I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Diuji Dengan Pegangan Tentang Cinta

assalamualaikum ustaz ..sy ingin bertanye ..sy sering mnasihati rakan sy supaya mghindari zina sperti couple .. sy sering mmbca arikel2 tntg hukum kapel …. tp susah utk sy mghindari hati sy dr perasaan yg dtg … sekarang sy sudah terlanjur bercinta ….tetapi sesudah sy memikirkannya semula sy mulai rasa brsalah … sy tidak mahu hidup dilinangi dosa maksiat … sy tidak mahu org itu turut berdosa ..bgaimana ustaz utk sy katakan padanye ? sy tidak mahu pula bertengkar ….dan jika kami sudah putus, apakah yg perlu sy lakukan ? bolehkah lagi saya berhubung dgnnye ?

– shakira

Mengikut pengalaman yang ada dalam diri Ustaz Love ini, orang yang selalu dok heboh2 pasal isu hukum kapel haram, isu zina hati, zina mata, zina telinga dsb kebiasaannya daripada kalangan budak sekolah dan mereka yang masih lagi belajar (tak kira la belajar kat U ke, kolej ke, maktab ke dsb). Isu ini menjadi sangat penting bagi mereka sebab tak banyak isu yang mereka nak fikir selain bagaimana nak lulus cemerlang dalam pelajaran. Tambahan pula mereka sendiri mengalami perasaan cinta itu, atau paling tidak, wujudnya orang2 di sekeliling mereka yang sedang kemaruk bercinta yang memberikan gambaran kepada mereka akan situasi kapel itu.

Bagi mereka yang dah bekerja, tak kisah2 pun isu kapel tak kapel ni, sebab banyak benda yang mereka nak fikir.. fikir nak bayar bil itu ini, fikir bajet makan, minyak, tol, parking dsb.. dan lagi memang mereka dah berada di tahap untuk mencari pasangan yang sah (berkahwin). Berbeza dengan mereka yang masih belajar, mereka tidak punya banyak pilihan untuk meneruskan keinginan mereka melainkan dengan jalan berkapel. Ada juga yang memilih untuk bernikah, tetapi sangat sedikit bilangannya (kalau kita tengok yang kawen ramai2 masa belajar tu, cuba kita bandingkan dengan yang tak kawen lagi masa belajar.. mana yg lagi ramai). Sebab itu isu nikah khitbah juga menjadi isu yang suka diketengahkan di kalangan ‘budak2’ yang belum habis belajar ni, seolah2 nak mengubah hukum asal harusnya nikah khitbah itu menjadi satu2nya jalan yang wajib diikuti, sehingga melupakan saranan Nabi s.a.w. yang lebih utama, iaitu menahan nafsu dengan jalan berpuasa.

Bila tak kena atas batang hidung sendiri, mudah la kita nak kata itu haram, itu dosa, itu haramjadah dsb.. Bila dah kena atas batang hidung, masa tu baru la kita akan terfikir nak mencari seribu alasan untuk menghalalkan perbuatan yang kita sendiri haramkan kepada orang lain. Habis2 kita akan menggunakan alasan “tak nak hipokrit”, sedangkan perbuatan kita yang tidak mengamalkan apa yang kita perkatakan itu sendiri dah menunjukkan betapa hipokritnya kita ini. Hipokrit mungkin nampak lebih lembut bahasanya berbanding munafik, tapi hakikatnya sama saja. Sebab itulah Allah sangat murka kepada mereka2 yang pandai cakap, tapi tak amal ni.

Sebab itulah, sebelum kita beria2 nak tegur orang itu salah, orang ini salah, kita tengoklah dulu cermin. Adakah kita sendiri terlibat dalam perkara tersebut.. dan berapa peratus kebarangkalian untuk kita terjebak dalam perkara tersebut? Kadang2, kita terlalu beria2 sangat nak menegur, sampai mengeluarkan kata2 kesat dan tak sepatutnya.. sehingga menyebabkan orang yang ditegur berkecil hati dengan kita.. tanpa kita sedari yang kita menegur itu bukan sebab ikhlas nak menegur, tapi sebab kita cemburu yang kita sendiri belum ada kapel. Sebab itu bila Allah uji (dengan menghantar seseorang untuk menjadi kapel kita), kita akan tersungkur dengan pegangan kita sebelum ini.. Adakah kita menyangka bahawa Allah itu akan membiarkan kita berpegang dengan keyakinan kita itu sedangkan kita tak diuji atas pegangan kita itu?

Ujian itulah sebenarnya yang menentukan sama ada kita ikhlas dan teguh dengan pendirian kita, ataupun kita ini cuma sehelai lalang yang mengikut arus angin.. bila orang kata haram, kita pun haram.. orang kata halal, kita pun halal..

Ustaz Love bukanlah berniat nak mematikan semangat kita untuk melakukan dakwah, sebaliknya ingin menasihati agar kita memperhalusi cara kita berdakwah. Jangan diikutkan sangat semangat muda itu, sebab kebanyakannya dipandu oleh emosi dan nafsu. Carilah pembimbing agar kita tak tersasar dalam dakwah kita. Sebab kita ini manusia yang lemah, bila2 masa boleh tewas bila diuji. Jadi, bila kita melihat orang lain diuji, jangan cepat menghukum dan menghina2 dirinya sebab belum tentu kita akan selamat kalau diuji dengan perkara yang sama.

Berbalik kepada persoalan saudari..

Bab perasaan ini tiada siapa pun mampu untuk menahan.. bila dah diserang dengan perasaan cinta dan sayang, sangat susah nak menolaknya. Ia sejenis perasaan dan bukannya berbentuk fizikal yang boleh kita buang dalam tong sampah atau semudah kita menekan kekunci delete di keyboard. Apa yang mampu kita lakukan adalah menyalurkan perasaan itu mengikut lunas dan saluran yang betul agar tidak melimpah dan membanjiri serta melemaskan hidup kita. Sederas mana pun hujan yang turun, jika saliran air berfungsi dengan baik (takde sampah sarap yg menghalang laluan air, saluran kukuh tiada pecah2 dsb), insyaAllah air itu akan mengalir mengikuti arah saliran tersebut. Namun, jika saluran (kejap saliran, kejap saluran.. hentam je la..kihkih) tersumbat, hujan seminit pun dah boleh menyebabkan banjir.

Jadi, sebelum menceburkan diri dalam dunia percintaan, kenali diri kita dulu sama ada mampu untuk menyalurkan perasaan cinta dan sayang itu mengikut lunas2 syarak, ataupun lemah dalam menahan perasaan dan kerap terbabas daripada landasan syariat. Jika kita jenis yang tak berapa kuat pendirian, maka elakkanlah diri daripada menerima panahan cinta dan asmara tersebut dengan menyekatnya pada permulaan. Jauhi diri daripada memandang, bercakap, membaca dsb sebarang perkara yang berkaitan cinta termasuklah membaca novel cinta, menonton filem cinta, mendengar kisah cinta kawan2 dsb. Jangan post status nak cari imam ke, nak cari tulang rusuk dsb.. semua itu boleh menjadi pencetus kepada wujudnya perasaan cinta yang kita yakin tak mampu untuk mengawalnya mengikut aturan syarak.

Kalau kita mampu mengawal perasaan, maka tiada masalah untuk bercinta.. tapi tak perlu zahirkan percintaan anda sampai satu dunia tahu melalui status2 facebook yang berbunga2 dsb. Cukuplah sekadar menyedari hadirnya perasaan sayang itu di dalam hati dan mengawalnya sehingga saat dinikahkan. InsyaAllah, itu lebih memberi kesan yang positif kerana adanya mujahadah dan pengorbanan dalam mengawal keinginan untuk bermesra seperti selayaknya pasangan yang bercinta. Kalau kita menahan lapar dan dahaga disebabkan kita tiada selera makan, maka kesan pengorbanan menahan lapar itu tidak terasa sangat berbanding kita memang lapar dan teringin sangat nak makan, tapi kita menahannya sebab kita berpuasa.. insyaAllah, kita akan merasai betapa nikmatnya bila makan ketika berbuka nanti.

Oleh kerana saudari berkeyakinan yang saudari sedang terjebak dengan dosa dan maksiat disebabkan sedang berkapel itu, maka wajarlah saudari meninggalkan perbuatan tersebut. Tinggalkanlah perbuatan berkapel itu semata2 kerana Allah. Saudari akan merasai lebih ketenangan dan tak terlalu memikirkan pasal perasaan terluka atau tercedera itu. Jangan memahami agama ikut selera kita.. kita kata nak tinggalkan perbuatan yang dilarang agama, tapi kita rasa ragu2 disebabkan manusia.. jadi, yg mana satu kita pentingkan?

Bila kita mencukur bulu (tak kisah la cukur misai ke, rambut ke dsb), biasanya kita akan merasa pedih disebabkan luka2 kecil hasil sentuhan pisau yang tajam.. tapi kita tak fikirkan sangat pasal luka2 tu.. yang penting, bulu yang kita cukur itu dapat dibersihkan dan dilicinkan. Bila kita bermain dengan cinta ini, ia umpama kita bermain dengan pisau.. kita mungkin akan terluka dan melukakan orang lain.. tapi, itu tak penting.. yang lebih penting adalah bagaimana kita dapat memanfaatkan pisau tersebut untuk melakukan perkara2 yang bermanfaat dan mengelakkan terjadinya perkara2 yang tak diingini.

Berterus-teranglah dengan lelaki tersebut yang saudari nak putuskan perhubungan. Jangan peduli sama ada dia nak marah ke, nak menangis ke.. yang penting, saudari dapat menjaga diri daripada terjebak dalam noda dan duka percintaan ini. Dalam usia semuda saudari, fokus sepatutnya diletakkan pada mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, sebab itulah tujuan utama saudari datang ke sekolah. Kalau setakat nak mencari pasangan, takyah sekolah pun boleh dapat pasangan mat rempit di jalanan.

Ustaz Love teringat satu kisah yang berlaku pada sahabat Ustaz Love.. walaupun mereka punya perasaan semenjak zaman persekolahan, mereka bertindak memutuskan perhubungan dan memendam perasaan demi memburu cita2 menuntut ilmu dan dengan takdir Allah, kedua2nya bernikah dengan pasangan yang lain dan berbahagia dengan kehidupan masing2. Sedih memang la sedih.. Ustaz Love sendiri melihat betapa murahnya air mata lelaki beliau tertumpah. Namun, kalau mereka terlalu menurutkan kehendak hati dan meneruskan perhubungan, mungkin mereka akan terlalai dalam pelajaran dan seterusnya mempengaruhi corak kehidupan mereka pada masa akan datang (gagal dalam pelajaran, terlibat dalam perlakuan maksiat dsb).

Jadi, beranikanlah diri untuk memutuskan perhubungan. Cakap je “Saya nak putus sebab mak ayah saya tak bagi bercinta masa sekolah”. Jika saudari rasa dapat mengawal perasaan, teruskanlah berhubung dengannya sebagai kawan. Kalau tak, tak payah dah layan beliau.

Apa yang perlu saudari lakukan selepas memutuskan hubungan? Jawapannya sangat mudah.. fokus pada pelajaran. Jadikan kesedihan itu sebagai pemangkin semangat untuk berusaha dengan lebih gigih supaya dapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Aktifkan diri dengan bersukan dan melakukan aktiviti2 fizikal yang mengeluarkan peluh. Bila kita sibuk dengan aktiviti, kita tidak akan punya banyak masa untuk mengelamun dan berkhayal memikirkan percintaan yang layu di tasik madu. Bila badan dah penat bersukan, letak je kepala kat bantal, terus tertido. Bila ia dah menjadi rutin, insyaAllah secara beransur-ansur kita akan dapat menerima hakikat perpisahan tersebut.

Tiap kali datang perasaan nak bercinta, ingatlah dalam fikiran : “Spender beliau pun masih mak ayah yang belikan”..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. Spender tu kira benda paling rahsia dlm hidup..itu pun org lain tlg belikan..fikir2kan la..kihkih

  1. Tiap kali datang perasaan nak bercinta, ingatlah dalam fikiran : “Spender beliau pun masih mak ayah yang belikan”..

    hehe.. suka ayat ustaz yg last nih.. 😀
    itulah, ada hati nak cintan-cintun, tapi diri sendiri pun tak terjaga sepenuhnya, ni kan nak menjaga org lain..
    FS recently posted..Motif pakai baju tak cukup kainMy Profile

    1. orang bercinta memang suka membina harapan yg tinggi2 ni.. sebab tu bila putus, perasaan tu jatuh terhempas hancur berderai.. harapan tu kadang2 tak sepadan dgn realiti..

  2. Assalamualaikum ustaz, saya ingin meminta nasihat daripada ustaz masalah saya hmpir sma dengn saudari di atas. Saya mempunyai kekasih . Saya ingin memutuskan hubungan kami kerana saya rasa serba salah, saya tdak mahu mendekati zina dan saya sedar prbezaan tingkahlaku saya apabila sdang di lamun cnta. ibadah dan pembelajaran saya trut trgnggu. Sudah berkali kali saya menberi tahunya bahawa saya ingin memutuskn hubungan kami dan mencari pelbagai alasan. Tetapi dia tetap berkeras dan mahu buat apa saja supaya saya tidak pergi.
    Kali prtama saya cuba putuskan hubungan kami dia bertindak mencederakan dirinya dengan pelbagai cara sprti menggunakan bnda yg tajam dan juga mengambil bnda yg mnghayalkan . Ramai saudaranya mencari saya dan meminta agar saya menerimanya. Oleh kerana saya takut dia mencederakn diri dngan lebih teruk saya trpaksa menerima dia semula saya juga takut apabila trjadi apa apa kpadanya saya yg di cari dan keluarga saya malu. tetapi smkin lama hubungn kmi smakin saya rasa brsalah dan trgnggu.. saya tdk tahu apa yg saya harus lakukan. Saya harap ustaz dapat bntu saya. Terimakasih

  3. Assalamualaikum ustaz, saya ingin meminta nasihat daripada ustaz masalah saya hmpir sma dengn saudari di atas. Saya mempunyai kekasih . Saya ingin memutuskan hubungan kami kerana saya rasa serba salah, saya tdak mahu mendekati zina dan saya sedar prbezaan tingkahlaku saya apabila sdang di lamun cnta. ibadah dan pembelajaran saya trut trgnggu. Sudah berkali kali saya menberi tahunya bahawa saya ingin memutuskn hubungan kami dan mencari pelbagai alasan. Tetapi dia tetap berkeras dan mahu buat apa saja supaya saya tidak pergi.
    Kali prtama saya cuba putuskan hubungan kami dia bertindak mencederakan dirinya dengan pelbagai cara sprti menggunakan bnda yg tajam dan juga mengambil bnda yg mnghayalkan . Ramai saudaranya mencari saya dan meminta agar saya menerimanya. Oleh kerana saya takut dia mencederakn diri dngan lebih teruk saya trpaksa menerima dia semula saya juga takut apabila trjadi apa apa kpadanya saya yg di cari dan keluarga saya malu. tetapi smkin lama hubungn kmi smakin saya rasa brsalah dan trgnggu.. saya tdk tahu apa yg saya harus lakukan. Saya harap ustaz dapat bntu saya. Terimakasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme