I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Menerima Gadis Yang Tiada Dara

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg memakai gelaran ‘lelaki ini’..

Salam ustaz,

Saya ada teman wanita yang saya sudi menerimanya untuk saya berkahwin dengannya. Tetapi, saya baru dapat tahu kebenaran terhadap zaman silam beliau bahawa beliau telah melakukan zina bersama lelaki dan berkemungkinan telah hilang dara dan telah dirogol oleh rakannya secara paksa dan berkemungkinan besar kehilangan daranya buat kali kedua. Saya keliru tentang apa yang saya patut buat bersama beliau atau terimanya dengan hati yang terbuka. Ustaz, minta tolong jelaskan kenyataan saya.

Wassalam

Sebelum Ustaz Love meneruskan entry ini, ingin Ustaz Love jelaskan satu perkara. Dara itu hanyalah sejenis selaput dan akan hilang pada kali pertama berlakunya persetubuhan. Tidak ada istilah hilang dara kali kedua.. tetapi yang ada hanyalah istilah diragut kehormatan. Mungkin istilah ni lebih sesuai berbanding istilah kehilangan dara buat kali kedua. Pelik sangat bunyinya..

Ustaz Love tak pasti dah berapa lama saudara mengenali teman wanita itu. Dan berapa lama pula beliau menyembunyikan perkara itu sebelum berterus-terang dengan saudara. Persoalan di sini bukanlah pada kejujuran dan keikhlasan beliau untuk berterus-terang itu, sebaliknya motif di sebalik penceritaan beliau tentang kisah zina dan perkosa itu. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk dengan beliau. Ustaz Love sekadar ingin saudara berhati2 agar tak terjebak dalam perkara yang tak diingini.

Sesungguhnya, saudara lebih mengetahui akan akhlak teman wanita itu berbanding Ustaz Love sendiri yang tak pernah mengenali beliau. Ustaz Love sekadar boleh membantu memberikan panduan2 umum, selebihnya saudara sendiri yang akan membuat penilaian terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan yang bakal mengubah kehidupan saudara.

Orang beriman itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2x.. kalau dalam peribahasa Melayu ia disebut sebagai pisang yang takkan berbuah 2x (walaupun kita boleh makan pisang berkali2).. mungkin kes pertama itu berbeza daripada kes kedua (satu kes zina, satu lagi kes rogol), tapi jalan berlakunya perkara itu tetap sama, iaitu melalui hubungan seks.. tak kira la sama ada dengan rela atau secara paksa. Dari satu sudut, ia sangat berbeza (kalau ikut undang2, perogol yg akan dikenakan hukuman dan bukannya mangsa rogol), tapi bukan itu yang Ustaz Love nak timbulkan di sini. Ustaz Love lebih suka nak fokus pada punca berlakunya kejadian itu berbanding memfokuskan pada kisah hitam yang dialami oleh wanita tersebut.

Kes berkaitan salahlaku seks ini terlalu banyak punca2 yang boleh menyebabkan berlakunya perkara tersebut. Antara yang paling biasa adalah disebabkan pergaulan bebas yang dah tentunya melibatkan masalah akhlak. Seorang wanita yang berakhlak baik, tidak akan membiarkan dirinya bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram.. tak kira la atas nama kawan ke, rakan sekerja ke, sepupu yang rapat ke dsb. Jika mereka memahami betapa bahayanya pergaulan bebas ini, nescaya mereka akan takut untuk berada di kalangan lelaki lebih daripada takutnya mereka berada di kalangan buaya. Jika kita dimakan oleh buaya, maka kita cuma akan mati dan takkan dipersoalkan di akhirat nanti tentang kematian kita (kecuali kalau kita sengaja terjun ke kolam buaya untuk membunuh diri dengan cara yg paling sadis). Sebaliknya, jika kita mati dalam keadaan bergelumang dengan zina (tidak bertaubat), maka urusan kita masih lagi belum selesai dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Berbalik pada kes saudara..

Pada pandangan saudara sendiri, sejujurnya, adakah saudara meyakini teman wanita itu (berdasarkan pandangan mata zahir) telah berubah dan bertaubat daripada dosa silamnya? Saudara boleh cuba tepuk2 dada dan melihat secara mendalam akan perkara ini. Sekalipun firasat manusia itu tak selalunya betul, namun manusia itu diberikan keupayaan untuk menilai secara zahir. Jika saudara meyakini akan perubahannya, maka seperti yang selalu Ustaz Love jelaskan sebelum2 ni, tiada masalah untuk saudara menerima teman wanita itu sebagai pasangan hidup. Tak penting pandangan orang lain sbb bukan mereka yang nak hidup dengan wanita tersebut. Semuanya bergantung pada kehendak hati saudara sendiri.

Ustaz Love sangat menyarankan agar saudara mengambil langkah yang sangat berhati2 dalam menangani perkara ini.. agar hati saudara dan hati teman wanita itu sama2 dapat dijaga. Kita tak tahu hakikat sebenarnya. Saudara sendiri pun cuma mengetahui tentang peristiwa hitam itu melalui lidah teman wanita itu sendiri, yang tetap ada kemungkinan faktanya diselewengkan..

Cerita tentang pisang berbuah dua kali itu adalah sisi negatif pandangan Ustaz Love.. bagi Ustaz Love, jika seseorang itu telah bertaubat daripada perbuatan zina, insyaAllah dia akan menjaga dirinya daripada terjebak dalam perkara itu sekali lagi.. walaupun pada kali yang lain, beliau mengatakan dipaksa melakukan hubungan seks (rogol). Ini kerana, jika beliau dapat menjaga diri daripada lelaki2 buaya dengan menjauhkan diri daripada mereka, nescaya beliau akan terselamat daripada kejahatan mereka.. kecualilah jika kejadian rogol itu berlaku dalam tempat yang sepatutnya selamat bagi beliau (spt dalam rumah, pejabat dsb) ataupun dikhianati dengan cara dimasukkan ubat tido dalam minuman dsb..

Berdasarkan cerita saudara yang beliau dirogol oleh rakannya sendiri, pada pandangan Ustaz Love, beliau masih lagi belum dapat menjaga batas pergaulan.. sehingga terjadinya kes rogol itu.. ataupun ada kemungkinan juga beliau menggunakan alasan dirogol untuk nampak betapa kesiannya beliau yang menjadi mangsa.. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk, tetapi Ustaz Love cuba memberikan situasi pilihan yang paling buruk yang mungkin berlaku.

Biasa je berlaku dalam dunia nyata, para wanita menyatakan diri mereka dirogol untuk meraih simpati pasangannya.. sedangkan hakikatnya, mereka bukan dirogol, sebaliknya berzina. Ada juga yang lebih berani mengancam untuk melaporkan kes rogol sekiranya pasangannya itu meninggalkannya atau tidak mahu berkahwin dengannya. Jadi, berhati2lah wahai lelaki.. Jangan sekali2 menyentuh hati wanita sekiranya tidak berhajat memperisterikannya. Kalau tak nanti, kena terima la apa saja yang berlaku disebabkan kuasa ‘kelembutan’ wanita.

Tak dapat tidak, saudara kena lakukan solat istikharah.. minta petunjuk daripada Allah, adakah pilihan saudara ini terbaik buat kehidupan saudara dunia dan akhirat. Jangan letakkan cinta manusia di depan, kelak nanti kita akan dibutakan daripada melihat kebenaran. Allah saja yang lebih mengetahui hakikat sebenar kehidupan lalu teman wanita itu.. Dekatkanlah diri dengan Allah dengan melakukan ibadah2 sunat seperti solat, puasa, sedekah dsb dan berdoa semoga Allah memudahkan urusan jodoh saudara sekiranya teman wanita itu adalah jodoh yang terbaik buat saudara. Dalam membuat keputusan berkaitan masa depan (terutama pemilihan wanita2 yg bakal menjadi ibu kepada anak2), ketepikan dulu perasaan cinta ke, simpati ke dsb.. Pilihlah dengan tepat, agar perasaan cinta yang bakal ditumpahkan nanti akan kena pada tempatnya.. Umpama kuah masak lemak tertumpah ke nasik, menjadikan nasik yang tawar itu sedap dimakan.. berbanding kuah yang tertumpah ke lantai, kucing pun tak lalu nak menjilatnya..

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan petunjuk kepada saudara dalam membuat pilihan. Jangan tergesa2 dalam berjodoh, takut nanti tak sampai ke syurga..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

38 Comments

Add a Comment
  1. xtau nak cakap apa.. sebab saya perempuan.. sedikit sebanyak pemikiran saya berada di pihak perempuan.. apa-apa pun, pada saya keputusan semuanya di tangan si lelaki, kalau menerima biarlah dgn hati yg ikhlas.. kalau benar si dia sudah betul2 bertaubat dgn kisah silam yg terjadi, rasanya si dia berhak diberi peluang.. yg penting bila hati ikhlas, insyaAllah akan dibalas…
    babycomel recently posted..Kad Raya dari Cik RongoksMy Profile

    1. setiap orang yang nak berubah, wajar diberikan peluang.. cuma kena perhatikan ada betul dia nak berubah dan adakah betul kita boleh menerima perubahannya dengan hati yang terbuka.. kalau tak mampu menerima, jangan cuba2 nak terima.. sbb ia melibatkan kehidupan dua pihak..

      1. jika diberi 2 pilihan sama ada mengahwini perempuan ada dara dan tiada dara (sebab zina tapi dah taubat), pilihan mana kah yang afdhal untuk dikahwini?

  2. sy sgt setuju & sependapat dgn ustaz. sbb sy juga pnh mengalami situasi yg hampir sama dgn ‘lelaki ini’ cuma berbeza pd kejadian turutan slps kejadian pertama. sempat jugak bimbing die kearah kebaikan, Alhamdulilah die ikut dan byk berubah. dlm mase yg sama sy buat byk solat hajat, solat istikharah dan bace yassin dan alamat yg Allah berikan x memihak kpd die dn ditunjukkan jodoh pd org lain. sy terima dgn redha sbb sy yakin Allah maha adil. walopon sy xsyg org baru ni spt sy sygkan die tp sy yakin die akn jd acuan yg terbaik untuk ank2 sy dn juga ank yg terbaik utk ibubapa sy. InsyaAllah…

    1. alhamdulillah.. semoga bahagia hingga ke syurga.. perkahwinan ini bukan semata2 atas cinta atau nafsu.. banyak perkara lain yg perlu dipertimbangkan.. yg penting, ke mana hala tuju perkahwinan itu nak dibawa.. adakah nak bawa ke syurga, atau setakat di dunia saja.. maka, carilah pasangan yg boleh membantu kita menuju syurga, bukannya melengah2kan masa kita sehingga tersangkut di dunia..

  3. assalamualaikum.
    ustaz love saya ada soalan yang sangat peribadi untuk bertanya.berkenaan wali.
    saya mohon ustaz love email saya supaya saya tau email ustaz love untuk bertanya. mohon ya.tq

      1. Assalammualaikum ustaz love . Saya ada soalan peribadi tentang maruah .. bole saya berhubung dengan lebih peribadi ?

  4. Assalamualaikum ustaz love.ini pendapat saya
    setiap manusia tak lepas melakukan kesilapan,, tapi jika benar2 wanita itu dah berubah dengan sebenar2 taubat nasuha,, bagi saya tak ada masalh, memberi dia peluang,asal kan dia tak kan mengulangi kisah silam dia,, ‘sedang kan Allah mengampunkan segala dosa2 hamba nya , Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).
    , jika benar2 lelaki nie,, ingin memperisri kan dia,menerima dia seadanya., insyaAllah moga bahagia,dunia dan akhirat .. tapi jika hati masih ragu2,, takut di masa akan datang akan mendatang kan kekesalan,,pada diri sendiri,,.takut akan berlaku seperti ini bila ada pergaduaan mula mengungkit tentang kisah silam si wanita itu.benar kata ustaz love,di masa kan datang membabit kan tentang perasaan dua belah pihak,, itu belum tentu lagi dengan zuriat allah beri kan, heheh awal sangat sye nie g ke tempat zuriat lak,, kikik .. lebih baik menghindar dari merawat kan
    perbanyak kan solat istiqarah .. Allah maha mengethui baik yang gaib mau pun terang .insyaAllah moga Allah memberi petunjuk.
    Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bertaubat daripada dosa sepertilah orang yang tidak berdosa.” (Riwayat At Tabrani)
    “Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji ALLAH kepada kita.

    1. Salam. Hal2 berkaitan mereka yg telah terlanjur dan bertaubat ini mengingatkan saya tentang kisah seorg kaunselor. Ini dari mulut dia sendirilah. Dia ceramah memberi motivasi kpd anak gadis di pusat pemulihan, tentang taubat, hakikatnya, bersih dari dosa dan seumpamanyalah, kuramg lebih spt yg asmah cakap kat atas.

      Tapi dlm ramai2 peserta tu, ada sorang pulak bangun bertanya “Sanggupkah puan terima kami ini sabagi menantu?”

      Asmah, amacam? Jawab Ya atau tidak shj….. :-))

      Serupa jugalah macam Hakim yang menjatuhkan hukuman rejam sampai mati. Beliau sendiri yg sepatutnya berani utl menjadi org pertama yg melemparkan batu, sangkin yakin akan keputusannya (ini pun dengar kat kuliah masjid)

      Wassalam
      Din Taliban

      1. teori dan amali sepatutnya berjalan selari.. memang susah nak mengamalkan segala teori yg diberikan, namun sekurang2nya jika tak dapat nak amalkan yg benar, kita menyampaikan teori yg benar.

  5. pning pkirkan…..crite die ni lbh kurng cm cter sye..tpi die pnah brzina dgn sorng lelaki je la(agknye la)..sye da cbe lpekn die tpi xbleh…jnis sye ni susah untuk jtuh ati kt orng skali da berknan syg sgt2 la plk…sye nk smbhyg istiharah da..tpi xdapt lg ptunjuk…sye cbe lpekn kisah silam die…trime die seadanya…hbungan kami sperti sedia kala…tpi mnjak2 ni trdegar suara2 kcil mnjdi batu api sperti semua orng da tau kburukn psangan sye 2 mmg buat ati ni xsedap…xdduk sng jdinya…rasa marah benci kecewa…mmg down habis lah…perlukah sye tnggalkn die smate2 xthan dgn orng skeliling?tlong reply dr love…sye buntu pkirkn..

    1. teruskan istikharah dan minta petunjuk daripada Allah jika tujuannya memang nak berkahwin.. kalau setakat nak couple2 ni, baik tak payah la.. buang masa nak memikir perkara yg belum tentu ada penghujungnya.. takut2 nanti saudara plak yg terlibat dengan perbuatan tersebut.. kesian kat beliau yg dah bertaubat..

      kalau betul memang nak kawen, saudara kena fikirkan sedalamnya tentang penerimaan saudara sendiri.. kalau rasa tak mampu nak terima kisah silamnya, lebih baik saudara putuskan awal2.. jangan siksa jiwa raganya.. apatah lagi bila dah berkahwin nanti, saudara akan siksa jiwanya dengan kisah silam yg beliau telah pun bertaubat atas dosanya..

      kalau saudara rasa mampu nak menerima beliau seadanya, itulah yang terbaik.. apa pun, jangan fikirkan diri sendiri saja dalam membuat keputusan.. fikirkan juga pasal orang lain.. jangan kawen sebab kesian, sebab tak sampai hati dsb, kelak ia boleh bertukar menjadi tragedi bila rasa kesian tu dah hilang nanti..

      WA

      1. trima ksih dr love…niat sye brkawan dgn die ikhlas dan klau bleh nk buat dri die sbgai pneman hdup sye smpai ble2…ermm slpas sye buat solat istharah ni bbrapa kli sye ade trmimpi yg cincin sye bg dkt die 2 die pulngkn balik..adakh 2 jgk 1 ptunjuk untuk sye tnggalkn die??,,trima ksih..

        1. Ustaz Love tak mampu nak tafsirkan mimpi.. saudara teruskan istikharah sehinggalah gerak hati saudara dapat membuat satu keputusan yg muktamad..

  6. Jika pompuan yang kita nak nikahi tu tersangat jahit. Tpi tidak salah kita kaheini beliau asalkan mahu kembali ke pangkal jalan. Atau gunakan alasan perkahwinan sebagai perantaraan untuk membing si perempuan ini ke pangkal jalan. Jangan kita padang serong atas latar belakanh seseorang. Cukup memadai dia mahu kembali ke pangkal jalan. Saya kurang setuju huraian usyaz di atas ( certain part je )

  7. Terus terang sya setuju dgn apa yg dihuraikan ustaz…pda sya sebelum kita simpati dgn org…simpati pda diri sendiri dulu…sbb hal ehwal pernikahan ini bukan utk seketika…benda2 mcm gini mungkin melarat hinga ke ank cuci…bermcm2 persoalan yg mungkin akn timbul kelak
    …sebelum itu tanya diri sendiri sama ada mampu terima atau masih 50/50…sebab kalo masih 50/50 mungkin akan seksa jiwa kita lelaki di kemudian hari

  8. Salam. Pertama sekali sy nk bertanya laki yg baik utk wanita yg baik? Tp knp bila seorg lelaki dah tebuk seorg wanita & sanggup dia tinggalkan wanita tersebut@ ambil kesempatan.
    Apa yg sy baca &sy teliti lelaki yg zina ni nk wanita ada dara. Tak ke mereka terfikir bila mereka kawin anak2 mereka menjadi mangsa? Pendek kata apa yg kte bt kat xgf kte, nanti kte dpt.balik. Mcm golongan wanita ni senang sgt nk terima laki penzina, knp sbb syg? Tp laki penzina nak perempuan ada dara, dia layank xgf di pastu nak cari pempuan yg suci jadikan isteri. Bayangkan kte sbg ayah apa kte rasa bila anak perempuan kte dilakukan demikian,xsanggupkan??? Laki tau nak tebuk tp perempuan ni dah xde dara musnah hidup dia,lelaki kat luar sana plz lah klu rasa bertanggup jawab plz ambik tanggupjawab jgn lepas.berapa ramai anak muda terutama golongan muda berada drumah pengasih, bykkan???dah bt tgl mcm tu je. Allah maha adil stp apa kte lakukan
    Allah pasti balas. Maaf kata2 sy tp ini kenyataan. Berkwn dgn mereka ni baru kte tau perasaan bagaimana jgn kte terlampau pentingkan diri. Ada jg lelaki yg sy kenal mcm kuasa tu tgn dia sbb dia lelaki,dia laki dah berzina dgn xgf dia tp nk wanita ada dara. Sy ada tgk siaran agama ust tu ckp kalau masa kte berkwn @bercinta kte bt aniaya pd dia, nanti Allah akn balas.wanita lemah dgn pujuk rayu atah lg klu dia ada masalah xkira dgn famili, tmpt dia bergantung pd seorg lelaki kdg2 lelaki ni ambik kesempatan. Skrg ni pandailah jg diri xkira laki @ wanita. Mcm cerita hujung nyawa masing2 boleh terima salah mading2. Apa yg salah kte bt mintak bimbingan dr ust@ ustazah jgn mtk kat penasihat xleh pakai.

  9. Ustaz,saya nak tanya,jika perempuan itu mendakwa lelaki yang merogol itu mengunakkan sihir….adakah dia dikira menjual maruah juga??? mohon penjelasan

    1. Jika beliau melakukan seks dalam keadaan tidak sedar, maka beliau tidak dikira sebagai berzina dan tidak dianggap menjual maruah.

  10. Betul tuu.. tak semesti pempuan yang telah hilang dara kerana masa silam tidak mampu teruskan hidup.. bergantung laa kepada allah.. hanya dia tahu ape yg terbaik.untuk hambanya… amin..

  11. Askum ustaz love sy nk bertanya, sy ni bakal bertunang dh akan berkahwin. Tp si dia prnah mengaku kepada saya dia sudah tiada dara dh lebih menyakit kn hti dia prnh tidur sekali dengn bekas teman lelakinya.dan pernah melakukan hubungan tu selama 2 tahun lebih apabila setiap kali jmpa. Ustz tolong sy, tp skrg dia dh bertaubat. Sy x psti sbb 2thun lebih hbgn xhalal dia. Bagi saya 2 tahun lebih dia buat perbuatn terkutut membuat sy pkir mcm2 maaf sy ckp sprti fzikal bdn dia.

    1. Saudara fikirkan elok2. Kalau betul tak dapat nak terima, baik putuskan awal2. Jangan main tarik tali. Wanita itu pun ada perasaan juga. Saudara juga tak mampu nak paksa diri untuk terima beliau, sebab tak semua orang ada kefahaman yang betul tentang dara dan konsep taubat ni.

      Kalau betul saudara sayangkan beliau, cubalah memaafkan beliau (walaupun beliau tak bersalah pun pada saudara). Kesanggupannya menceritakan aib silamnya (walaupun ia tidak menepati kaedah syarak) itu pun sudah menunjukkan yang beliau jujur dan ikhlas dengan saudara. Fikirkanlah baik2 sebelum membuat keputusan dan istikharahlah. Jangan sampai saudara berdendam dengan peristiwa silamnya, sehingga menyebabkan saudara mendera mentalnya selepas berkahwin nanti.

  12. Salam,kpd saudara2 disana fikir2 kan lah sebelum berkahwin dengan wanita tiada dara,bukan niat sy nak menghina wanita tiada dara,dlm pengalaman sy dlu sy pernah berkahwin dengan wanita tiada dara sebelum kahwin xwife pernah mengaku pernah berzina dgn beberapa teman lelaki ,sy terima xwife dgn hati yg ikhlas dan sy berharap xwife berubah dan bertaubat selepas berkahwin sy dikurniakan seorang anak,setelah 3 tahun berkahwin xwife sudah mula berubah tidak taat pada suami 2 bulan tidak menegur sy selidik rupa2 nyer dia berhubungan dgn lelaki lain dan meminta cerai daripada sy,.xwife buat perangai dia dulu,kepada saudara2 disana berhati2 lah minta petunjuk daripada Allah mudahan2 tak menyesal dikemudian hari

    1. Saranan yang sepatutnya saudara berikan bukan fikir2kan sebelum berkahwin dengan wanita tiada dara, sebaliknya fikir2kan sebelum berkahwin dengan penzina. Jenis penzina yang belum insaf dan bertaubat ini, sekalipun dia sudah berkahwin, dia tetap akan mencari peluang untuk berzina.

    2. sy berpendapat yg terjadi camni sbb ada kekurangan dlm perkahwinan kamu. mgkin terlalu memikirkan yg isteri penzina dahulu. mgkin itu sbbnya xwife berpaling arah. penah ke kamu ajak isteri solat berjemaah? pernah tak kamu ajak isteri ke masjid dengar ceramah? pernah kah kamu mendoakan isteri berubah? mgkin dr hubungan suami isteri kamu ada masalah sbb tulah punca isteri kamu berpaling pd yg lain sbb dia mgkin merasakan ada kekurangan pd kamu. sekiranya sudah buat semua tu barulah kamu lafaz cerai pdnya. jika terang2 kesalahan isteri tu. wlupun dah ada anak masih tak berubah? wallahualam ttg xwife kamu. pd ustaz love perempuan mana yg xnak hidup bahagia. xkan selamanya dia nk jadi penzina ye? fikir2 kan lah.. sbb semua org ingin bahagia. jadi sy rs xwife tu mgkin ingin cari kebahagiaan yg dia inginkan.. tp jika dpt kesan yg perempuan itu tak bertaubat dan hatinya tak lembut dgn kamu, lebih baik jauhkan diri dr penzina. belum smpi hidayah pd nya.. berdoalah selalu yg terbaik.

  13. kdg2 org yg masa silam nye teruk, akn jd org yg lbh baik dr org yg dh sedia baik.jgn nilai org dgn mase silam..nilai diri mreka yg skrg.

  14. assalamualaikum ustaz..sye nak tanye sikit…emm..mcm mne klo llki tu rosak kn tman wnita nye (brzina)lpas tu llki tu mnuduh2 si tman wnita itu dgn tduhan spti pelacur,bohsia dn sbgnye..sdg km si prmpuan tu hnye prnah brzina dgn nye shj..si prmpuan tu dlu nye(sblm mngenali si llki tu) prnah kluar dgn llki lain dn tidak prnah brbuat zina ttp si llki itu ttap mmbuat tduhan yg sprti itu..dn mencaci maki si prmpuan itu..bile si llki mrah mcm x igt dunie.. die kdg2 memukul prmpuan trsbut.. pdhl semue tu sblm brkhwin.. dn apebile di tnye… si llki jwab die hndak mmperisteri kn si prmpuan.. tp sikap nye ttap same.. mmcaci maki si prmpuan… ape pndgan ustaz..ape spatot nye yg prmpuan tu buat..

    1. Perempuan itu patut tinggalkan lelaki itu. Itu bukan calon lelaki yang baik untuk menjadi imam dan pelindung bagi isteri. Biar susah sekarang, jangan esok dah beranak pinak, lagi susah..

  15. sy nak tanye, adakah seorg penzina tak dpt dimaafkan? Apa maksod istilah laki baik untok pmpuan yg baik. Kalau perempuan tak ada dara dititik beratkan sehingga anak cucu ,mcm mane pulak kita nak tau laki tu ada teruna ke tak sdg kn dia adalah pembimbing keluarga ..

  16. Assalamualaikum ustaz…saya pn hadapi bnde yg sama…hti saya tk keruan ustaz dgr kebenaran tu..hancur luluh hati saya..skrang saya sruh die bagi saya masa utk fikir apa jalan terbaik utk kami..doakan saya ustaz…moge ada jalannya nnti..saya tak mahu dua belah pihak sakit hati…klau berpisah skali pn biarlah dgn kerelaan…in sha allah

  17. Sbenarya tkelok buka aib sendiri, apatah lagi buka aib org sekeliling, yang lepas biarkan ia menjadi rahsia kita, itu urusan allah dgn kita.. seeloknya perempuan tkperlu membuka aib diri sendiri, dia masih belum suami kita, kalau rasa dh insaf bertaubat tkbuat lagi.. teruskan ! Berdoa memohon pada tuhan agar segala yang berlaku dapat diterima suami, kalau suami tktnya tkpayah bagitu.. kalau suami tnya pasal kisah silam baru menjadi wajib pada isteri utk menceritakan perkara sebenar, fikir dari sudut positif jgn ambik dari segi ngetif jee, allah maha pegampun apatah kita hnya manusia yg tklepas dari melakukan kesilapan, kalau lha suami kita tu tkpernah meniduri perempuan dia tkkan tahu ttg keadaan isteri dan sebaliknya! Begitu juga solat sunat istikarah, kalau solat 5 waktu tkckup buat yg wajib pun entah kemana, nikan nk buat yg sunat? Cuba pkir? Allah nk bg pentujuk ke? Elok2 dh bertunang esk lusa nk kahwin pergi buat solat sunat istikarah, termimpi pulakk yg kita nmpak pempuan samar2 , pastu nk batalkan perkahwin? Mungkin tu hnya mainan tido, entah syaitan yg nk robohkan majid yg akn dibina mana kita tahu kan? Jd sebelum buat yg sunat, perbetulkan yg wajib dulu! Sbelum nk hukum org, selidik dulu, sebelum nk nilai org nilai diri sndiri dulu, ckup baikkah kita, ,ckup sempurnakah kita, ckupkah iman ibadat kita? Tkpernahkah kita melakukan kesilapan, allahurabbi

  18. Salam, saya sekarang sedang mengalami masalah yg hampor sama, saya tak tahu nk buat ap skrg, selepas tahu hal itu hati ni sebak, dan lebih menyedihkan gmbr mereka bersma d send oleh ex dia ke hp saya..Allah hu robbi, ap yg patut sy lakikan.. dan d ugut gmbr itu akan di sebar kalau sy teruskan hubunhan dgn si dia..

  19. sebenarnya setiap apa yg terjadi adalah ketentuan Allah.. sy sebenarnya xberpihak pd ustaz love sbb dia terlalu memikirkan perkara negatif pd perempuan tu. sedangkan budak perempuan tu lebih memerlukan seorang lelaki yg boleh menjaga dan mendidik dia ke jalan yg benar. dah tentu bila berkahwin budak perempuan tu akan jauh dr segala dosa maksiat. dan sekiranya lelaki beriman dah tentu dpt mengubah keadaan yg budak perempuan itu alami. itulah lelaki sbgi pembimbing kaum wanita. dan lelaki pun selayaknya boleh berkahwin 4. kenapa terlalu memikirkan kekurangan perempuan itu. sedangkan dosa budak perempuan hanya Allah yg tahu dan begitu juga setiap kebaikan yg dilakukan oleh budak lelaki itu menerima perempuan yg tiada dara hanya Allah yg boleh menilainya. disebabkan itu juga ada sebabnya perempuan tu jumpa dgn kamu yg baik. yg penting lelaki itulah yg perlu kuat untuk mghadapi cabaran berumah tgga. bukan shj yg tiada dara malah bila berkahwin pun dgn sesiapa kaum perempuan. lelaki lah yg tetap akan menjadi pembimbing. kahwin adalah mendekatkan diri kepada Allah. sebab bila berkahwin sudah tentu lah akan tgalkan dosa maksiat. jadi berkasihani dan berkasih syglah kamu. setiap hamba yg niatnya ikhlas kerana Allah sudah tentu akan dibalas baik dr Allah. dunia hanya sementara. di syurga kelak mgkin lelaki itu boleh mendapatkan bidadari yg sempurna dr apa yg ada di dunia ni. dan dunia ni adalah tempat ujian setiap manusia. jd asalkan kamu berada dilandasan yg betul. inshaAllah. carilah keredhaan Allah s.w.t. Allah Maha Mengampuni, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

  20. Saya pun alami yg sama. Sy juga ada silam, dia juga ada. Skrg sy dah stop. Dia pun dah stop. Alhamdulilah kami sdg perbaiki diri. Tapi jauh dr lubuk hati ni tetap nak yg terbaik ustaz. Dia baik ustaz, boleh urus rumahtangga, apa sy suruh, dia buat. Nampak banyak kebaikan dia, patut ke sy kahwini dia ustaz walaupun silam dia begitu ustaz?

  21. Assalamualaikum ustaz.. sy dah baca entry ust ni,sy alamai masalah yg sama.. tunang sy dah buat pengakuan pada sy hari ini.. hancur luluh hati ini,bila dapat tahu yg dia telah kehilangan kesucian diri.. dia bagitau kat sy sebelum berhubungan dgn sy,dia dah terlanjur 2 kali dengan 2 lelaki.. sejujurnya sy amat menyayanginya,sy tak pernah mengambilkan kesempatan pada dirinya dan tak sabar dah nak tunggu hari bahagia kami yg akan berlangsung tak lama lagi.. ust,sy cuba utk menerima dia sbb syg dan cintakan dia nan amat.. tapi sy tak dpt lupakan yg dia telah di tebuk insan lain sebelum sy.. sy buntu adakah patut perkhawinan ini diteruskan atau dibatalkan sebab sy tak boleh menerima ketiadaan dara tunang sy tu.. harap ust boleh bg sy pandangan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme