I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berdoa Supaya Dapat Jodoh Tertentu Yang Diinginkan

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada herm herm (ini nama samaran beliau)..

salam ustaz, bolehkah kite berdoa si pulan bin si pulan untuk dijadikan jodoh? bukankah jodoh sudah tertulis.. boleh ustaz ulas sikit, kepada org yg btol2 nak sgt kat someone ni… tak putus2 doa untuk dijodohkan dgn si pulan bin si pulan ni….. thank you ustaz

Soalan yang hampir sama ditanyakan juga oleh seseorang yang menggunakan nickname iman..

ustaz..bile nak reply tentang tu ustaz..hehe..kdg2 saya pun confuse…btul ke jodoh tu xleh ubah?..blh ke kita doa yg kite nak dijodohkan ngan si polan..? byk sgt yg sy baca n sy jd confuse..arap ustaz leh mbantu…thanks ustaz love..may ALLAH bless u..

Persoalan jodoh ni sebenarnya termasuk dalam perkara yang telah ditakdirkan.. sama macam rezeki, ajal maut dsb. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang siapa pun tak mampu nak mengetahuinya termasuklah tukang tilik atau tukang karut. Bila kita tak tahu persoalan jodoh, macam mana kita nak tahu yang seseorang itu adalah jodoh kita, atau bukan jodoh kita? Adakah melalui firasat, tarikan hati, degupan jantung ketika bertentang mata, lambungan duit syiling bunga atau kepala dsb? Kalau kita tak tahu macam mana rupanya kereta, macam mana kita nak tahu yg pilihan kita adalah kereta proton dan bukannya BMW?

Sebab itu dalam persoalan jodoh ini, lebih mudah nak faham kalau kita bandingkan dengan persoalan rezeki. Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita dalam perut ibu lagi.. tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki. Bahkan Allah juga menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada ketetapan (takdir) Allah itu yang tidak akan berubah, dan ada juga yang boleh berubah bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih yang itu atau yang ini). Kita bukanlah berfahaman Jabbariah yang meyakini semua yang berlaku itu ditentukan oleh Allah dan takde kaitan dengan perbuatan manusia.. seolah2 nak menunjukkan yang Allah itu kejam kerana telah menetapkan seseorang itu menjadi baik atau jahat, ataupun menjadi ahli syurga atau neraka tanpa diberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalannya sendiri.. Kita juga bukanlah berfahaman Qadariah yang meyakini segala perbuatan manusia tiada kaitan dengan takdir yg ditentukan Allah.. semuanya bergantung atas manusia itu sendiri..

Kita meyakini akan takdir Allah dan kita juga memahami akan kaitannya dengan amalan manusia.. Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia itu mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman. Sama ada kita nak menjadi seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah. Yang tidak boleh diubah adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian, pertukaran malam dan siang, pergerakan planet2 dsb.

Berbalik kepada persoalan jodoh.. ia sama juga kaedahnya macam rezeki.. kita diperintahkan untuk mencarinya.. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama. Ini menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari pasangan yang beragama, dan bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada langit. Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini. Ikhtiar dan usaha kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya daripada Allah.. hasil keyakinan inilah yang akan membezakan kedudukan kita, sama ada syirik kepada Allah, atau beriman dengan Allah.. Jika kita meyakini usaha kita mencari rezeki sehingga terlupa dari mana datangnya rezeki itu (dari Allah), maka kita akan menjadi seorang yang kufur nikmat, bongkak, busuk hati, kaki busuk dsb.

Jadi, oleh kerana jodoh itu juga sesuatu yang mampu kita usahakan, maka tiada salahnya untuk kita berdoa semoga disatukan dengan pilihan hati kita. Berdoa itu juga termasuk dalam usaha dan ikhtiar. Namun, keyakinan kita tetap pada Allah yang menetapkan jodoh kita.. Seandainya kekasih hati itu menjadi jodoh kita, kita akan bersyukur dengan jodoh yang ditentukan Allah itu.. jika ditakdirkan dia bukan jodoh kita, kita akan sabar dan redha kerana yakin jodoh itu ditentukan oleh Allah.

Ustaz Love tak berapa suka nak guna istilah ‘mengubah’ takdir, sebab kita tak tahu pun apa takdir kita.. jadi, bagaimana kita nak tahu ia telah diubah atau memang itu yang ditetapkan oleh Allah? Ustaz Love lebih suka menggunakan istilah ‘memilih’.. Allah telah berikan kita akal untuk memilih.. nak pilih jodoh yang baik, ataupun nak pilih jodoh yang tak berapa baik.. itu adalah pilihan kita. Namun, kita tetap berkeyakinan yang akhirnya ia akan menjadi kenyataan atau tidak dengan izin daripada Allah. Kita pilih orang itu, orang ini, tapi kalau Allah tak izinkan, maka ia takkan menjadi jodoh kita.

Bagi Ustaz Love, daripada berdoa supaya seseorang itu menjadi jodoh kita, adalah lebih baik kita beristikharah memohon petunjuk daripada Allah. Sebab ilmu dan pengetahuan kita ini sangat terbatas.. ditambah lagi dengan dorongan nafsu yang kadang2 membutakan penilaian akal.. kita cuma nampak apa yang zahir pada pandangan mata kita.. kita tengok jejaka itu putih melepak, mungkin kita menyangka beliau seorang pembersih, sentiasa wangi, ketiak licin dsb.. tapi mungkin hakikatnya bukan begitu. Hanya Allah saja yang mengetahui sama ada seseorang itu baik atau tak, layak dibuat pasangan atau tak..

Jadi, Ustaz Love cadangkan.. jika nak berdoa, berdoalah dengan penuh pengharapan dan penyerahan..

“Jika ditakdirkan dia adalah jodoh yang terbaik buatku, mudahkanlah urusanku untuk bertemu jodoh dengannya.. jika ditakdirkan dia bukan jodoh terbaik buatku, padamkanlah perasaan ini dan jauhkanlah aku daripadanya”..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

82 Comments

Add a Comment
    1. ada lagi yg masih belum terungkap setelah selesai akad nikah.. iaitu tempoh masa jodoh itu sendiri.. adakah kekal sampai ke syurga, atau tamat di pertengahan jalan..

  1. ustaz, boleh ka berdoa agar ditemukan jodoh dgn tunang org? wanita tu bks kekasih. tp sy bdoa dan berharap hnya pd allah tanpa pgetahuan wanita tsebut. apa hkumnya sy bdoa bgitu? adakah sy d kira cuba utk mghancurkn hbungn mreka?

      1. boleh berdoa.. itu dikira usaha dan bukannya dikira menghancurkan hubungan orang.. lain la kalau guna bomoh ke, hantar pelesit ke untuk memisahkan perhubungan orang lain, itu baru jadi haram..

      2. Assalamua’alaikum pak ustad.
        Saya ingin bertanya apakah haram berdoa untuk berjodoh dengan orang yang sudah bertunangan. Apakah doa itu mengandung kezhaliman. Tolong d jawab kebenaranya pak ustad. Terimakasih. Wassalamualaikum

        1. Berdoa itu tidak salah.. yg salah jika merampas tunang orang dengan cara fizikal seperti menggodanya, melakukan sihir, khianat dsb.

  2. Assalamualaikum, ustaz love…
    terima kasih ustaz dengan penerangan ustaz nie, banyak yang saya dapt ,, dalam kata laen,, perbanyak kan solat istiqarah ..meminta petunjuk pada maha kuasa, kan ustaz love 🙂

  3. Salam ustaz,

    Apa hukum sekiranya saya berdoa agar Kepada Allah, sekiranya saya ada jodoh dengan (suami orang) mempermudahkan jodoh itu.Sekiranya tidak ada jodoh,jauhkan darinya. Adakah saya seperti mendoakan kehancuran rumahtangga orang?Adakah seperti saya tidak dapat redha dgn takdir Allah?

    1. Itu bukan doa kehancuran, sebaliknya doa penyerahan.. kita mohon apa yg terbaik buat kita.. berkahwin dengan suami orang, bukanlah suatu perbuatan yg hina.. kalau berkahwin dengan isteri orang, itu baru tak boleh..

  4. salam ustaz..
    sy ingin meminta pendapat ustaz..
    sy berkenalan dgn seorg jejaka yg jauh lebih muda drp sy..dia memang selalu bagi hint kpd sy yg dia suka sy tp sy tdk m’beri sbrg respond yg sy juge sukakan die mlh slalu m’gosipkan die dgn org lain. alasannye die jauh lg muda drp sy ustaz. sy juga slalu yakin dan b’kate kpd diri yg kalau kami mmg berjodoh, walau berpisah beribu batu pun, kami ttp akn bersama. Betul kn ustaz? Kami berkawan seperti biasa smpailah slps lame b’kwn sy m’beritahu perasaan sy kpd die. Die t’lalu baik utk sy tp sy xblh menafikan perasaan ini kpd dia. Die m’beritahu sy sdh lame die sukakan sy tetapi skrg sdh t’lmbt krn die sdh menerima org lain..sy igt die hanye main2 ustaz & sy bgtahu yg kalau die jodoh sy, tiade siapa pun yg dpt m’halang. n he said he wants me. kami mula berkwn lbh drp seorg kwn biasa. ku kira panas hingga ke ptg rupanye hujan di tengah hari. at one time die berkate jujur kpd sy yg sy adelah pilihan die dr dl ttp semasa sy m’beritahu isi hati saya kpd die, die sudah in relationship with someone. slps b’kwn lbh drp kwn biase dgn sy, die memberitahu kpd kekasihnye yg die tak boleh teruskan lg hubungan itu kerana die tak jujur. sy t’kejut. saya tahu die hendak menjage hati kedua-dua pihak agar tiada yg terluka. Tetapi saya tak boleh terima yg sy sdh merosakkan hubungan seseorg dan gembira di atas kesedihan org lain. Sy mula dingin dgn die dan menyuruh die utk kembali kpd kekasihnye dahulu wlaupun die kate die dh xblh kembali kpd kekasihnye. Ttp ustaz hati sy ini. Hati sy ini masih lagi sayang, rindu kan die. Sy selalu yakin yg ada hikmah di sebailk nye dan jika die ditakdirkan utk sy kami ttp akan bersatu. Tolong ustaz bimbing sy, mcm mane sy hendak mengubat rindu yg seringkali menjengah di hati ini?

  5. assalamualaikum ustaz.. saya ada seorang kekasih ,tp dlm masa y sama sy ada berkenalan dgn llaki lain..dua2 ingin meneruskan ke fasa seterusnya.hal ini membuat sy keliru.sy terlalu syg kn kekasih sy,tetapi bila sy membuat istikharah,hati saya berat pada lelaki y bru sy knal walaupun sy tiada perasaan langsung terhadap dia. adakah slh jika sy meneruskan hbungan sy dgn kkasih sy??

  6. assalamualaikum…saya ada satu masalah yang sgt berat tuk sya tanggung..saya tahu ini mungkin akan mengaibkan diri saya…tapi sya perlukan pendapat…saya berkenalan dengan si A sudah 4 tahun..tapi sya tiada langsung perasaan pada dia..saya selalu ingin menjauhkan diri dari dia krana die pernah mencabul kehormatan saya…tapi die pandai memujuk rayu saya dan sya kekadang takut kehilangan die..tapi satu hari saya nekad untuk tinggalkan die kerana die penah ining merogol saya..kemudian saya kenal si B melalui laman sosial facebook selama 3 bulan dan kemudian kami bertunang..si A marah pada saya kerana mengecewakan dia..tapi jodoh saya dan B tidak kekal lama kerana sebab keluarga..sya redha…kemudian A datang dan ingin bertunang dengan saya dan berkahwin dengan saya..ibu bapa saya bersetuju kerana mereka mmg kenal dengan si A tetapi tidak tau akan perkara yg terjadi pada saya..sy simpan rahsia ini seorang diri..Si A juga kerap menelefon sya bercerita perkara tidak elok sepanjang malam..tapi saya tau die cintakan sya..ntah la cinta atau tak…baru2 ni die cube mencabul lagi kehormatan saya..tapi sy sudah pun bertunang dengan die…bagaimana ye?sy sudah bertunang kali ke 2..kalau pertunangan ini putus, bagaimana dgn ibu bapa saya?msti sedih…bulan 8 ini mgkin sy akan berkahwin dengan si A..bagaiman ye?tapi sy serba salah…sy tidak mau lagi memalukan ibu bapa saya…tolong sya..sy takut kalau tolak, sy akan jdi anak dara tua..sy sudah berumur 28 tahun…

    1. mana satu yg saudari akan pilih, antara jadi anak dara tua, atau jadi tua dengan hidup yg menderita? Saudari dah jelas akan perasaan saudari (tak suka dengan tunang itu), dan saudari juga dah jelas dengan akhlak dan kelakuannya (bukan orang baik), maka atas rasional apakah lagi saudari memilih untuk hidup menderita bersamanya?

      Ustaz Love bukan Tuhan yg mampu mengetahui perkara yg belum berlaku, cuma kita wajar menilai situasi sekarang.. sbb apa juga keputusan yg dibuat pada hari ini, mungkin akan memberi kesan sampai kita mati.. jadi, buatlah pilihan yg tepat. Bertindaklah dengan tepat.

      Ustaz Love nasihatkan agar saudari berterus-terang dengan ibu bapa tentang perkara ini.. ambil langkah pertama dengan betul.. insyaAllah, langkah seterusnya akan menjadi betul.. banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah semoga diberikan jalan keluar daripada masalah ini.

      WA

      1. ye sy tau..tapi sy segan sgt nk bgtau mak ayah sy..sbb sy tak smpi hati sgt…lagipun sy akan smbung master nnti, sy pikir kalau sy smbung, sy mgkin susah untuk dapt jodoh lagi..entah lah..sy mmg sedih sgt….apepun thanks ye dr love atas pendapat itu…sy akan cube selesaikan masalah ini…doakan sy…

    2. orchid..
      hope awk dpt buat keputusan yg wajar.. kalau A belum insaf lagi, eloklah awk tarik diri… jgn biarkan diri kita dibuat sesuka hati oleh lelaki. kelak kita yg menderita nti. ,

  7. ustaz sy ingin bertanya apa pandangan ustaz tentang memilih jodoh yang terdiri daripada pertama orang yg punyai ilmu agama tetapi daripada perkataan dan perbuatan mengarah kepada kemaksiatan ataupun orang yang kurang agama tetapi menyesali atas dosa2nya dan cuba memperbaiki diri. Yang saya nampak kebaikan orang pertama kalau dia nak berubah jadi baik…ilmu sudah ada. apa pendapat ustaz

  8. salam ustaz…sy seorg janda….dan sy berkenalan dgn seorg duda….dia amat menyukai sy dan benar2 ingin memperisterikan sy….nmpk keikhlasan dia…pelbagai perkara buruk yg sy lakukan pd dia..akan ttp dia ttp mahukan sy….akan ttp sy sendiri tdk pasti dgn diri sy..adakah sy dpt menerima dia dlm hdp sy…sbnrnya sy seorg yg amat memilih…dia tdk mempunyai ciri2 yg sy kenhendaki…

  9. As Salam ustaz,
    Sekarang saya sedang bercinta dengan tunangan orang, kami mula berkenalan sejak dia putus tunang bebrapa bln lepas..baru2 ini atas sebab ingin menjaga maruah keluarga dia dan membalas budi pihak lelaki mereka telah menyambung semula pertunangan..dia menyatakan dia tawar hati dengan sikap tunangnya dan lebih menyayangi saya…dalam komen ustaz dibawah tidak salah untuk berdoa dia dijodohkan dengan saya…dalam masa yang sama kami masih berhubung seperti biasa…adakah saya dikira menggangu tunangan orang…apa yang sepatutnya saya lakukan…

  10. terima kasih ustaz tapi ustaz ada satu surah kita yang memboleh mengubah nasib kita untuk di jodohkan orang sesorang itu “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” surah rad ayat ke 11.

  11. Assalamualaikum ustaz.saya nak minta izin utk copy jawapan ustaz ni.nak bagi pencerahan sikit dekat urid2 yg bertanya.terima kasih ustaz.mohon share ya.

  12. Ustaz sy nak bertanya….saya penah bercinta dengan someone ni…hubungan ni sy yg mulakn tanpa sengaja tetapi sy mmg btul2 sukakn die…hbungan kmi berlangsung slama setahun…lpas tu die mntak putus…tu klu ketiga die mntk putus…yg first die mntk putus tp x lne lpas tu kmi berbaik…sme jg kali yg kedua..lps kami putus die trus tukar status in a relationship kpd complicated relationship smpi la keharini…dh setahun…sy ada bg hadiah smpena setahun ktorg bersama die bt gmbr hadiah sbgi profil pic…tp die ltak sblm putus….tp die trus pkai smpi 5 bln…lps tu die tkar pic lain…tp gmbar hadiah tu still ada kt dlm album fb die smpi skrg…termasuk lah gmbar sy mse kami mkn di luar…walau x nmpk muka sy tp die ada tag nme sy dlm fb tu…gmbar tu still ada smpi skrg kt dlm album fb die…mse mula2 putus mse bezday sy die ada bg hadiah dan surat…dlm surat tu die tulis tiada sape2 d dlm hati die kecuali sy dan die kate biarlah kami menjadi kawan sebaik mgkn…td thun ni die x bg hadiah mse bezday sy….jd sy bingung dan compius ape perasaan die dkt sy skrg sbnrnya…dr first kami putus scara rasmi smpi ke hari ni(dh setahun lbih) stp kali sy solat sy akn berdoa spya di beti peluang sekali lg untuk di sayangi oleh die…sy jg ada bt solat hajat tuk moho di beri peluang sekali lg spy terbuka hati die tuk kmbali ke pangkuan saya skali lg…tu yu still ada

    1. saya mcm awak jugak alami….tapi saya redha …serah je kpd Allah…kalau kita tekan2…takut kita yang sakit…..

  13. Sambung komen sy td ye ustaz…sy nak tau ape yg sy lakukn itu adakah salah dgn meminta begitu pd ALLAH?sy still mengharap die kmbali…adakah die btul2 dh buang saya 100% dlm hati die?…harap ustaz dpt membantu sy…

  14. assalamualaikum ustaz…
    sy nk bertanya pada ustaz andai kata orang yang diingini ada sama dengan pertunjuk yang wujud selepas istikharah tetapi masih belum menuju kearah perkahwinan, apakah langkah yang perlu diambil selepas itu?
    kerana yang sepatutnya mulakan langkah adalah lelaki tapi bagaimana pula perempuan,adakah ia di gelarkan perigi cari timba?

  15. Assalam..sy nk tny satu soalan ustaz..adakah kita boleh minta doa supaya dijodohkan dengan arwah yang belum berkahwin tetapi telah meninggal dunia?? maksud sy kalau la sy nie masuk syurga ( In sha Allah) adakah sy boleh meminta supaya dijodohkan dengan arwah tersebut di syurga nanti? harap ustaz dapat beri penjelasan..

  16. salam ustaz…sya mencintai seseorg wanita kerana dr segi kecantikan nya dan peragai nya yg baik…tetapi selepas itu saya menyayangi dia kerana iman nya trhadap Allah..dan umur dia lebih 2tahun dr saya…saya suke kat dia tp dia wat xtaw jerr pada saya wlaupon sye dah luahkan prasaan pada dia…saya tidak putus berdoa agar dia jodoh saya seumur hidup dunia akhirat…sampai skrg dia xde respond pada sy,….apa harus sy buat untuk mendapat cinta sya terbalas dengan org y saya sayang ini?terangkan ustaz

  17. Assalam..sy nk tny satu soalan ustaz..adakah kita boleh minta doa supaya dijodohkan dengan arwah yang belum berkahwin tetapi telah meninggal dunia?? maksud sy kalau la sy nie masuk syurga ( In sha Allah) adakah sy boleh meminta supaya dijodohkan dengan arwah tersebut di syurga nanti? harap ustaz dapat beri penjelasan..

  18. Ass ustad.. selama ini saya menunggu syp jodoh saya dan kmrn saya dlamar oleh lelaki yang tidak saya cintai.. gmn cara sy menyikapinya? apakah sy berdoa untuk dapat mencintainy, ato berdoa untuk diberikan lelaki yg sy cintai

    1. Sebaiknya saudari lakukan istikharah. Mohon petunjuk dari Allah mana satu keputusan yang terbaik buat kita.

  19. assalamualaikum, saya ingin bertanyakan soalan kerana diri ini tidaklah mahir dan jahil..saya ingin bertanya kekasih saya telah meninggalkan saya baru2 ni kerana pihak ketiga..dia kata dia rasa saya bukan jodohnya..soalan saya

    1)bagaimana dia boleh tahu saya bukan jodohnya walhal jodoh adalah perkara yg ghaib yang misteri?

    2)selepas perpisahan saya banyak melakukan istikharah meminta petunjuk dari allah apakah benar dia baik utk saya ataupun tidak..saya menggunakan tips seorang ustaz ini ketika melakukan istikharah kita minta pada allah..jika sesuatu itu baik untuk kita maka beratkan badan kita kehadapan..jika bukan beratkan kebelakang..tetapi tiap kali istikharah badan saya bergerak kehadapan macam ditolak orang dari belakang..tetapi si dia masih mengendahkan saya..jadi apa maksudnya ya? saya amat keliru sekarang

    mohon pencerahan dari yang mahir

    assalamualaikum

    1. 1) Itu hanyalah sangkaan beliau saja. Mungkin betul, dan mungkin tidak.

      2) Tips yang ustaz tu bagi tak betul. Tiada dalam ajaran agama untuk mendapat keputusan istikharah melalui cara itu. Pada kebanyakan keadaan, petunjuk istikharah hadir melalui kecenderungan hati.

  20. Assalamualaikum.

    Saya ingin bertanyakan pendapat ustaz. Saya berkawan lama dengan seorang lelaki dan akhirnya kami telah sepakat untuk berkahwin. Pada mulanya kami adalah sahabat baik, dan setelah sekian lama perasaan cinta pun muncul dalam hati. Dia telah datang berjumpa dengan keluarga saya pada bln 7 tahun lepas, tetapi dia asyik memberi alasan untuk bwk saya berjumpa dengan keluarganya. Pada bln 1 thn ni, tb2 shj dia ckp ayahnya telah carikan jodoh utk nya dan dia tdk mahu mengecewakan ayahnya. Pada mulanya, saya terima jika itu takdir kami. Tapi tanpa bincang apa2 dia membuat keputusan utk berkahwin dalam masa terdekat sdgkan saya masih belajar dlm Uni yg sama manakala dia pula seorang staff d Uni yg sama. Yang membuatkan saya sedih sgt adalah apabila dpt tau bakal isterinya itu bukan calon yg ayahnya cari, tp dia adalah ex-girlfriend lelaki itu. Saya rasa tertipu sangat tp sy masih menyayangi nya.

    Soalan saya : Sejak 2 menjak ni, dia selalu menghubungi sya sedangkan dia sdh berkahwin. Dia kata masih ingin berkawan dan mohon kemaafan dr sy. Adakah salah utk saya membalas mesej2 tersebut? Apakah tindakan yg harus saya lakukan skrg. Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih

    1. Tindakan yang harus saudari lakukan sekarang adalah menamatkan nombor telefon tersebut dan gunakan nombor telefon baru. Jangan sampai saudari terjatuh dan disengat dalam lubang yang sama untuk kali kedua.

  21. Assalamualaikum Ustaz, ad seorang lelaki yg menyuarakan hasrat nya untuk memperisterikan saya. tidak mahu berkawan tapi terus berkahwin. untuk mengelakkan dari buat dosa. Saya tak kenal beliau. dengan kes2 yang saya dgr pasal penipuan yg bnyak berlaku skrg membuatkan sy teragak2 sebab saya tak tahu apa2 pasal beliau. boleh sya tahu apa pendapat ustaz?

  22. salam ustaz,
    saya bercinta dgn pasangan sy da hampir 10 bulan, tapi 2 bulan lalu dia menikah tanpa pengetahuan saya, tapi kami masih bersama. saya dapat tahu melalui media sosial, dan alasan dia ni sume sbb terpaksa. dia xmau lepaskan saya kerana terlalu sayangkan saya. begitu juga saya.perempuan tu tahu bahawa suami dia memang ada saya pada saat menikah..tapi masih memaksa dan memilih untuk meneruskan perhubungan itu. kini kami masih bersama, tapi kami buntu nak buat apa.. huhu
    harap ustaz dapat bagi pandangan terima kasih

  23. Salam ustaz.. Boleh saya tanya dua soalan.. 1) bolehkah saya berdoa supaya saya dijodohkan dengan arwah yang belum berkahwin tetapi telah meninggal dunia. Maksud saya jika saya masuk syurga (in sha Allah) dan meminta ingin berkahwin dengan arwah.. Bolehkah?
    2) saya ada berkawan dengan seseorang tetapi telah meninggal dunia.. Lepas meninggal baru saya tahu yang saya sayangkan arwah.. Apakah dosa perasaan saya itu ya ustaz? Adakah membebankan dia di sana? Saya selalu berdoa agar saya meninggal sebelum berkahwin supaya saya dapat bersama dia di syurga nanti..in sha Allah.. Tp saya reda jika dia bukan jodoh saya..kerana Allah yang menentukan segalanya.. Saya hanya merancang dan berdoa.. Tetapi saya harap jodoh saya bersama dia.. Harap ustaz dapat membantu saya. Terima kasih ..

    1. 1) Boleh berdoa, tetapi doa yang lebih baik adalah doa supaya diberikan jodoh yang baik di dunia ini dan dapat bersama sehingga ke syurga.

      2) Perasaan itu tak mendatangkan dosa dan tak membebankan pun arwah. Itu adalah lumrah hati manusia. Namun, kita kena hidup dengan realiti yang manusia ini memerlukan pasangan yang hidup, dan bukan yang telah meninggal dunia. Itu keperluan fitrah manusia.

  24. assalamualaikum ustaz love.

    baru2 ni saya ada berkawan dgn seseorang, tidak lama kemudian saya mndapat tahu yang dia telah berkahwin. sebelom saya mendapat tahu dia telah berkahwin, saya dan dia umpama sedang bercinta. pada mulanya saya tak mengendahkan setiap hint yang dia bagi. tapi setelah saya tau dia milik orang,dan dia membisu,baru saya sedar yang saya sygkan dia. saya ada bertanya knapa dia buat saya macam ni,dia bagitahu yang dia sendiri pon tidak menyangka akan pergi sejauh tu dengan saya. dia seorang lelaki yang baik.
    adakah bersalah dan bdosa saya jika saya berdoa supaya dia menjadi jodoh saya?

  25. Salam ustaz love.
    Masalah saya dgn saudari di atas lebih kurang sama jaa,,, saya selalu mendoakan agar bertemu jodoh dengan bekas kekasih saya. Tapi masalahnya, bekas kekasih saya telah melakukan solat istikharah sebanyak 3 kali dan bermimpi melihat wanita lain, dan bukannya saya. Even kalau saya solat istikharah sekalipun saya tak yakin dia adalah jodoh saya sebab itulah saya kerap buat solat hajat minta berjodoh dengannya. Jadi ustaz adakah saya berdosa kerana melakukan doa yang seolah2 memaksa Allah untuk menentukan jodoh saya? Tapi dalam masa yg sama saya tetap berdoa agar Allah menjauhkan dia sekiranya dia betul2 bukan jodoh saya. Terima kasih ustaz.

    1. Itu bukannya memaksa, tapi meminta. Memang Allah suruh kita berdoa, jadi berdoalah.

      Jodoh itu bukan ditentukan melalui mimpi, sebab mimpi itu bukan hujah. Selalu saja syaitan mengambil tempat dalam mimpi manusia. Petunjuk istikharah juga tak semestinya datang melalui mimpi, bahkan kebanyakannya datang melalui kecenderungan hati.

      Sebaiknya, saudari teruskan saja hidup dan lupakan beliau. Nampak sangat yang beliau sudah tak mahukan saudari dan menggunakan alasan mimpi untuk berlepas diri. Hargai diri saudari. Jangan buang masa dengan orang yang tak menghargai saudari.

      1. Terima kasih ustaz atas nasihat. Saya pun sekarang dalam usaha untuk melupakannya dan meneruskan hidup seperti biasa. 🙂

  26. assalam ustaz. macam mana nak kembalikan hubungan pada asal. dia da tawar hati ngan saya sebab silap masing2 salah paham. tapi mengikot ciri2 jodoh smua die ade. sy tak rase org laen bole ganti die. ape patot sy buat? sy selalu solat hajat je mintak kembalikan seperti asal.

  27. Assalamualaikum ustaz

    saya telah berkahwin hampir 10 tahun, diuji dalam perkahwinan, suami masih memberikan nafkah tetapi seringkali saya dihina kerana masih lagi belajar dan memerlukan bantuan kewangan, anak telah ada dua orang, Jika dia marah dia sering mengherdik saya, dan melakukan perkara yang saya tak sanggup samaada memukul anak atau haiwan kecil seperti kucing dan ada kucing yang mati keesokan harinya.

    Saya rasa tawar hati dengan perkahwinan ini ustaz. Jika saya tersuka lelaki lain, maka menjadi satu dosa, dan saya banyak kuatkan hati saya dengan al quran dan ilmu agama.

    Tanggungjawab sebagai isteri tetap saya laksanakan cuma hati saya masih tawar dan tidak tahu bila akan pulih. Malahan ibu ayahnya kerap memburukkan saya, hingga hubungan kami makin menjauh.

    Bagaimana saya ingin menghadapi perkara ini.
    Terima kasih ustaz

  28. assalamualaikum ustaz, INI soalan Dari kwn saye. die pernah terbaca yang jika pasangan ITU tidal dijodohkan di dunia pasti Allah jodohkan di syurga. soalannya, betul ke??

    1. Tak betul.. cuma orang bujang yang masuk syurga, akan dikahwinkan dengan sesiapa yang diingini dari kalangan ahli syurga juga nanti. WA

  29. assalamualaikum ustaz,sy ingin bertanyakan kekeliruan sy,sy telah putus dgn exbf sy 4 bln,selepas dr itu sy ade buat solat ishtikarah berulang2 kali dan hati sy msih yakin dgn dia dan sy juga ade bermimpikan dia..sy tahu mimpi tidak semestinya petunjuk dr ALLAH..sy mkin keliru kerana sidia telah ade penganti..adekah sy perlu usaha utk mndptkn dia kembali atau hanya berserah dgn keyakinan dgn segala petunjuk2 yg Allah telah berikan..

    1. Kalau jodoh saudari dengannya, dia sendiri yg akan dtg mendapatkan saudari. Tak perlu buang masa menunggu beliau. Teruskan hidup saudari. Masa kita atas dunia ni pun bukannya banyak mana.

  30. assalamualaikum ustaz..

    saya masih bersuami,tapi selama berkahwin saya melakukan dosa iaitu mengingati bekas kekasih yang sudah juga berkahwin. Si dia juga begitu. Saya selalu berdoa agar ditemukan jodoh dengan bekas kekasih sedangkan saya bersuami. Saya yakin itu satu usaha, dan hanya Allah tempat meminta dan mengadu.
    Soalan saya, bolehkah saya berdoa begitu?

    1. Bila puan menyimpan harapan, maka puan akan sentiasa berharap pada benda yang tiada, sedangkan benda yang ada di sini, puan abaikan. Bersyukurlah dengan apa yang puan ada sekarang. Berhentilah berhubung dengan bekas kekasih, dan jalanilah hidup yang baik bersama suami yang halal, sekalipun bukan dicintai sepenuh hati.

      Tukarlah doa puan daripada berdoa semoga disatukan dengan kekasih, kepada doa dieratkan tautan hati dengan suami. Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

  31. Salam ustaz,, saya ingin bertanya..saya telah membuat solat istikharah kebiasaanya sebelum tidur. Solat istikharah dibuat untuk memohon petunjuk kerana sehingga sekarang saya masih sukakan si dia. Sampai sekarang saya tidak mampu membuang rasa sayang saya kepadanya. Saya memohon petunjuksekiranya dia jodoh saya dekatkan hati kami dan sekiranya bukan, buangkan segala rasa. Dalam mimpi saya,dia seolah olah tidak memgendahkan saya dan hanya bercakap dengan orang lain. Seolah saya tidak wujud. Saya sudah kerapkali bermimpi situasi begini dimana apabila kami bertemu, dia hanya melihat dan tidak mengendahkan saya.. saya keliru,, apakah maksud mimipi ini, atau sekali lagi sekadar mainan tidur kerana saya rindukan dia??

    1. Istikharah ini dilakukan untuk memilih pasangan yang nak dikahwini, bukan yang nak dijadikan kapel. Jadi, saudari teruskan saja melakukan istikharah. Jika ada jodoh dengannya, masa akad nikah itulah baru terbukti yang beliau memang jodoh saudari. Selain itu, jangan terlalu obses sangat. Jalani hidup yang sihat dan aman damai tanpa gangguan perasaan.

  32. Assalamualaikum ustaz.

    Benarkah wujud seseorang manusia yang mendapat petunjuk Allah atau ‘gifted’ yang mempunyai kuasa melihat masa depan dan jodoh manusia? Apakah hukumnya jika kita mempercayai orang tersebut?

    Hal ini kerana cinta saya dan si dia terhalang kerana wujudnya seorang tok guru yang menyatakannya jodohnya bukan dengan saya. Kami sama-sama keliru dan buntu memikirkan perkara ini. Mohon ustaz berikan penjelasan. Terima kasih.

  33. Ustad saya knal lelaki ni dalam dunia maya je tapi saya jatuh cinta dia saya suka cara dia mambawa diri yang bersahaja n tak menunjuk” yang dia baik sayaa comfortable sangat kalau chat dgn dia…
    So boleh x sekiranya saya berdoa supaya d pertemukan jodoh dgn dia salah kah kalau saya meminta dia sebagai jodoh saya??…Thank you Ustad

    1. Boleh berdoa, tapi jangan terlalu berharap. Dunia maya tak sama dengan dunia realiti. Manusia boleh jadi apa saja di dunia maya. Berhati2lah.

  34. Salam ustaz,
    Saya ingin bertanya, sekiranya saya telah berkenalan dengan seorang lelaki hampir setahun, dan saya mula menyukai dia, tetapi dia tidak boleh menerima saya kerana ada seseorang di dalam hati dia. wajarkah saya berusaha untuk meraih cinta dia dengan doa? dan ada artikel menyatakan cari lelaki yang betul2 nak kan kita, bukan kita nak kan lelaki tersebut. apa patut saya lakukan? saya telah melakukan solat sunat tahajjud dan solat sunat hajat, tapi hati saya masih tidak tenang.

    1. Tak wajar. Sebaiknya saudari putuskan hubungan dengannya dan teruskan hidup. Jangan biarkan rasa cinta itu terus berbunga dan berbuah, kelak sakitnya akan lebih parah lagi.

      Jika ada jodoh saudari dengannya, dia sendiri yang akan datang melamar saudari. Jangan buang masa menunggu dan berharap.

      1. Salam. Masalah saya sama dengan diatas, bezanya, kami mempunyai perasaan yang sama iaitu sayang. Cuma dia tak berani untuk lebih sebab dia masih tidak dapat untuk move on. Wajarkah sekiranya saya terus berdoa dan tidak berputus asa meminta kepadaNya agar kami dijodohkan?

          1. Salam ustaz,
            Bolehkah saya berdoa “ya Allah engkau dekatkan la hati si fulan kepadaku, engkau pelihara hatinya untukku, engkau jodohkan la kami, pertemukan la, detikkan la dihatinya perasaan cinta kasih dan sayang terhadap diriku”?

  35. Assalamualikum ustaz..
    Situasi saya dimana apabila tunang saya sendiri terpaksa bernikah dgn bekas kekasih lama disebabkan family kekasihnya itu memaksa dia berbuat demikian. Walhal dia benar-benar menyayangi saya dia terpaksa berbuat demikian walhal dia tidak berbuat apa kepada wanita itu dan sekarangng dia sudah bernikah dalam masa sebulan saya terpaksa menerima semua ini yang pernikahan diaturkan oleh family bekas kekasih, dia seolah buntu dan menurut kemahuan mereka walau dihalang keluarganya sendiri. Tunang saya tetap dengan pendiriannya masih lagi ingin meneruskan pernikahan dengan saya ,sedang saya sudah berniat memutuskan semuanya tanpa pengetahuan family sendiri. Dia menangis kepada saya yang dia tak sanggup melepaskan saya. Adakah air mata seorang lelaki itu sekadar meraih simpati atau sebaliknya. Ya Allah berat sangat dugaan ini.

  36. Salam ustaz,

    Saya rasa tertekan dan sedih kerana masih belum bertemu jodoh saya…usia saya akan masuk 41 tahun ni. Saya bukan jenis orang yg bergaul bebas & saya masih menjaga adab2 melayu/islam. Saya tak ramai kawan lelaki. Saya tak lah cantik tapi tak juga hodoh…penampilan saya biasa. Kadang2 puas saya fikir kenapa jodoh masih tak hadir.

    Saya rasa sedih…terutamanya apabila melihat rakan2 sebaya yang lain yang hidup bahagia dgn keluarga & anak masing2. Kadang2 saya fikir…mungkin Allah hendak menguji saya. Tapi saya risau memikirkan hari-hari tua saya kelak. Sekiranya keadaan berterusan begini, saya risau saya akan mati keseorangan & kesunyian bila saya tua tanpa teman disisi.. :'(

    Apakah cara terbaik untuk cara ikhtiar/berdoa akan dikurniakan jodoh yang terbaik buat diri saya? Atau doa utk mengubat rasa sedih di hati?

    Terima kasih ustaz atas nasihat & pandangan ustaz.

  37. Assalam ustaz..sy nk tnye,sy dngan si dia bru je brputus hbungn dsbbkn slah fham dan org ke 3. Sy sygkn dia lg dan brharap agar dia yg akn mnjd suami sy kelak.tp dia ckap hatinya dah hncur sbb sy trsalah cakap dan dia jgk tk mmpu nk mlepaskn prempuan tu sbb prempuan tu dah syg sngat2 dkat dia. Sy tk mmpu utk mlupakan dia sbb sy nk sngat dia jd imam sy. Sy ada buat istikharah,sy doakn moga Allah bg wlau dgn ape2 ptunjuk agar sy thu dia adalh jdoh sy.sesudah sy brdoa,tbe2 msuk mcj.rupenye dr dia.adakah dia ptunjuk dr Allah yg dia adlh jdoh sy?sy msih lg keliru sbb kwan sy ckap myb iti kebetulan. Lpas drpd itu sy da 3 mlm niat nk bngun sepertiga mlm utk buat istikhrah tp tk sdar.lpas brsahur n solat sbuh sy mngaji n selitkn doa agar ditetapkn jdoh sy utk dia.bile da settle semua sy smbung tido,dlm tido tu sy brmimpi yg kami brnikah.saat tu kami dduk brtentangan, dimana dia tngah sarungkn cncin d jari sy.seolah2 sy mlihat dr sy sndri brnikah dgn keadaan yg tenang dgn persalinan bju kuning emas.tp sy tkut utk prcaya mmpi itu,sy tkut itu mainan tido.sy solat hjat moga dpnjangkn jdoh kami,tp sy plak rase sdih andai prempuan itu dtinggalkn dsbabkn sy sbb sy thu betapa skitnye bike ditingglkan.wktu nk solat hjat dan istikharah,spatutnye dikosongkn fkiran agar kita bnar2 ikhlas tp kenapa wajah dia slalu ada dlm solat sy dan mmbuatkn sy tk ksyuk.sy nk dia jd suami sy sbb sy ingat lg jnji dia utk mmpristerikn sy dan sy nk sngat jd isteri dia.tp sy tkut.sy mhon pencerahan dr ustaz.

  38. assalam ustaz.saya dalam dilemma sekarang.saya berusia 26 tahun.pada ketika ini saya adalah tunangan seseorang.saya ada seorang kawan lelaki.dia menyatakan kepada saya bahawa dia telah bermimpi saya sebanyak tiga kali (selepas solat istikharah).saya terpaksa menolak lamaran dia kerana saya adalah tunangan orang lain.bagaimana saya harus menyelesaikan masalah ini ustaz?hati saya jadi berbelah bagi dengan perkara ini.harap ustaz boleh membantu saya.

  39. Salam ustaz, beberapa minggu lepas kekasih sye bertunang dengan bekas kekasihnya atas dorongan dan desakan keluarga. Dia mengaku masih sayangkan sye dan jika diberi pilihan mahukan sye menjafi isterinya. Dia cuma mahu menjaga hati ramai pihak dan teruskan pertunangan.salahkah kalau sye masih berharap yang dia akan menjadi suami sye dan terus berdoa dia akan menjadi suami sye satu hari nanti atau sekadar redha ini adalah takdir?sye keliru..

  40. Macam mana pulak klau kite suka dekat org yang bukan Islam dan mintak kitorang djodohkan? Boleh ke doa supaya dia masuk Islam dan supaya dia kawen dengan sy? 😂😀

  41. Assalamualaikum, ustaz. Kalau suka dlm diam boleh kn ustaz, tp boleh bawa kpd zina hati kan? Sy suka seseorang ustz tp kadang2 sakit sangat hahah kenapa ehh, kalau sy doa macam ni boleh ke” Allahuma zawwijni bi …” tempat kosong tu letak nma dia ,

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme