I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Repost – Rukun Puasa : Niat

Salam..

Esok dah nak puasa.. Jadi, bermula malam ni, dah kena berniat untuk puasa.. Takut2 tertido, jaga2 dah masuk Subuh.. terlupa nak berniat, maka tak sah la puasa hari esok (tapi tetap kena tahan diri daripada makan dan minum tau.. bukan bila tak sah je, sesuka hati bleh makan).

InsyaAllah, Ustaz Love akan cuba lebih fokus pada fiqhus siyam (fiqh puasa) dan perbahasannya dalam pembuatan entry.. kadang2, bila dah lama2 kita terlupa.. Jadi, bila fokus bab2 puasa ni, adalah diharapkan agar kita dapat memperbaiki lagi mutu puasa kita..

Dah setahun berlalu sejak kali terakhir kita berniat puasa tahun lepas. Mungkin ada yang terlupa cara nak berniat.. Bleh lupa ke? Kalau lafaz niat dalam bahasa Arab tu, memang mudah la nak lupa.. sebab kita bukannya orang Arab yang bercakap Arab tiap2 hari.. itu yang niat puasa pun mula dengan Usolli tu.. kihkih..

Niat tak perlukan lafaz niat dalam Bahasa Arab.. kita berniat ikut kefahaman bahasa kita..

Niat itu tempatnya di hati.. bukan di mulut.. jadi, kalau baca lafaz niat bahasa Arab, tapi tak faham apa yg dibaca, maka boleh menyebabkan niat tak sah.. sbb yg kita sebut kat mulut itu adalah lafaz niat.. bukannya berniat..

Niat itu merupakan lintasan hati.. yg kita nak berpuasa fardhu Ramadhan esok kerana Allah Taala.. nak tunggang terbalik ke, janji kita faham yg itu memang niat kita nak berpuasa fardhu.. bukan puasa sunat atau puasa qadha..

Jadi, takde la maknanya nak hafal2 niat ni.. Bila tanya kenapa tak puasa? Jawapannya tak ingat niat puasa.. makan tu ingat plak niat nak makan.. hehe..

Sesetengah ulamak menyatakan, apabila kita bangun bersahur itu pun sebenarnya kita dah dikira berniat untuk berpuasa.. sbb mana ada orang makan pagi2 buta mcm tu.. bangun makan tu maknanya nak puasa la tu.. maka, telah wujud niat di situ.. tapi, adalah lebih baik memuktamadkannya dengan berniat dalam hati untuk berpuasa..

Waktu berniat adalah sepanjang malam sehingga sebelum masuk waktu Subuh.. Sebaik saja masuk waktu Subuh, maka tamatlah waktu berniat dan juga waktu bersahur.. Jangan mereka2 plak.. selagi tak habis azan, selagi tu boleh makan.. itu membatalkan puasa..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Comments

Add a Comment
    1. Salam nisa..

      Yg tu, Ustaz Love dah jawab dalam entry terbaru (scheduled post) dalam pukul 2 pm lebih akan muncul.. hehe πŸ˜€

    1. kalau terlintas di hati kita nak puasa fardhu esok (dgn syarat lintasan tu semasa waktu berniat ie sepanjang malam sampai sebelum Subuh), maka ianya dikira niat.. yg nawaitu2 tu hanyalah lafaz niat, dan belum lagi dikira niat kalau kita sebut.. πŸ˜‰

  1. Selamat berpuasa buat saudara.. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk terus beramal ibadat di bulan penuh barakah ini dan di kurniakaan pengampunan akhirnya.Amin.

    1. Terima kasih bro zul dan selamat berpuasa juga.. Semoga Allah menerima amalan puasa kita.. πŸ˜‰

    1. salam eky..

      kena bezakan antara “baca niat” dengan “berniat”.. kalau baca niat, maka yg tu yg biasa kita dok baca “nawaitu souma ghadin” tu.. yg ni, tak baca pun takpe..

      tapi kalau “berniat”, itu adalah perbuatan hati.. iaitu lintasan hati kita nak puasa fardhu hari esok.. berniat ini adalah rukun.. kalau terlupa berniat, maka tak sah puasa. walaupun puasa tak sah sbb tak berniat, tetap kena menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari.. cuma ianya kena qadha nanti πŸ˜‰

    1. salam dayah..

      kalau terlupa nak berniat, tak sah puasa.. tapi masih perlu menahan diri (drp makan dan minum dan perkara2 yg membatalkan puasa) sehingga Maghrib.. dan puasa itu perlu diganti.

  2. Salam Ustaz,

    Untuk puasa ramadhan kalau kita niat semasa/sejurus selapas azan Subuh sah atau tidak? Tetapi dia dah bangun sahur….terima kasih ^^

    1. Salam nadzirah..

      Kalau niat semasa / selepas azan Subuh, maka puasa itu tak sah.. kalau bangun sahur, dan terdetik dalam hati bahawa nak puasa fardhu, maka sah puasanya πŸ˜‰

  3. Assalamualaikum Ustaz.

    Kalau niat solat pun boleh tunggang terbalik jugak ke? Qasad, Taaruf dan Takyin nye ke depan ke belakang, atau berulang-ulang contoh “aku solat fardu subuh fardhu subuh ikut imam” etc etc

    Sah ke niat macam itu?

    Syukran

      1. Oh ya terlupa nak tanya Ustaz.

        Yang penting kita faham niat solat itu ya?

        Dan tentulah terkandung kasad, taaruf, takyin kerna ia rukun? Benar?

  4. assalam ustaz , nak tanye kalau kite puasa ganti pastu kite lupa nak baca niat dalam hati sampai lepas azan subuh tu baru ingat . sah tak puasa tu ? tq πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme