I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Perutusan Aidilfitri 2012

Salam…

Bukan nak bajet fofular atau bajet orang penting, sekadar ingin menyampaikan pesanan untuk saling mengingati perkara2 yang hak. Mungkin tak ramai yang akan baca (sbb sibuk nak buat persiapan raya), tetapi Ustaz Love buat entry ni juga untuk mengingati diri sendiri yang selalu terlupa.

Esok dah hari raya.. hari ni hari terakhir berpuasa.. ada yang bergembira, ada yang berduka.. Perasaan Ustaz Love sendiri bercampur baur antara suka dan duka.. Time2 rasa macam nak suka, tiba2 menjelma perkara2 duka.. Time rasa nak berduka, teringat plak peristiwa gembira. Tak kisah la gembira ke, duka ke, yang pastinya Ramadhan akan pergi, Syawal akan tiba. Tak ada siapa yang boleh menghalangnya.

Malam ni kita akan mula bertakbir.. antara ibadah yang paling utama untuk diperbanyakkan adalah bertakbir serta bertahmid memuji serta membesarkan Allah. Tempohnya agak singkat iaitu sampai sebelum imam memulakan solat sunat raya keesokannya. Jadi, perbanyakkanlah takbir dan tahmid berbanding karaoke lagu raya. Sambil2 tukar langsir, kacau dodol, masak rendang dsb, mulut tu jangan la berhenti bertakbir dan bertahmid. Kalau dalam jamban, takyah la bertakbir.. tunggu keluar jamban baru sambung balik..

Malam ni tido awal sket.. Esok boleh Subuh berjemaah di masjid.. lepas tu boleh buat persediaan untuk solat raya.. mandi sunat, cukur segala bulu atas bawah yang ada.. pakai minyak wangi.. pakai pakaian terbaik (tak semestinya baju baru). Sebelum melangkah keluar rumah, jamahlah dulu barang secangkir kopi dan seketul kurma.. datanglah awal2 ke masjid supaya tak solat atas jalan tar.. sbb solat raya adalah solat yang paling ramai sekali jemaahnya, walaupun sekadar solat sunat.

Bila dah sampai ke masjid, solatlah tahiyyatul masjid dulu.. dan duduk sambil bertakbir raya.. kalau belum bayar zakat lagi, angkatlah punggung gi jumpa amil kat luar masjid.. kalau terlupa bawak dompet, boleh pinjam duit amil dulu.. nanti bayar balik masa gi raya kat rumah beliau.

Selesai je solat sunat raya, kalau boleh janganlah balik dulu.. tapi, kalau nak balik pun takde masalah.. cuma, rugi la tak dapat dengar pesanan khatib.. tapi kalau degil nak balik gak, balik la.. takde sapa nak larang.. takdenya dengan kita balik tu, imam akan berkhutbah sorang2.. kihkih..

Bila nak balik, amik la jalan yang berbeza daripada jalan semasa ke masjid tadi.. sambil2 tu singgah la kat rumah2 berziarah.. sebab amalan utama masa raya adalah melakukan ziarah.. tak kisah la nak minta maaf ke, atau nak gi makan ke, atau nak kutip duit raya ke, janji jangan berkurung dalam rumah dok layan movie yang best2 masa raya ni.

Begitulah serba sedikit pesanan buat diri Ustaz Love dan pembaca sekalian. Ustaz Love mungkin akan bercuti beberapa hari daripada berblogging. Jadi, pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin memohon ribuan kemaafan atas segala salah dan silap serta keterlanjuran kata semasa menulis di blog ini. Jika ada yang terasa hati, terkecik hati dengan gurauan dan sindiran Ustaz Love, Ustaz Love minta maaf. Juga atas segala salah silap sama ada secara sengaja atau tak yang dilakukan.

Semoga Aidilfitri kali ini memberi nikmat kejayaan atas segala pengorbanan yang kita lakukan semasa berpuasa dan berkekalan kebaikannya sehinggalah kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

Akhir kata.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. Salam Lebaran. Alhamdulillah Abe sempat singgah & akan menjadi Sahabat Setia Blog ni, InsyaAllah… Abe singgah dari Blog Abe: http://www.queachmad.com

    Abe masih baru lagi dalam Dunia Maya ni, harap jasabaik untuk support Abe, bantu Abe. Kalau tak keberatan, mohon pautkan Blog Abe di sini dalam Bloglist sini supaya dapat Abe sama2 berjuang MENCARI KEBENARAN KE JALAN ALLAH & MEMERIAHKAN DUNIA MAYA NI… Terima Kasih, Jasamu Dikenang… Jika ada rezeki

    Abe dipautkan ke Bloglist, harap dapat maklumkan pada Abe tentangnya, InsyaAllah..

  2. AsSalam ustaz,
    selamat hari raya ustaz..saya ada soklan pasal hari raya jugak..tp pasal duit raya..hehe macam kita ni ada anak kan, time raya ni byk la dapat duit raya..so soklan saya..boleh ker kita guna duit anak kita ni ustaz?

    1. Boleh guna duit raya anak2.. sbb harta anak2 dikira sebagai harta ibu bapa. Tetapi yg sebaiknya, ibu bapa meminta izin daripada anak2 untuk menggunakannya, supaya anak akan menghormati ibu bapa itu sebagai mereka2 yg jujur dan boleh dipercayai..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme