I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Berniaga Untuk Berkhidmat vs Berniaga Untuk Untung

Salam…

Dah agak lama Ustaz Love tak menulis entry yg meluahkan buah fikiran (cewahh..) sbb agak fokus pada entry soal jawab. Agak menggerunkan bagi Ustaz Love bila mengira2 jumlah soalan yg dijanjikan untuk dijawab telah hampir kepada angka ratus. Ada soalan yg dah berbulan ditanya, tapi masih belum mampu lagi untuk Ustaz Love jawab disebabkan kekangan nafsu (nafsu nak menulis tu susah nak mari.. kihkih). Apa pun, Ustaz Love kena teruskan juga dengan update entry di blog ini demi memastikan kelestarian perjalanan blog ini tidak tersekat separuh jalan. Ustaz Love dah agak penat untuk berjanji nak buat entry soal jawab, sbb rasa macam tak mampu nak menyelesaikannya. InsyaAllah, Ustaz Love akan cuba sedaya yang termampu.

Berbalik kepada tajuk entry di atas, Ustaz Love nak berkongsi satu peristiwa yang berlaku semasa berkunjung ke bazar Ramadhan. Mungkin ada iktibar yang boleh diambil.

Setiap perniagaan mesti nak untung.. takde orang yang berniaga sekadar nak dapat balik pulangan modal, apatah lagi berniaga untuk mendapat kerugian. Tak kira la keuntungan tu ciput ke, besar ke, yg penting ada untung. Dan disebalik mengejar keuntungan ini, kadang2 sampai menyebabkan kita tak peduli dah jalan halal ke, jalan haram ke, jalan halam ke.. main redah je, asalkan untung..

Beberapa hari lepas, Ustaz Love ada beli lauk ikan tenggiri masak asam pedas kat seorang brader berjanggut di bazar Ramadhan. Ustaz Love nak beli seekor je. Lepas dah balik, rupa2nya ada 2 ekor (sedangkan harga yang dibayar adalah untuk seekor ikan). Ustaz Love takde la berhajat nak pulangkan balik ikan nan seekor tu, sbb rumah brader yg jual tu pun tak tau kat mana..kihkih.. Jadi, keesokannya, Ustaz Love singgah la balik kat gerai brader tu dan menceritakan perkara ni. Lalu Ustaz Love bertanyakan berapa harga sebenar 2 ekor ikan tu (sambil purak2 nak keluarkan dompet :D).. Dengan pantas, brader tu kata tak payah bayar apa2.. anggap je itu hadiah daripada beliau. Ustaz Love sungguh terharu lantas membeli seekor lagi ikan pari masak asam pedas sebagai tanda penghargaan.

Beberapa tahun yang lepas, Ustaz Love pernah singgah di bazar Ramadhan untuk membeli lauk berbuka puasa. Dengan muka yang masam, layanan yang kurang mesra serta harga yang mahal, Ustaz Love pun beli je.. tak kisah sangat pasal harga, sebab kalau lauk sedap memang tak kisah la harga mahal pun. Ustaz Love tak rasa nak komen pasal rasa, cuma pada cara.

Dalam satu rancangan masakan (rasanya Makansutra), ada satu pakcik Cina ni dia bukak kedai start pukul 3 pagi. Dia bukak pagi2 tu dengan tujuan untuk memberikan khidmat makanan kepada mereka2 yang bekerja pada waktu itu. Walaupun jumlah pelanggan tak ramai sangat (ye la, pagi2 macam tu siapa yg nak datang makan? Even sahur pun orang biasa start makan pukul 5 pagi), tapi terpancar kepuasan pada wajahnya kerana dapat menyediakan keperluan kepada pelanggannya.

Apa yang Ustaz Love nak bawakan di sini, ada 2 kategori peniaga.. satu peniaga yg cuma mementingkan keuntungan.. satu lagi peniaga yang lebih mementingkan kepuasan dalam berniaga.. ada orang rasa puas bila dapat pelanggan menikmati masakannya yang sedap.. ada orang yang tak kisah sedap ke tak, janji habis jual..

Sebab itulah kebiasaannya, kedai ataupun gerai yg ramai pengunjung ni kebanyakannya bukan bergantung pada harga yg murah, tapi lebih kepada khidmat dan rasa yang ditawarkan.. ada gerai yang makanannya biasa2 je rasa, tapi ramai orang sebab tuan gerai sangat peramah sehingga menyebabkan orang terpaut hati pada tuannya lebih daripada makanannya..

Ustaz Love pun tak tau nak tulis apa dah.. harap2 dapat paham la apa yang Ustaz Love cuba nak sampaikan ni.. rasa kejang je otak ni nak memikirkan ayat yang tak mari2.. kihkih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. itu la..lyanan pnjual2 mmainkan pranan yg pnting dalam prniagaan..mkin mnis mke pnjual,mkin rmai la customer n smakin untung la prniagaan…btulx Ustaz Love..ap yg pnting mkan la asam pedas…hehe,yUmmY…..!!!!

  2. wah…macam-macam ragam peniaga yer, saya dah lama tak ke Pasar Ramadhan, tahun ni sekali pun belum, tak sanggup dengan keramaian manusia dan parking yang susah. Jadi masak jer ala kadar dirumah, tambah lagi jiran2 dok mai hantar kuih..cukup lah kiranya..
    Emma recently posted..Sayangnya Allah kepada hambanyaMy Profile

  3. salam ustaz..

    bagaimana pula dengan orang islam yng menjual makanan pada orang bukan islam?

    kalau tengok skrg ni, banyak restoran mamak yang buka 24 jam, siang hari pelanggannya orang bukan islam.

    berkat ke rezeki mcm tu?

    di kampung saya dulu, jam 10 pagi ada orang jual nasi ayam, padahal dlm kampun tu takde orang bukan islam pon..adakah kira bersubahat?

  4. Assalamualaikum ustaz….

    maaf ye sebab soalan takde kena mengena dengan entry pasal berniaga ni. tapi, saya muskil dengan beberapa situasi. dan org kata kalau ade soalan, tapi tak pegi tanya kat orang yang lebih tahu, nanti neuron otak terputus. bahaya tu ustaz.

    based on hadits :
    “Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    macamana kalau dia dah taubat. dan bertekad taknak ulangi kesilapan yang sama. kemudian, adakah dosa-dosanya akan terhapus begitu sahaja. atau, bakal ditanya sewaktu di alam barzakh dan akhirat kelak?

    situasi kedua, dosa seseorang itu ditanggung oleh dirinya sendiri semenjak dia baligh. Tapi, kenapa pulak ada org cakap. dosa anak perempuan ditanggung oleh ayah dan bila dia dah kawin, ditanggung oleh suami.

    yang ketiga, bagaimana pula halnya kalau perempuan yang dah baligh, tapi dia tak melakukan tuntutan agama seperti solat 5 waktu, dan menutup aurat dengan sempurna. kemudian, setelah beberapa tahun selepas itu, dia sedar dan insaf lalu bertaubat. adakah dia perlu mengqadha solat-solat yang telah dia tinggalkan beberapa tahun yang lampau?

    sekian sahaja, terima kasih.
    Miss Chillax recently posted..Segmen : BlogWalking Dari Blog Ke BlogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme