I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kahwin Paksa

ustaz,ape yg ssorg lelaki itu prlu buat klu dipaksa oleh ibu bapa untuk berkahwin dgn prmpuan yg dia x cintai ats sbb dia prlu brtggungjawab ats prkara yg dia x lkukan..lelaki itu dituduh mnyentuh/merogolnya oleh prmpuan trsebut ttpi hkikatnya tdk same sekali..prmpuan trsbut tkut mngaku kslhnnye lalu mnyalhkn si lelaki yg lgsung tiada kaitan..tambahan mereka masih dlm umur bwh 18 prlukah dye ikut khendak ibu bapanya?x brdosakah kawin paksa?..mohon penjelasannya..

– Anonymous.

Kes kahwin paksa ni agak jarang berlaku dalam masyarakat sekarang. Ia biasa berlaku dalam masyarakat dulu (seperti yang digambarkan dalam filem seperti Ibu Mertuaku, Ibu Mertuamu dan Ibu Mertuanya.. sesuka hati je Ustaz Love tambah2..kihkih). Zaman dulu kebanyakan anak2 terpaksa menyerahkan persoalan jodoh kepada ibu bapa disebabkan pilihan yang terhad.. Anak perempuan biasanya membesar di dapur, anak2 lelaki plak membesar di ladang, laut, hutan dsb yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat zaman itu. Persoalan cinta jarang sangat dijadikan modal utama dalam sesebuah perkahwinan.. Asal ibu bapa dah suka kepada seseorang itu, maka itulah jodoh anak2nya. Tapi ia lebih kerap berlaku kepada para wanita disebabkan pergaulan mereka yang tak bebas. Peluang tak banyak untuk menskodeng jejaka idaman.. habis2, minat kat jiran sebelah rumah..

Zaman sekarang ni, proses pencarian jodoh sangat terbuka luas. Wanita dan lelaki bujang sama2 mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dan bertemu di ruangan terbuka. Duduk dalam rumah pun masih boleh menggunakan teknologi untuk bertaaruf dan bergaul dengan orang ramai. Ibu bapa juga telah terbuka minda dengan membiarkan anak2 memilih jodoh sendiri yang disukai (ada yg menapisnya, ada yg terima bulat2). Jadi, isu kahwin paksa agak jarang diperkatakan, kecuali boleh dilihat dalam drama2 dan sinetron Indonesia (yg kebanyakannya ada kaitan dengan harta dan pangkat).

Kahwin paksa dan kahwin terpaksa adalah 2 perkara yang berbeza. Kahwin paksa itu mungkin saja disebabkan kita terpaksa menurut kehendak ibu bapa, sedangkan kahwin terpaksa itu lebih kepada menghindari mudarat daripada terjadi sekiranya kita tidak berkahwin dengan seseorang. Dalam kes saudara ni, Ustaz Love lebih cenderung melihatnya sebagai isu kahwin terpaksa.

Saudara sebenarnya boleh saja menolak kehendak ibu bapa untuk menikahi wanita yang saudara tidak cinta atau tak berkenan. Saudara tak perlukan wali pun untuk mewalikan saudara dalam pernikahan. Jadi, fungsi ibu bapa dalam perkahwinan seseorang anak lelaki hanyalah memberikan restu dan doa untuk kebahagiaan anaknya. Namun, untuk memaksa anak lelaki berkahwin dengan pilihannya, itu tak termasuk dalam bidang kuasanya.

Namun, pandangan orang tua ni selalunya lebih jauh daripada pandangan anak muda. Ibu bapa sebenarnya lebih mempercayai anaknya walaupun seluruh dunia tak mempercayainya.. sebab anak itu adalah zuriatnya. Ikatan dan tautan hati itu lebih kuat daripada orang lain.. Ustaz Love percaya, ibu bapa saudara bukanlah memaksa saudara menikahi wanita itu disebabkan mereka termakan tohmahan dan fitnah wanita itu, tapi disebabkan beliau sayangkan anaknya.

Bayangkan.. sekiranya saudara tidak menikahi wanita itu, ada kemungkinan wanita itu dan keluarganya rasa tak puas hati (keluarga wanita itu dah tentu mempercayai kata2 anak perempuannya seperti mana ibu bapa saudara mempercayai kebenaran saudara), dan melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Saudara boleh didakwa merogol memandangkan wanita itu masih lagi bawah umur. Jika berlaku perkara ini, dah tentu ibu bapa saudara akan sedih mengenangkan nasib anaknya yang akan dipenjara atas kesalahan yang mereka percaya tidak dilakukan.

Itu hanyalah sekadar teori Ustaz Love saja.. kalau saudara tak melakukan perkara durjana itu, tiada sebab saudara perlu rasa takut untuk menzahirkan kebenaran. Kecualilah jika bukti2 yang ada lebih condong untuk membuktikan yang saudara terlibat dengan perbuatan tersebut.

Saudara pertimbangkanlah mudarat mana yang lebih besar, dan pilihlah mudarat yang lebih ringan. Jika tak berkahwin, saudara mungkin akan dituduh merogol dan jika bukti mencukupi, mungkin saudara akan dipenjara dan disebat. Sebaliknya, jika saudara memutuskan untuk bernikah dengan wanita itu, mungkin hidup saudara tak bahagia.. namun, saudara masih punya jalan keluar iaitu talak. Jadi, pada pandangan Ustaz Love, mudarat jika saudara berkahwin dengan wanita itu adalah lebih ringan berbanding jika saudara dan keluarga terpaksa menanggung aib didakwa di mahkamah atas kes rogol dan berkemungkinan dipenjarakan.

Tiada istilah dosa jika kahwin secara terpaksa.. sbb perkahwinan itu sendiri adalah sunnah.. kecualilah jika perkahwinan itu dilakukan dengan tujuan untuk menjadikan saudara sebagai pak sanggup (untuk menasabkan anak dalam kandungan wanita itu kepada saudara – jika ada). Itu barulah haram dan berdosa kerana bersubahat atas perkara yang haram.

Apa pun, saudara berbincanglah baik2 dengan keluarga. Jangan terburu2 dalam membuat keputusan. Perjalanan hidup saudara masih panjang lagi. Dengarlah apa kata mereka dan nilailah dengan penilaian yang teliti. Mohonlah petunjuk daripada Allah agar ditunjukkan jalan keluar daripada masalah ini. InsyaAllah, dengan istikharah dan perbincangan keluarga, segala kekusutan akan dapat dihuraikan.

Seandainya ditakdirkan saudara terlepas daripada perangkap wanita itu, ambillah iktibar dengan bersungguh2.. jangan main2 dengan kelembutan wanita. Berapa banyak kerajaan dunia yang jatuh disebabkan wanita (tanpa menafikan berdirinya pemimpin dan tokoh dunia juga disebabkan wanita). Jauhilah diri daripada fitnah wanita.. banyakkan masa untuk memperbaiki diri dan menjadi seorang lelaki yang soleh.. insyaAllah, Allah akan hantar wanita yang solehah untuk berdamping dengan lelaki yang soleh.

Semoga Allah memudahkan segala urusan saudara.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
    1. kahwin paksa zaman ini lebih sinonim dgn pak sanggup.. kalau zaman dulu2, banyak berkait dgn pangkat (syed-syarifah contohnya) dan harta..

  1. Assalamualaikum wbt ustaz. Mungkin ini jarang berlaku tp hakikatnya ada. Bagaimana pula klau seorang lelaki itu di bawah pengaruh sihir? Dia dlm keadaan tidak waras dan seolah2 ada kuasa lain yg menggerakkan lidahnya. Adakah sah nikahnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme