I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Konfius Patut Kahwin Atau Tak?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada amirul…

assalamualaikum ustaz…saya ingin bertanya..mana satu yang patot diikot ni.?saya baca kalau laki 2 x mampu pape..x yah berangan2..lebih baik simpan dlm hati n sentiasa ingat pada Allah dgn Rasul..tapi ada yang suggest nikah khitbah penyelesaiannya..lagipon saya tengok video ustaz azhar idrus..dia cakap kalo laki 2 berkenan kat sape2..pergi pinang dia..kalo miskin..Allah janjikan rezeki kalo niat kita ikhlas…mana ni ustaz.?saya nak nikah pon da konpius..

Ni nak kawen ni dah ada calon ke belum? Kalau dah ada calon, memang biasanya akan melalui fasa konfius2 ni.. kalau takde calon, Ustaz Love plak la yang konfius kenapa saudara konfius2 pasal kawen ni.. kihkih.. Ustaz Love gurau je..

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kena faham hukum perkahwinan itu sendiri. Walaupun asal hukumnya adalah sunat, tetapi ia boleh berubah mengikut illah (sebab) yang berbeza. Contohnya, bagi seorang lelaki muda yang berkemampuan untuk bernikah, maka hukumnya adalah sunat. Sekiranya dia tidak bernikah, dia bakal terjebak dalam perbuatan zina (tak mampu mengawal nafsu sehingga mempengaruhi kewarasan akal), maka ketika itu hukumnya berubah menjadi wajib atas dasar pencegahan (daripada zina). Jika beliau mempunyai penyakit berbahaya (spt AIDS), maka haram baginya untuk bernikah, kecuali setelah berterus-terang dengan bakal isterinya..

Begitulah juga situasinya bagi perkara2 yang saudara sebutkan seperti di atas.

Nikah khitbah bukanlah jalan penyelesaian utama kepada lelaki yang tak berkemampuan untuk berkahwin.. kena lihat juga ‘kemampuan’ yang dimaksudkan itu dari sudut bagaimana.. Jika lelaki itu masih belajar dan bakal menghabiskan pengajiannya dan seterusnya bekerja, maka tiada masalah untuk itu.. sebaliknya, bagi lelaki yang memang tak mampu nak tanggung diri sendiri pun (ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang), maka ‘kemampuan’ yg seperti inilah yang dituntut untuk berpuasa dan ingat Allah banyak2 (berbanding memfokuskan pemikiran pasal nafsu seks semata2).. ini kerana, nikah khitbah bukanlah melepaskan tanggungjawab suami untuk memberi nafkah zahir kepada isteri untuk selama2nya.. sampai masa yang dipersetujui, isteri itu akan diserahkan oleh walinya untuk dipertanggungjawabkan terhadap suaminya.

Sebab itulah konsep usaha dan ikhtiar itu perlu diperhalusi. Allah dah nyatakan dengan jelas yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya. Kemiskinan itu bukanlah warisan.. ia boleh diubah melalui usaha dan ikhtiar.. Apa yang penting, keyakinan kita adalah pada Allah sebagai Pemberi Rezeki, dan bukannya usaha dan ikhtiar kita itu yang memberikan rezeki.

Jadi, bagi sesiapa yang merasakan diri tidak mampu, berusahalah untuk menjadi seorang yang mampu sebelum berkahwin. Ini dinamakan persediaan. Nak buat persediaan, memerlukan banyak usaha dan tenaga, dan bukan semata2 menunggu mengharapkan buah yang belum pasti gugurnya. Itu lebih baik daripada berangan2 untuk bersedia selepas berkahwin. Jika kita nak berenang di lautan berapi, sekurang2nya kita dah mahir asas2 untuk berenang (sekalipun belum tentu kulit kita mampu nak menahan bakarannya), dan bukannya baru nak belajar berenang selepas terjun ke dalam lautan. Peratusan untuk lemas adalah lebih tinggi berbanding terselamat.. Dapat selamat daripada lemas itu pun dah cukup baik sekalipun kita tak mampu untuk berenang2 dengan gembira ria.

Pernikahan, sekalipun ia mempunyai kontrak (rukun nikah), tetapi ia tidak mempunyai tempoh tamat untuk kontrak itu.. bergantung atas kemampuan kita dalam melayari bahtera perkahwinan itu sama ada separuh jalan, sampai akhir nyawa ataupun sampai ke syurga. Sebab itulah ia tidak boleh dilakukan secara terburu2. Berhati2 dan teliti dalam membuat keputusan itu adalah lebih baik. Ia tidak menggambarkan kepayahan atau betapa susahnya nak menyempurnakan agama (melalui jalan perkahwinan), sebaliknya ia lebih kepada membuat langkah2 persediaan sebelum menceburkan diri dalam bidang yang akan menentukan halatuju kita dalam kehidupan.

Bagi Ustaz Love, ‘kemampuan’ ini bukanlah semata2 persoalan yang melibatkan situasi kaya-miskin atau berwang-beruang. Orang kaya pun belum tentu berkemampuan untuk berkahwin (mungkin ada masalah mati pucuk ke, mati dahan ke) dan orang miskin belum tentu tak mampu untuk berkahwin. Ia lebih kepada kemampuan untuk mengharungi kehidupan berumahtangga itu sendiri.

Tak dapat dinafikan duit memang penting dalam kehidupan, tetapi ia bukan segala2nya. Ia banyak bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk mencorakkan kehidupan, dan bukannya meletakkan duit itu sebagai pencorak kehidupan kita. Sebab itulah, jika kita rasa kita mampu untuk bertanggungjawab terhadap perkahwinan, maka silakan untuk berkahwin tak kira la kita miskin ke, berkurap ke.. Seorang manusia yg bertanggungjawab akan berusaha untuk menyelesaikan tanggungjawabnya dengan usaha dan kudrat yang Allah telah berikan. Sebaliknya, seorang yang tak bertanggungjawab, sekalipun beliau seorang yang kaya raya melebihi hantu raya, dia akan merosakkan hidup orang lain dengan sikapnya itu. Inilah sebenarnya yang ditegah dalam agama.

Kalau dah miskin, lepas tu pemalas plak.. maka orang seperti ini la yang lebih layak hidup membujang berbanding berkahwin dan menyusahkan hidup pasangannya (siap ada isteri yang kena tanggung suami plak lagi disebabkan kemalasan beliau). Kalau beliau miskin, tetapi kuat berusaha dan bekerja, maka beliaulah yang paling layak untuk berkahwin dan berkongsi kehidupan dengannya. Tetapi perlu diperhatikan juga dengan siapa yang beliau nak berkahwin itu.

Jika beliau nak berkahwin dengan seorang wanita yang maintenancenya tinggi, mungkin beliau tidak dapat memenuhi kehendak isterinya dan seterusnya akan menyebabkan kehidupan berumahtangga menjadi porak-peranda. Sebab itulah Islam menganjurkan seseorang itu agar melihat kepada agama pasangannya.. insyaAllah, dengan pegangan agama yg kuat (sekalipun asalnya sang isteri itu anak orang kaya dan hidup mewah), beliau akan mampu untuk mengikut gaya hidup suaminya yang serba sederhana.. dan jadilah mereka pasangan yang bahagia walaupun hidup dalam keadaan yang sangat sederhana.

Sesungguhnya dengan berkahwin, rezeki akan menjadi murah.. bayangkan jika rezeki yg telah ditetapkan oleh Allah semenjak azali itu dicampur dengan rezeki isteri (dan insyaAllah rezeki anak2), berapa banyak rezeki yang boleh masuk dalam sebuah rumah? Kecualilah jika kita melakukan perkara2 yang menghalang rezeki seperti banyak melakukan maksiat, kurang bersedekah dsb.. ketika itu kalau seluruh keluarga daripada bapa, ibu dan anak2 semuanya bekerja, tetap akan rasa tak cukup sebab kurangnya keberkatan dalam rezeki.

Jadi, nasihat Ustaz Love.. saudara nilaikan dulu di mana kedudukan dan kemampuan saudara untuk menjalani kehidupan berumahtangga ini.. buatlah penilaian terbaik disamping tidak lupa memohon petunjuk daripada Allah dan mendapatkan pandangan daripada orang tua. InsyaAllah, segala kekeliruan dan kekonfiusan akan dapat dileraikan dan digantikan dengan keyakinan yang kuat terhadap pilihan yang bakal dibuat.

Ustaz Love doakan semoga saudara cepat berkahwin.. nampak macam dah sampai tahap sunat muakkad dah tu 😀

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. Selamat mnyambut Ramadhan Al-Mubarak ustaz Love.. ^_^
    Alhamdulillah,Ustaz Love dah ad entry bru.. =)

    1. Selamat berpuasa juga buat saudari asam pedas dan terima kasih kerana sudi singgah di blog Ustaz Love 😉

    1. Niat mmg kita ikut bahasa yg kita faham..tak kira la jawi ke, rumi ke, benggali ke..yg dlm bahasa arab tu cuma lafaz je.. Sunat dilafazkan di mulut tapi yg wajib adalah lintasan dlm hati.

  2. assalamualaikum ustaz,
    saya meminta bantuan ustaz la, hendak meminta pandangnan ustaz.

    saya ada berkawan denga seorg perempuan ni, kami dh berkawan hampir setahun. kami selalu berhubung diantara satu sama lain. sekarang setelah saya mengetahui tentang nikah khitbah saya rasa bersalah bila hendak berhubung dengannya, rasa bersalah atas perhubungan kami. saya tidak lama lagi akan berhijrah sambung belajar ke negara lain dan si dia masih belajar di malaysia. pada mulanya saya terfikir untuk bernikah khitbah untuk menghalal kan hubungan kami supaya dapat berbalas mesej dan sebagainya tanpa dapat dosa. semakin lama saya fikirkan semakin konfius saya dibuatnya dan saya tidak mahu tindakan nikah ini dilakukan atas nafsu semata2. pada mulanya saya memang takut dan hanya mahu halalkan kami untuk bermesej, bertalipon dan sebagainya tetapi sekarang motif saya sudah bercampur aduk dan saya rasa belum cukup ilmu dan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga. saya mahukan cinta hingga ke jannah yang sebenar dan saya rasa nikah khitbah inilah cintah ke syurga yang sebenar. sila tolong bagi pandangan ustaz adakah saya patut nikah khitbah ini?

  3. asalamualaikum ustaz. Saya seorang jurutera berumur 20 tahun dan hendak mengahwini seoarang wanita tidak lama lagi.Wanita yg hendak saya kahwini ini sama umur dgn saya. Selepas beberapa lama saya berkawan dgn dia, saya dapat tahu dia pernah terlanjur dahulu. Mula2 semua ok shj, dia seorang yg baik hati dan lemah lembut. Tp ada satu hari ni dia berubah dan saya dapat tahu dia pergi ke lelaki tu semula, dia bg alasan yg dia susah nak lepaskan sbb lelaki itu adalah dia punya pertama. Akan tetapi, selepas beberapa hari dia dtg balik dan bgtahu bahawa dia menyesal dan sedar yg saya boleh mendidik dia dan sayang dia (insyaAllah). Setelah beberapa lama saya menahan sakit dan banyak berdo’a, saya boleh terima dia semula. Bukan bermakna saya berhenti menyayanginya selepas dia tggalkan saya, saya masih sayang dkat dia, akan tetapi saya hanya risau dia akan buat bnda sama lagi. Tp skrg kami ok alhamdulillah, saya tidak tahu apa dia simpan, saya serah kpd Allah. Tetapi saya rasa kali ini dia jujur dan sayang saya. Tidak lama lagi kami insyaAllah akan bernikah. Saya cuma mahu nasihat drpd ustaz. Adakah patut saya kahwini dia? bagaimana mahu hilangkan pemikiran negatif di kepala? Adakah dia akan menipu saya lagi atau curang?

  4. bagaimana cara pengurusan nikah di luar negara jika kedua-dua nya adalah warga asing berugama islam?dokumen yang di perlukan?

    1. Boleh rujuk ke jabatan agama negeri untuk prosedur pernikahan pasangan bukan warganegara. Kalau tak silap, salah satunya kena ada kebenaran bernikah daripada kerajaan negara mereka (permohonan dibuat melalui kedutaan negara masing2). WA

  5. Ustad, baru2 ini ada seorang lelaki yg masih belajar di luar negara [ masih ada setahun lagi untuk tamat], telah melamar anak perempuan saya. lelaki itu insyaAllah akan balek ke Malaysia awal tahun depan untuk merisik dan meminang anak saya. Tapi saya terfikir untuk mencadangkan kepadanya berbincang dengan kedua orang tuanya supaya bernikah secara nikah khitbah dengan anak saya.
    Tujuan saya ialah supaya dalam masa dia akan menghabiskan pelajaran nya setahun lebih lagi tu, segala bentuk perhubungan dengan anak saya tidak menjadi dosa kepada mereka.
    Sebagai orang tua, saya tidak fikir mereka boleh bertahan untuk tidak berhubung antara satu sama lain ( sehingga akan timbul bibit2 untuk bermesra kerana telah ada ikatan -setelah bertunang nanti).
    Ada kah tindakan saya ini boleh dipakai atau ada alternatif lain. Ini kerana ibu lelaki tadi bersedia untuk meminang anak saya tapi telah menasihatkan supaya mereka bernikah selepas habis belajar kerana bimbang anaknya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebaik2nya sebagai suami.
    Harap ustad dapat memberi sedikit pandangan sebagai panduan kepada saya sebelum saya mencadangkan -nikah khitbah ini kepada lelaki itu. Terima Kasih

  6. Assalammualaikum ustaz..

    Soalan saya begini berdosakah saya memboikot majlis pernikahan abg kandung saya sendiri bersama sama dgn adik beradik saya yang lain.

    Pertama- sebab abg sanggup ceraikan isterinya yg baik (menjaga solatnya,mendidik anak2nya dgn panduan islam)

    Kedua- ingin berkahwin dgn wanita yang pernah berkahwin 3 kali (pernah menjalinkan hubungan dgn abg sya ketika wanita ini masih isteri org)

    Adakah wajar tindakkan sya telah buat abg berasa sedih kerana telah memboikot majlis nikahnya? Tanda kami tidak setuju abg mengahwini wanita itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme