I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Menolak Petunjuk Istikharah Disebabkan Penyakit

Assalamualaikum Ustaz dan tidak lupa juga Salam Ramadhan

Semoga ramadhan yang diberkati ini memberi sejuta rahmat kepada kita semua, amiin

Saya ada terjumpa blog tanyalah ustaz love dan saya kira agak tepat sekiranya saya ingin bertanya kepada ustaz tentang hal ini

Saya ada berkenalan dengan seorang lelaki namun kami tidak pernah bertemu

Bersua muka hanya melalui gambar dan saya kira dia punya kriteria bakal suami yang beriman

Kami pernah online secara video chat namun ianya masih mengikut syariat islam iaitu menutup aurat dan berbincang tentang isu semasa

Saya juga telah melakukan beberapa istikharah bagi menetapkan hati untuk menunggu nya berjumpa kedua ibu bapa saya dan alhamdulillah saya dapat ketenangan daripada itu dan telah memberi jawapan setuju kepadanya

Untuk lebih pasti, saya meminta sebaiknya dia juga membuat istikharah tersebut, dan dia bersetuju.

Namun baru-baru ini dia telah memberikan jawapan istikharahnya kepada saya iaitu dia tidak nampak gambaran yang jelas tentang masa depan antara saya dan dia..dan memutuskan mungkin ini bukan satu petanda yang baik

Saya masih keliru ustaz, biarpun saya tau saya telah mendapat ketenangan daripada istikharah yang saya lakukan tp sebaliknya dia memberitahu dia tidak mendapat gambaran yang jelas

Saya tidaklah mahu menyangkal takdir cuma saya inginkan pendapat yang lebih arif; jikalau sebelah pihak menerima positif signal daripada istikharahnya dan sebelah pihak lagi tidak mendapat gambaran yang jelas, adakah perlu diteruskan jua atau berhenti di situ sahaja.

Dan saya juga mendapat tau yang dia sebenarnya sakit dan baru shj selamat menjalani pembedahan yang serius namun dia tak pernah menceritakannya kepada saya. Saya mendapat maklumat ini melalui blognya namun dia tidak tahu saya mengetahui tentang saya adalah one of the follower utk blognya

Bagi saya, saya tidak kisah tentang penyakit yang dia alami memandangkan saya telah mendapat ketetapan hati daripada istikharah saya namun saya tidak pasti tentang jawapan istikharahnya yg tidak jelas itu adalakah disebabkan dia mengambil kira juga penyakit yang dihidapinya

Saya memohon pandangan ustaz dalam hal ini

Segala jasa baik ustaz saya dahulukan dengan ucapan terima kasih

Wassalam

Lama jugak Ustaz Love simpan soalan ni buat pekasam. Raya pun dah nak habis dah. Tapi takpe la kan.. biar lambat asal selamat (ayat selamatkan diri..kihkih).

Ustaz Love agak kurang faham dengan situasi seseorang yang ingin menyerahkan hidupnya kepada orang lain, tapi sekadar mengenalinya di alam maya. Apakah sememangnya hidup hanya di depan pc semata2? Takde real life? Maaf andai pertanyaan Ustaz Love ni agak kasar, tapi sebenarnya ada sesuatu yang Ustaz Love cuba nak sampaikan.. termasuk kepada para pembaca blog Ustaz Love ini.

Atas nama nak menjaga ikhtilat (pergaulan) supaya tidak melampaui batas, nak menjaga maruah, nak jaga aurat, nak jaga hati, nak jaga hidung dsb, maka ada antara kita mengabaikan aspek yang agak penting dalam memilih jodoh ini iaitu pertemuan dengan bakal jodoh melalui proses taaruf. Bukanlah bermaksud hanya dengan bertemu muka saja yang boleh kita nak melihat bakal pasangan.. kalau sekadar nak tengok, pakai gambar pun dah ok.. tapi lebih daripada itu, kita nak ‘melihat’ calon pasangan hidup yang mana kita akan hidup bersamanya mungkin untuk sepanjang hayat kita di dunia dan membawa ke syurga nanti.

Pentingnya melihat calon ini sehinggakan dibenarkan untuk skodeng bakal jodohnya. Tapi bukan skodeng masa beliau tengah mandi la (walaupun ada pendapat mazhab Dzahiri yang menyatakan boleh untuk melihat aurat wanita yg ingin dikahwini). Skodeng la masa beliau tunggu bas ke, masa beliau makan kat mamak ke.. dengan syarat memang nak menjadikannya jodoh. Kalau bukan dengan tujuan nak berkahwin, tidaklah dibenarkan aktiviti skodeng tersebut.

Banyak hadis2 yang menceritakan bab melihat bakal pasangan ni.. bahkan Nabi s.a.w. menyuruh sahabat melihat dulu bakal isterinya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Perintah untuk lelaki yg umum, maka ia juga menjadi perintah untuk wanita. Maka, sewajarnya wanita melihat dulu bakal suaminya sebelum membuat apa2 keputusan. Jadi, bagi ibu bapa yang nak menikahkan anaknya dengan lelaki pilihan hati mereka, jumpakan dulu kedua2nya untuk bertaaruf dan berkenalan. Mungkin ada sesuatu yg pada pandangan anaknya itu yang kurang berkenan di hatinya. Jika dipaksa juga berkahwin dengan orang yang tak disukai, dibimbangi perkahwinan itu akan menyemai bibit2 kebencian, dan bukannya kebahagiaan seperti harapan ibu bapa.

Agak mustahil (walaupun mungkin ada) saudari nak menyatakan dengan pasti bahawa lelaki itu adalah lelaki yg kuat imannya berdasarkan chatting secara online.. sedangkan bulu hidungnya pun saudari tak dapat nak lihat secara jelas, bagaimana agaknya saudari nak menentukan apa yg ada dalam hatinya.. bagaimana sikap sebenarnya.. adakah sama sikapnya di alam maya dengan di alam nyata? Semua itu perlu melalui proses yang agak panjang.. walaupun mungkin kita ada terbaca novel ke, kisah benar ke, tentang perkahwinan yang hanya sekadar berkenalan di internet tanpa bersua muka.. tau2 masa malam pertama, si suami sungguh terkenjut melihat isterinya yang sungguh cantik mengalahkan bidadari dan puntianak harum sundal malam (masa ada paku kat lehernya).. sungguh suami itu tak sangka dengan kecantikan isterinya yang cuma dilihat disebalik niqab sebelum ini.. begitu juga dengan sang isteri yang sungguh tak sangka dengan kekacakan suaminya yang sungguh berbeza daripada dalam gambar.. rupa2nya gambar yang diberikan sebelum ini, saja diedit menggunakan photoshop untuk menampakkan tak berapa hensem.. ohh.. sungguh bahagia sekali!!.. Ok tak ayat novel ni? 😀

Jadi, sebelum saudari menetapkan hati (sekalipun telah beristikharah), berjumpalah dulu dengan beliau. Ustaz Love bukan suruh saudari berkhalwat, tapi berjumlah beliau dengan ditemani ibu bapa ke, abang ke. Kalau nampak macam sesuai, barulah diusulkan untuk perjumpaan antara keluarga pula.

Berbalik kepada persoalan istikharah..

Istikharah ni kita jangan silap faham.. ia bukannya medium untuk meramal masa akan datang, sama ada sesuai tak sesuai, nampak wajah dalam mimpi ke, atau nampak wajah orang lain ke.. kalau asyik2 mimpi wajah hantu je, takkan itu petunjuk suruh kahwin dengan jin plak kan?

Istikharah ini adalah untuk memohon kepada Allah membantu kita membuat pilihan.. dan kebanyakan petunjuk istikharah adalah melalui kecenderungan hati, sama ada kita semakin menyukai pilihan itu, atau semakin tak suka..dan bukanlah semata2 mimpi. Walaupun mimpi itu ada yang benar, tapi tak dapat dinafikan peranan syaitan untuk masuk ke dalam mimpi. Mungkin juga Allah dah berikan petunjuk kepada kita melalui rasa hati (ilham), tapi kita sibuk jugak nak tengok apa yg ada dalam mimpi.. sehingga akhirnya kita terlepas pandang petunjuk yang Allah telah berikan.

Petunjuk itu daripada Allah.. jadi, mustahil petunjuk yg diberikan bertentangan antara satu sama lain.. melainkan jika keinginan yang kuat itu disangka sebagai petunjuk, sedangkan ianya datang daripada gesaan nafsu, maka ada kemungkinan ia bertentangan. Jadi, lakukanlah istikharah banyak kali sehinggalah hati kita dah tetap dengan sesuatu keputusan. Dan bila ditunjukkan keputusannya, ada kemungkinan pihak lelaki menolak petunjuk yg diberikan kepadanya dan lebih suka mengikut akal fikirannya. Namun, tidaklah bermakna jika hati dah cenderung kepada lelaki itu, maka tiada lelaki lain yang layak untuk saudari. Mungkin pada masa lain, saudari bertemu dengan lelaki lain, dan diberi petunjuk beliau merupakan jodoh yang baik juga.. persoalan jodoh ini, kita memang tak tahu dengan siapa kita akan dijodohkan. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa semoga diberikan jodoh terbaik yang kita cintai.

Jika saudari dah punya pilihan, maka saudari perbanyakkanlah doa dan melakukan solat hajat agar dipermudahkan jodoh saudari dengan lelaki itu. Jemputlah beliau untuk bertemu dengan ibu bapa saudari. Jika beliau menolak, saudari tanyakan la pada beliau akan sebabnya. Ustaz Love sendiri tak dapat nak bagi jawapan bagi pihak beliau, sbb Ustaz Love bukanlah beliau. Mungkin juga beliau tak nak membebankan saudari dengan penyakitnya, mungkin juga beliau dah ada pilihan yang lain, atau mungkin juga beliau tak suka dah kat saudari.. semua itu hanyalah kemungkinan.. untuk kepastian, adalah lebih baik saudari berterus-terang dengan beliau dan tanyakan masalahnya.

Jika beliau benar2 sukakan saudari, insyaAllah beliau akan berusaha untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan iaitu fasa perkahwinan. Seorang yg kuat imannya, takkan menjadikan penyakit sebagai alasan untuk berpisah daripada kekasihnya.. kerana dia yakin adanya syurga yang mana mereka akan bertemu semula sebagai suami isteri. Kecualilah kalau penyakitnya itu dari jenis yang berjangkit dan merbahaya (spt AIDS), maka wajarlah beliau untuk tidak berkahwin.

Jika beliau memberikan pelbagai alasan, saudari tak perlu la rasanya nak menunggu beliau lama2.. sebab lelaki ni kalau dia dah suka seseorang wanita, dia akan mencipta pelbagai peluang untuk merapatkan perhubungan. Sebaliknya, kalau beliau dah tak suka, pelbagai alasan akan dicipta untuk menjarakkan lagi hubungan. Adalah lebih baik saudari membuka ruang kepada orang lain yang mungkin lebih layak saudari cintai sebagai seorang suami.

Orang sakit ni emosinya memang tak stabil. Kalau saudari rasa yang saudari ini seorang yang cukup bersabar untuk melayani karenah orang sakit, insyaAllah, banyak pahala yg saudari boleh dapat. Tapi, kalau saudari jenis tak cukup sabar, adalah lebih baik dijauhkan, agar saudari tidak melakukan dosa dan kezaliman terhadapnya. Jangan sampai nak ketuk pintu syurga, api neraka pula yang menjemput masuk. Nilailah kemampuan sendiri sebelum mencabar diri melakukan sesuatu pengorbanan yang besar.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
  1. “Istikharah ni kita jangan silap faham.. ia bukannya medium untuk meramal masa akan datang, sama ada sesuai tak sesuai, nampak wajah dalam mimpi ke, atau nampak wajah orang lain ke.. kalau asyik2 mimpi wajah hantu je, takkan itu petunjuk suruh kahwin dengan jin plak kan?”

    Best ayat ustaz ni. haha.. terbaik le ustaz…Ustaz tanya sikit, kalau kita suka kat seseorang dan kita dh luahkan pada perempuan tu…tp orang tu kata dia dah ada bf. Pada pandangan ustaz, kalau orang tu tetap teruskan dan tidak putus berdoa dan solat hajat agar satu hari dipertemu dan dimudahkan jodohnya dengan perempuan tu…apakah tindakan itu munasabah?

    Berpegang kepada firman Allah (Surah al-Mu’min, 40: 60) “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.”

    1. saudara boleh teruskan berdoa dan berdoa..tetapi tidak boleh mengurat beliau sbb beliau telah ditempah..

      1. er couple bf gf kira dh ditempah ke ustaz? setahu sy kalu dh bertunang je. dia belum bertunang lg..hoho

        1. tunang dan couple tu sekadar istilah.. sama ada dibuat secara adat (dgn tepak sirih, sarung cincin tunang oleh bakal mertua dsb) atau tak, tidak menjadi masalah.. sebaliknya, bila seorang lelaki telah menetapkan hubungan yg serius untuk berkahwin dan dipersetujui oleh wanita itu, maka berlakulah pertunangan.

  2. salam ustaz, di usia 22 tahun ibu saya meminta utk saya melakukan istikarah supaya tuhan memberikan yg terbaik dalam persoalan jodoh,walaupun saya kini masih single tidak berteman. Dan alhamdulillah, saya amalkan… tetapi yang menjadi sedikit persoalan, dan rasa takut saya apabila saya kerap termimpikan encik A, kenalan kerja yang sedikit berusia tetapi masih bujang. saya telahkenal beliau bertahun-tahun. dan akhir-akhir ini saya beristikarah dan termimpikannya sehinggakan saya berasa takut untuk meneruskan istikarah saya lagi. Malah, saya juga pernah mimpikan bertemu arwah bapa beliau walau hakikatnya saya tidak pernah bertemu, hatta melihat gambar dan bersua muka dengan arwah bapa beliau. dan walaupun kami tidak bertegur sapa dan berjauhan antara satu sama lain, tetapi saya masih mengetahui keadaan beliau kerana saya sering mendapat mimpi tentang keadaan kehidupan yang beliau hadapi… dan termasuklah apabila saya keluar bersama lelaki lain, pernah saya didatanginya dalam mimpi dan menangisi saya tidak bersamanya…

    persoalannya bermain difikiran saya ustaz, adakah mimpi saya itu layak diterima sbg jawapan kepada Istikarah saya?
    adakah ia mainan perasaan dan fikiran saya semata-mata?
    mengapa saya perlu mimpikan beliau dan tidak lelaki lain sepanjang istikarah saya?
    adakah beliau jawapan istikarah saya? tetapi saya hairan kerana saya sering mimpikan beliau, tetapi dalam realitinya kami telah bergaduh kerana masalah dalam kerja dan tidak bertegur sapa selama beberapa bulan kebelakangan ini…
    adakah jika saya tidak mempercayai mimpi tersebut sbg jawapan istikarah saya, saya akan dikira derhaka dan zalim kepada Allah kerana seolah-olah meminta pertolongan (melalui istikarah) dan setelah Allah memberikan mimpi, saya menafikannya pula?
    saya kini takut untuk beristikarah kerana memikirkan persoalan-persoalan ini…
    semoga ustaz atau rakan-rakan di alam maya dpt memberi pencerahan. terima kasih.

    1. spt yg Ustaz Love nyatakan, petunjuk istikharah itu tak semestinya melalui mimpi.. mimpi yg saudari alami itu bagi Ustaz Love, lebih kepada gangguan jin dan syaitan.

      istikharahlah ketika telah mempunyai pilihan hati. jika tiada sesiapa lg, adalah lebih wajar melakukan solat hajat. kalau calon pun takde, nak istikharah (meminta ditunjukkan pilihan) apanya, ye tak?

  3. As-salam ustaz,

    saya nak tanye..kite sedia maklum yang menyetubuhi isteri ketika haid adalah haram..tetapi bagaimana pula hukumnya suami menyetubuhi isteri ketika si isteri sudah habis haid tetapi belum sempat mandi hadas haid..

    1. banyak pandangan ulamak dalam hal ni.. tapi Ustaz Love lebih suka berpegang pada hukum makruh kerana ada hadis larangan isbal (melabuhkan pakaian), tetapi ada ulamak mengatakan ia berkaitan dengan tujuan isbal iaitu untuk tujuan bermegah..

      WA

  4. salam ustaz,
    boleh sy thu mcmna nk brhubung dgn ustaz, sbb sy ada masalah. dan sy ada byk pertanyaan. kalau boleh, sy nak emel ustaz,
    terima kasih 🙂

  5. asslammualaikum ustaz adakah kifarah untuk mereka yang diberi petunjuk tetapi tak ikut petunjuk itu lepas itu dia merasakan hidupnya susah dan asyik bergaduh dengan isterinya

    1. kifarah itu tiada kaitan dengan petunjuk istikharah.. sbb meninggalkan istikharah sendiri bukanlah suatu dosa.. anggap saja ia ujian yg diberikan oleh Allah.. belum tentu pasangan yg dipilih melalui petunjuk istikharah tidak diuji dalam perkahwinan mereka..

  6. asalamualaikum . sy drpd skola agama . sy selalu beristikharah dan melakukan solat sunat dan berharap agar Allah mengurniakan saya seorang lelaki yg beriman yg boleh membawa sy dan keturunan sy ke jannah Allah . akhirnya Allah pertemukan jdodh sy dgn seorang lelaki ini .. sy teramat menyintai dy kerana sy angap dy adela jodoh sy .. selama sy dgn dy , sy banyak bersabar dgn dy dgn harapan dy akn berubah . perubahan sy terlalu drastik ketika bercinta dgn dy .. akhirnya sy wat lg skali solat , dan akhirnya Allah memberi petunjuk bahawa dy telah menyihir sy dgn ilmu guna guna untk mendapatkan sy .. pd masa itu , hanya Allah sj yg tau betapa meruntun hati sy .. patotla sy mengalami pelbagai simpton disihir .. akhirnya sy berubat dan alhamdulila ok .. tetapi lelaki itu maseh menghubungi sy dan maseh menyihir sy jd setiap hari sy harus membaca ayat2 ruqyah .. dalam mase yg same , sy juga ade berkawan dengan seorang tahfiz ini .. dan kami telah merancang untk berkahwin ..sy kenal lelaki ini lebih lame drpd sy mengenali lelaki yg telah menyihir sy .. jd adaka demungkinan Allah telah menguji kesabaran sy untuk mencari jodoh yg beriman ? sy mahu teroskan istikharah tp takut perkara lalu berulang lg .. tp pengalaman pahit yg dulu itu , sya redha .. bagaimanakah sy utk mdptkan pentunjuk dr Allah dgn lelaki tahfiz ini ataupun Allah telah mengabulkan permintaan sy dgn menghadirkan lelaki tahfiz ini dalam hidup sy dalam masa yg same . terima kasih

  7. Assalamualaiku.. saya ingin bertanya..apabila kita istikharah, antara insan A dn insan B, hati kite rase berat pada insan A dn kite nmpk buruk insan B. Adakah itu petunjuk istikharah? Adakah Tuhan bukak aib seseorang sebagai petunjuk?

    1. Ada kemungkinan juga. Namun, kebanyakan petunjuk istikharah bukanlah melalui mimpi, sebaliknya melalui kecenderungan hati, pilihan mana yang hati kita lebih cenderung.

  8. Assalamualaikum ustaz… saya sangat selesa berkawan dengan seorang lelaki ni.. namun family saya agak memandang status pekerjaannya.. adakah saya patut tinggalkan lelaki tersebut dan ikut kemahuan family saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme