I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Repost – Solat Sunat Witir Ada Berapa Rakaat?

Salam..

Ustaz Love rasa, inilah entry terakhir buat hari ni… Banyak sangat Ustaz Love menulis ni.. habis ilmu kang.. dah la ilmu tak berapa nak banyak.. hehe (acah je)

Ustaz Love tak pasti pernah buat entry pasal solat Witir ke tak.. tak rasanya kalau dah buat pun, bleh je buat banyak2 kali.. sebab ilmu agama ni benda yg sama je daripada dulu sampai sekarang.. Dengan kelemahan ingatan manusia, menyebabkan benda yg dah biasa pun tak ingat2 lagi..

Isu witir dalam bulan puasa ni biasanya berkaitan kaedah.. sbb bilangan tu memang orang biasa akan buat setakat 3 rakaat je.. masalahnya, 3 rakaat 2 salam ke, 3 rakaat satu salam?

Bila habis je tarawih, maka pak bilal pun bagi isyarat dengan membaca أوتروا ومجدوا .. lepas tu Imam pun bangun, terus takbir.. lalu makmum pun tertanya2 ni solat witir berapa salam ni?

Maksud witir 3 rakaat satu salam itu adalah melakukan solat witir sebanyak 3 rakaat terus.. lepas tahiyyat akhir pada rakaat ke 3 baru bagi salam..

Kalau witir 3 rakaat 2 salam, maksudnya buat 2 rakaat dulu.. bagi salam.. kemudian bangun dan tunaikan 1 rakaat lagi..

Dalam mazhab Syafie, witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam.. Jadi, kalau solat kat Malaysia, takyah pening2 nak kira berapa salam.. insyaAllah, jika Imam tu memahami yg makmumnya bermazhab Syafie, beliau akan melakukan solat witir 3 rakaat dan 2 salam.. Kalau beliau nak melakukan 3 rakaat 1 salam, maka beliau akan bagitau pada jemaah..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. wahhh!!!! tetiba je idea nak menulis berderau2 mcm air hujan ekk….ada kena mengena dgn penggunaan jin ke……hihihihi

  2. Salam ustaz love,

    Sya ada baca dlm buku panduan (sblm ni xpernah tahu pula).
    Kita solat witir 3 rakaat 2 salam kan? Utk rakaat pertama kita niat “shja aku solat witir 2 rakaat krn Allah”. Bukan kah witir itu maksud ‘ganjil’. Tetapi kenapa ada niat utk 2 rakaat di situ? Buku itu mmbuatkan sya confius sbb sblm ni sya solat 3 rakaat 2 salam lah?

    1. Salam Mekar..

      Jika solat witir itu dibuat 2 rakaat dan tak ditambah 1 rakaat lagi selepas itu, maka ianya bukanlah tarawih.. kerana tarawih itu bilangannya ganjil.. itu kalau yg buat 3 rakaat.. mcm mana kalau nak buat 5 rakaat atau 7 rakaat witir?

      Dibuat 3 rakaat 2 salam itu untuk membezakan dengan dengan solat Maghrib.. mazhab Maliki membezakannya dengan 3 rakaat sekaligus tanpa ada tahiyyat awal (berbeza dgn solat Maghrib). Kita ikut je mazhab Syafie (3 rakaat 2 salam), insyaAllah takde masalah.

      WA

  3. Assalamualaikum Ustaz

    Nak tanya, adakah whiteheads dan blackheads (yang biasanya di hidung) dikira najis?

    Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme