I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

#SaveJejai | Blogger Ditimpa Musibah

Salam…

Sejujurnya, Ustaz Love tak pernah mengenali dengan rapat blogger Jejai ni. Tapi, Ustaz Love selalu ternampak beliau masa awal2 berblogging dulu (masa tgh rajin blogwalking). Tapi, beliau memang blogger yang baik hati dan sudi berkongsi maklumat. Kalau sebut nama Jejai, mungkin yang kenal hanya di kalangan blogger yang rapat dengan beliau. Tapi bila disebutkan nama teratakarmo, Ustaz Love yakin ramai yang mengenalinya.

Ustaz Love terbaca satu entry di blog Mama Zharfan tentang berita ini. Saudara Jejai sedang menderita akibat barah paru2.. difahamkan dah stage 4. Beliau tak pernah bercerita apa2 pun pasal penyakitnya di blog beliau. Orang lain yang bagitahu. Mungkin beliau nak diingati dengan suasana yang gembira dan bukannya berduka.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga beliau dapat pulih dan sembuh daripada penyakit seperti sediakala. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Juga bagi sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan sedikit beban beliau (seperti mana yg kita sedia maklum, kos rawatan untuk penyakit barah / kanser / kanker ini adalah sangat tinggi), berikut adalah info akaun beliau :

Maybank Account Bro Jejai – 164351079691 (Azhar Bin Ramli)

Maybank Account Wife Bro Jejai (Kak Maz) – 164089741562 (Mazliana Othman)

Semoga saudara Jejai dan keluarganya dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
      1. mksdnya kita mengikut ketua kita tanpa ilmu , mksdnya .. kalau kita pergi menuntut ilmu dgn tok guru , sedangkan tok guru itu sesat , disebabkan kita kurang ilmu , kita pun tersesat juga.. jadi?

        1. Dalam mempelajari ilmu agama, ada asas yang kita mesti jadikan panduan iaitu al-Quran dan As-sunnah.. daripada kedua ini, kita mengikuti pendapat ijmak ulamak dan qias. Sebarang kesesatan dalam pelajaran, menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya dan meninggalkannya. Jadi, belajarlah daripada ramai guru supaya fikrah kita lebih terbuka dan tidak taksub kepada seorang guru saja, yg mungkin ada antara ajarannya yang tidak sesuai dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul.

          WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme