz Love cuma akan sampaikan apa yang Ustaz Love rasa betul berdasarkan ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ini. Jika rasa nak ikut, terpulang. Kalau tak nak ikut pun, Ustaz Love tak rugi. Ustaz Love cuma menyampaikan, dan bukannya memaksa orang mengikut pandangan Ustaz Love.

Bagi Ustaz Love, lagi baik pasangan tersebut fokus pada pelajaran. Itu lebih baik daripada terlalu memikirkan soal kahwin, sedangkan walinya belum tentu bersetuju. Kalau walinya setuju, tiada masalah (sebab yg nak menanggung nafkah zahir bagi nikah khitbah ini pun adalah walinya). Kalau tak setuju? Nak kahwin lari? Atau nak berzina dulu, kemudian baru nak bagitau ibu bapa supaya mereka ‘terpaksa’ setuju?

Adalah lebih mudah untuk mengawal nafsu berbanding berfikir terlalu jauh untuk mengelakkan zina la, nak elakkan buang anak la.. Nabi s.a.w. dah bagitau formula mengawal nafsu, iaitu dengan berpuasa.. siapa kita untuk menyatakan ada cara lain yg lebih baik daripada itu?

Remaja ni kadang2 banyak akalnya.. tapi tak panjang fikirannya..

“MUSUH UTAMA UMAT ISLAM adalah syaitan = penghalang kpd kebaikan..

ni pendapat saya la..berpegang pada satu je..bila kita nak buat perkara yg diredhai Allah SWT, syaitan tidak akan duduk diam..dia akan halang perkara baik itu dari berlaku. dalam kes ni, dah terang lagi bersuluh, apa yg menjadikan pasangan di atas begitu adalah hasutan syaitan yg tak mahu mereka buat perkara yg Allah redhai..means, pahala kerana bakal mendirikan masjid.. sebab tu kalau orang bertunang, orang tua-tua tak bagi bertunang lama-lama. sebab berbagai dugaan akan datang, akibatnya putus tunang dan tak jadi kahwin..itu semua adalah perbuatan syaitan yg mengganggu hati dan perasaan pasangan yg berniat baik itu.

jadi, pada pendapat saya, jangan ikutkan sangat dengan hasutan syaitan tu. apa yang NYATA perkara baik dan diREDHAI oleh Allah SWT, maka perkara yg NYATA itulah yg kita lakukan. kerana itulah jalan terbaik yg diredhai oleh Allah. jika masalah mereka sekarang, parents yg jadi penghalang. dan penyebab yg membuatkan parents menghalang tu, tak lain dan tak bukan, syaitan yg menghasut fikiran parents mereka tu.”

Jangan salahkan syaitan dalam semua perkara.. kalaulah semudah itu, nescaya seluruh manusia akan menyalahkan syaitan di akhirat nanti atas kejahatan yang mereka lakukan. Sedangkan syaitan akan berkata yang dia hanya membisikkan saja, sedangkan yang mengikut dan terpengaruh itu adalah manusia sendiri (disebabkan kelemahan iman mereka).

Perkara betul, jika dilakukan dengan cara yang tak betul, atau dilakukan pada masa yang tak betul, natijahnya akan menjadi tak betul. Minum ais ketika sedang batuk, akan menjadikan batuk semakin teruk..walaupun pada ketika lain, ais itu boleh melegakan tekak dan menghilangkan dahaga.

Bernikah, jika tak kena cara atau masanya, sekalipun ia suatu perbuatan yang baik, akan menghasilkan natijah tidak seperti yang diharapkan.  Seorang yang tidak mempunyai pendapatan, bahkan bergantung hidup kepada ibu bapa, sekiranya beliau berkahwin, secara logiknya beliau akan menyusahkan lagi ibu bapanya untuk menanggung isteri dan anaknya pula. Isterinya dan anaknya juga sudah tentu tak mendapat nafkah yang selayaknya diterima.

“perkara yg nampak memang NYATA BAIK dan DIREDHAI, itu yg patut pasangan yg nekad bernikah lakukan. manakala perkara yang MENGGANGGU FIKIRAN / KHAYALAN / FIKIRAN YG BUKAN2.. itu TIDAK NYATA dan tidak benar kerana hanya hasutan/godaan iblis. JALAN YG ALLAH REDHAI ADALAH JALAN YG BENAR LAGI LURUS… harap pasangan di atas melakukan pilihan yg tepat dan betul dengan bernikah sahaja memandangkan teman lelaki si gadis itu pun orang baik2.lakukan solat istikharah terlebih dahulu, barulah buat keputusan.itulah yg sebaik2nya..wallahu’alam”

Akhirnya, saudara nampak juga kan pentingnya istikharah itu.. tetapi jangan lupa, mesyuarat (perbincangan dengan keluarga) itu juga tak kurang pentingnya. Jadi, nilaikanlah segala tindakan dan fikirkanlah baik buruk sebelum mengambil keputusan.

Ustaz Love rasa, saudara ni belum berkahwin (tapi kalau saudara nak mengaku dah berkahwin pun, Ustaz Love takde masalah).. Biasanya orang yang belum berkahwin ni, maka alam perkahwinan itu baginya dilihat seperti syurga, yang makan tanpa berak, yang kentut bau kasturi, yang layanan bak bidadari dsb.. Hanya mereka yang telah berkahwin saja yg faham hakikat perkahwinan ini.

p/s : kalu dah tahu tangan tu penuh tahi, gi la basuh. Kenapa nak lap kat baju walaupun ia boleh ‘membersihkan’ tangan, sedangkan baju plak yg berlumuran tahi?.. maksudnya, Kalu dah ketagih video lucah, bertaubatlah dan berpuasalah. Kahwin bkn satu2nya jalan.Selesaikan dulu masalah ketagihan itu, barulah terjun ke alam perkahwinan. Jika ketagihan itu dibawa masuk ke dalam perkahwinan, nescaya perkahwinan itu takkan dapat menyelesaikan masalah nafsu, bahkan menyebabkan perkahwinan jadi porak-peranda disebabkan ‘kegilaan’ ketagihan itu.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. ustaz , soalan saya berkenaan dengan aurat pada siku dan ke bawah pada wanita .

    adakah ia dikira berdosa jika wanita menampakkan warna kulit siku dan ke bawah (pergelangan tangan) secara tidak sengaja , contohnya perempuan tu kena tulis something kat papab putih , tapi dia pakai lengan bju kurng yang biasa(tiada butang kat hujung) , so lengan tu akan terselak lah sedikit ketika dia angkat tangan , bagaiamana hukumnya?

    bagaimana kalau perempuan itu memakai sarung tangan dan dia memakai baju kurung , tapi lengan baju kurung dia itu selalu terselak tapi ia masih dicover oleh stoking tangan tapi ia menampakkan bentuk diantara siku dan ke bawah ( pergelangan tangan)?

    tq . 🙂

      1. adakah kah dikira aurat kalau perempuan tu menampakkan siku dan ke bawah tapi ditutup oleh stoking tangan ..

        1. dikira masih belum sempurna menutup aurat sbb stoking tangan tu ketat dan menampakkan bentuk aurat lengan…

  2. terbaekk jwpn ustaz love ni–saya sokong 101 %–nikah sbb nafsu semata2 tak ke mana jugak..lps dh bosan, cerai..mana boleh mcm tu..

    “Ustaz Love rasa, saudara ni belum berkahwin (tapi kalau saudara nak mengaku dah berkahwin pun, Ustaz Love takde masalah).. Biasanya orang yang belum berkahwin ni, maka alam perkahwinan itu baginya dilihat seperti syurga, yang makan tanpa berak, yang kentut bau kasturi, yang layanan bak bidadari dsb.. Hanya mereka yang telah berkahwin saja yg faham hakikat perkahwinan ini.”

    yep..zmn cintan cintun tak sama mcm time dh kawin..fakta bukan auta!!
    Mama Zharfan recently posted..Menikmati susu tanpa disedari..oppss..boleh ker?My Profile

    1. Setuju sangat. orang yg belum kahwin ni majoriti (tak semua), otaknya duk pikir tang nafsu je semata2.. tp bila dah kawin, kita tau, benda alah tu is part and parcel sahaja (bukan nya main priority).

  3. salam ustaz.. apakah yang dimaksudkan dgn “bukan setakat nak lepaskan sedas dua air”.. mohon penjelasan.. hehehehe…

      1. ustaz love ckp mcm tak pernah jadi remaja..di akhir zaman ni tak semua orang mampu tahan hasutan syaitan..sedangkan seorang ustaz boleh tersungkur dengan godaan syaitan apatah lagi orang lain yang imannya senipis kulit bawang..seharusnya ustaz menggalakkan,di arab nikah khitbah jadi amalan,sama juga di mana2 ipt..bukan ke lebih baik mencegah sebelum terjadinya perkara2 yang memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga..

        1. Memang nikah khitbah tidak digalakkan, Nabi lebih galakkan berpuasa jika tak mampu. Kebanyakan masyarakat (remaja) sekarang tak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Dalam berpuasa tanamkan rasa cinta kepada allah dan rasul. Selalu sebut “ya allah, ampunkan aku kerana membuat dosa sama ada yang jelas atau tersembunyi” dan cuba-cubalah berjinak mendengar kuliah agama dan sebagainya. Amalkan selalu supaya hidup kita sentiasa bertuhankan allah. Rasakan kewujudan Allah setiap masa yang memerhati. Ia amat mudah jika amalkan selalu. Bila kita dah buat begitu (berulang-ulang kali) maka kita akan dijaga allah. Masalahnya orang sekarang nak ambil jalan mudah kerana rasa bertuhan tak ada dalam diri atau sekejap ada sekejap tak de sebab apa? sebab tak amal selalu. Itulah formulanya. Selamat beramal.

          1. Sabar itu sebahagian jihad (mujahadah) agama.. tak ramai yg sanggup bersabar, sebaliknya menggunakan pelbagai alasan supaya dapat mengelakkan diri drp bersabar..

  4. Ustaz, sejauh mana kebaikan nikah khitbah. Selepas nikah, rasanya lebih tersiksa jiwa raga menahan rindu pada suami sedangkan kenduri masih lambat lagi. Adakah ini adalah nafsu semata-mata.

    1. ada pro dan kontranya… tak sama antara satu sama lain.. kena nilai situasi sendiri untuk memahaminya..

  5. salam… dah baca dua2 komen… dua2 ada pro and cons. Cuma pendapat ustaz Love… Zuhud sangat kot nak diikut orang yang belum kawin…

    kalau ustaz love kata puasa boleh mengawal nafsu pun… payah juga nak terima. sebab Orang yang paling boleh mengawal nafsu ialah nabi Muhammad s.a.w. tapi masih baginda ikat dua peha isterinya yang sedang haid? kenapa? kita ni ummat lagi lah… baik sangat kalau kata boleh kawal nafsu dengan puasa.

    sebab ustaz dah kawin, dah tak heran dengan hubungan… mana boleh dibanding dengan orang belum kahwin. kena tengok video lucah ke nafsu tu… tak rasanya… bila berdua datang la yang ketiga. tak suruh terus berzina… mula2 suruh pegang tangan… lepas tu peluk pinggang bila di tempat sesak… itu pun dosa yang orang kita tak rasa berdosa pun… kan?

    saya tak kata orang yang tak dapat kawal nafsu tu tak betul. diorang salah dengan cara diorang. tp mungkin ustaz tak boleh la kata diorang lumur tahi ke baju hanya kerana nikah khitbah… sebabnya. di saudi pun mencela sikap wali yang menyusah-nyusahkan dalam perkahwinan anak. hingga menyebabkan 70% golongan muda melakukan Onani, dan macam2 gejala yang berdosa… sebab hormon miang ni dah mula dirembeskan sejak manusia baligh. nak tunggu cukup duit. umur 40 belum tentu cukup. sedangkan Allah s.w.t akan kurniakan ganjaran berupa rezeki dan kesenangan bg mereka yang berkahwin. Orang panggil rezeki anak…? kenapa tak didik aje remaja jadi bertanggungjawab… dari dok paksa diorang control naluri yang manusia normal ada.

    kena tanggung anak tu walaupun sudah bernikah, tak sama ke dengan kena tanggung walaupun dah umur 30? sama je ikut fikiran saya. dua2 kena tanggung.

    pandangan boleh, tapi tak elok keras sangat… lagi pun… kita belum tentu betul, dia belum tentu salah… jangan rasa baik sangat… 🙂

  6. assalammualikum ustaz.
    saya meminta pandangan ustaz tentang bagaimana dan apakah langkah yang sepatutnya saya lakukan berkenaan dengan situasi saya ini.
    saya seorang pelajar yang berhasrat untuk nikah khitbah kerana pada awal nya disebabkan sudah terlanjur dengan pasangan.
    orang tua kami sudah mengetahui perkara ini dan kami mendapat sokongan dan galakkan 100% daripada ibu bapa pasangan saya untuk nikah khitbah.
    tapi yang menjadi masalahnya ibu bapa saya tidak bersetuju dalam perkara ini malah memberi ancaman kepada saya bahawa mereka tidak akan menaggung saya lagi dan tidak membenarkan saya tinggal bersama mereka selepas saya nikah khitbah kerana mereka mahu menamatkan pelajaran dahulu.
    saya hormat keputusan ibu bapa saya dan terfikir ada baik nya juga tamatkan pelajaran dahulu. Akan tetapi masalah kini emosi saya dirangsang berterusan dan didesak serta diancam oleh pasang dan pihak pasangan. semua pebuatan dan tingkah laku saya menjadi tidak menyenangkan dan tidak tenang hari demi hari apabila memikirkannya. ingatkan pergi belajar jauh jauh dan berjauhan dengan pasangan dapat lah tenangkan diri sikit dan juga perbaiki diri lagi lagi bulan Ramadhan ni,berharap boleh beribadat dengan tenang malah jadi tidak tenang. saya mengharap jasa baik ustaz agar memberi pandangan juga nasihat dalam situasi saya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme