I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tunang Bermulut Cabul

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Zaleha…

Salam..ustaz…saya nk mintak pendapat..
saya ringkaskn je la yer..
ermmm..saya berumur 26 tahun..saya masih bujang..saya baru putus tunang baru2 ni..utk kali k2..
salah saya..saya yg x bole bsabar..lalu dgn prasaan kcewa dan marah..saya mtk kluarga saya putuskn ptunangan kami.ape yg buatkan sya tekad dgn kptsan sy waktu..kerana sikap tunang saya sndiri.dia bkn kaki pukul.tpi bile dia marah..mmg dia x pk perasaan org lain.saya syg dia ustaz..cuma waktu mak ayah saya pujuk..saya keraskn hati saya..saya ego.masa dia pujuk saya..saya rasa puas hati.sbb dpt buktikan bhawa saya pnting dlm hidup dia.dan bila saya terasa lapang dada..dpt maafkn dia..saya pernah usulkn pd mak saya..bhawa kami nk berbaik semula.tpi mak saya larang saya.mak saya takut hidup saya pas kawin jadi kucar kacir.takut tunang saya ungkit2 psl saya pernah putuskn tunang kami ni dan sbgnya.saya buntu ustaz.shgga kni kami masih bhubung.mcmana kite nk tau samada dia jodoh kita @ tdk?saya pernah buat solat istikarakh.tapi sy x tau nk terangkn nk fahami ape yg tersirat dlm mmpi saya.saya jadi buntu dan kabur.saya bingung..xtau nk wat kptsan mcmna.samada ikot kata mak saya..@ ikot kata hati.tpi dlm masa yg sama saya takut nk jadi isteri dia.saya takut dgn alam perkahwinan..byk sgt yg sy dgr dan lihat.adakah sy antara insan2 terpilih yg x dpt mndirikan rmh tgaa?x punya ank?knp saya rasa berbelah bgi mcmni?

Ustaz Love akan cuba menjawab persoalan ini dari 2 sudut iaitu dari sudut pandangan saudari terhadap bekas tunang dan juga dari sudut pandangan terhadap saudari sendiri. Bagi Ustaz Love, 2 perkara ini adalah elemen yang penting untuk mengetahui punca sesuatu masalah. Sebab kita hanya mampu menilai apa kita nampak pada pandangan mata kita terhadap orang lain, dalam masa yang sama kita selalu terlupa pandangan orang lain terhadap kita. Kita dok rasa wajah kita dah habis gojes dah, tapi kita tak sedar orang tengah sibuk memerhatikan bulu hidung kita yang terkeluar2.. Kita takkan tahu keadaan rumah kita senget atau tak kecuali la kita keluar dari rumah tersebut dan melihatnya dari luar.

Orang lelaki yang pemarah, walaupun bukan kaki pukul, memang terserlah panas barannya. Situasi ini dialami oleh kebanyakan lelaki muda sbb orang muda memang darah panas.. boleh melecur kulit kalau terkena darah mereka..kihkih.. kalau nak yg berdarah sejuk, maka carilah pasangan orang tua.. yg dah tua ganyut memang cool habis.. jangan kata nak angkat tangan, nak angkat suara pun tak tergamak.. maklum la dapat isteri muda.. Bukan tak ada lelaki yg cool, tapi payah nak jumpa. Even kalau kita tengok lelaki yang muka lembut, sopan santun dsb, belum tentu lagi terpelihara daripada sifat marah2 ni.. sbb kita tengok wajah cool mereka waktu memang mereka tgh cool.. cuba tengok masa mereka tengah hot.. baru tau watak sebenar mereka..

Sifat marah ni penting.. sbb yang tak reti nak marah ni cuma keldai je.. buat la apa pun kat keldai, takde dia rasa nak marah tuannya.. Cuma yang perlu diperhatikan adalah marah yang kena pada situasi dan tempatnya, bukan marah tak kira tempat.. Marah bertempat juga perlukan penelitian agar tak terlepas cakap yang bukan2.. apatah lagi terlepas laku spt memukul dsb. Sbb itu Nabi s.a.w. bagitau orang yang kuat adalah mereka yang mampu menahan marah.. bukannya mereka yg takde perasaan marah, tapi mereka yg ada rasa nak marah dan mampu untuk marah, namun menahan diri daripada marah. Dan menahan diri ketika marah spt yg dimaksudkan adalah menahan diri ketika mula2 nak marah.. bukan dah lepas habis segala maki hamun carut marut keluar dari mulut, baru urut2 dada sambil berkata, “nasib baik aku sabar”..

Ustaz Love tak pasti sama ada bekas tunang itu seorang yang pemarah atau ada perkara yg selalu membuatkannya marah.. lalu menyebabkan beliau mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya sehingga menghiris hati saudari. Apa pun alasannya, beliau tak sepatutnya marah sampai mengguris hati orang lain.. akhirnya beliau juga yang menyesal atas tindakannya itu..

Berkenaan sikap saudari pula, Ustaz Love setuju dengan kenyataan saudari yg saudari ni seorang yang ego. Disebabkan keegoan tersebut, saudari sendiri akhirnya merana terpaksa menghadapi akibat daripada tindakan terburu2 itu. Disebabkan saudari sendiri yg mahukan pertunangan diputuskan, menyebabkan ibu saudari sendiri tak yakin dengan keputusan saudari untuk menyambung kembali ikatan pertunangan tersebut. Itu belum masuk lagi bab betapa puasnya hati saudari bila bekas tunang itu memujuk rayu saudari dsb..

Pada pandangan Ustaz Love, sebelum saudari sibuk memikirkan benda yang belum berlaku (soal kahwin, anak, takut tunang ungkit2 pasal putus tunang dsb), adalah lebih baik saudari mengkoreksi (sebut korek2 ni, selalu terbayang lobang hidung..kihkih) diri sendiri.. atau bahasa yang lebih lembut, muhasabah diri. Lihat apa masalah yang ada pada diri saudari dan berusaha memperbaiki masalah tersebut. InsyaAllah, segala ketakutan saudari pada masa depan akan hilang bila saudari sibukkan diri dengan masa sekarang.

Andaikata takde jodoh saudari dengan bekas tunang itu, sekurang2nya saudari dah cukup bersedia untuk menjadi isteri kepada orang lain. Kalau main tiap kali bertengkar je nak putus hubungan, bayangkan situasinya bila dah berkahwin nanti.. agaknya suami tersilap cakap pun boleh jadi bahan untuk mintak cerai.. suami kentut pun isteri nak mintak cerai.. suami cubit sikit pun isteri nak mintak cerai..

Jadi, fokuskan pada masalah diri saudari iaitu ego dan kurang sabar.. latihlah diri untuk menjadi seorang yang merendah diri dan banyak bersabar.. benda2 ni memerlukan latihan, bukan datang sendiri.. kalau dah daripada kecik takde langsung sifat sabar, macam mana bila dah besar nak jadi seorang yang banyak bersabar.. ye tak? Tak dapat tidak, kena latih diri.. Bila dah dapat menyerapkan sifat sabar dalam diri, insyaAllah segala kekusutan akan dapat dihuraikan.. Banyak perkara dapat diselesaikan bila kita berikan sikit masa.. jangan terburu2 dan tergopoh gapah dalam menyelesaikan sesuatu masalah, bimbang akan timbul masalah baru sedangkan masalah lama masih belum dapat diselesaikan.

Alam perkahwinan sememangnya mencabar.. kita takkan tahu cabarannya kecuali la bila kita sendiri dah melangkah masuk ke dalamnya.. setakat tengok drama di TV atau mendengar cerita2 orang, belum boleh lagi kita nak buat kesimpulan yang tepat.. sbb setiap rumahtangga itu ada ujiannya masing2 sesuai dengan kemampuan hamba itu untuk diuji. Mungkin ujian yang dihadapi oleh keluarga A tidak mampu dihadapi oleh keluarga B.. mungkin juga ujian buat keluarga B yang dianggap ringan, tak mampu nak ditanggung oleh keluarga A.. Jadi, biar gagal dalam mencuba.. jangan gagal untuk mencuba (pinjam ayat brader MLM)

Teruskan amalan saudari melakukan istikharah.. jawapan kepada istikharah itu tak semestinya melalui mimpi.. kebanyakannya akan diberi melalui kecenderungan hati.. dalam pada masa yang sama, banyakkan berbincang dengan keluarga.. jangan buat keputusan sendiri yang membelakangkan mereka. Kadang2 mereka lebih faham dan tahu apa yang lebih baik buat saudari berbanding diri saudari sendiri.. sbb saudari sebagai seorang gadis yg bercinta dan ingin berkahwin hanya sekadar melihat dari mata tempurung, sedangkan keluarga saudari melihat dari mata burung..

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar buat saudari dalam menyelesaikan masalah ini.. jangan putus asa dengan rahmat Allah..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz,

    Saya ingin bertanya. Adakah sah perkahwinan berwalikan wali yang fasik(kerana tidak menunaikan solat fardhu) dimana wali tersebut mewakilkan kepada imam masjid sewaktu akad nikah?

        1. Wallahu A’lam.. mungkin petunjuk daripada Allah agar hubungan yang terputus itu disambung kembali..

          1. trima kasih ustaz love…seblm 2 sy dh cba pjuk nk bbaik tp die dh bnci sgt2 kt sy sbb sy ptskn ptunangan yg trkh nkah x smpai sbln lg..ms btunang sy dpt mmpi buaya,ustaz syarhan ckp mmpi buaya tnda shr..lpas pts tunang sy buat istqarah,sy dpt ptnjuk grk ht yg kuat myatakan gguan shr..sy buat istqarah lg yg dpt ptnjuk mmpi sy pjuk ex tunang..2,3x sy dpt mmpi pjuk tunang..

          2. pujuklah lg banyak2 kali.. dah mmg salah saudara sbb putuskn pertunangan, jd kena terima je la akibat drp perbuatan saudara. Persoalan sihir itu terlalu mistik untuk dikaitkan. Sekalipun jika benar saudara disihir, saudara masih lg punya kekuatan iman dan amal untuk tidak tunduk pd kehendak penyihir.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme