I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Gemuk Itu Tanda Sihat?

Salam…

Ustaz Love singgah kat satu bazar Ramadhan tadi (disebut juga dgn istilah PARAM – Pasar Ramadhan) nak beli jelly kelapa. Sungguh berahi (berselera – istilah Pantai Timur) sekali makan jelly kelapa ni. Sambil2 tunggu akak jelly tu isikan dalam plastik, Ustaz Love terperasan ramai orang memandang ke satu arah.. Ada yang memandang dengan pandangan kesian, ada yang senyum2, ada yang terkenjut.. Ustaz Love pun mengalihkan la pandangan mata ke arah yang dimaksudkan..

Kelihatannya ada seorang budak lelaki berpakaian seragam sekolah agama sedang duduk di tepi longkang sambil menangis. Ayah beliau kelihatan mengurut2 dadanya yang kelihatan berombak2 rindu (banyak betul kelihatan.. nasib baik tak banyak kebetulan.. kihkih). Takde apa pun yang pelik.. biasa la budak2 menangis.. Lalu Ustaz Love pun mengalihkan pandangan ke arah seorang brader yang merupakan seorang peniaga ayam percik.. Mungkin pandangan Ustaz Love itu mengundang pertanyaan, brader itu spontan memberitahu yang budak tu terjatuh ke dalam longkang sebab tak lepas masa melompat nak melintas longkang tu. Takde la lebar sangat longkang tu.. tapi mungkin disebabkan saiz, beliau gagal mendarat dengan selamat.

Kegemukan, jika dikaitkan dengan orang dewasa, kerap dilihat dengan pandangan yang negatif.. Ketiak berpeluh, bau busuk, kentut berbunyi, tido berdengkur dan segala macam pandangan negatif dilemparkan. Suatu masa dulu (masa jaman muda2), Ustaz Love pun alergi jugak dengan orang gemuk, tapi bila dah tua2 ni (dan badan pun dah naik gemuk), barulah dapat memahami perasaan mereka. Ustaz Love tak kisah dgn fizikal sbb ramai je member Ustaz Love yang gemuk, tapi Ustaz Love tak berkenan dengan perangai segelintir mereka yang poyo.. Suka cakap dan gelak kuat2, kentut kuat2..

Bila dikaitkan dengan kanak2, orang selalunya memandang kanak2 tu sebagai comel, sihat, gebu dsb.. Biasa kita dengar ucapan orang tua2 bila melihat budak2 yang tembun, dikatanya sihat.. “Eeee.. sihatnya anak kamu ni!!”.. begitulah lebih kurang dialognya..

Hakikatnya, kegemukan itu bukanlah petanda sihat.. ia petanda mudah nak dapat penyakit.. Kegemukan biasanya disebabkan banyak makan.. bila banyak makan, banyak la penyakit yang datang.. tambahan lagi dengan kenaikan berat badan, menyebabkan terasa malasnya nak melakukan aktiviti yang melibatkan kecergasan.. Even nak makan pun boleh parking je pinggan atas perut.. punya la malas (Ustaz Love dah punya pengalaman macam ni..kihkih).

Itu belum masuk bab bersenam.. baru berjalan 2 meter, air dah telan 2 botol.. cepat semput, tido berdengkur (yg sangat berisiko untuk putus nafas dan mati semasa tido) dsb..

Nyatalah, kegemukan ini bukanlah suatu perkara yang positif..

Ustaz Love sekarang ni pun sedang giat bersenam untuk mendapatkan kembali BMI (ukuran berat yang sesuai dgn ketinggian) yang sesuai. Mula2 dulu, memang terasa siksanya mengayuh basikal, tapi sekarang ni dah semakin ok.. dan badan tu terasa semakin cergas walaupun berat badan turun naik (timbang sebelum berbuka turun sekilo, lepas berbuka dah naik 2 kilo.. kihkih).

Jadi, bagi mereka2 yang ada anak2 yang mengalami masalah kegemukan (atau yg ada potensi ke arah itu.. mungkin atas faktor genetik disebabkan mak ayah pun gemuk), maka cergaskanlah mereka.. bawak gi taman petang2.. biar mereka berpeluh.. dan jagalah makanan.. kerana faktor makanan yang tak sesuai itu lebih banyak menyumbang kepada obesiti dan kegemukan.

Sekian dulu taklimat kesihatan daripada Ustaz Love..kihkih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. bercakap soal ni, macam mana kita nak bagi nasihat dan teguran yg membina pd kumpulan yg boleh dikategori sbg gemuk atau obes? nak berkias, tak dapat nak faham, nak direct, jap lagi kita yg menegur ni kena ‘fire’ plak.. ustaz love ada sebarang pandangan? mekaseh.
    aYaz recently posted..Tunggu kad jemputan dari aku plak!My Profile

    1. kalau nak nasihat kat kumpulan, memang tak digalakkan.. sbb manusia ni secara lumrahnya akan kelihatan berani dan takbur bila berada dalam kumpulannya.. jadi, nasihatkanlah beliau ketika berseorangan.. insyaAllah, itu akan lebih masuk ke dalam hati berbanding menasihatinya dalam kumpulan yang mudah untuk disalah tafsir..

        1. tapi memang susah kalau nak tegur atau nasihat bab2 fizikal ni.. mudah sangat orang terasa hati.. jangan ingat orang besar tak mudah kecik hati..

  2. momoy lebih kepada kesian kalau tgk budak2 kecik-kecik lagi dah obesiti
    jalan pun semput. kesian tau

    selamat bersahur juga
    selamat bersenam dan mendapat BMI yang ideal uztaz love
    Princess MOMOY recently posted..PERGIMy Profile

    1. kita tengok pun dah kesian, apatah lagi mereka yang mengalaminya sendiri.. kegemukan itu sendiri akan melahirkan bibit2 perasaan rendah diri di kalangan kawan2 mereka..

  3. kata kata orang tua ni ibarat doa juga ustaz sebab tu depa akan sebut perkara yang baik baik dengan harapan ianya adalah sebuah doa kearah kebaikan, seperti amboi sihatnya dia yang dikatakan kepada anak anak yang gemok, atau bertuahnya anak, hmmm macam tu lah kiranya

    1. Ada kemungkinan ia doa.. ada kemungkinan juga ia sindiran.. tapi yang lebih penting adalah pemahaman sebenar yang kegemukan itu bukanlah petanda sihat tubuh badan.. Jadi, janganlah para ibu bapa berbangga dengan anak2 yg gemuk dengan beranggapan mereka diberi cukup makan..

  4. ye betul tu.. masa kecik lah nak kena kawal diri anak2.. faktor pemakanan skg memang mjadi faktor utama masalah kegemukan ni selain dr faktor genetik.. nanti dah besar sgtlah payah nak turunkan berat tu.. then ada jugak bila dh besar salahkan mak bapak sebab kenapa bg dia gemuk masa kecik dulu (sbb bila besar dia malu badan gemuk).. saya pun memang kuat makan, tp caranya kena betul.. makan dlm kuantiti yg sedikit, tp kerap.. makan buah byk, bersenam alhamdulillah, hari-hari berjalan byk
    babycomel recently posted..Kad Raya dari Bonikacak.comMy Profile

    1. melampau sangat la nak salahkan mak ayah pasal diri kita gemuk.. kita yang banyak makan, mak ayah plak nak disalahkan.. kadang2 tak semestinya masa kecik gemuk, bila besar akan gemuk juga.. macam Ustaz Love, kecik2 kurus je.. kena tiup angin pun boleh melayang.. sekarang ni, takyah cakap la.. datang ribut pun, belum tentu boleh terangkat..kihkih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme