I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Repost – Rukun Puasa : Menahan Diri

Salam…

Apa khabar puasa hari ni? Masih sihat ataupun dah letih lesu? Kalau dok depan pc 24 jam nak letih mcm mana ye tak? Lain la kalau kerja buruh ke, kerja buat jalan ke, kerja cleaner ke.. mungkin la ada keletihan disebabkan peluh yg keluar sehingga menjadikan dehidrasi (kekurangan air dalam badan).

Semalam dah cerita pasal rukun puasa yg pertama iaitu niat… banyak rupanya yang buat carian untuk niat puasa ni.. tapi Ustaz Love percaya, kebanyakan yang melakukan carian itu disebabkan nak mencari lafaz niat dalam bahasa Arab tu.. nak feeling2 orang Arab sket.. sbb tu nak berniat pun dalam bahasa Arab.. hehe..

Hari ni, Ustaz Love nak teruskan berkaitan rukun ke 2 iaitu menahan diri (imsak.. bukan yg waktu imsak tu ye). Maksud menahan diri ini terkandung dalam pengertian puasa itu sendiri dari sudut syarak iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar (Subuh) sehingga tenggelamnya matahari..

Menahan diri daripada makan dan minum itu adalah jelas.. semua orang boleh faham.. maknanya tak bleh makan dan tak bleh minum.. bukanlah seperti puasa orang Hindu yang tak makan, tetapi boleh minum susu..

Bab membatalkan puasa, memang banyak nak dihuraikan.. nanti Ustaz Love cerita dalam entry lain.. penting untuk memahami rukun puasa ini, supaya kita tak terbatal puasa.. kena tahu perkara ini dengan jelas.. bukan main agak2 je.. terkentut pun disangka membatalkan puasa, ini memang dah kes parah.. kihkih

Selain daripada menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa, kita perlu juga menahan diri daripada melakukan perkara2 yang boleh mengurangkan pahala puasa.. mata pun kena puasa daripada melihat perkara2 maksiat (aurat perempuan dsb), mulut pun kena tahan juga daripada mengutuk dan mengumpat (dah la mulut berbau busuk disebabkan puasa, tambah ‘busuk’ lagi dengan amalan mengumpat, memfitnah dsb), telinga juga kena tahan daripada mendengar perkara2 dosa.. Pendek kata, jauhilah perbuatan2 dosa dan kejarlah perkara2 yg mendatangkan pahala..

Pemikiran juga perlu ditahan daripada cuma berfikir pasal makan je (apa nak sahur, berbuka nak makan apa.. moreh lagi) sbb puasa ini bukan setakat melatih kita menahan lapar dan dahaga saja, bahkan lebih daripada itu membentuk peribadi kita untuk menjadi seorang yang bertaqwa..

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah : 183)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. kalau tidur je keje sampai tak solat dan tak buat ibadah, itulah yg dinamakan puasa yg cuma dapat lapar dan dahaga 😀

      1. tapi klau jenis yg banyak tidur drpd beribadat tu cam mna plak? waktu solat dia solat pas tu sambung tidur blik….

        1. rasanya itu penganggur tu.. hehe..

          terlalu banyak tido melemahkan badan.. dan banyak waktu dihabiskan dalam keadaan sia2.. kalau arwah mak Ustaz Love dulu, beliau akan kejut bangun.. beliau kata, nak tido banyak2, tunggu masuk dlm kubur dulu… terus Ustaz Love terasa insaf.. hehe 😀

  1. Assalamualaikum Ustaz Love

    Saya ada terbaca kat satu blog under perkara membatalkan puasa

    8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.

    Jadi soalan saya, kalau beristinjak macamana pulak?

    Syukran

    1. istinjak cuma membasuh bahagian luar saja.. kita tak jolok sampai tenggelam separuh jari dalam qubul atau dubur..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme