I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tiada Perasaan Cinta Terhadap Tunang

salam ustaz..sy nk kongsi hati dan perasaan sy dgn ustaz..mgkin ustaz blh bantu.

sy sudah brtunang selama 8bulan..makin lama sy mngenalinya sy dpt rasa yg sy x serasi dgn dye..sy tiada rasa ingin hidup brumah tangga dgn dye. hati sy tiada cinta untuk dye. prtunangan ni secara drastik yg sy sndri x pk pnjng sbb dye trlalu baik hngga sy x mampu nk hancurkn hati dye..masalahnya sy dgn dye tiada keserasian..sy slalu x hormat pd dye. hingga sy brjmpa dgn kwn lama slalu brjmpa akhrnya kami mnjadi pasangan kekasih dlm diam. hati sy snggap mnyayangi dan mncintai dye shingga ingin brkahwin dgn dye..begitu juga dye. kami sgt bahagia gembira sekepala. akhrnya kekasih sy dpt tahu yg sy sdh brtunang. sy merayu pd dye jgn tngglkn sy krn hati sy sgt cinta dan ingin hidup dgn dye. sy ceritakn semuanya pd dye…dan dye paham. dye minta sy mmbuat keputusan yg tepat krn keputusan kbahagiaan dlm tgn sy samada putuskn prtunangan hidup dgn dye atau teruskn brsama tunang. tp sysgt berat utk luahkn pd tunang sy sebenar isi hati dan perasaan..sbb sy takot dye kecewa mngkin akn brbuat ssuatu mcm isu skrng ni. kalau boleh sy xnk hancurkn harapan sesiapa tp bagaimana harapan saya nnt? bila dah jd isteri kpd tunang sy mngkin sy akan derhaka..main kayu 3..sbb sy tidak mncintai dye. harap ustaz blh bantu…

– saya..

Masalah utama bagi mereka2 yang baik hati ini adalah masalah kesian dan tak sampai hati.. akhirnya, mereka akan terpaksa membuat keputusan yang agak kejam, sama ada kejam terhadap diri sendiri atau kejam terhadap orang lain. Dah terlalu banyak contoh yang Ustaz Love jumpa macam ni. Tak suka, tapi terpaksa berpura2 suka sebab nak menjaga hati orang lain (nak jaga hati mak ayah, nak jaga hati orang itu ini) sehingga akhirnya mengabaikan perasaan sendiri. Suatu masa, tersedar dari lamunan, baru terasa nak mengutamakan kehendak sendiri, sehingga akhirnya menjadi seorang yang pentingkan diri dan kijam terhadap orang lain.

Sebab itulah permulaan sesebuah perhubungan itu perlu dilihat dengan teliti di mana asasnya.. adakah disebabkan tengok orang lain berpasangan, lalu menimbulkan keinginan untuk berpasangan juga sehingga mengambil sikap tangkap muat.. tak kisah dia mat gian ke, mat lombok ke.. bila dah jumpa dengan yg berkenan di hati, sesuka hati je nak buang pasangan lama seolah2 macam mereka itu takde perasaan. Akhirnya, berlakulah kejadian tak diingini (sebab mengikutkan sangat emosi) spt bunuh kekasih, rogol, bakar, santet dsb.

Apa juga sebab sesuatu perhubungan itu dimulakan, perlulah jelas juga sebab2 perhubungan itu diputuskan. Perlu jelas dan penjelasan.. Selepas diri sendiri jelas dengan keinginan, maka kena berani untuk berikan penjelasan. Jangan bermain tarik tali dalam soal perhubungan, sebab ia bakal menyakiti banyak perasaan.

Tak semua perhubungan itu berputik daripada percintaan.. Ada pasangan yang sampai mati pun tak menikmati perasaan cinta, tapi bahagia dengan rasa tanggungjawab.. Ada yang hangat bercinta, tapi beralih cintanya kepada orang lain.. Ada yang asalnya benci, tapi bertukar menjadi cinta.. Semua jenis perasaan ini bukanlah dalam kawalan kita. Ia adalah anugerah daripada Allah.. Kalaulah perasaan cinta itu boleh dihadirkan sendiri oleh manusia, nescaya manusia akan memilih yang cantik2 je (sebab itu fitrah manusia).. tapi disebabkan perasaan cinta, suami boroi pun isteri tak kisah.. isteri serabai pun suami tak marah.. dan mereka bahagia dengan cara mereka sendiri.

Dalam kes saudari ini, Ustaz Love rasa mungkin saudari berharap semakin lama perhubungan saudari dengan tunang itu, akan semakin bercambah la cinta dan kasih sayang.. tetapi, sebaliknya yang berlaku, saudari makin rasa tak serasi dengannya. Bukan sebab dia jahat ke, panas baran ke, ketiak masam ke dsb, cuma rasa takde kimia (chemistry). Itu saja alasannya. Bab perasaan tak perlukan banyak sebab dan alasan.. kadang2 cukup dengan satu kebaikannya saja membuatkan kita mencintainya tanpa melihat seribu keburukannya, juga cukup dengan satu kesalahannya saja menyebabkan kita membencinya tanpa memikirkan seribu kebaikan yang ada padanya.

Sangat penting bagi kita untuk menyiasat dan menyelidik siapa yang akan menjadi pasangan kita sebelum membuat keputusan untuk meneruskan perhubungan ke peringkat yang lebih serius (sama ada nak bertunang / bernikah). Bukanlah salah untuk menerima pasangan dan bercinta selepas kahwin.. sbb bab cinta ini bukan persoalannya.. sebaliknya yang menjadi persoalan adalah kesesuaian pasangan itu dengan kita (ada masuk sikit bab sekufu). Alam perkahwinan bukan tempat untuk membuat ujikaji dalam hidup (kalau ok, teruskan.. kalau tak ok, cerai).. sebab kesannya akan ditanggung buat tempoh yang lama. Jika hidup bahagia, mungkin akan menuju ke syurga, namun jika sebaliknya, ada potensi untuk terjerumus ke neraka.

Ustaz Love secara peribadi tak bersetuju dengan tindakan saudari berjumpa dengan kawan lama itu dalam keadaan saudari telah menjadi tunangan orang lain. Jika dilihat dari satu sudut, ia seolah2 satu pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh tunang dan keluarga kedua2 belah pihak. Akibat daripada tindakan saudari, saudari telah menyemai benih cinta atas batas yang terlarang, sedangkan batas yang sepatutnya ditabur benih dan dijaga, dibiarkan kontang sehingga tiada harapan untuk menumbuhkan hatta lalang sekalipun. Kini, bila tiba masanya untuk dituai, saudari berada dalam dilema kerana hendak menuai batas orang lain, sedangkan batas sendiri tiada hasil untuk dituai.

Tapi, perkara dah berlaku.. soal cinta ni bukan boleh dipadam macam memadam mesej di henfon.. tak boleh nak berpura2 sebab ia bukan sesuatu yg bersifat zahir.. dan perasaan cinta itu merupakan suatu perasaan yang mendalam, lebih dalam daripada perasaan sedih.. walaupun dah berkahwin dan beranak-pinak sekalipun, sekali-sekala akan teringat juga kekasih lama. Ada juga yang gila disebabkan cinta. Ada juga yang mati disebabkan cinta..

Kes saudari ini bolehlah diambil sebagai iktibar buat yang lain. Jangan cuba mengail ikan kalau kita bukan tangkap untuk dimakan.. sebab ikan yang kita pancing dan kemudian dilepaskan itu, akan menanggung siksa akibat bisa mata kail kita sehingga beliau mati. Bezanya manusia dengan ikan, ikan itu tak mampu melakukan apa2 terhadap manusia (kecuali ikan piranha.. boleh main gigit2..kihkih), sebaliknya manusia yang terluka boleh melakukan seribu macam perkara yang boleh menyusahkan kita di kemudian hari.

Ambil saja iktibar daripada kes2 yang dilakukan oleh lelaki yang sudah hilang kewarasan (spt kes bunuh isteri, bakar kekasih dsb) disebabkan jiwa terganggu. Zaman sekarang ni zaman yang penuh dengan tekanan. Manusia semakin jauh daripada Tuhan. Sebab itu mereka suka mengambil jalan singkat dalam menyelesaikan masalah. Tak terkecuali wanita2 yang tertekan.. ada jugak kes serang bekas kekasih, buka aib, mengaku mengandung dsb semata nak melepaskan perasaan geram dan tak berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.

Jika difikirkan, memang akan rasa gerun dan takut. Tapi, kita jangan takut pada perkara yang belum berlaku.. Kebiasaannya, 90% daripada ketakutan kita itu tak pernah berlaku (ini menurut kajian Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah).

Berterus-teranglah.. Itu sahaja jalan penyelesaian yang Ustaz Love nampak bagi menyelesaikan masalah saudari ini. Jangan bermain tarik tali.. Yang itu dikejar, yang ini tak nak lepas.. Berterus-teranglah daripada sekarang.. jangan tunggu lama2 sehingga ketumbuhan menjadi barah, sebelum masalah menjadi parah. Ustaz Love menjangkakan (bukan meramalkan) mungkin akan berlaku sedikit masalah (yg melibatkan tunang dan pihak keluarga), tapi masalah itu akan selesai juga nanti. Sekiranya saudari tak berterus-terang dari sekarang, seolah2 saudari sedang mengandungkan masalah dalam perut yang suatu masa nanti akan membesar dan meletop kebabommm.. masa tu, mungkin sudah terlambat untuk menyelesaikan masalah, melainkan menerima apa saja akibat daripada masalah yang tak selesai itu.

Saudari sendiri dah dapatkan kepastian daripada kekasih yang beliau akan menerima saudari. Jadi, apa lagi yang saudari takutkan? Alasan saudari tak sanggup nak melukakan perasaan tunang (jika berterus-terang) itu tidak boleh diterima, kerana saudari telah sedia menghancurkan hatinya bila saudari menjalinkan perhubungan cinta dengan lelaki lain. Tinggal saja saudari belum berterus-terang dengannya. Jadi, alang2 menyeluk pekasam, biarlah sampai ke ketiak masam. Alang2 nak berkasihan, biarlah diikat dengan pernikahan.

Nasihat Ustaz Love, saudari berterus-teranglah dengan tunang itu dahulu. Tengok apa reaksinya. Jika beliau dapat menerima dengan hati terbuka, barulah merancang bagaimana nak bagitau dengan keluarga masing2. Kalau beliau tak dapat terima, saudari berbincanglah pula dengan keluarga. Biar pihak keluarga saudari selesaikan dengan keluarganya. Kalau masa nak tautkan hubungan, dibuat dengan penuh adab dan adat.. jadi, masa nak putuskan hubungan, jangan la lupakan adab dan adat.. biar putus dengan cara yang baik agar tak ada siapa yang menyimpan dendam dan permusuhan.

Jika tak sanggup nak berterus-terang, maka putuskanlah hubungan dengan kekasih itu. Itu saja pilihannya, sebab saudari tak boleh bernikah dengan 2 orang lelaki serentak. Berbeza dengan Ustaz Love yang boleh kawen sampai 4 secara serentak.. kihkih..

Saudari perlu bertindak walaupun ia memang berisiko.. kalau saudari tak bertindak apa2, saudari akan menanggung risiko itu buat seumur hidup. Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Mintalah bantuan daripada Allah untuk menunjukkan kepada saudari jalan keluar daripada masalah ini. Berdoalah semoga Allah memberikan ilham cara terbaik untuk saudari menyampaikan hasrat. Jangan terburu2 dan tergopoh-gapah, sebaliknya buatlah dengan penuh teliti dan berhati2.

Semoga Allah memudahkan segala urusan saudari dalam mencari kebahagiaan buat diri sendiri.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

56 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz….

    saya ad soalan nk bertanya… apakah hukum memakai pewarna kuku semasa dalam haid samada dalam rumah @ public ? …dan bolehkan muslimah memakai hijab “turban”…??

      1. tq ustaz…tp bagaimana dgn pewarna kuku… saya selalu pakai ketika haid…. kadang2 keluar rumah dengan memakai pewarna kuku. boleh ke ustaz?

        1. tengok atas tujuan pemakaiannya.. kalau tujuannya nak menunjuk2 kepada orang lain, maka hukumnya haram (sekalipun memakai inai). Kalau sekadar nak menghias kuku dalam rumah (cuma tak sempat nak bersihkan sebelum keluar rumah), tiada masalah..

    1. memang betul tu.. sbb diri sendiri juga yang akan menikmati hasil pilihan itu sama ada baik atau buruk..

  2. Salam.

    Izinkan saya berkongsi kisah saya. Saya mengenali isteri saya pada masa dia telah mempunyai kekasih. Maknanya dalam masa dia ada BF, dia juga berkawan dgn saya. Dan mungkin masa tu jodoh kami, kami bertunang. Dalam tempoh bertunang (yg agak pendek, dalam 3-4 bulan), banyak hint dan petunjuk yang Allah tunjukkan pada saya. Antaranya, walaupun sy tunang dia, dia tak pernah defend saya, in fact, dia lebih prefer defend ex BF dia, few time bergaduh besar hanya kerana pasal ex BF, dan paling berat bila mana dia menyuarakan hasrat supaya saya melupakan hasrat untuk mengahwini nya.

    Terus terang saya katakan, saya tak pernah merasa gembira sepanjang tempoh pertunangan (mungkin ada tp tak sampai 20% kut). Kebanyakkannya adalah pahit. Tapi saya tetap berusaha untuk menenangkan keadaan dan cuba memujuk hati dgn mengatakan ini adalah dugaan. Di tambah pula tempoh yang makin dekat dengan tarikh penikahan.

    Bayangkan malam sebelum saya menikah juga boleh bergaduh besar. Orang lain mungkin kata hari nikah hari yang penuh dengan perasaan takut terutama bila nk berdepan dengan tok kadi, tapi terus terang saya katakan, saya langsung tak rasa apa2. tak de perasaan, tak de rasa gusar atau takut (pada masa itu saya hanya rasa just for the sake untuk go thru the majlis nikah semata2). Yes it is my mistake untuk teruskan penikahan itu hanya kerana fikirkan majlis yang telah dirancang. Tapi dalam masa sama, saya terus berdoa mudah2an kebahgian ada dalam perkahwinan saya nanti.

    Tapi apakan daya, mungkin kafarah dari Allah, even masa time honeymoon pun kami berselisih faham. Dan ditambah lagi rasa geram bila saya dapat tau dia memakai jam yg dihadiahkan ex BF dia pada masa hari kami bersanding. Dia siap admit jam tu lah yang paling dia sayang.

    Boleh saya katakan tiap2 minggu2 kami bergaduh. Lupa nk highlight, saya merupakan weekend husband kerana faktor kerja. Rasanya, kami hanya berbaik dalm hari sabtu ahad isnin selasa, tiba rabu je biasanya akan start bergaduh. isu yang remeh seperti saya lambat telefon, saya lupa nk telefon, bosan dgn soalan tipikal sperti dah makan ke, buat apa…

    Dengan izin Allah, saya juga berjaya menghidu perbuatan isteri saya yang masih menjalin hubungan dengan Ex BF dia. Saya dapat tau bila saya bongkar SMS dari henset dia. Saya menyoalnya kerana SMS yang berbau ‘abang’ dan ‘sayang’.. apakah saya sebagai suami, telah dimadukan oleh isteri saya?

    Bila dia pregnant, lagi bertambah parah. masa mula pregnant tu ok lagi… tp oleh kerana saya jarang balik ke rumah dia di satu daerah di selatan tanah air kerana saya selalu outstation, hubgn bertmbah keruh. pernah saya balik rumah tapi dia bertindak untuk tidak langsung bercakap dengan saya. malahan waktu malam dia sanggup bentang toto dan tidur di lantai.

    Bila keadaan makin teruk, saya cube minta bantuan mak dan ayah mentua saya (yg mana isteri saya memang tinggal dengan mereka).

    Mereka hanya nasihat bersabar, takut pembawakan budak. tapi bila dah bersalin pun macam tu jugak. pernah saya dimarahi (or i cud say ditengking) oleh isteri saya kerana dia tak bagi saya pegang baby kami.
    Saya dah hampir 6 bulan tak dapt jumpa baby saya walaupun saya masih suami dia. setiap weekend saya balik, dia termasuk le mak bapak mentua saya akan tiada dirumah.

    Dan oleh kerana itu, saya ambil keputusan, thats it, i need a lawyer. Dan kini saya sedang menunggu tarikh bicara penceraian saya.

    Pada saya, kesilapan saya adalah bila mana Allah memberikan pelbagai petunjuk semasa tempoh pertunangan tapi saya ignore, saya tetap meneruskan perkahwinan berkenaan.

    Bila dah jadi macam ni, saya muhasabah diri dan saya sedar tempoh bertunang adalah tempoh yang sangat penting. Pertunangan bukan bererti confirm kawin. Tapi tempoh bertunang adalah masa yang Allah anjurkan untuk kita mengenali pasangan kita tu samada dia sesuai atau tak dengan kita. Konsep tunang orang melayu sekarang agak jauh terpesong dengan apa yang Islam anjurkan. Islam suruh kita bertunang untuk kita mengenali dengan lebih mendalam pasangan kita kerana masa tu le Allah akan tunjukan kita bermacam2 petunjuk. Walau sekecil manapun, kita kena pay attention.

    Betapa istimewanya tempoh bertunang yang Islam suruh kita buat. Walaupun kita kawan dgn pasangan kita tu lebih 2 tahun, tapi tak sama masa kita bertunang walaupun kita bertunang 6 bulan. macam2 Allah tunjuk pada kita.

    p/s maafkan coretan yang panjang ni Ustaz.

    1. terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.. takpe la.. anggap saja itu ujian daripada Allah untuk menaikkan darjat saudara. Mungkin selepas ini, saudara akan dapat jodoh yg lebih baik daripada sebelum ni.. kadang2, kita bertemu dengan orang yg salah sebelum bertemu dengan orang yg betul, agar kita dapat menghargai apa yang kita ada dan tidak terlalu memikirkan perkara yg kita tak ada.

      1. Amin Ustaz. Itulah yg saya doakan setiap hari agar mendapat pengganti suri hidup yang lebih baik. di samping itu saya juga tahu saya kena terus bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi hamba Allah yg lebih baik. Saya juga ada kelemahan dan kekhilafan.

        Apa yang saya terkilan sangat bilamana saya dihalang dari berjumpa dengan anak saya sendiri.

        Tengah bulan ni tarikh bicara. doakan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

        1. insyaAllah.. Ustaz Love doakan semoga Allah mempermudahkan urusan saudara.. janganlah bersedih.. sebaliknya berusahalah sungguh2 dan malam2 nangislah sungguh2 dalam doa.. InsyaAllah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian yg berlaku.

    2. tersentuh bile bca kisah en.aquaria. seolah nasib kte sama.cma bezanye sya belum smpai tahap berahwin. bertunang tpi tk pnh rsa perasaan bahagia tu. sblum bertunang sya memng dh nmpk sikap tunang yg selalu menyakitkan hati sya. tpi sya tetapkan teruskan hubungan ini,adakalnya setiap percakpan yg dia tuturkan tk pernh fkir perasaan sya. penat sya besabar sampailah famly dye dtg merisik. hari merisik pn kami boleh bergadoh besar sebab isu duit hantran. bahkan seminggu sebelum bertunang kami bergadoh besar smpaikan dye blok no tel sya. sush tuk sya hubungi dye ketika tu. spnjg tmpoh nk bertunang hnya allah mengetahui betapa perit n sakit prasaan yg sya hadapi. sya tekad teruskan pertunangan cz sya cba bersangka baik untuk bagi dye peluang. myb dye akn berubah ps bertunang. tp jangkaan sya meleset. shari slps bertunag sya call cba tnye prasaan dye trhdp sya. sedih sya bile dye ckp jgn nk poyo or over slagi ikatan tak sah. sya penh rujuk ngn kawan2 yg lain ape prasaan bile dh bertunang.kbnyakan kawan2 ckp perasaan slps bertunang ni mkin bertmbh syg. tp sya tk rasakan mcm tu. sehinggakan skrg tunang sya perlakukan sya seolah2 sya ni tk wujud dlm hidup dye. msg or call mg tk da dri dye. klau sya cba call or msg semua dibalas dgn dingin. sya sngt tertekan dengan keadaan yg begini. sya nk sngt putuskan pertunangan tp sya takot andai kputusan sya ni akn mnyebabkan hati lan terluka. sya setia n jujur tehadap tunang. sya tk berkawan ngn mana2 lelaki. sya cemburu melihat kebahagian pasangan lain bertunang. stiap kali sya cba nk berbincang mlalui tlefon stiap kali tu la dia akn trus meletak tlefon… sya dlm dilema sngt samada ingin meneruskan perhubungan or meneruskan tpi dlm masa yg sama sya dpt meramalkan bgaimana kehidupan sya nti yg akan sntiasa makan hati dengan sikap dye.

    1. takyah la susah2 nak tunang.. kawen je terus.. lepas tu nak bertenang ke, bertendang ke, takde sapa nak marah 😀

  3. salam ustaz..
    saya ada soalan nk kongsi..saya telah bercinta dgn seseorang selama setahun..susah senang sama-sama lalui..tetapi,sebelum ini jika kami bergaduh,saya akan memarahinya dan memukulnya..tetapi dia tetap sayang saya dan dia tahu saya ikhlas menyayanginya.dan dia telah membawa saya berjumpa dgn ibu bapanya walaupun ibu bapanya sebenarnya hendak dia mendapatkan kerja dahulu baru fikir tentang cinta..dan dia pernah menyatakan dia nak memperisterikan saya..tetapi kami bergaduh tentang hal kecil dan dia membuat keputusan untuk putus..saya merayu pun dia tidak memberi peluang,hanya kata,dia akan mencariku setelah mendapatkan kerja dan stabil..dan juga menyatakan dia ingin bersendiran kerana dahulu saya tidak mendengar cakapnya..kami satu kelas di kolej..macam mana saya hendak berdepan dengannya jika ingin melupakannya kerana setiap hari nampak dia..dan saya tidak dapat menerima kenyataan kerana dia bukan begitu..dia pernah bersumpah atas Al-Quran dia tak akan berubah hati tetapi kenapa dia hendak putus.walaupun putus tetapi dia tidak mahu memandam segala gambar kenangan yang ada di laman sosial..dia akan mencariku jika dapat kerja tetapi dia tidak suruh mengharap.Ustaz saya sangat kecewa dan menyesal kerana tidak menghargai dia..saya dalam dilema,

  4. Salam ustaz…

    saya dalam dilema,sangat dilema…saya dah bertunang dan dah dekat nak kahwin dah,masalah saya ialah hati saya tiada pada tunang saya.semakin dekat dgn hari pernikahan semakin saya jauh hati dari dia….saya asyik teringat seseorang…yg dulu duk bergelak ketawa dengan dia yang boleh bergurau senda..tunang saya tak macam tu,tak selalu borak…kalau dengan yang sorang tu saya tak pernah bosan..40 kali sehari cakap telefon pun saya masih tak bosan…ada je benda nak borak…tapi kalau dgn tunang saya ni,saya macam hilang idea…tak tahu nak borak apa…ada benda penting je baru kami bersembang…sms lagi la susah…kalau dgn sorang tu sms benyak mana pun tak kisah…kalau dia ada masalah saya selalu tolong dia,tunang saya ni satu lagi sifat dia angin dia tu…saya jenis angin…dia pun jenis angin…tapi saya tak tahu nak buat macam mana dah…hari pernikahan dah terlalu dekat…saya tak boleh nak jatuhkan maruah family saya,family dia….saudara mara semua dah diberitahu,kawan kawan,adik beradik,orang kampung…saya betul betul buntu..takkan saya nak batalkan majlis perkahwinan yang dah 90 peratus siap ni……Ya ALLAH…apakah ujian ini….tolong saya ustaz….

  5. Salam ustaz. Saya nak minta pendapat ustaz sikit la. Saya telah bertunang dengan seorang lelaki,kami kenal sejak sekolah. Sebelum bertunang,hampir sepuluh tahun kami bersama. Sepanjang sepuluh tahun tu dia menunjukkan yang dia sayang pada saya. Semasa bertunang pun dia sangat excited kita nak melangkah ke stage seterusnye. Tetapi selepas sebulan dari pertunangan, dia tiba-tiba minta putus. Macam-macam alasan yang diberikannya. Tiba-tiba dia merasakan bahawa hubungan kita dah jauh. Saya terkejut dengan perubahan hatinya yang secara tiba-tiba. Adakah ini petunjuk yang kita tiada jodoh ataupun ini cabaran biasa dalam pertunangan? Saya sangat keliru ustaz sebab saya sangat sayangkannya tetapi dia seperti tidak mahu saya lagi. Apa pendapat ustaz tentang situasi saya.ni?

  6. salam….ustaz sy nk mtk pendapat..sy dh bertunang sekarang ni..macam mana sy nk kikis perasaan buruk sangka terhadap tunang sy?kadang2 sy teringat peristiwa yg pernah dia lukakan hati sy sebelum kami bertunang.sapakan sy rasa macam sakit hati bila teringat dia menduakan sy dulu.sekarang ni tengah bertunang perasaan takut selalu jer datang.sy takut kalau dia ulang lagi..sy xnk ingat lg dah sume ni,,

  7. saya kadang rase mcm keliru ngan diri saya…kami dh bertunang 2 tahun..tapi tah sy dan die blh dikatakan mcm x pernah brcakap soal perasaan dari hati ke hati…die mcm sygkn sy..tp sy x nmpk semua 2…puas sy cari tp x jmpe…bile sy cerita ngan kawan2,rmai yg suruh sy bincang ngan die…sy try bincang,tp pd die kami ok je xde pe2 masalah..mase mula2 kenal dulu sy terima sbb tgk kesungguhan die ajak bertunang..saya bukanla jenis yang terlalu inginkan perhatian..cuma mgkin lumrah kn ustaz,naluri seorang perempuan…secara jujurnya,sejak kebelakangan ni memang ade ramai yang cuba tarik perhatian saya..tp sy cuba kuatkan hati ngan mengingatkn diri saya yg saya dh de tunang…tp dgn tunang sendiri kami jarang berhubung,orang lain yg byk ambik berat tntg diri saya…tlg saya bile de masalah..bila sy cuba untk share ngan die…msti akan bergaduh sudahnye…kami hanya akan ok bile sy baut mcm biasa…mksudnya bile sy x cerita ape2 masalah ngan die…pendam sndiri…bile berhubung pn sembang2 biasa je…x mcm tunang,rasenye ngan kwan2 sy lg mesra…sukarnye sy nk jelaskn kt sini..ustaz cube la bg pndpt sikit2…sy jenuh dh wt istikharah…fmly pn syg sgt kt die…tp entahla…

  8. salam ustaz…
    jodoh itu sudah ditetapkan kan?
    even kalau kite pegang die macam mane sekalipun, kalau die bukan jodoh kite tetap bukan jodoh kite jugak kan?
    Kalau die jodoh kite, walau terpisah beribu batu, tetap akan jadi milik kite jugak kan?
    ustaz, boleh x tolong nasihatkan saya to stop thinking about him?
    Kalau kami berjodoh, tidak akan ke mana kan ustaz?

      1. assalamualaikum ustaz… sy ingin bertanya… ustaz… sy da bertunang lebih kurang 4 bulan…..permasalahan sy skrg…. sy x thu sama ada sy nk teruskn hubungan pertunangan ini atau x…. sy masih sygkan tunang sy.. tapi tunang sy ni memilih kerja sgt2…. dia nk kerja y jenis terus menjamin dia…. smpaikan sehingga skrg dia tidak bekerja. dia pernah berkeja tp berhenti… skrg da 4 bulan dia menganggur.. kebykkan perbelanjaan harian dia sy yang tanggung dan kadang2 dia meminjam dgn kwn2 dia…..bahkan sewa rumah dia pn sy tanggung. mula2 ok jea sy support dia tp lamer2 sy rasa beban….. sy da juga hutang2 bank, kereta….. bahkah kereta sy pn dia pakai… dia cuma hantar sy pergi balik kerja dan bawa g jalan2…..dalam hati sy …ingin jea putus tunang tp sy da terikat ustaz…… sy da terlanjur dgn dia……ustaz sy x thu ustaz mcm mane…. sy terigin jd mcm gadis lain y lelaki x sentuh selagi bkn milik halal dia… tunang sy jnji nk kawin ngan sy…. ustaz… sy pernh mengandung sebelum bertunang dgn tunang sy skrg. sy x nk gugurkan tp tunang sy suruh gugurkan sbb maruah,,,, tp sy x nk… disbbkan dia kata family akn buang klu thu hal ni… sy pn ikut ckp dia/////,…………ustaz tlgla mcm mner nk selesaikan masalah ni….da bertunang pn… di slalu ajak tidur.. x ikut dia marah tarik muka masam n mula gaduh…. ustaz sy sygkan dia x thu knp….. sy x leh nk putuskan pertunangan ini…… tp sy kena pk juaga masa depan sy klu kawen dgn dia…… dia x berkerja…..dan bila sy tny dia bila kita nk kawen dia x thu bila… mcm na nk kawen diut pn x der….. ustaz tlh la sy……. nk teruskan hubungan pertunangan ini atau putuskan….

  9. Asalamualaikum ustaz. Sy ingin bertanya pendapat ustaz. Sy ibu tunggal, berkawan dgn lelaki jauh lebih muda Dari sy. Pada mulanya hubungan kami ok ja. Keluarga dia pun Boleh terima sy. Suatu hari timbul masalah, kami bertngkar, kemudian timbul lg masalah, makin teruk. Dia terus nk putus. Sy pujuk dia, akhinya dia mengalah. Tp hbgan kami dh tak begitu mesra. Sebulan lepas tu, baru sy tau Rupanya dia ada orang lain. Sy terus nk putus. Tp dia pujuk sy balik…sy tetap berkeras, sbb sy tau dia masih Ada hbgan dgn perempuan tu. masing2 Dah jmpa Keluarga masing2. Tp dlm tempoh tu, dia tetap pujuk sy balik. Selepas sebulan, dia diam semggu, lepas tu dia pujuk sy lagi, Kali ni dia bersungguh, katanya dia xdak apa dgn perempuan tu. sy hubungi keluarganya, Dan sy dapat tau, mereka tak suka pada perempuan tu. sy bagi Peluang sekali lagi, tp bersyarat, Hanya 2 bulan utk dia berubah, klu dlm tempoh tu, sy tak Boleh terima dia, kami akn putus cara baik. Dlm tempoh tu, dia layan sy dgn baik.. Sy pun Cuba bersikap baik padanya… Tp hati sy seolah2 berat nk terima dia semula. Sy x pasti smada masih syg, atau Cuma kasihan..hidup sy Kosong tanpa dia, Ada sja gurau senda dia yg buat sy tersenyum… Tp hati sy seolah2 tersekat utk terima dia lg. dah hmpir 4 bulan, sy menangis sbb dia, ht dh semakin tawar padanya.. Kdg terfikir nk cari pengganti, tp ht tak trbuka juga. Skrang sy masih dgn dia, bila bersama dia, sy gmbira, tp bila bersendirian, mcm2 sy fikir… Sy tak pasti, patutkah sy teruskn hbgan ni, sy juga takut, sejarah berulang… Klu nk putus, apa alasan yg patut sy bg. Bolehkah sy bahagia tnpa dia.. Tolonglah ustaz, sy tak tau nk fikir Mcmna lagi… Terima kasih

    1. Salam Ustaz sy pun ada mslah sebegini.. tp berlainan sedikit.. sy nak tanya pendapat ustaz.. perlu lagi ka saya menunggu dan berharap pada tunang sy.. dulu sebelum bertunang, tunang saya yang nak sangat dengan saya, sedangkan saya tidak ada perasaan terhadap dia.. sy berusaha menerimanya dengan hati terbuka.. mak sy banyak nasihatkan sy supaya terima orang yang sayangkan sy, kelak sy akn bahgia.. setelah berfikir panjang. sy terima dia..sy cuba syg dia, sy cuma cintakan dia.. sngga skng sy dpt cintakan dia, Allhamdullah..tp yang sy sdih, sy kesal.. sy pelik baru skng dia bg bagi tahu sy. yang dia sdah x ada perasaan lansung pada sy,.. seolah2 ingin putuskan hubungan pertunangan ini. apa perlu saya lakukan ustaz.. adakah hubungan ini boleh diselamatkan.. ada nie blasan yang sy dpt setelah sy beri peluang pada org.mintak Ustaz beri Nasihat berguna untuk sy dgn masalah sy hadapi sekarang..

  10. salam..sy sudah bertunang 6 buln,dlm tempoh 6 buln mcm2 dugaan sy,tunang dgn mak ad slh fhm sbb tunang ad terlepas ckp PUTUS TUNANG dn tunang ad send mcg yg bukn2 psl saya dkt kakak sy..tp die dh megaku dh meminta maaf slh die dn nyesal dgn apa yg die uat..sampai dua pihak kluarga tahu dn masing2 cube tok berubah,dlm ms yg sma mak dgn abg 1st seboleh2 ingin memutuskan kami tp abg ipar dn kakak saya bg kami pluang ayah pun sama,tp napa mak xdpt trime tunang saya lg..mak ckp ckp rapat jgn jmp tp kami still lagi bertunang..saya buntu.. 🙁

    1. suruhlah tunang tu jumpa mak dan ambil hatinya.. hati orang tua ni, bila dah terguris, susah nak sembuh.. perlukan masa..

  11. Salam.. macam mana kalau tunang tu senyap seribu bahasa selepas bertunang? sampai kita nie cakap, kalau xnk mesej atau kol atau jumpa, kita putus, tapi die tetap senyap. tanya mak dia tapi mak dia pun tak tahu kenapa. masalah lain pulak, dekat facebook boleh layan komen-komen orang lain tapi dgn tunang sendiri buat mcam tak nampak? bukan masalah cemburu tapi terfikir, dia nak teruskan pertunanangan ini atau tidak. 🙁
    Pening recently posted..TrainingMy Profile

    1. Dalam perhubungan ni, kita kena selalu jelas. Apa yang tak jelas, kita kena cari jalan mendapatkan penjelasan. Mungkin boleh bertanya pada kawan baiknya apa masalah dia.. atau pergi terus jumpa dia. Kalau dia masih buat bodoh macam tu je, cari je yang lain. Jangan serabut2 fikirkan pasal hubungan yang tak pasti ni..

  12. assalamualaikum ustaz…

    saya nak minta pandangan ustaz tentang masalah pertunangan saya. saya sudah bertunang setahun. sebelum bertunang,tunang saya sudah curang banyak kali. dan yang terakhir dia curang selepas bertunang. selepas kejadian tersebut dia berubah kerana takut keluarganya malu dan tidak berubah hanya kerana saya. 5 bulan lagi saya dan dia akan diijabkabulkan. tetapi sehingga sekarang dia masih tidak menghiraukan perasaan saya. tidak pernah cuba menyelesaikan masalah. yang dia tahu hanya berjanji3 dan menipu. saya sudah hilang kepercayaan serta sayang pada dia. tetapi saya teruskan semua ini kerana menjaga maruah kedua-dua belah pihak. saya tak nak menjadi anak yang memalukan keluarga. apa pandangan ustaz.apa yang perlu saya lakukan?

  13. ini melibatkan masa depan saya ustaz…apa yang perlu saya lakukan. saya x nak lukakn hati mak ayah yang sudah tua.

    1. jika saudari memikirkan masa depan saudari, Ustaz Love yakin saudari dah tahu jalan yang sebaiknya untuk dipilih. Berbincang baik2 dengan keluarga dan jelaskan perkara yang sebenar. Jangan difikirkan situasi memalukan keluarga kerana putus tunang. Itu lebih baik daripada putus hubungan suami isteri dengan talak, dan kembali ke pangkuan keluarga sebagai janda. Kita sendiri memilih tiket untuk masuk ke sunway lagoon atau ke rumah hantu.

  14. Assalamualaikum ustaz.. Saya ada pertanyaan.. Apakah hukum memakai inai buatan sndiri? Sbb dalam Internet bnyak mngatakn memakai inai buatan sndiri itu halal.. Saya rasa ragu2.. Nk prcaya ataupon tidak.. Harap ustaz dpy bntu saya.

  15. salam ustaz .. saya baru bertunang dan tunang saya tak pernah ambik kesah tentang saya .. saya mula keliru perlu ke tak saya teruskan hubungan ni .. saya cuma takut selepas nikah dia akan layan saya macam sekarang .. apa yang perlu saya lakukan ustaz ?

  16. Ustaz. Saya tiada perasaan pada mamat ni. Classmate sy , tp tua 2 tahun. Tak pernah mesej sweet2 , sekadar msej ats urusan kerja kelas , kerja kumpulan dan lain. Tak pernah lnsung borak lebih2 slain dr kerja klas . smalam , dia ada msej , bgtau dia ada perasaan mendalam terhadap saya dan nk jadikan sy isteri dia. Ya Allah , sy punya terkejut ,memg bukan kepalang . yelah , unexpected. Saya pergi kelas pun selekeh2 je . tdung bukan labuh sgt ,biasa2 aje . dia nmpak mcm baik dan beragama org nya . he is a cat lover too , kakak dia ade bisnes kucing , 80 ekor lebih kat rumah dia . so , maybe dia penyayang org nya . tapi , saya tak ada perasaan cinta thadap dia. Perlu ke sy terima cinta dan pinangan dia ?

    1. Istikharahlah.. mungkin beliaulah jodoh yang bakal dicintai oleh saudari cintai sepenuh hati selepas berkahwin nanti..

  17. Assalamualaikum ustaz..saya nizah dari singapore ingin bertanye pada ustaz..mcm mana kita nk tahu yng lelaki yng kita sayang dan cinta itu adalah jodoh kita yng telah diciptakn oleh allah s.w.t .. dan lagi satu mcm mana cara nk solat isthikarah??

    1. Kita takkan tahu siapa jodoh kita, sebab jodoh itu adalah rahsia Allah. Cara nak solat istikharah adalah seperti solat sunat biasa 2 rakaat.. yang penting adalah doa kepada Allah semoga ditunjukkan jodoh terbaik buat kita.

  18. Assalamualaikum Ustaz. Saya mempunyai masalah dgn bakal tunang saya. saya confuse dgn perasaan saya dimana saya sudah mula tawar hati dgnnya tapi dalam masa yg sama perasaan sayang still ada dlm hati saya. Saya ingin melepaskannya tapi si dia meminta peluang kedua. saya takut saya tak boleh melayan seperti dulu. so ustaz, ape yg saya patut lakukan?

  19. Salam ustaz love… Sye sudah bcinta dgn tunang sudh 10 tahun Dan Baru btunang bakal lgsg majlis lg 2 bulan… Masalah nye saya dh X der rasa cinta n syg lg Sbb tunang saya terlalu kuat cemburu,kepala angin,mengongkong hidup saya slame ni, saya bertahan kerana kami dh terlanjur Dan pikir X ada ssiapa mahu kn saya lg sebb die selalu mghina n mperlekeh kn saya… Pd Mse yg same saya ad bkenalan dgn ssorg lelaki ini mpunyai kerja yg bagus,hormat perempuan,tenang n sering menegur pasal solat Dan agama..yg dulu saya X peduli pasal agama pun..sejak bkawan dgn lelaki Baru ni hati saya tenang n mula rase ingin mendalami agama.. Tolong la ustaz saya keliru saya nk lelaki boleh bimbing dunia n akhirat tapi majlis bakal blgsg lg 2 bulan Dan byk persiapan dh buat

    1. Buatlah istikharah. Minta petunjuk daripada Allah. Kalau dah yakin dalam sungai ada buaya, kenapa nak risikokan diri dengan berenang di dalamnya? Persiapan tu bukannya basi pun, boleh digunakan untuk majlis akan datang.

      Biar kita memilih dengan teliti, jangan nanti menyesal tak sudah terikat sampai ke mati..

  20. Assalamualaikum. Saya menanyakan pendapat. Saya dengan pasangan sudah berkenal selama 2 tahun. Kemudian si perempuan menyuruh saya serious dengan bertunang. Lalu saya pujuk parents dan masuk meminang. Selepas sebulan bertunang dia menyatakan hatinya telah berbolak balik dengan saya. Saya cuba untuk membahagiakan dia. Tiba2 pada satu hari dia meminta utk putuskan hubungan kerana dia tiada rasa apa2 dengan saya. Dia kata sayangnya hilang pd saya dia pun tdak tahu kenapa. Dan minta utk putus tapi saya tak sanggup. Saya nak hubungan kekal. Saya memujuknya lalu dia meletakkan syarat yg saya tidak boleh mengongkong dia lagi ikut suka dia nak keluar/contact dengan lelaki dengan alasan dia ingin enjoy sebelum kawin atas alasan selpas kawin dia bakal dikongkong. Saya terkejut dengan sikap dia kerana selama 2tahun++ saya kenal dia, dia tak pernah bersikap macam ni. Saya tak tau nak buat apa kerana saya terlalu sayangkannya dan taknak menceritakan masalah saya dgan keluarga takut dipandang serong. Hari2 saya sakit hati sedih. Allah saja yg tahu perasaan saya ni. Minta pendapat apa patut saya lakukan. Mungkinkah ini ujian utk saya utk lalui semua ini. Tapi saya takkan putuskan. Minta pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme