I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Khas Buat Wanita Yang Lambat Berkahwin

ustaz boleh buat entri beri galakan pada wanita yang tk kahwin sebab terkena sihir pelalau bertahun? juga utk wanta yg lambat dpt jodoh walau dah usaha

– muslimah

Ustaz Love tak tahu nak bagi galakan macam mana.. kalau bagi galakan pada budak2 yang tengah bersukan, boleh la Ustaz Love tepuk2 tangan sambil jerit2 “Malaysia Boleh!!”..kihkih.. kalau nak bagi galakan pada wanita yang lewat jodoh ni, Ustaz Love rasa macam ada yang tak kena je.. Mungkin boleh tukar perkataan galakan tu kepada semangat.. bagi semangat kepada wanita2 termasuk la lelaki2 yang lambat berkahwin, tak kira la sebab disihir ataupun tidak. Sebab lambat kahwin ni bukanlah sesuatu yang menggembirakan.. walaupun cool macam mana pun orang bujang, hatinya tetap akan terguris bila disindir oleh ahli keluarga mahupun rakan2 selagi belum berkahwin.. apatah lagi dengan peningkatan umur walaupun kehidupan dah serba stabil.

Bila tengok orang berkeluarga, tengok orang dukung anak, tengok orang perempuan mengandung (org lelaki mengandung, takde sapa nak ucap tahniah) dsb, hati seorang lelaki mahupun wanita akan menjadi sayu. Lalu terbayanglah di kotak fikiran, betapa bahagianya kalau punya keluarga sendiri.. ada anak untuk didukung, ada isteri untuk bermanja, ada suami untuk mengada2.. semua bayangan indah ini akan hadir bila ada masa2 terluang. Bukan setiap masa orang berangan.. hanya mereka2 yg takde kerja nak buat je yg kuat berangan (walaupun dah bekerja, kadang2 ramai yg lagi banyak mengelamun berbanding sibuk buat kerja).

Sebab itu, biasa kita dengar mereka2 yang andalusia (anak dara lanjut usia) mempunyai jawatan tinggi,ย kedudukan kewangan yang mantap, ada rumah besar, ada kereta besar ย dan segala kebesaran yang ada. Begitu juga dengan antelusia (anak teruna lanjut usia), ramai juga yang dah mempunyai kerjaya yang stabil, tapi masih tercari2 teman hidup.

Nak dikatakan memilih sangat, tak boleh nak cakap jugak. Sebab bab mencari pasangan hidup ni, memang la kita kena memilih, tak boleh la nak tangkap muat je. Beli baju pun berjam2 kita memilih.. pilih warna, pilih saiz, pilih fesyen.. sedangkan baju yang kita beli tu kadang2 pakai sebulan sekali je. Inikan pula pasangan yang kita nak ‘pakai’ hari2 (jangan salah faham istilah ‘pakai’ tu.. Ustaz Love ambil istilah dalam al-Quran yg menyatakan pasangan itu adalah libas iaitu pakaian), lagi la kena pilih betul2.

Bukan soal cerewet yang menjadi perbahasan, sebaliknya soal bersederhana dalam pemilihan itu perlu diperhatikan. Jangan bersikap terlalu berhati2 sehingga menjadi paranoia (istilah paranoid merujuk kepada ketakutan melampau / fobia dengan sesuatu perkara). Terlalu takut sehingga tak sanggup nak melangkah setapak ke depan dalam perhubungan. Lebih rela menutup pintu hati selagi tak berjumpa dengan seseorang yang sempurna dalam segenap segi, sedangkan hakikatnya kita sendiri tahu yang tiada manusia pun yang sempurna.. pasti akan ada kekurangan di sana-sini.

Akibat terlalu mencari kesempurnaan, maka seseorang itu tidak akan berjumpa dengan pasangan yang sesuai dengan kehendaknya.. bahkan mereka yang dah berkahwin pun akan rasa tak bahagia sebab telah mengetahui buruk baik pasangannya berbanding semasa bercinta (yg kebanyakannya hanyalah lakonan semata).

Beza pasangan moden dengan pasangan dulu2, pasangan moden mencari kesempurnaan. Kalau ada kekurangan, masing2 sukar nak menerima.. akhirnya berlaku perbalahan dan ungkit-mengungkit kesalahan.. sedangkan pasangan dulu2, mereka menerima seadanya.. masing2 faham akan kekurangan masing2 dan berusaha memperbaiki kekurangan tersebut serta meneroka apa yang baru dalam kehidupan. Walaupun tak banyak kata2 cinta, mahupun perlakuan romantik yg kita dapat perhatikan pada ibu bapa mahupun atuk nenek kita, namun mereka mempunyai tautan hati yang kuat.

Ayah yang pendiam, boleh hidup dengan mak yang kuat berleter.. Atuk yang panas baran, boleh hidup dengan nenek yang lemah-lembut. Ibu yang kurus boleh hidup dengan ayah yang gemuk dan kuat kentut.. ayah yang hensem boleh hidup bahagia dengan ibu yang tak berapa cun.. semua itu adalah bukti cinta, sekalipun tidak dilafazkan melalui kata.

Orang zaman sekarang, berbuih2 keluar ayat cinta dari mulut.. tapi bila aweks terkentut sikit pun dah boleh jadi punca nak putus sebab kentut berbau longkang, sedangkan beliau sendiri sedar tiada kentut yg berbau kasturi. Nak sangat kesempurnaan pada pasangan, tapi tak sedar diri sendiri pun banyak kekurangan.

Begitu juga jangan terlalu bermudah2 dalam memilih pasangan.. asal ada orang mengorat je, terus tersangkut.. tak kira dah latar belakangnya, akhlaknya, pegangan agamanya dsb.. kena memilih juga mana yang terbaik untuk dijadikan pasangan. Sebab tu ulamak berpesan, kalau kita nak mencari pasangan, tanamkan dalam fikiran yang kita bukan setakat nak cari teman hidup, sebaliknya nak mencari ibu atau bapa kepada anak2 kita yang bakal dilahirkan nanti. Kalau kita tersilap pilih, bukan diri kita saja yg akan hidup menderita, bahkan zuriat kita akan turut merasainya.

Sebab itulah, persoalan jodoh ini kita kena banyak bersabar dan redha.. disamping kita berharap kepada Allah s.w.t. semoga diberikan jodoh yang terbaik buat kita. Tak kira la sama ada jodoh yg baik itu adalah jodoh yg bujang, mahupun jodoh yang datang sekali dengan pakej (pakej anak2 atau pakej madu). Bila kita banyak bersabar, fikiran kita akan menjadi tenang dan lapang.. bila fikiran dah lapang, mudahlah untuk kita membuat keputusan yang matang. Kalau kurang sabar dalam mencari jodoh, kita akan serabut fikiran dan seterusnya akan mengambil tindakan terburu2.. akhirnya, kita sendiri yang akan menanggung akibat daripada kesilapan kita sendiri.

Banyak orang yang terburu2 untuk bercinta dan mempunyai pasangan, akhirnya hidup dalam keadaan tertekan dan serba-salah bila bertemu dengan seseorang yang menepati ciri2 pasangan idaman. Masa tu barulah terasa nak telan pahit, nak dibuang sayang.. nak telan mati mak, nak diluah mati bapak.. nak dikemam, mati kutu.. rasa menyesal sebab terburu2.. dan tak sanggup nak berterus-terang sebab takut melukakan hati pasangan.. akhirnya, jadilah pasangan itu pasangan yg curang.. yang ini nak pegang, yang itu pun tak nak lepas.. hiduplah dalam kepura2an.. sini nak kena cover, sana pun nak kena cover.. hidup pun jadi tunggang langgang..

Bagi mereka2 yang lambat bertemu jodoh, janganlah bersedih dan janganlah risau.. hidup bujang pun banyak kelebihannya.. bahkan ada di kalangan ulamak2 muktabar pun tak pernah berkahwin sehingga ke akhir hayat (spt Imam at-Tabari, Imam Suyuthi, Imam Ibn Taimiyyah dsb). Walaupun kita dok nampak yang orang tak berkahwin itu banyak kekurangan, percayalah, orang yg berkahwin juga ada banyak kekurangannya. Orang berkahwin biasanya kekurangan masa untuk diri sendiri sebab terpaksa nak bahagikan masa dengan keluarga.. jadi, sebaik dah berkahwin, aktiviti bujang seperti melepak kat kedai mamak bersama kawan2 pun terpaksa dikurangkan.. nak belanja untuk diri sendiri pun kena berkira sebab takut tak cukup untuk belanja ahli keluarga.. hujung minggu tak boleh nak berehat layan ps3 sebab nak kena gi pasar atau bawak anak jalan2.. itu belum masuk bab isteri mengandung atau berpantang (suami pun kena berpantang jugak), tak boleh nak makan sebarangan sebab kesian isteri tengok.. belum masuk bab isteri berleter sbb balik lambat (kalau masa bujang dulu, sapa pun tak heran nak balik pukul berapa), barang dapur dah habis, susu pampers anak dsb.. sehingga kadang2 ada yang tersenyum sorang2 tatkala mengelamun bila teringatkan betapa bahagianya hidup masa bujang dulu.. tak banyak nak fikir pasal orang lain.. makan megi tiap2 hari pun takde masalah.. bila dah kawen, takkan nak bagi anak isteri makan megi gak tiap2 hari.. itu pun satu tekanan jugak..

Jadi, selagi belum bertemu jodoh, nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya.. kita hidup atas dunia ni pun bukannya lama mana.. entah2 kejap lagi dah pupus.. jadi, selagi ada masa, gunakanlah dengan sebaiknya untuk menuntut ilmu dan menambahkan amal. InsyaAllah, sekiranya kita tak bertemu jodoh di dunia, kita pasti akan berkahwin juga di dalam syurga nanti (Allah akan kahwinkan kita dengan sesiapa saja yg kita teringin nak kahwin).

Jodoh ini kita boleh usahakan.. tapi akhirnya akan mengikut ketentuan Allah juga. Jadi, jangan terlalu obses sangat dengan jin2 ni (sama ada berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan seri wajah, ilmu pengasih, mandi bunga dsb) mahupun berfikiran yang jodoh lambat disebabkan gangguan jin. Tak dapat dinafikan wujudnya sejenis sihir yang dipanggil pelalau yang membuatkan seseorang itu terkunci nafsunya sehingga tidak berkeinginan untuk berkahwin, ataupun tidak berselera untuk melakukan hubungan kelamin suami isteri sehingga menyebabkan rumahtangga porak-peranda.. Namun, kita kena yakin, segala yg berlaku itu adalah dengan keizinan daripada Allah, dan bukanlah disebabkan kuasa yang ada pada jin itu.

Sekiranya ada terasa diri ini mengalami simptom kelainan yg luar daripada kebiasaan tabiat manusia, maka usahakanlah untuk berubat.. Jangan berteka-teki terkena sihir ke, ada gangguan jin ke dsb.. berubatlah dengan pakar perubatan yg diiktiraf.. sebab keinginan nafsu ini biasanya ada kaitan dengan masalah kesihatan.. orang yg sakit, biasanya nafsunya juga akan turun.. nafsu nak makan pun takde, apatah lagi nafsu nak melakukan hubungan seks. Jika dibuktikan oleh pakar perubatan yg tiada masalah gangguan kesihatan fizikal, barulah pergi berjumpa dengan pengamal perubatan Islam untuk melihat kemungkinan adanya gangguan2 mistik tersebut.

Kebahagiaan hidup itu tak semestinya ada dalam perkahwinan.. penderitaan juga tak semestinya dialami oleh mereka2 yang tak berkahwin.. sebaliknya bahagia atau derita itu terletak pada kebijaksanaan kita sendiri dalam melayari kehidupan, sama ada yang dilayari itu bahtera perkahwinan ataupun sampan kebujangan. Kecualilah bagi mereka2 yang memang menentang fitrah perkahwinan itu sendiri (spt golongan2 yg hidup dalam perzinaan, melakukan hubungan jenis, yg terlibat dalam gerakan feminisme dsb), maka golongan ini memang akan menderita tak kira la sama ada mereka hidup bujang ataupun berkeluarga (walaupun secara zahirnya, kita nampak mereka macam hidup bahagia). Hidup di dunia serba-serabut, di akhirat nanti akan menerima azab Allah.

Jadi, janganlah berasa rendah diri sekiranya belum bertemu jodoh.. begitu juga dengan mereka yg sudah berkahwin, janganlah takbur dan riak dengan jodoh yg kita ada.. sbb bila2 masa je Allah boleh tarik nikmat tersebut, dan akhirnya kita pulak yang hidup menjanda / menduda.. masing2 bersyukurlah dengan apa yang ada dan berdoalah banyak2 semoga Allah mengekalkan nikmat yg ada dan menambahkan lagi nikmat yg lain. Tak perlu nak pandang rendah pada orang lain dengan menyindir2 dan mengeluarkan kata2 yang mengguris hati mereka. Sebab bila hati seseorang terguris dengan kata2 kita, itu tandanya kita telah menzalimi dirinya.. ditakuti nanti Allah mendengar rintihannya, akhirnya kita terpaksa menelan kembali kahak yg kita dah ludahkan suatu masa dulu..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

85 Comments

Add a Comment
  1. usaha dah dilakukan tp ade je benda yg menjadikan plan nak kawen tu kansel..doa dan solat hajat pon dah dibuat..org tua dan sanak saudara pon dah tlg carikan,pon sama gak keputusannya..
    mgkin jodoh sy belom smpi..semua tu rahsia allah s.w.t..tp macam mane la agaknye nak menahan diri drpd rase terhiris ngan kate2 org..7-8 kali bole tahan lg..ni smpi lima ratus tujuh pulah lapan kali diulang soalan yg same..blom campur lagi sindiran dan nista..huk huk huk..

    1. banyaknya.. sabarlah byk2.. insyaAllah suatu masa nnt pasti akan diberikan jodoh yg terbaik buat kita..

  2. yang penting jaga perintah Allah…kahwin ke idak bukan syaratnye berjaya di akhirat…kalau da usaha tapi belum bertemu tak mengape…tapi ade beza dari segi pahala beramal bagi org yg da kawin…sebab ujian makin bertambah…betul ke ust??

  3. salam ustazlove,

    menusuk kalbu entry yang ni. sya pon tak larat nak menjawab soalan yang sama. bila nak kawen, kenapa tak kawen lagi, xde calon ke…yg dah kawen pun ada jugak yang perli2, sabo je la….. nak wat mcm mana, jodoh belum sampai…mungkin kapal rosak kot, tu yg lambat sampai…hehehe….

  4. Saya sangat suka dengan ayat terakhir artikel ini. Saya masih bujang nak ibu saya sendiri percaya bahawa sesetengah orang memang ditakdirkan bujang sepanjang hayat di dunia ini. Jadi, saya meneruskan kegembiraan hidup saya ini tanpa berharap sangat pada pernikahan yang tidak ada jaminan kebahagiaan atau penderitaan. Semua orang mahukan kebahagiaan dan saya memilih untuk gembira semasa bujang ataupun tidak bujang! B-)

    1. antara gembira membujang dan gembira berpasangan, sudah tentu gembira berpasangan itu lebih baik.. berusahalah untuk kebahagiaan kita sendiri.. selepas berusaha, bertawakkallah.. Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita..

  5. wow…bestnye bc entri ni…..banyak yg betul…tp, sy ni slalu takut untk bertemu jodoh……xtaw knp rse tkut bile brknalan dgn llaki…hurmm

  6. terima kasih ustaz diatas pencerahannya. kalo selama ini selalu je rasa mcm rendah diri sebab belum bertemu jodoh. tetapi lepas baca artikel ustaz baru rasa mcm dah terjawap semua persoalan dihati.

    1. jangan berasa rendah diri.. pandanglah kelebihan yg Allah berikan, insyaAllah kita akan banyak bersyukur..

  7. assalamualaikum, ustaz,
    terima kasih ustaz,,kadang kala kita ni terpikir bila kawan2 kita semua dah berkawen,tapi nak buat macam mana jika jodoh kita belum sampai lagi. saya pun belum kawen lagi umur dah 24 .dah tua. hehe tapi takapa, sesiapa yang belum bertemu jodoh lagi itu macam saya,, dont be sad,Allah kan ada, insyaAllah,, Allah maha mengetahui segala2 nya,, kita kejar kan dulu cinta kita pada Allah,, sama2 kita perbaiki diri kita,, betul kata ustaz itu ,, enta-enta esok mana tahu kita dah pupus kan . JODOH ITU INSYAALLAH .. MATI PASTI .
    baik kita cari cinta selepas kawen,, baru best .HALAL semua nya.. hehehe ..

      1. ustaz..sy 27 thun..mmg sy riso ble lom smpai jdoh tp kdg2 sy fkr psitif,sbb kwangan sy pn lom kukuh lg..lgpn byk bnd yg sy ingin kn lom t’capai..mslh nye mak sy nk sgt tgk sy kwin.sy serba slh la ustaz,pkwe pn xdek lg cmne nk kwin..dlm mse yg sme sy xnk hmpa kn mak sy..wlpn b’kali sy ckp kt mak jdoh sy lom smpai..

        1. asslmualaikm ustaz,knp ye slalu sy jmpe llaki yg baik tp kwn x lame dh putus.,mreka elok agama”y,br budi bhsa,n dr kluarga yg baik…tp slalu trlepas.

          1. mungkin saudari sendiri ada masalah dengan diri.. berusahalah menjadikan diri itu baik untuk mendapatkan jodoh yang baik.. dan anggap saja yang sebelum2 ni tiada jodoh dengan mereka.. mungkin Allah nak bagi yg lagi baik untuk saudari.

        2. minta tolong mak carikan jodoh.. mungkin itu maksud mak.. dia tak nak pandai2 nak jodohkan, takut anak tak suka.. tapi kalu anak sendiri yg minta beliau tolong carikan, mungkin beliau dah ada senarai panjang calon pilihannya.

          1. menarik artikal ustaz. sekurang-kurangnya dapat mengubat hati saya yang keriasauaan sebab masih single walaupun dah 35 tahun,,,,,,,ialah saya dah jadi andalusia haaa…ha…ha….puas berusaha tapi masih tak jumpa..dating dah dengan macam-macam lelaki tp semua tak menjadi…argghhhhh!!!!!!

          2. usaha lagi dan lagi dan lagi sampai tiada lagi atas dunia ni.. jangan putus harap dengan rahmat Allah..

  8. walaupun dah usaha mendidik hati untuk REDHA dan SABAR…tidak dapat dinafikan, sesekali terasa kerdil dan sunyinya diri hidup..melihat kawan dikanan dan kiri mempunyai hidup yang sempurna..ada suami dan isteri..bertambah kecil diri ini apabila memikirkan ibadat orang yang dah berkahwin pahalanya berlipat ganda berbanding orang yang belum berkahwin…..semoga redha dan sabar ini memberikan suatu hikmah yang kita tak terjangka suatu hari nanti…sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang…

    1. usah risaukan tentang darjat dan pahala.. itu kerja Allah nak bagi ke, nak tambah ke.. janji kita taat kepadaNya, tak kira la dalam keadaan bujang mahupun berkahwin.

  9. ustaz..sy ibu unggal hampir 10 tahun..dikurniakan 2 cahaya mata..ingin mencari jodoh tetapi sukar hingga kini..tak merasai bagaimana suami isteri kerana dceraikan sewaktu mengandung anak ke 2..juga suami ada wanita lain disamping suami tidak menjalankan tgjwb kerna dikatakan sy bekerja dan menanggung anak2 sorang diri ..mempunyai pendapatan yg tetap…bagaimana ustaz

      1. Salam…sy pun smpai skang xjumpe calon lagi…bukan memilih, tp berhati2..zaman skang bnyak yg auta dari fakta..pe2 pun tawakal je..blik kg layan ank sedare..tu le penemannya..

        1. dalam hidup, tak boleh terlalu percaya dan tak boleh terlalu berhati2.. terlalu berhati2 akan membuatkan kita takut untuk bertindak.. tidak melakukan apa2 tindakan, maka tiada apa yg akan berubah..

  10. Salam, trima kasih ustaz..memang terasa betul bila baca entry ni. Kalau jodoh sudah ditetapkan, bukankah usaha atau tidak akan berkahwin juga? Saya da berdating, ketika dating rasa macam ok saje tapi lepas tu tak dgr berita dari laki laki tu langsong..kawan pon da perna cuba bantu. Mungkin ada yg tak kena pada diri saya tapi saya tak tahu kalau perubahan akan sia2 so rasa macam nak pasrah ajer. Da penat rasa kecewa so bab2 kawen ni saya da ada perasan ‘watever’ atau tawar hati. Umor 27+ skarang lebih fokus pada buat benda2 untuk bahagiakan diri secara solo..

    1. sama la sy. sy pun 27. skrg hubungan retak menanti belah. kdg2 rs x nk kawen disebabkan pengalama lalu dan skrg

  11. Terima kasih sbb buat entry ni. duk tersgih sorang2 baca. Sy ade soalan nk tanye ustaz. Buat masa ni sy berkawan dgn sorg lelaki. dia baik, peramah, suka menolong, rajin belajar mengaji di masjid, tapi…dia merokok dan sy sbnrnya x suka org yg merokok. Bile sy nasihat die mcm2 hujah die bagi. Masalahnya, kwn2 dgn ustaz die pun same je. Kdg2 sy rs mcm melanggar prinsip diri sendiri bile biarkan diri sendiri kwn dgn perokok. Ye, sy tahu tiada manusia yg sempurna. Mak sy pun ok je sy kwn dgn dia. Mak sy kata rokok tu boleh berhenti insyaAllah. Tp ade satu lagi perangai die yg sy xsuka. Die asyik ckap pasal kahwin dua la, ustaz dgn kawan2 die ramai kawin dua. Ish, sy jadi insecure. Kdg2 rs mcm nak cari org lain pun ada. Tp sy tiada kwn lelaki lain sbb sy bknlah jenis yg berkawan dgn lelaki. Sy harap ustaz dpt membantu. Kami pun bukanlah muda lg, sy sudah 26 dan dia 30. Sy agak stress juga sbb blum dpt kerja tetap lagi, ade kwn laki pun mcm ni. Kadang2 sy rs jeles tgk kwn2 yg dh bertunang /kahwin/ada baby. Apakah yg patut sy lakukan? Sy mohon nasihat dan pandangan supaya hati dan fikiran ini lebih tenang.

  12. Dulu sy pun rasa rendah diri juga,tapi kan tu sekejap je..melepasi angka 33 tahun thn ini, sunyi mmg la sunyi tambah sy anak yatimpiatu sejak remaja..tapi sy rasa tak de faedah kalau sy nak fikir pasal kawin2 semata2..ada jg mata-mata nakal yg sesedap hati dan rasa melabel sy mcm2..tapi kan rakan-rakan asal kita jaga hak Allah DIA akan jaga hak kita kat dunia ni.Kalau dah lelaki kat dunia ni memilih yg amat, nak yang putih gebu,pandai masak serba serbi dan sesedap rasa menuduh kita bukan-bukan EGO la apa la…….tak payah le byk cerita..tgu je jodoh kita kt syurga nung kelak..lagi puas hati ..perfect pun perfect..ingat JAGA HAK ALLAH, ALLAH JAGA HAK KITA!Maaf ye ustaz statement ganas skit..hehe..

      1. salam ustaz, membaca entry ustaz memberi sedikit ketabahan dalam mnjalani kehidupan ini, dalam usia 38 thn masih belum berkahwin, sedih bl melihat kawan – kawan dah nk dpt menantu, sedang saya masih sendiri, selalu dikatakan memilih, entah la walaupun tk berkahwin sy memikul tanggungjawap ketua keluarga buat keluarga besar saya, hari – hari saya berfikir untuk mnyuap 10 orang dalam kluarga, walaupun terkadang terasa diri ini tidak mampu, berdoa semoga ALLAH memberi kekuatan untuk menerima ujian ini.

  13. assalam ustaz..sy pun xtau apa nak jadi ngan sy ni ustaz.org nak sy xnak..org xnak sy terhegeh2 mcm nak pulak kat dia.huhu.mak duk bising sbb sy dah 29 thn..wlpun kdg2 mcm malas nak pk sgt..tp stress juga bila duk pk bab jodoh ni ustaz..huhu

  14. umur sy da 27 tahun. hubungn cinta skrg pun retak menanti belah.. kdg2 merintih knp tuhan masih pertemukan dgn org yg slh sehingga umur begini.. sedih nye

  15. saya pun antara lelaki yang tak kawin2..anak lelaki sulong dlm keluarga, selepas habis degree saya berkerja untuk adik beradik saya belajar dan berterusan sampai sekarang…2 adik saya masih belaja…ada adik2 yg hbis belaja kawin awal sudah bekeluarga. saya ada menyimpan hasrat untuk berkahwin tapi terpaksa ditunda kerana mak sakit cancer dan ayah pula lumpuh……saya satu-satu tempat bergantung tanpa ada tanggunjawab lain…adik2 bila dah kawin commitment pada keluarga dan ibu bapa jadi no 2…..saya tk pnah menyesal jika tiada jodoh didunia mungkin kan dapat diakhirat nati…..wsallam

      1. dlm hidup ni ssah nak ckap ustaz..kdg2 saya nak kat org tu,saya rasa dia pun mcm ada prasaan kat saya..tapi ego membatasi diri untuk nak berterus terang saya rasa..Ada yg suka dekat saya,tapi saya tolak kerana tiada pekerjaan tetap..dlm dunia skrg bagi saya kena memilih sikit,elok dari segi agamanya,perangainya dan kewangannya juga.. Iya tak ustaz??

  16. Salam ustaz.. sedih sy membacanya sbb sy pn kategori lambat bertemu jodoh. sy ada knl dgn seorg lelaki hampir setahun. beza umur kami 10 thn, dia pn msh bujang. dia bekerja tetap, alasan belum bernikah sbb tak jumpa lg calon yg betul2 dia suka. dia anggap sy kwn sedangkan sy mula menaruh perasaan. baru2 ni dia ada beli rumah dan masih 80% siap. dia bawa sy tengok rumah tu. dia bercerita nti kt sudut tu nak letak permainan nk main dgn anak-anak, kt luar rumah nk tanam rumpur carpet, nti anak-anak nk main kejar2..sedih sy dengar.. alangkah indahnya jika sy yg menjadi suri hidupnya. setiap ari sy doa agar berjodoh dgn dia. tp sampai skrg dia langsung takde tanda2 suka kt sy. dia pernah ckp hati tak boleh paksa. patut ke sy tunggu ustaz? sy rasa bahagia sgt bila berckp dengannya. tak sama dgn lelaki yg pernah sy kenal. sy dah buat istikharah, mmg sy rasa tenang bila dengannya. sy pun suruh mak doakan sy berjodoh dgnnya. hanya Allah yg boleh lembutkan hatinya. Ustaz tolong la bg pendapat apa yg perlu sy lakukan. ikutkan tiada halangan utk kami bernikah sbb masing2 dah kerja. cuma soal hati dan perasaannya yg mungkin takde utk sy…

  17. salam ustaz .. sy nak minta pendapat .. sy dr sekola agama dan selalu mengamalkan solat malam sjak dr skola mnngah bila mendalami agm .. tp sy tlh diuji Allah pada umur belasan krn sy telah disihir oleh seorg lelaki krn dy amat cintai sy .. lepas beberapa tahun menangung sakit pada umur belasan , akhrnya sy berubat ..sy ade mengenali lelaki hafiz , dan sy lebih lame mengenali lelaki hafiz tersebut drpd lelaki yg menyihir sy .. selama beberapa tahun sy amalkan solat malam , ketika melakukan solat istikharah slps drpd solat taubat , ketika sujud dgn tanpa pintaan sy , Allah membuktikan kuasa Allah dgn menunjukan muka lelaki tahfiz tersebut sambil terseyum .. lagi sy tutup mata , lg jelas sy melihat mukanya .. betapa sy tajkut , hnya Allah tau … dan ini juga la petunjuk pertama yg pernah sy alami selama beberapa tahun amalkan solat malam .. sy teruskan istikharah sbyk 3 kali , dan sy mendapat petunjuk sedemikian sbyk 2 kali .. adakah ini petanja jodoh sy slps allah uji sy ?

    1. Ustaz Love tak dapat nak sahkan.. saudari tanyalah hati saudari seniri, adakah hati saudari semakin menyukai lelaki hafiz tersebut? Kalau ya, suruhlah beliau masuk meminang ๐Ÿ˜‰

  18. ALHAMDULILLAH….BEST JUGAK BACA ARTIKEL USTAZ…SY PUN DAH BERUSIA 37 THN
    TP MASIH X BERTEMU JODOH…X MENGAPA MUNGKIN ALLAH DAH ATURKAN SESUATU YG TERBAIK UTUK SY…INSHA ALLAH…SY SENTIASA BERDOA MUNGKIN 1 HARI NANTI SY AKAN BERTEMU JUGAK IMAM YG TERBAIK …HE..HE..HE…

  19. As Salam. sy wanita bujang berumur 25.. masih muda lagi pd sy. sy baru shj putus bercinta.. ini kali ke-2 sy putus cinta.. sy sudah bercinta selama 4 tahun. tp Alhamdulillah. slama 4 thn.. sy masih tidak kelandas maksiat. kami putus kerna desakan hati sy saje.. sy sebenarnya takut bercinta.. tapi sy bila sy bercinta. sy yakin dia jodoh sy.. spnjg kami 4thn.. 2 tahun saja kami bahagia dan saling syg antara 1 sama lain.. selebih nya 2 tahun. sy sudah berubah mnjadi pentingkan diri sendiri. dan aga busuk hati jgk lah. pedengki, iri hati. slalu x puas hati dgn org lain. sng cita sy x suka tgk org lebih cket dari sy.. kami putus secara paksa. kerna laki tu x tahan lg dgn prangai sy yg xpandai mnjaga hti dia..
    sekarang sy sgt2 bersedih.. sy luahkan perasaan sedih sy pd ayah sy.. ayah sy minta sy dgar nasihat ayah.. ayah mintak sy sambahyang. berdoa, membaca al-quran dan berzikir berselawat byk2.. ayah sy yakin ada jodoh utk sy nanti..
    ayah sy x izinkan sy contact ex-bf sy lagi. aya sy mintak sy peduli kn laki tu.. ayah ckp.. jika dia jodoh sy.. dia akan carik sy.. tapi. syah sy mintak sy tabah dan sabar.. dan doakan supaya Allah lembutkn hati lelaki itu, dan mintak doa supaya sy dapat berubah menjadi wanita solehah.
    kini sy mendoakan supaya Allah melembutkan hati dia. dlm masa sama. sy redha dan pasrah dgn apa yg terjadi. sy tetap x putus2 doakn supaya ada jodoh sy..

  20. Betol ke skrg ni nisbah wanita belum berkahwin sgt byk sampai lelaki yg baik terpaksa kawen lebih dr satu..? Tp ade ke wanita yg sanggup dimadukn? Dlm islam ade ke istilah perampas kalau lelaki kawen lebih dr satu?

  21. Tulah sy da 26 da ade bf 6 tahun pun still tak kawen2 lg. kawan yg mana da bertunang/kawen sebuk tye2 “ko bile?”.panas je hati

  22. sy bakal menginjak ke usia 30 tahun baru esok..masih lg bujang & msh lg m’cari2 kestabilan dlm hidup di kala rakan2 seusia sy sudah m’punyai keluarga & anak2..mmg xdpt dinafikan ade rasa sayu dlm ati..tp dlm masa yg sama sy sedar mungkin Allah nk sy mantapkan dulu p’capaian dlm hidup..sy skg sedang myambung pelajaran & tidak b’keje secara tetap..huhu..agak sedih & terasa segan nak b’hadapan dgn kwn2 memandangkan situasi hidup sy masih lg bujang & tdk stabil,tidak m’punyai sebarang p’capaian & aset utk dibanggakan..kdg2 t’fikir nak bawak diri jauh2, b’kelana..bukan tiada yg penah singgah dlm hidup,tapi sy sendiri seakan2 m’halang utk serius selagi tidak m’capai cita2 yg sy inginkan..satu ketika dlu ati ini penah diketuk & pd masa itu sy berasa b’sedia utk melangkah ke satu tahap utk mengikat antara satu sama lain,malangnya mak sy tak setuju..sy tau waktu tu sy masih muda..tp waktu tu juga ada je kwn yg telah kawin..mak sy xyakin dgn kebolehan sy mungkin..tambah lg sbb waktu tu mak sy tau niat sy nk sambung study,takut t’gendala niat tu katenye..so smp skg ati sy seakan2 t’kunci..tambah lg tiada yg dtg ‘mengetuk’ sehingga kini..huhu..sy pula rasa selesa & menyambung pelajaran ke peringkt seterusnye utk meneruskan cita2..entahla..mak ade jgk penah b’tanya s/ada sy m’punyai kwn special @ blom,sy seolah2 tawar ati setelah p’mintaan sy direject waktu muda2 dlu..huhu..

    1. Entry recycle je yang termampu cik en.. tengah mengalami sindrom writer’s block yang agak kronik.. hihi

  23. Terima kaseh ustaz untuk entry yang bagi saya amat menenangkan dan memberi semangat kepada orang-orang yang belum bertemu jodoh seperti saya. Semoga Allah kurniakan idea yang banyak kepada untaz supaya ustaz dapat berkarya dan meneruskan dakwah ustaz. Amiinnn…Doakan saya semoga bertemu dengan orang yang dapat menjadi imam kepada saya dan anak-anak saya ye ustaz. Terima kaseh banyak-banyak ye ustaz ๐Ÿ˜‰

  24. Assalamualaikum. Betul tu, jodoh tu jgn memilih sgt jangan pula asal rembat je..minta dgn Allah jodohkan dgn yg terbaik untuk kita..sebab hanya Allah yg tau yg terbaik untuk kita tu mcm mana

  25. Salam…saya pun akan menginjak usia 35 tahun pada tahun 2016 dan masih belum bertemu jodoh. Adik yang kedua telah beranak tiga dan dua lagi adik saya akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Sebagai yang sulung saya berasa gembira adik-adik saya bertemu jodoh tetpi pada masa yang sama saya turut bersedih kerana saya masih sendirian dan jodoh tidak kunjung tiba. Setelah membaca artikel ustaz ni saya berasa sedikit lega dan berharap agar jodoh saya akan tiba juga satu hari nanti…insyaallah….

    1. InsyaAllah amin. Banyakkan bersabar dan berdoa. Biasanya yang terbaik itu kita akan dapat lambat.

  26. Tahun ni sy dh masuk umur 30,sy sedih bl ramai tnye bl nk kawen…bkn xnk kawen,tapi xde calonnye..sy sering di kecewakn,tapi sy ttp bharap sy akn btemu jodoh…Insyaallah

  27. Assalamualaikum…
    Sahabat2 dan ustaz…thn ni sy dh mnginjak ke umur 25 thn.Bg saya msh muda dan blm trlmbat utk brtemu jodoh.Yg mnjadi masalahnya bla org sekeliling brtanya soalan bila nk brkahwin.dah ada calon ke tidak.kadang2 rasa tertekan bila balik2 soalan ni yg ditanya.di sekolah rakan2 guru sentiasa ada bahan utk mengusik sy dengan status bujang sy.sungguh sy tertekan kadang2 nk jgk sound…huhu tp takut tersinggung pulak nnti.haii…cuba jgk sy usahakan mencari tp calonnya tak sesuai.sungguh la bla org brtanya itu buat kita rasa trtekan dan rasa mcm kita ni tak laku sgt padahal jodoh tu belum sampai lg.soalan sy ustaz,mcmna cara kita nk menangkis usikan dan pertanyaan org sekeliling spy hati sendiri tak tertekan dan org lain pun tak terasa dgn tndakan sy?

    1. Senyum saja. Tak perlu kata apa2. Hati kita memaafkan perbuatan mereka. InsyaAllah, kita tak terasa, dan mereka juga tak terasa dan akan berhenti bertanya bila tiada respon.

  28. Assalamualaikum…
    Pada bulan 3 tahun lepas saya mengenali seorang lelaki yg dikenalkan oleh mak angkat saya..perhuhungan kami berjalan lancar dan bercadang untuk berkahwin pada tahun ini..tetapi October tahun lepas dia disahkan menghidap kanser..selepas melakukan operation pada november dia rasa lemah dan down..kali terakhir dia hubungi saya bulan lepas dan sehingga hari ini dia tidak menghubungi saya..walaupun sy tahu tentang penyakit dia saya masih menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan dia..tetapi saya tak tahu apa yang dia rasa dan kenapa dia mendiam sampai sekarang..adakah ada jodoh saya dengan dia hanya Allah saja yang tahu

    1. Orang sakit memang semangatnya lemah. Jadi, saudari tak sepatutnya menunggu beliau menghubungi saudari, kerana kemungkinan beliau juga mempunyai tanggapan lain, iaitu saudari tidak sanggup untuk bersama dengan orang sakit sepertinya.

      Jadi, hubungi beliau dan berikan semangat untuk beliau terus melawan penyakit itu. Beliau sangat memerlukan sokongan saudari pada saat ini..

    2. Assalamualaikum..

      Saya pun mengalami masalah yang sama dihadapi oleh saudari Eyla. Sepatutnya hujung tahun ni kami bercadang untuk berkahwin. Tetapi tiba-tiba sahaja dia, Dr. suspek ada kanser pada awal tahun ini. Dia sudah buat kemoterapi pada raya puasa baru ini. Mungkin ada rawatan susulan. Walau bagaimanapun, dia banyak mendiamkan diri, dan handphone dia selalu off. Saya masih menantinya, walaupun saya rasa penantian seperti tak pasti. Buat masa sekarang hanya mampu berdoa. Saya serahkan pada Allah sahaja. Terima kasih ustaz love, membaca penulisan ustaz love buat hati saya berasa sedikit lega.

  29. Terima kasih kepada yg menulis artikel ini…sangat termotivasi untuk meneruskan hidup dg penuh kesyukuran… Walaupun hidup tanpa pasangan…

    1. InsyaAllah, saya doakan semoga saudari bertemu jodoh yang baik asbab kesabaran saudari selama ini.

  30. Assalam,terima kasih ustaz love diatas penulisan yg jelas dan menenangkan pembaca. Saya berumur 35tahun & masih single. Pertanyaan ttg jodoh tu yg slalu memening kepala. Tp membaca topik ni byk membantu utk sy berfikir lbh positif..

  31. Assalam ustaz..umur saya hampir mencecah 30 tahun..saya ada berkawan dengan seorang duda anak satu..beza umur kami 10 tahun..lebih 2 tahun kami berkawan..si dia memang berniat untuk mengahwini saya..tapi dia juga ingin menjaga hati anak, keluarganya dan keluarga si isteri..si dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan saya di siam..tapi saya tidak setuju kerana saya masih mempunyai keluarga..saya memang sayang si dia tapi saya juga mahu menjaga maruah keluarga saya..apa yang perlu saya buat..

  32. Assalam ustaz love, even post ni dh lama publish tapi sy br terbaca. Alhamdulilah sy masih rasa bahagia walaupun belum berkahwin/ berpasangan. Cuma biasa la kdg2 bile nampak org sekeliling dh kahwin terasa la jg. Tp yg menjadi persoalan nya, sy sll tertanya2 kenapa org (lelaki/perempuan) melihat/ judge sy dh kahwin? Nk kata berkedut alhamdulilah belum nampak lg. Gemuk, pon tidak lah sgt. Sy xjmpe jawapan tu kat mana2 n sy xtau nk crk jawapan nya mcm mana. Mungkin ustaz ade idea, bole la share ape yg sepatutnya. Terima kasih.

  33. Assalamualaikum ustaz love…terubat ckt rse sakit nie..bila bce moments td.. sy nk crita ckt psl hbgn sy n si dia.. sbnrnye km bru putus..tu permintaan sy..sy bt demikian sbb sy xready nk pergi alam pkhwinan..sdgkn umo sy dh 26 thn,, km dh sme2 mklum dkt fmly msig2 akn hbgan km..dy pom dh dtg umh jmp mk ayah.. lpz pd to dy ada ajk btunang taun dpn.. bila sy dgr penyataan dy..trus sy mnx ptus..sy xready n sy byk pkir psl kkurgan sy..sy rse bsalah pd dy ats ap y dh blaku wlwpm sy thu, dy mmg dh srius akn hbgn km sblm nie.. sy ada niat, y sy xkn trima spe2 llaki pom slps nie..hnya sbb sy xready or takut ke alam umh tgga n kkurgan sy..that’s.

  34. :)…
    yer betul,kebahagiaan hidup itu tidak semestinya ada dalam perkhawinan.
    xtaula pasai pa lately ni rasa cam down sngguh.
    rasa mcm ketinggalan jauh bila kengkWAn sume dh kwin,dah de anak2.
    rasa mcam hdup depa dh lengkap.rasa kehdupan depa sempurna.de hsband anak2..rasa mcam ne jadi ibu..

    tapi bila baca sket komentar atas nih, rasa okey sket.

    berkhawin bkn penentu kebahagiaan!

  35. Asalam ustaz. Sy nk tanya. Saya ni tak kahwin lagi tapi dah ada calon. Cuma kiteorg xdpt plan utk kahwin sebab halangan keluarga pihak lelaki. Sebab dlu ada krisi gaduh2 dgn kluarga lelaki tu. Bakal lelaki sy itu memang sygkn saya dan xnk putus. Tapi sy xtaw sampai bila status couple je tapi xkahwin sebab halangan keluarga. Sy sgt buntu. Bole bg sy nasihat atau pendapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme