I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Repost – Solat Witir Selepas Tarawih

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Jiejah Gorjes berkenaan solat Witir :

ustaz, nak tny la tang 8 rakaat tu mesti buat ngan witir juga ke? sebab dulu masa sy terawih di kg, ada yg buat 8 rakaat dan trus balik.

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ni, ingin Ustaz Love jelaskan yg solat Witir ini hukumnya adalah sunat dalam mazhab Syafie.. manakala dalam mazhab Hanafi, hukumnya adalah wajib (wajib di sini bukan bermaksud fardhu, sbb dlm mazhab Hanafi, ada istilah fardhu dan wajib).

Bila dah dikatakan sunat, maka ianya bukanlah wajib.. jadi, tak mesti la kena buat solat Witir selepas solat tarawih.. cuma, ianya adalah sunat yg dituntut (muakkad) untuk melakukannya. Nabi s.a.w. tak pernah meninggalkan solat Witir ini kerana ianya sangat disukai oleh Allah s.w.t.

Cuma, kadang2 kefahaman kita kena dibetulkan.. adakah kita meninggalkan solat witir selepas tarawih itu dengan tujuan untuk melakukannya sebagai penutup qiamullail? Ini kerana, solat Witir itu adalah solat sunat terakhir pada hari tersebut..

Sesetengah orang memahami bahawa solat witir itu sebagai solat penutup.. maknanya lepas tu dah tak bleh solat sunat dah.. ye la.. dah tutup kan? Ini merupakan kefahaman yg silap.. takde istilah tutup buka dalam solat ni..

Sekalipun kita dah solat witir selepas solat tarawih, kita masih lagi boleh solat sunat lain selepas tu (solat hajat ke, tahajjud ke, taubat ke dsb).. Cumanya, solat sunat witir ini dilakukan dengan rakaat yg ganjil (1, 3, 5, 7, 9, 11 dan seterusnya).. maka, jika kita telah melakukan solat witir 3 rakaat (tak kira la satu salam ke, 2 salam ke.. jangan tak salam sudahh), tak perlu la kita melakukannya lagi di akhir solat malam (akhir qiamullail) kerana ia bakal menjadikannya genap.. 3 rakaat selepas tarawih + 3 rakaat selepas tahajjud (contohnya) kan dah genap jadi 6 rakaat tu.. sedangkan witir itu maksudnya ganjil.

Kata la nak sambung tarawih lagi 12 rakaat (sbb nak buat tarawih 20 rakaat), maka boleh berniat tarawih di belakang imam yg solat witir (2 salam).. bila imam dah bagi salam dan nak sambung lagi satu rakaat, maka kita tak sambung pun takpe.. lepas habis tarawih kat rumah nanti, buat witir..

Ataupun solat je witir sekali.. balik rumah, sambung je tarawih lagi 12 rakaat.. lepas tarawih tu, takyah dah nak buat witir.

Dan takde juga masalah kalau kita tak nak buat solat witir selepas tarawih.. sbb kita nak buat masa qiamullail nanti contohnya.. jadi, bleh la makan moreh awal2.. hehe..

Kedua2 kaedah ini ada sandarannya.. Abu Bakr r.anhu melakukan solat witir selepas Isyak kerana takut tak terjaga masa qiamullail.. Sedangkan Umar r.anhu melakukan witir di akhir qiamullail kerana beliau merupakan seorang yg tegas.. nak bangun, mesti akan bangun.

Jadi, nak solat witir selepas tarawih pun boleh, tak nak pun takpe.. yg jadi masalahnya, lepas tarawih pun tak buat, qiamullail pun tak bangun.. maka terlepas la ganjaran solat sunat witir di bulan Ramadhan yg berlipat kali ganda itu..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz ,

    nk buat witir ni lepas tahajjud pun boleh kan … org kata solat witir ni ‘membungkus’ semua solat kita..maksudnya sy xberapa pasti tapi paham2 mcm tu lah .. πŸ˜‰

    1. salam Ummi..

      takde masalah.. itulah yg sebaik2nya.. sbb solat witir ini adalah penutup solat malam (qiamullail).. bukannya solat penutup yg dah tak bleh solat selepasnya.. sunat melakukannya sebagai solat sunat terakhir bagi qiamullail.. jika dilakukan selepas tarawih, maka tak perlu ulangi lagi solat witir.. sbb tiada 2 witir dalam satu malam..

      bungkus atau apa jua istilah hendaklah difahami dalam konteks sebenar solat witir itu sendiri πŸ˜‰

      1. begitulah kira2 maksudnya.. namun, bukanlah bermaksud lepas solat witir, dah tak bleh buat apa2 solat sunat dah.. πŸ˜‰

    1. Salam Fareed.. alhamdulillah sihat.. semoga Fareed juga sihat hendaknya..

      Ustaz Love dah tengok link tu.. dan setakat pengetahuan Ustaz Love, apa yg dinyatakan dlm blog itu adalah benar.. hadis yg disebarkan adalah hadis palsu..

      WA

  2. oh, jadi mksudnya solat witir hanya sekali dlm satu malam?

    ustaz dh pernah bincang x pasal isu sanggul tinggi utk wanita bertudung?sebab ada kwn yg keliru dgn larangan tu..bersanggul tinggi ibarat bonggol unta tu..

    1. maksud sekali itu adalah sekali yg lengkap (bilangan ganjil).. kalau nak buat witir 2 rakaat selepas tarawih, kemudian sambung 1 rakaat lagi lepas tahajjud pun takde masalah.. masih dikira sekali.. yg dikatakan dua kali tu, kalau lepas tarawih dah buat 3 rakaat, lepas tahajjud buat lagi 3 rakaat..

      Cuba try cek kat sini pasal unta bertudung sanggul tu :

      http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-tudung-sanggul-unta

      http://ustazlove.com/blog/2011/02/soal-jawab-isu-tudung-sanggul-lagi-belum-habis-nampaknya

      1. owhh mcm tu mksudnya..xpenah tau sblm ni huhu thanks ustaz..

        urm, sy dh baca kedua2 link tu beserta komen2..sy akui mmg bkn mudah nk huraikan hadis ikut fahaman sendiri dgn pandangan zahir semata2..dulu blaja ulum hadis pun..agak sukar nk faham..smpai ustaz pun ulang byk kali nk explain..tp menyeronokkan bila faham..tp lps tu, lupa & mula xfaham lg kalau diberi permasalahan..hmm

    1. bukanlah maksud penutup itu, maka wajib buat akhir solat / dah tak bleh solat selepas itu.. ini yg kebanyakan orang kita silap faham.. mungkin sbb berpegang pada satu hadis tanpa melihat hadis2 lain πŸ˜‰

  3. Salam ustaz,….
    semasa sembahyang terawih berjemaah, kebanyakan imam baca surah panjang, ketika itu….akal kita pun melayang jauh.
    boleh x.. selepas takbir iman pertama, kita mendengar bacaan fatehahnya dulu. Kemudian semasa bacaan ayat kedua oleh imam( selalu panjang) kta baca ayat Allah hu akbar kabira,..di ikuti dengan al fatihan dan kemudian kita mengikuti bacaan ayat yang imam sedang baca. ..?

    1. Salam OK…

      Doa iftitah (Allahu akbar kabiira) itu dibaca selepas takbiratul ihram.. biasanya imam pun akan baca (secara perlahan).. jadi, bila imam start baca al-Fatihah, kita bleh dengar al-Fatihah.. bila imam dah habis baca al-Fatihah, kita plak wajib baca al-Fatihah. sbb itu ada pendapat mengatakan lebih baik imam itu berhenti seketika selepas al-Fatihah untuk memberi laluan kepada jemaah membaca al-Fatihah.. kalau tak, celaru mana nak baca al-Fatihah, mana nak dengar bacaan imam lagi..

      Cuma, dalam solat tarawih, kebiasaan imam akan meninggalkan doa iftitah.. maka, jika imam terus baca al-Fatihah, kita dengar.. lepas aminn, kita baca al-Fatihah.. selepas itu baru mendengar bacaan imam.. tak perlu membaca doa iftitah kerana mendengar bacaan imam itu lebih utama.

      WA

      1. assalamualaikum.

        *seronoknya ada rujukan ilmu mcm ini :)*

        ok. kekeliruan sy:
        1. dlm solat terawih blh tinggalkan doa iftitah ke maksud ustaz? lepas takbir, terus fatihah (imam msjd sy practice ths way).
        2. blh ustaz share step by step for solat witir? (from niat if let say 1rakaat, bacaan dlm rakaat tsebut). sy betul2 kurang ilmu and ada org post kt fb hari ni; “jgn lupa baca doa qunut dlm witir” Mmg ada bacaan qunut dlm witir ke ustaz??

        1. waalaikumussalam..

          1. tiada masalah sama ada nak baca atau nak tinggalkan.. sbb doa iftitath tu sunat je. Kebanyakan imam mungkin tak baca sbb tak nak panjangkan lagi waktu solat.. jadi, kalau imam tu baca doa iftitah (kita biasa bleh dengar sbb imam pakai mic), maka kita pun baca la.. Kalau imam baca al-fatihah, lebih afdhal kita dengar bacaan imam supaya tak terlepas menyebut aminn bersama imam.

          2. Solat witir ni mcm solat sunat yg lain juga.. cuma bila part 1 rakaat terakhir tu (kalau dalam mazhab Syafie dilakukan 3 rakaat 2 salam), biasanya imam baca 3 Qul, tapi nak baca apa2 ayat al-Quran pun takde masalah.. cuma disunatkan (dalam mazhab Syafie) melakukan qunut pada 1 rakaat yg terakhir tu (lepas bangun daripada rukuk ie iktidal) pada malam ke 15 Ramadhan dan seterusnya sampai la ke malam terakhir Ramadhan. Bacaan qunut adalah seperti bacaan qunut solat Subuh tu πŸ˜‰

  4. Ustaz, apa hukum sekiranya kita solat witir selepas terawih kemudian solat witir lagi sekali selepas solat tahajut?

    1. tiada 2 witir dalam satu malam.. kalau dah buat witir selepas tarawih, maka tak perlu dah buat lepas Subuh.. kecuali jika witir selepas tarawih itu tak lengkap (buat 2 rakaat), maka boleh buat witir (1 rakaat) selepas tahajjud.

  5. saya solat trawikh brsendirian dirumah kerana tidak dpt berjemaah kerana ada hal penting,bolehkah saya ulangi ayat ayat lazim tanpa mengikut turutan atau saya hanya ulangi surah al kafirun dan annas saje atau mana mana yg saya boleh.tk

    1. tiada masalah nak baca ayat tanpa ikut turutan surah.. yg tak boleh adalah membaca ayat tak ikut turutan dalam satu surah.. contohnya baca surah al-Kafirun, rakaat pertama baca ayat pertama.. rakaat kedua baca ayat ke 3.. rakaat ke 4 baca ayat ke 2.. yg tu baru tak boleh.. cuma, yg terbaik adalah membaca surah mengikut turutan..

  6. 1.Bolehkah kita sembahyang witir mengikut iman sedangkan pada mas itu iman berniat sembahyang terawih lagi? (Sy buat terawih 8 rakkat je sedangkan iman buat 20 rakaat)

    2. Sahkan solat kita jika duduk macam tahayat awal sedangkan pada masa tu dah rakaat akhir (Tahayat akhir).

    3. Adakah ibu jari kaki perlu dibengkokkan semasa duduk tahayat akhir?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme