I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tunang Dirampas Ahli Keluarga

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan dari seorang hamba Allah..

Saya ada ada sedikit masalah. Saya sendiri tidak pasti apa tujuan saya teks ustaz ini. Sama ada mahu berkongsi cerita, atau sekadar mahu lepaskan rasa berat di hati ini.

4 tahun lalu, saya telah pun bertunang dengan gadis pilihan sendiri. Entah dimana silapnya, tunang saya ini minta putus, kerana mahu berkahwin dengan abang kandung saya sendiri. Saya benar-benar terluka dengan keputusannya. Cuba ustaz bayangkan persiapan sudah disiapkan. 2 bulan sebelum majlis yang kami rancangkan, dia buat hal. Majlis yang sepatutnya majlis saya, bertukar pengantin.

Saya redha, biarpun hati sangat terluka. Jika dia berkahwin dengan orang lain, lukanya mungkin tidak separah ini. Tapi, dia memilih abang kandung saya sendiri. Orang yang pernah saya impikan jadi suri hidup saya, kini dia adalah kakak ipar saya.

Banyak konflik yang berlaku dalam keluarga saya selepas kes ini. Abang saya juga agak cemburu orangnya. Saya terpaksa jauhkan diri dari keluarga demi kebahagiaan abang saya. Saya redha, biarpun terluka.

Bertahun saya rawat luka dihati. Insyaallah, saya sudah kuat. Cuma, masalah saya sekarang, saya mahu berkahwin ustaz. Tapi, saya takut untuk melangkah. Calon pun belum ada. Entah siapa mahukan saya ini.

Terus-terang Ustaz Love katakan, dalam banyak2 soalan yang ditanyakan kepada Ustaz Love untuk diminta memberi pendapat, inilah soalan yang paling menyayat hati Ustaz Love. Lama Ustaz Love termenung memikirkan situasi ini. Sebelum ni Ustaz Love cuma bayangkan yang situasi sebegini hanya ada dalam drama2 swasta atau novel cinta. Kalau ada pun (yang pernah Ustaz Love tahu), biasanya ahli keluarga berkahwin dengan bekas isteri atau balu ahli keluarganya.

Nasib saudara ini bolehlah diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga, tercium tahi ayam pula. Dah la ditinggalkan tunang sewaktu tarikh pernikahan hampir tiba, dirampas oleh abang kandung sendiri, terpaksa pula menjauhkan diri daripada keluarga demi kebahagiaan abang yang berperangai macam tahi itu. Maafkan Ustaz Love kerana banyak menggunakan perkataan tahi dalam entry ni. Ustaz Love sangat beremosi ketika menulis pada waktu ini.

Sebagai seorang abang, beliau la yang sepatutnya mengalah demi kebahagiaan adik, dan bukannya meruntuhkan kebahagiaannya. Sudahlah merampas kebahagiaan sang adik, beliau pula beria2 nak cemburu sana-sini sehingga sang adik terpaksa mengorbankan pula kebahagiaan bersama keluarga. Tapi, apa boleh dikatakan lagi. Semuanya telah ditakdirkan. Nak bersedih lama2, buang masa je pada perkara yang takde makna.

Ustaz Love yakin, saudara dah boleh terima hakikat yang bekas tunang itu kini telah menjadi kakak ipar saudara. Tempoh masa 4 tahun tu bukan sekejap.. Sekalipun luka masih belum sembuh, rasanya darah pun dah berhenti mengalir dan luka pun dah hampir kering. Cuma mungkin luka yang lain yang masih berdarah2.

Menahan rasa itu memang berat. Seumpama terlekat kahak di celah tekak.. nak telan tak lepas, nak keluarkan tak boleh.. berkali2 menelan air liur pun, macam tu jugak keadaannya. Perlukan bantuan lain untuk memudahkannya keluar atau terus masuk ke perut. Guna nasik kepal ke, telan ubat batuk cap kelapa laut ke dsb. Samalah juga bila kita menahan perasaan sedih. Dada akan terasa berat, suara akan rasa tersangkut kat halkum, mata terasa berair, nak kentut pun tak lepas, nak berak pun tak puas. Hidup jadi serba salah sehingga kita terdorong untuk mengambil tindakan yang salah. Akhirnya kita tenggelam dalam pengorbanan sendiri tanpa dihargai oleh sesiapa pun.

Ustaz Love mengambil kesempatan ini untuk menyeru mereka2 yang mengalami masalah yang melibatkan tekanan dalam hidup, jangan segan2 untuk mendapatkan bantuan pakar psikiatri. Berjumpa dengan mereka bukanlah untuk mengesahkan kita dah gila atau masih waras, sebaliknya kita memerlukan mereka2 yang pakar untuk membantu kita menangani masalah yang melibatkan tekanan perasaan ini. Bayangkan, 4 tahun itu bukanlah satu tempoh yang singkat.. kalau kawen mungkin dah dapat 8 orang anak (setahun kembar 2..kihkih). Disebabkan kita pendamkan saja masalah itu, ia semakin membarah dalam diri sehingga mengakibatkan kita tak dapat berfikir dengan lebih waras. Kita mengabaikan keluarga atas alasan tak nak mengganggu kebahagiaan abang dan kakak ipar, sedangkan dalam pada masa yang sama kita telah melukakan hati ibu bapa dan ahli keluarga lain yang lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang kita.

Dalam hal ini, kita boleh mengaplikasikan satu kaedah usul, iaitu memilih situasi yang lebih kurang mudaratnya.. Sebagai contoh, kalau kita merapatkan diri dengan keluarga, hati kita akan terluka dan mengganggu kebahagiaan abang.. kalau kita menjauhkan diri daripada keluarga, kita pula menyakiti perasaan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.. maka, lebih wajarlah kita merapatkan kembali hubungan dengan keluarga sbb mudaratnya lebih kurang, hanya tertumpu pada perasaan kita dan abang itu saja.. Sampai bila kita nak lari daripada masalah? Masalah takkan selesai, sebaliknya akan timbul masalah2 lain disebabkan kita tak cuba nak selesaikan masalah pokok.

Saudara kena berani berhadapan dengan situasi ini.. saudara bukanlah orang yang bersalah, jadi kenapa pula saudara yang perlu melarikan diri dan berenggang dengan keluarga? Kalaulah abang itu terlalu cemburu, biarlah itu menjadi masalahnya.. yang penting, saudara takde melakukan percubaan2 untuk mengorat kakak ipar tu. Jangan tunduk pada tekanan, kerana orang yg bersalah itu jiwanya sangat tertekan.. cara mudah untuk melepaskan tekanan adalah dengan menyalahkan orang lain.. menyalahkan kehadiran saudara yg akan menyebabkannya cemburu dan bergaduh dengan isterinya.. sedangkan hakikatnya, beliau bergaduh dengan bayang2nya sendiri.

Dengan keberanian saudara menerima hakikat ini, ia akan menyembuhkan trauma yang saudara alami. Bagi Ustaz Love, ketakutan saudara untuk berkahwin itu adalah kesan daripada trauma peristiwa silam tersebut.. sedangkan tak mungkin saudara ni tak laku orangnya.. Ustaz Love yang tak hensem dan berperut buncit ini pun ramai yang dok ushar2 nak jadikan anak ikan..kihkih.. Saudara berusahalah mencari dan berdoa.. insyaAllah, ramai lagi wanita2 yang baik yang selayaknya menjadi jodoh saudara yang sangat lembut hati ini.

Lupakan saja kisah yang lalu.. tak berbaloi saudara nak habiskan masa mengingati wanita yang tak jujur seperti bekas tunang (kakak ipar) itu. Jadikan peristiwa itu sebagai pemangkin semangat untuk saudara meneruskan lagi hidup dengan lebih hebat. Jangan takut untuk melangkah, kerana sebaik saja saudara memulakan langkah pertama, insyaAllah saudara akan mendapati langkah2 seterusnya akan menjadi lebih mudah.

Apa yang penting, saudara berusahalah secara zahir dan rohani.. mintalah bantuan ibu bapa atau rakan2 untuk bertaaruf dengan wanita.. dan mintalah bantuan Allah untuk menunjukkan jodoh yang terbaik buat saudara.. insyaAllah, suatu masa nanti saudara akan mendapati betapa manisnya pernikahan yang dibajai dengan peristiwa sedih tersebut.. umpama pohon rambutan yang buahnya mempunyai rasa yang sangat manis, hasil dibajai dengan baja dan tahi.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. s’lamat ari raya ustaz boleh buat entri beri ga;akan pada wanita yang tk kahwin sebab terkena sihir pelalau bertahun? juga utk wanta yg lambat dpt jodoh walau dah usaha

  2. oh untuk saudara muslim diatas, cari yang lain lebih jelita/lebih beriman, jujur sebagai pengganti.

  3. ustaz love selamat hari raya maaf zahir dan batin…
    “tunang dirampas ahli kluarga” cm kenal ja org yg post ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme