I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Pasangan Dipandang Rendah Oleh Bapa

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada dilla..

salam ustaz love.. maaf tanya kat ruang komen ni.. saya ada teman lelaki yang saya dah kenal 4 tahun lebih dan kami rancang nak teruskan hubungan ke fasa yang seterusnya iaitu fasa berumah tangga.. tapi, perhubungan kami ni langsung ayah saya tak tahu. dulu ayah dah tahu tapi ayah saya suruh putuskan dan sebab utama nya ayah saya tak bagi sebab teman saya tu tak berpelajaran tinggi.. dia belajar sampai spm je.. tapi waktu saya kenal dia, dia da kerja kerajaan and ada pendapatan tetap.. saya bukan nak belakangkan ayah bila saya rahsiakan semua ni.. tapi saya tak rasa yang semua tu jadi sebab untuk saya putuskan perhubungan kami.. sebenarnya kalau lihat dari satu sudut, ayah saya mungkin nampak pentingkan diri sendiri and pandang rendah pada teman saya tu, tapi kalau kita lihat dari sudut yang positif, ayah saya nak kan yang terbaik untuk saya.. saya ada lagi 6 bulan nak habiskan degree and saya ingat lepas je habis belajar saya nak cakap kat ayah pasal hubungan kami ni.. tapi saya tak tahu macam mana nak cakap.. semua family saya tahu hal ni kecuali ayah seorang.. tolong laa ustaz pagi pandangan dan nasihat untuk saya..

Apabila kita menetapkan tempoh masa atau dateline tertentu untuk menyelesaikan sesuatu kerja, kita biasanya akan berasa tertekan dengan tempoh masa yg kita tetapkan itu sendiri. Bila masa banyak lagi, kita boleh senyum, bertenang, berehat dsb.. sebaliknya bila dah semakin hampir dengan dateline, kita akan mula berasa resah, gelisah, nak terberak dsb, terutama bila kita belum dapat selesaikan tugasan tersebut. Contoh mudah bagi pelajar adalah menyiapkan assignment atau tesis.. Masa mula2 dapat tugasan tu, rileks je.. bila dah saat2 akhir, assignment tak siap lagi, masa tu la semua datang menyerbu dalam kepala otak.. rasa nak pitam ada, rasa menyesal tak siapkan awal2 ada, rasa nak terkencing ada, rasa nak histeria ada.. semua ada..

Ustaz Love bukanlah nak menyatakan bahawa dateline itu sesuatu yang tak bagus sbb dalam hidup ini, memang kita terikat dengan dateline.. bahkan pengakhiran kita juga akan menempuh deadline. Cuma, kebaikannya itu sangat bergantung kepada perancangan dan pengurusan masa itu sendiri.. kalau kita gagal mengurus masa dalam menyelesaikan kerja kita, maka kerja kita itu sendiri akan menyebabkan hidup kita jadi tak terurus.

Panjang jugak tamsilan (perumpamaan) ni.. Ustaz Love cuma nampak ia ada kaitan dengan masalah saudari…

Jika sebelum ini, penolakan sang ayah terhadap jejaka pilihan hati itu tidaklah menggusarkan sangat hati saudari, bahkan saudari masih lagi mampu untuk meneruskan perhubungan secara senyap2 tanpa pengetahuan ayah. Cuma, bila dah tinggal 6 bulan nak habis degree (dan ada kemungkinan saudari nak cepat2 tamatkan zaman bujang dengan kekasih tersebut), maka ia menjadi satu tekanan buat saudari.. dengan tempoh masa yang berjalan, dengan perancangan yang entah ke mana, dengan perhubungan yang tak tahu hala tujunya (sebab tiada restu wali). Jika perkara ini tak diuruskan dengan baik, ada kemungkinan ia bakal menjejaskan pelajaran saudari dan mungkin akan menjadi modal tambahan untuk sang ayah semakin membenci kekasih tersebut.

Bila membicarakan soal ‘orang tua’ ini, kita tak dapat menafikan akan wujudnya 2 kategori orang tua dari sudut pemikiran mereka, iaitu yang mempunyai pemikiran terbuka dan yang agak orthodoks (berfikiran lama dan agak sempit). Ada ibu bapa yang mewarisi kaedah yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka sebelum ini.. sebagai contoh, jika nak berkahwin, kena ikut pilihan ayah.. kena pilih orang yang kerja tetap.. kena kahwin dengan orang satu kampung (sama kampung, bukan seluruh penduduk kampung..kihkih).. kena kahwin dengan dengan orang satu negeri, satu keturunan (spt syed syarifah dsb), satu malaysia dan sebagainya. Ada juga ibu bapa yang jenis menyerahkan soal pemilihan pasangan bulat2 pada anaknya.. kiranya sporting sangat sampaikan anak gadis nak kawen dengan mat gian pun mak ayah tak kisah, asalkan anak gadisnya ‘bahagia’. Namun, ada satu lagi kategori orang tua yang lebih baik daripada kedua2 kategori sebelum ini, iaitu orang tua yang berpemikiran wasathiyyah (pertengahan, sederhana atau apa2 istilah yg semaksud dengannya). Mereka ini tidak mengongkong anak2, tetapi tidaklah juga melepaskan anak2 sebebasnya membuat pilihan.. mereka ini seumpama orang yang bermain layang2.. tahu bila masa nak lepaskan tali dan tahu bila masa nak menggulungnya, agar tali tak terlalu tegang sampai putus.. juga tali tidak terlalu longgar sampai layang2 jatuh tersungkur menyembah bumi..

Setiap keluarga berbeza cara didikannya.. ia bergantung kepada cara ibu bapa mengendalikan keluarga tersebut.. dan kebiasaannya, ibu bapa akan mewarisi gaya didikan yang diberikan oleh arwah mak ayah mereka (atuk nenek kita).. tapi tak semestinya berlaku sebegitu.. kadang2, pengalaman hidup juga lebih memberi kesan dalam segala tindakan mereka.

Mungkin juga mereka punya pengalaman dengan ahli keluarga yang berpendidikan rendah, hidup miskin dan seribu satu kesusahan yang melanda, sehingga mereka tak sanggup nak melihat anak gadis kesayangan mereka menempuh jalan kesusahan yang sama yang pernah mereka alami / ketahui. Dalam dunia yang serba-serbi memerlukan wang, maka agak sukar untuk melihat perkara lain yang lebih memberi kebahagiaan berbanding menjadi seorang yang kaya dan hidup mewah. Teringat Ustaz Love pada kata2 seorang sahabat..

“Bersedih di dalam kereta Ferrari itu adalah lebih baik daripada menangis di atas motor kapchai”

Cakaplah seribu kali pun yang wang itu tak menjamin kebahagiaan, yang pastinya kita tak dapat nak menolak yang kemiskinan itu lebih hampir kepada kekufuran.. saat kita bercengkerama di atas katil bertelefon dengan kekasih, bilik yang sejuk dengan penghawa dingin, jajan yang sentiasa ada di sisi saat mulut terasa nak mengunyah, sudah tentulah mudah bagi kita untuk menyatakan yang kebahagiaan itu bukan pada harta benda.. cuba bayangkan saat itu kita berada di koridor jalan, tak tahu mana nak tuju, nak makan takde duit, nak berteduh takde rumah.. masa tu mungkin kita akan berkata, alangkah bahagianya kalau hidup berharta.

Ustaz Love bukanlah bertujuan untuk melarikan fokus kita pada kehidupan. Sudah tentu harta itu tidak akan kita bawak masuk ke kubur. Maksud Ustaz Love di sini, bukanlah menjadikan hidup ini bermatlamat untuk mencari harta, sebaliknya cukup sekadar punya harta yang membolehkan kita hidup tenang di atas dunia.. tenang untuk beribadah, tenang untuk bergerak ke sana sini, tenang untuk bersosial, tidak mengganggu orang lain dengan masalah wang dsb. Andaikan wang itu bukan penentu kebahagiaan, pastinya tanpa wang, kesedihan dan kucar-kacir dalam kehidupan akan berlaku…

Semua itu hanya akan dapat dihadapi oleh mereka2 yang beriman dan teguh dalam keimanannya. Adanya wang dalam poket mereka, tidaklah menjadikan mereka takbur dan berasa tinggi diri.. takde wang dalam poket pun, tidaklah menjadikan mereka rasa resah gelisah dan bersedih.. sebab mereka ini yakin dengan Allah yang memberi rezeki walaupun tanpa wang di sisi.

Berbalik pada isu saudari (isu bapa tu dah panjang lebar dah Ustaz Love ulas di atas), pilihan sebenarnya ada di tangan saudari.. sama ada untuk mengubah ataupun menerima saja keputusan bapa saudari. Jika saudari tak nak susah2 dan serabut2 kepala nak pikir, terimalah keputusan bapa saudari itu. Tapi kalau saudari lebih mementingkan perasaan sendiri, saudari perlu banyak berkorban dan berjuang.. dah tentunya air mata akan menjadi peneman setia, dan kesabaran akan menjadi sahabat sejati.

Situasi akan berubah dengan berlalunya sesuatu tempoh masa.. tetapi sikap takkan berubah jika dibiarkan begitu saja tanpa ada sebarang usaha..

Pada pandangan Ustaz Love, saudari perlu berikan penumpuan kepada masa dan sikap.. berikan masa secukupnya kepada diri saudari untuk lebih memikirkan baik buruk tindakan yang bakal saudari ambil.. tak salah menjadi andalusia (anak dara lanjut usia) disebabkan memilih jodoh yang terbaik, berbanding menjadi janda pada usia yang muda jika tersilap memilih pasangan. Jadi, tak perlu tetapkan tempoh untuk melaksanakan rancangan mengakhiri status bujang tersebut.. selesaikan dulu masalah utama yang membelenggu perhubungan saudari itu, iaitu masalah status sosial pasangan.

Bapa saudari mungkin tak melihat sangat status jawatan (sama ada jadi bos ke, kuli ke, kerja kerajaan ke, swasta ke), tapi lebih melihat kepada jumlah gaji yang dimiliki oleh kekasih saudari itu. Walaupun saudari tak kisah dengan gaji beliau yang sikit, tapi bapa saudari kena ambil kisah sbb beliau seorang bapa yang sangat mengambil berat terhadap saudari. Beliau lebih tahu bagaimana situasinya sesebuah perkahwinan yang dilanda masalah kewangan, apatah lagi jika suami sebagai ketua keluarga tak mampu nak memenuhi keperluan hidup anak dan cucunya nanti.. saudari mungkin akan bekerja dengan gaji yang lebih tinggi daripada beliau dan boleh membantu, tapi sampai bila nak bantu? Mungkin suatu masa nanti saudari sendiri akan letih nak membantu dan seterusnya mengungkit bantuan2 yang diberikan.. maka, bermulalah bibit perpecahan dalam sesebuah perkahwinan…

Jadi, Ustaz Love cadangkan, sementara masih ada masa ni, saudari berpakatlah dengan kekasih itu untuk membuat kerja sampingan bagi menambah pendapatan.. bukak restoran ke, berniaga kedai dobi ke, jual kuih raya ke dsb.. jangan semata2 harapkan gaji bekerja kerajaan, apatah lagi dengan jawatan yang rendah. InsyaAllah, kesungguhan kekasih itu akan dinilai oleh bapa saudari.. sebab orang hidup susah kebiasaannya bukan sebab takde pelajaran, tapi biasanya disebabkan oleh sikap malas.. kalau rajin berusaha, insyaAllah, boleh berjaya menjadi kaya raya, lebih kaya daripada hantu raya.. Ambil saja contoh mereka2 yang berjaya seperti Tan Sri Mokhtar al-Bukhary yang tak berpelajaran tinggi, tapi disebabkan usaha keras dan kerajinannya, maka beliau lebih kaya daripada PM Malaysia sendiri.

Sekarang ni sangat mudah kalau nak sambung belajar.. asalkan ada duit, belajar atas katil pun boleh (belajar secara online mcm kat OUM dsb). Jadi, jangan biarkan istilah ‘nasib badan’ itu menghalang kita daripada terus berjaya dan meningkatkan taraf hidup. Jangan terus memberi alasan, sebaliknya carilah jawapan untuk setiap persoalan.

Jika ada peluang, berterus-teranglah dengan bapa pasal perhubungan saudari dengan kekasih. Jangan disimpan lama2, nanti lagi susah nak explain. Biar bapa tahu awal2, sekurang2nya saudari dah tak perlu susah payah nak pikir cara macam mana nak bagitahu dan lebih fokus dengan cara nak mengambil hati beliau. Jangan sampai esok, bila bapa dah kenalkan saudari dengan pilihannya, masa tu baru saudari nak berterus-terang, memang akan berlaku perang besar.

Apa yang lebih penting, saudari jangan tinggalkan solat hajat dan banyakkanlah bersedekah..insyaAllah, Allah akan memudahkan segala urusan saudari berkat daripada amalan sedikit yang dilakukan dengan istiqamah..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. kalau berpelajaran tinggi dan rajin berusaha, insyaAllah, dia akan menjadi lebih baik daripada golongan kaya yang rendah pelajaran atau golongan berpelajaran yang miskin..

  1. wah panjang lebar tapi mendalam
    baguslah ustaz bagi pendapat
    tak menjurus satu jalan, tapi banyak canag jalan yang lain
    cuma jalan mana yang nak pilih tu atas kehendak tuan punya badan.

    ecece.. tetiba momoy pula yang tulis bunga2 bagai. terikut ustaz love. hehehe
    Princess MOMOY recently posted..Baru nak upgradeMy Profile

  2. alhamdulillah.. terima kasih atas pandangan ustaz love.. saya sangat setuju dengan kupasan ustaz love.. yang saya risaukan sekarang perhubungan kami terlalu lama tanpa restu ayah.. and FYI, saya dah pon terlepas cakap pasal kami kat ayah.. alhamdulillah, berkat doa dan rahmat bulan ramadhan ni, perhubungan kami akhirnya direstui ..

    1. alhamdulilah.. semoga hubungan saudari akan berakhir dengan pernikahan dan berbahagia hingga ke syurga..

  3. assalamualaikum ustaz love..saya nk mintak pandangan ustaz tentang masalah macam mana nk berterus terang dengan ibu bapa untuk berkahwin..saya merupakan anak sulung dari 6 beradik..ibu bapa saya sangat bergantung harap pada saya untuk melakukan segala kje rumah dan menguruskan adik2..saya akur untuk melakukan semua tu tp adakalanya saya perlukan kebebasan memilih untuk membuat ape saje yang terbaik dalam kehidupan saya..saya rase susah untuk bergerak ke mane2 dan membuat sebarang keputusan sebab pengakhirannya saya akan rase terluka (dunia saya hanya untuk keluarga, tiada masa untuk kluar berjumpa dan menghabiskan masa dengan kawan2) kekasih saya telah lame bertanya untuk berjumpa dengan ibu bapa saya untuk berbincang tentang hubungan kami untuk ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan ( saya berumur awal 20 an dan kekasih saya 30 an) tapi saya takut untuk berdepan dengan ibu bapa saya untuk menceritakan perkara tersebut..saya pernah bagi hint pada mereka yang saya telah mempunyai kekasih hati tp mereka seolah2 tiada respond..antara sebab2 saya rase takut untuk berterus terang dengan ibu bapa saya:
    a) jarak jauh, berlainan negeri (terengganu vs melaka, mak ayah saya kalo boleh nk orang 1 negeri)
    b) saya baru saja menamatkan pelajaran di peringkat degree (baru bekerja tp xtetap disamping buat kje sambilan membuat kuih) kekasih saya berkelulusan SPM (kje tetap tp berjawatan rendah, ade kje sambilan buat bisnes kecik2)
    c) pernah melihat perkahwinan sppu saya ditentang oleh datuk sebab katanya spupu saya baru hbis beljar, kje xsampai setahun dah kawin, xsempat nk makan jasa..
    d) adik2 smua masih belajar
    e) mak ayah cerewet dalam segala hal sehinggakan saya nk bekerja pada awalnya seolah2 tidak direstui..saya faham mak ayah nk yang terbaik untuk anak2 tpi kami perlukan kebebasan untuk memilih selagi mane tidak melanggar syariat)
    f) bimbang klo ayah stuju tpi mak xstuju akan timbul pergaduhan antara mak dan ayah..lagi2 berkaitan mas kawin dan sebagainya sebab ayah pernah ckap klo ade orang datang mintak anak die, ttg maskawin abah nk ckap ” klo ad bnyak bg banyak, klo ade cikit bagi cikit, klo xde xpe ikut kemampuan”

  4. Assalamualaikum ustaz..Saya hanya ingin mendapat pencerahan atau pendapat daripada ustaz dan saya berharap ustaz dapat membalas pertanyaan ini In Shaa Allah..Begini ustaz ceritanya..sy sudah mengenali si dia dah dekat 5 tahun sejak masih belajar lg..tetapi sejak akhir-akhir ini dia telah membuat kputusan yg drastik iaitu nak putuskan semua hbungan dengan sy setelah dia berkenalan dengan orang lain..tp sebelum nie dia ada bgtahu nak berkawan dengan seseorang dan sy mengizinkan tetapi disebabkan kawn dia tu dia telah berubah dan katanya dia sayangkan kawan dia tu kerana kawan dia tu telah membawa dia kenal dan bertaubat kpd Allah..Tp ustaz dia cepat sangat berubah semua janji2 dia dgn sy sekarang ni semua kosong dan tipu semuanya, dia bukan hanya menyakiti saya sahaja tetapi kedua ibubapanya serta keluarganya sebab sy dan dia sebelum nie dah mendapat restu drpd mereka dan si dia pon dh dapat menerima sy bulat2..sy hanya menunggu kerja je nak kahwin dengan si dia tu dan kedua ibu bapanya telah merestui hbgan sy ni dan dia pon dah merancang dgn keluarganya tentang perkahwinan kami..dia pun telah mengikat hbgn sy dengan makayah dia dan sy pon dah jumpa keluarga masing2 dan menerimanya..tetapi selepas mengenali org lain dia telah berubah katanya dia telah membuat solat istikharah dan menyatakan bahawa mendapat petunjuk drp Allah dan dia hanya nampak dan gerak hati kepada lelaki tersebut dan tidak memihak kepada sy..tetapi ustaz sedangkan dia dgn lelaki itu tidak pernah berjumpa langsung dan hanya berhbung dengan alam maya, melalui fcebok dan telefon sahaja dan menghantar gmbar melalui fb..sy dah baca semuanya ustaz perbualan dia dalam facebok tu, lelaki tu tidak ikhlas sedangkan dia tahu bahawa si dia tu dah berpunya dan dia tu masih lagi meluahkan segalanya dan si dia pon menerima segala-galanya, lagi pun ustaz lelaki tu sakit mungkin disebabkan rasa kesian dia terhadap lelaki tu menyebabkan dia telah berubah, sebab sebelum ni mak ssi dia mengatakan lelaki tu sakit dan berada di hospital dan si dia kesianlah dengan keadaan lelaki tu..saya bukan nak buruk-burukan lelaki tu ustaz, saya dan si dia sebenarnya bakal guru dan skrangni sudah menjadi guru dan baru sahaja bekerja, tetapi lelaki tu ustaz kerja pun tidak tetap lagi dan baru hanya kerja kilang kerana sebelum ni hanya sakit sahaja, sy takutlah ustaz takut-takut lelaki tu hendak ambil kesempatan terhadap si dia je..lagipun makayah dia tidak kisah ustaz klau dari awal lagi dia pilih lelaki tu mungkin dia boleh terima tetapi, sebelum itu si dia telah memilih sya dan semua dah setuju tetapi bila kedatangan lelaki tu semua keputusan si dia telah berubah, sebab itulah mak ayah dia tidak boleh terima kerana mempermainkan perasaan orang lain dan menghancurkan harapan mereka..Saya hendak tanya ustaz betul ke solat istikharah yang dia buat tu, sedangkan si dia membuat solat istikharah tu dia telah memberitahu kepada lelaki tu jawpan yang dia terima mengatakan dia tidak pernah nampak saya dalam mimpi dia tu..adakah ini memberi ruang kepada lelaki tu ustaz..satu lagi ustaz kenapa dia membuat solat istikharah sedangkan dia dah dapat terima saya sebelum ni dan kedua ibu bapanya telah menerima saya seadanya dan kenapa dia tidak berbincang dahulu dengan saya dengan ibu bapanya dahulu sebelum hendak lakukan solat istikharah..tetapi dia hanya berbincang dengan lelaki tu sahaja dalam-dalam diam..Selepas itu ustaz dia telah redha dh semua ni ketentuan Allah dan menganggap dengan saya tidak ada jodoh lagi dan menganggap semua ni telah tertulis awal lagi sebagai takdir dan adakah boleh diterima semua ini..macam mana ustaz hati sy memang sakit dan susah menerima semua ini bukan itu sahaja disebabkan keputusan yang dibuat oleh si dia telah menyebabkan ibu bapanya marah dan tidak tenang serta mak dia tu sakit dan tidak lalu nak makan memikirkan perbuatan si dia terhadap mereka yg selama ni menjaga dengan minyak yang penuh tetapi sggup tidak mendengar nasihat mereka dan tetap dgn keputusan dia tu..betulkah tindakan si dia tu ustaz kerana sanggup membelakangkan mak ayah dia tu sendiri demi mempertahankan hubungan dengan lelaki tu, sehinggakan makayah dia tidak akan bagi dia berkahwin dengan lelaki tu dan tidak redha dunia akhirat selagi berhubung dengan lelaki tu…ustaz dia memang keras hati tidak mendengar nasihat ibu bapanya sendiri walaupun dimarahi dan dibagi tahu bhawa makayah dia tidak suka dan tidak bagi kahwin dengan lelaki itu tetapi dia tetap dengan keputusan dia ustaz..sy tahu ustaz sebelum ni perhbgan sy tidaklah sebaik yg disangka sy tidak bimbing dia ke arah yg baik ustaz dan selalu jgk kami buat maksiat tetapi ustaz tak pernahlah sampai terlanjur sampai melakukan zina..tetapi ustaz sdgkan sy ingin berubah dan bertaubat dia telah buat keputusan mcm ni..salah ke sy ustaz sy niat dengan ikhlas mmg hendak mengahwini si dia tu sedangkan makayah dia telah merestui sy..skrgni sy hanya hendak membahagiakan dia dan hanya nak membahagiakan semula dan mengembalikan harapan mak ayah dia seperti dulu..sy tidak sanggup ustaz untuk menghancurkan dan melihat kedua ibu bapanya bersedih..sy buat semua ni kerana ingin mencari keredaan Allah dan ingin mendapat restu daripadanya..sy telah berhadapan dengan makayah dia dan sy meminta maaf sekiranya sy telah membuat perkara yg tidak elok bersama si dia..Skrgni saya ingin berubah ustaz ingin mengahwini si dia, saya hendak buat yang halal dan mencari keredaan Allah, saya telah bertaubat dan tidak melakukan perkara yang tidak baik lagi..mohon penjelasan ustaz..klau boleh tlg balas dalam email sy..
    Mohd Alhafis recently posted..Soal Jawab : Bakal Suami Baik Tapi MerokokMy Profile

    1. ustaz sy mohon ustaz emailkan sy no tel ustaz sy ada mslh yg sangat rumit mungkin ustaz blh beri pandgan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme