I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Repost – Rukun Puasa : Niat Sebulan Atau Tiap Hari

Salam…

Isu ni insyaAllah akan menjadi polemik dan perbahasan setiap kali kita berpuasa.. banyak sebenenarnya isu2 niat.. Jadi, adalah lebih baik Ustaz Love pecah2kan supaya bleh fokus.. daripada letak semua sekali dalam satu entry.. Nanti bleh jadi keliru.

Setiap amalan itu bermula dengan niat.. tanpa niat, maka tak sah sesuatu ibadah itu.. solat kena niat.. puasa juga kena niat.. tetapi bolehkah niat solat itu sebulan sekaligus? Dah tentu kena berniat setiap kali nak bersolat..

Begitu juga dalam berpuasa.. kena berniat tiap2 hari..

Ada pandangan daripada mazhab Maliki yang menyatakan bahawa cukup sekadar sekali niat berpuasa untuk sebulan.. maknanya, kalau terlupa niat pun, bleh puasa mcm biasa dan sah puasanya..

Tetapi dalam mazhab Syafie, wajib berniat tiap2 malam untuk menunaikan puasa fardhu keesokan hari.. namun, untuk keluar daripada khilaf ini, maka niatlah puasa sebulan penuh pada malam ini.. dan berniatlah juga untuk berpuasa esok.. kemudian berniatlah puasa fardhu setiap hari.. sebab berniat puasa fardhu sebulan penuh itu dikira sunat.. dapat pahala sunat.. sedangkan berniat tiap2 hari itu dikira wajib..

Maka, dalam mazhab Syafie, tidak memadai dengan sekali berniat puasa sebulan penuh.. wajib berniat setiap malam..

Alaa.. bukan susah pun nak berniat.. sebelum tido tu, berniat la.. ataupun lepas makan moreh ke.. cuma kena berniat dalam hati.. takde nak kena keluar tenaga pun.. jadi, berniatlah tiap2 hari okeh..

Kebiasaan masa Ustaz Love solat tarawih kat kampung2, lepas solat witir dan doa, imam akan baca lafaz niat.. untuk mengingatkan para jemaah agar tak terlupa untuk berniat puasa..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
    1. tak bleh nak bergantung kat pak imam je.. buatnya hari tu tak gi masjid, habis terlupa nak niat posa.. hehe πŸ˜€

      1. kita malam hari niat,masa sahur pun niat gak…,teringat masa kecik2 dlu arwah mak slalu pesan baca niat tu btul2 nnti leh x rasa lapo,klau baca x btul nnti cepat laparr…wallahua’lam…

  1. ustaz, saye cam rase x niat ler malam tadi. Tapi saye ade niat puasa sebulan dan bangun sahur..camne eks? sah x puasa saye nie….

  2. Salam..ustaz, saye rase cam terlupa la niat malam tadi.Tapi saye ade niat sebulan puasa dan bangun sahur. camne eks? sah x puasa saye nie?

    1. Salam miow..

      Kena pastikan yg miow terlupa nak niat / terlupa membaca niat? sbb yg rukun itu adalah berniat, bukannya membaca niat.. Dalam mazhab Syafie, niat itu wajib dilakukan setiap malam.. kalau tak, tak sah puasa esoknya..

      Tapi, pada pandangan Ustaz Love, bila kita dah bangun sahur tu, insyaAllah dah terlintas dah niat untuk berpuasa.. kecuali la kalau bangun sahur dalam keadaan mamai, tak sedar bila makan, bila habis makan.. tau2 dah tido balik..

      Teruskan berpuasa… sbb benda2 was2 ni datang daripada syaitan.. πŸ˜‰

      1. haa..same la ngan kes pingu..kdg2 terlupa nak niat tp dah niat puasa sebulan…tp time sahur tu mmg dalam keadaan sedar dan bukan mamai…harap2 puasa diterima hendaknya..amin

  3. assalam ustaz, sekiranya saya telah menggantikan puasa yg telah lama ditinggalkan tetapi belum membayar fidyahnya lagi dan telah masuk ramadhan yg baru, apakah jumlah fidyahnya perlu ditambah atau macammana? t.kasih ustaz

    1. jumlah fidyah tidak bertambah.. jadi bertambah adalah dengan sebab tidak tidak qadha puasa sehingga masuk Ramadhan seterusnya.

  4. assalamu’alaikum.
    Ustaz, saya tanya boleh?
    Kalau seseorang tu bernazar, dia nak bernazar untuk menunaikan puasa. Contohnya, aku bernazar kalau aku berjaya dalam interview ni dan dapat bekerja, aku nak berpuasa selama 20 hari. lepas tu katakanlah dia berjaya dalam keputusan interview dan diterima bekerja. contohnya, hari ini dia mula bekerja tapi ditakdirkan Allah, dia meninggal dunia esoknya. dia tak sempat nak tunaikan nazar tu. macamana ya ustaz?orang lain kena tunaikan bg pihak dia ke atau tak perlu..atau macamana?

    Satu lagi ustaz, kalau ditakdirkan pula orang yang bernazar tu meninggal dunia sebelum sempat dia pergi interview untuk kerja dia tu. macamana status nazar dia tu ustaz? harap ustaz beri penjelasan ya. terima kasih banyak ustaz.

    1. sunat bagi waris untuk menggantikan puasa nazarnya atau membayar fidyah sejumlah hari yg dinazarkan.

      jika meninggal sebelum sempat berlakunya apa yg dinazarkan, maka dia terlepas drp nazar dan warisnya tak perlu membayar nazarnya.

      WA

      1. maaf, kalau membayar fidyah pula bagi sejumlah hari yang dinazarkan adakah seperti kadar membayar fidyah puasa biasa? terima kasih ustaz.

        1. ya.. kadar secupak beras untuk sehari puasa.. kadarnya dalam nilai matawang boleh rujuk pada pusat zakat (sekitar RM1.80 – RM1.90)..

          WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme